Showing posts with label Life without bibik. Show all posts
Showing posts with label Life without bibik. Show all posts

Monday, April 25, 2022

Ramadan Weekend ke 3

 Baju Raya 2022

Dapat juga pegi Primavalet hari Rabu (amik half day) cari baju raya untuk Kasyif. Harga baju RM219 sebab aku amik yang kocek 3. Cam mahal kan, rasa dulu dapat lagi RM100 lebih. Masa ni Kasyif dah saiz M dewasa. Masa beli tahun 2020 sebelum COVID, dia saiz S. Baju dia yang saiz S tu dapat kat Lutfi (aku kena alter sikit lengan & panjang seluar). Dah alang-alang sampai situ (kereta banyak walau hari Rabu) aku jalan juga sampai ke Ariani sana....

Beli kek lapis MamaSu

Hari Jumaat aku amik half day jugak so aku keluar pegi beli kek lapis MamaSu, sebelah kedai Bubble Bee kat Bangi Sentral. Last week aku dah beli dalam 7 ketul (tak tahu jodoh bilangan apa yang sesuai...nak kata 'biji' kek tu memanjang...), and kali ni aku tambah 5 ketul lagi. Kek dia paling murah RM13 (rasa dulu dapat RM10). Aku ada beli yang RM30 punya 2 biji (choc special MamaSu and Lumut). Ingat nak bagi kat mak and mak mentua. Kalau ada lebih, bagi kat makcik-makcik rezeki siapa yang dapat. 

  • RM30 x 2 = RM60 (MamaSu Special + Lumut)
  • RM25 x 3 = RM75 (White Choc Cranberry)
  • RM17 x 3 = RM51 (Mango Cheese)
  • RM13 x 4 = RM52 (Pandan Cheese (3) + ATM)

Damage done in total = RM238

Buka tema Korea

This week ajak adik lelaki pulak yang duduk kat Kajang untuk datang berbukan puasa. Anak-anak request nak makan ramen chilli oil. Pikir punya pikir, last-last aku pilih tema Korean food kali ni. Dalam kepala nak buat yang simple-simple saja e.g ramen chilli oil tu dengan pajeon. Ayam goreng beli je kat Mashigetta or bazaar. Adik ipar rajin nak buat bulgogi. Aku tambah beli kimchi soup sebab cam nak berkuah-kuah sikit. Ok jugak cuma kalau plating korean style lagi nampak temanya.


Khalifah Jewels

Haha! Aku terjebak! Sebenarnya masa aku half day Rabu tu, salah satu tali gelang jagung aku tercabut dari hujungnya so aku pegi singgah KJ ni kat Seksyen 7 untuk hantar repair. Tapi KJ tengah sibuk promosi so dia tak dapat layan customer yang dalam categori OTHER (cam aku la). KJ tengah promosi 0% susutnilai. Aku tanya apa maksud tu, aku bukannya tahu. Maksud 0% susutnilai is kalau aku nak trade in, dia amik harga sama dengan harga nilai semasa. Hmmm...aku pun terus keluar sebab niat nak repair yang lama kan.

Tapi bila balik pikir, aku cari gelang baru je la kot dah harga trade in sama. Kalau aku repair, kena bayar jugak and dapat lambat (confirm lepas raya). Memang kena tambah bayar sikit (beli baru kena tambah bayar upah, kalau maintain gelang lama kena bayar harga repair). Last-last aku decide nak trade in yang lama, tapi nak amik design jagung juga. Dah la tak payah tunggu after raya, dapat gelang baru lagi.

No. 9 terawal & gelang baru

Nampak sorang-sorang kan. Sat lagi geng dia join daa...

Dulu kalau lalu nampak orang beratur, aku heran camna boleh sanggup. Sekarang aku tak heran dah sebab aku terjebak sama...haha! Kebetulan hari Ahad pagi memang kena antar Lutfi pegi Kiddo Sci kul 9.00 am. Selalu aku pegi beli groceries tapi macam takda apa dah nak beli. So aku kata kalo aku pegi KJ boleh jadi orang yang terawal, boleh settle by 10.30am kot untuk amik Lutfi balik kelas. Bila sampai situ, tengok takda orang beratur lagi tapi aku perasan penuh jugak parking kat situ. Depa tunggu dalam kereta daaaa...dalam kul 9.30 kot sorang-sorang kuar dari kete termasuk aku! Dapat la aku no. 9, batch yang 1st sekali. Alhamdulillah, tiada kekecewaan berlaku walaupun duit melayang RM492 (gram bertambah 0.36 gram saja). Takpa la....amik pengalaman.

Duit raya untuk bibik

Petang Ahad terus pegi Kajang nak transfer duit raya ke bibik. So far memang kami transfer duit raya sejak dia quit 5 tahun yang lalu. Senang juga kedai yang Kajang ni sebab dia ada rekod kita sebelum ni...

Monday, April 18, 2022

Ramadan Weekend ke 2

 Hari ni dah masuk Ramadan ke 17, dah melepasi 2 minggu Ramadan. 

