Tuesday, January 3, 2017

New Year 2017

Assalamualaikum,

Selamat datang 2017! Semoga tahun ini lebih ceria, bersemangat, barakah dan dilimpahkan dengan rezeki yang boleh dikongsi. Aminnnn....

Hari ni tak kerja, Standard kot amik cuti on 1st day kids naik sekolah. For the past few days, aku agak sibuk menguruskan hal keperluan anak-anak. Sebenarnya aku dah start sikit-sikit lepas Christmas haritu. Pergi beli baju sekolah, kasut, keperluan asrama Jasmin dan aku sempat pergi slimming treatment hari Jumaat, booking Airfryer kat Aeon Big on Thursday.
Benda rutin yang aku selalu buat tak sempat nak buat (masa ni la rasa nak berenti kerja) macam menyapu dan memasak. Aku re-prioritizing heh....Fokus kat budak-budak nak naik sekolah. Dulu bibik yang tolong tengokkan apa yang mereka perlu, aku pergi beli. Now I have to be in charge from A to Z for the first time, with help from hubby and kids (and my mum!). OK lah but to me I did it at the eleventh hour. Hari ni aku baru nak iron baju sekolah Lutfi and Jasmin yang nak pakai harini. Yang lain antar service gosok kat dobi sampai baju sekolah agama Kasyif tak tinggalkan sepasang kat rumah untuk pakai arini! Jadi, pagi ni dia tak pergi sekolah agama dan aku kena antar dia dalam pukul 11 pagi untuk naik bas sekolah dari sekolah agama.

Kali ni jadi a bit busy sebab Jasmin naik Tingkatan 1 dan masuk asrama juga. So selain daripada beli kelengkapan sekolah, kena beli kelengkapan asrama pulak. Yang paling 'best', baju kurung (untuk pergi prep) kena beli lagi sebab aku belikan baju kurung kat depa setahun sekali masa raya jek. Sib baik dapat beli yang offer beli dua harga RM100, tapi tak banyak pilihan lah. OK lah tu, buat pakai harian. Yang tu beli kat Bangi Gateway. Pastu nak beli lagi 2 pasang, aku try Warta, Butik Zaida, SES Pesona, tapi hampa. Last-last beli kat Econsave, ada RM39 sepasang. Kain cam agak keras, kalau mak aku dia tak beli dah. Tapi dah tak tau nak pegi mana lagi dan masa tu dah pukul 5 lebih (aku kuar rumah kul 12.00), aku beli je la.

Memang banyak trip ke kedai (I don't call this shopping!) sampai ada yang pergi kedai yang sama 2-3 kali. Hari ni kena pegi Billion pulak sebab T-shirt dan tracksuit Jasmin x cukup lagi. Ikutkan je la, tinggal hari ini jek. Lepas ni dah lain cerita.....

So memang tak sempat nak kemas barang aku, rumah dan pikir pasal aku (macam aku buat sebelum ni)....This time I should just do it whatever that I want to do for myself as I don't have the time to think...Get it done...Get things done...Now is the time to think about the kids....