Weekend 1

Alhamdulillah, minggu lepas berbuka puasa di Shah Alam, rumah abang ipar di Bukit Jelutong. Asalnya anak sulong ada program iftar kat sana. So husband hantar Irdina dan kawan dia (datang tido rumha) ke sana pukul 7.00 pagi. Program tu sampai pukul 10.00 malam so kami buat plan sementara tunggu dia habis program, why not berbuka kat rumah abang ipar. So aku gigih buat puding sagu and yang lain beli je e.g nasi briyani and roti john. Dioghang beli roti nan cheese and roast chicken Baker's Cottage.

Weekend 2

Kek Lapis Mamasu

Asal hari Jumaat aku rasa macam kerja opis dah settle so nak kuar jap pegi Mamasu Kek Lapis. Sebab ada tengok youtube Destinasi TV bagi diskaun 15% untuk 100 orang terawal kalu guna voucher bila beli kat situ. Kira episod tu memang baru keluar 14hb (Khamis) so aku rasa ada peluang dapat diskaun tu. Sekali boss buat meeting pagi and ada ad hoc meeting pulak petang...aisey...kelas trading biweekly pukul 10.00 pagi pun aku terlepas.

Shellout menjadik

Thank you Allah, sebab minggu ni aku berjaya buat shellout untuk family kecik aku. Asal plan nak ajak adik-beradik datang berbuka tapi sorang tu balik BP and sorang lagi pegi Melaka. Selalu kami buat potluck and kali ini aku suggest tema 'shellout'. Tapi dah sume takda, aku buat jugak sebab dah ada dalam menu plan pun. Alhamdulillah kali ni puas hati sebab sambalnya ada kuah and sotong goreng tepung menjadik!



1st time aku buat masa puasa 2020 kot. Seperti biasa sebab aku derhaka resepi, tak mau ikut instruction, sambal aku kering. Resepi kata rebus seafood and buat sambal asing. Aku pulak buat sambal and nak masuk seafood dalam sambal tu. So sambal aku bagi kering sikit sebelum letak seafood budget air udang and ketam akan keluar. Sekali tak keluar daaaa....husband aku expect ada kuah!

So bila this time, memula husband aku cam tak excited bila kata nak buat shellout. Maybe experience yang tu la kot, expect ada kuah tapi takda kuah. So kali ni aku follow method rebus asing tu and amik kuahnya masuk dalam sambal, baru la jadik! Dan sebab aku tak nak kalut bila nak masak petang untuk berbuka, aku masak sambal shellout tu waktu sahur supaya aku boleh rasa. So petang tinggal prep seafood untuk rebus and goreng sotong dan ikan.

Baju raya 2022

Aku pun ada sedikit panik bila pikir pasal baju raya sebab hubby kata dia nak pakai warna biru pulak. Sebelum tu dia kata nak pakai warna kelabu. Aku dah sedap hati tak payah susah-susah cari baju...guna tahun lepas jek tapi kalut jugak, kalau baju tahun lepas aku tak muat camna? Tapi bila dia kata warna biru...alamak! kena shopping baju ke ni? Aku nak kena survey dulu tengok kedai mana yang ada baju yang aku muat.... Janganla pegi Bangi Sentral weekend. Jem teroks. So aku amik cuti hari Rabu, mid week dengan harapan tak ramai orang la. Aku malas nak survey sebenarnya  The boys definitely need to find new sebab dioghang banyak berubah dari segi fizikal. Tapi semalam bila tanya balik, dia kata warna kelabu...pulak dah! Ok la, takpa, jimat sikit.

Survey tilam semula

Kami dah buat aktiviti ni Dec 2019 . Tapi pegi 1 kedai je pun dekat dengan rumah. Banyak sangat pikir, so kami hold dulu sampai la ke hari ini. Semalam pegi kedai yang sama...tapi harga dah tak sama ya. Naik RM1,000! Paham la dalam keadaan semua menda naik harga post COVID 19 ni. This time hampir nak beli tapi aku highlight kat husband, tinggi tilam tu hanya 10", nanti rendah sikit la daripada height sekarang...so postpone lagi but at least it's making a progress of about 80%. Dah tahu nak yang mcm mana, tinggal nak decide saja.

Order Nasi Arab Saba online

Adik perempuan aku nak singgah berbuka balik dari Melaka. Aku memang dah niat nak buka nasi arab Saba so aku tinggal tambah portion saja. Kat Bangi dah ada Saba tapi boleh order online atau take away saja, takda restaurant. So kira 1st time order online dengan Saba. Sekarang tengah buat promotion buy 1 get 1 free kalo beli single portion ayam/nasi set. Then ada family set for 4 pax. So aku beli both, dapat la portion untuk 6 orang and tambah kambing (tanpa nasi). 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dapat buat a few things weekend ni. Ya Allah! Tuhan Yang Memiliki Sekalian Alam. Berkatilah hidup kami Ya Allah!

Wednesday, March 30, 2022

Persediaan menyambut Ramadan 2021

 Ahad ni dah masuk 1 Ramadan. Aku memang look forward Ramadan. Kalau dulu aku look forward sebab, orang lain rilek masa Ramadan so kita pun jadi rilek sikit. Boleh buat kerja dengan aman. 

Selain daripada tu, sekarang aku look forward Ramadan juga sebab target nak dapatkan khatam Quran dalam bulan Ramadan. Currently aku dah baca sampai muka surat 470. Aku dah buat kira-kira, aku kena baca dalam 20 muka surat sehari untuk 7 hari (Ahad 27hb - 3hb Apr). So dapatkan Ramadan start fresh. Sekali aku period la pulak....

Apart from that, aku kena plan menu which I really like. I notice bila bulan pose, kalau masak nasi putih lauk-pauk tak berapa laku. Kena masak special la contoh nasi bertema eg nasi ayam ke, nasi tomato, nasi arab etc. Mee pun boleh. Our staple menu (kalau Ramadan mesti ada dish ni) is murtabak. The key is lain daripada hari-hari biasa. 

Kalau sahur pulak, tak payah fancy-fancy. Masak nasi putih dengan lauk saja.

This year 2022 mungkin last Work From Home (kalau lepas ni aku berenti kerja, ok la) so aku kena gunakan Ramadan tahun ni sebaiknya.

Bekalan stock kena ada masa bulan Ramandan:

  1. Ikan bilis
  2. Chilli oil
  3. Serunding

List of dishes for  Ramadan (either previously made or new item)


Dessert/ Pemanis mulut. Kalau tak buat dessert, air kena power


Kena buat extra juga untuk share dengan jiran-jiran




Tuesday, January 25, 2022

Salur air tersumbat

 Aku berjaya menyelesaikan masalah salur air tersumbat di rumah aku! Yeay!

Salur yang aku maksudkan ni berada kat dapur aku. Actually tu salur untuk washing machine and contractor sambungkan sinki dapur sekali. Salur water filter pun keluar ikut situ tapi aku rasa water filter takda affect apa-apa sangat.

Masalah berlaku dah lama tapi selalu mintak tolong suami settlekan...dia akan godak kot salur air tu pastu macam dah ok. Then tak lama dalam 6 bulan kot, jadi balik...air akan melimpah so kawasan washing machine tu akan banjir. Sib baik dekat dengan pintu belakang. So aku scrape air banjir tu guna scraper cermin keluar ikut pintu belakang tu.

Mula-mula berlaku tu dia jarang-jarang la...pastu tahun ni la yang kerap.

Beberapa solution

Aku pernah tanya mak aku pastu dia suggest guna serbuk untuk sinki yang jual kat Cosway sebab dia pernah guna and effective. Mak aku kata nanti keluar ketulan dari salur....agaknya ketulan lemak atau minyak.

Sebelum ni aku ada beli cam liquid kat Mr DIY or kedai hardware and tuang kat salur tu. Masa tu berkesan la pastu jadi balik. Tapi aku ada terbaca jangan selalu guna liquid tu sebab dia some sort like acid. Nanti akan affect material salur tu. So aku pun takut jugak nak guna banyak-banyak.

Husband aku pun pernah guna soda bicarbonat and air panas. Sama jugak, masa tu berkesan lah tapi tak lama.

Aku ada beli kat Cosway 6 botol serbuk tu. Masa mula-mula, memang sekali guna aku abiskan 1 botol. Mak aku kata kena buat selalu so masa yang rajin tu aku memang buat at least 2-3 seminggu (tapi sikit-sikit, bukan tuang 1 botol sekali gus). Masa tu effective la...aku pun happy. Ni citer bulan Disember aritu

Macam nak give up

Tapi pagi tadi air melimpah lagi! Memang dah give up dah sebab tak tau dah nak buat apa...nak mintak husband aku panggil plumber je. Pastu aritu husband aku kata ke nak tebuk lubang kat dinding, bagi air tu keluar terus ikut dinding ke belakang. 

Pagi tadi, mula-mula tu memang menyirap darah. Aku nak biarkan je air tu, malas nak scrape...tapi aku buat juga. Aku alihkan ke depan recycle bin and trolley yang aku letak celah tu ke depan. Dalam hati, sabar je la...buat je la apa yang patut. Kalo banjir, scrape. Pasrah dah...

Ketulan lemak

Tapi memang pagi tadi, bunyi salur tu dah kronik cam kuat sikit dari biasa. Aku test bukak air from sinki dapur nak tengok air kat salur tu naik sampai mana and banjir tak. Sekali tu, air dia nampak kuning-kuning kotor gitu, sikit lagi nak melimpah ke lantai. Eh! Nape air dia kuning ek? Sebelum ni airnya taklah kotor sebab air bilas baju. Aku ada nampak jugak benda kuning terapung-apung (mcm najis terapung kat toilet pulak!) Yucks!

Masa tu washing machine tengah mode 'rinse' dan kejap lagi akan keluarkan air bilasan yang terakhir. Kalo aku tak korek salur tu, memang air kuning tu akan melimpah ke lantai! Adoii! Lagi payah nanti! So aku cepat-cepat cari kayu kat luar. Alhamdulillah ada and aku cepat-cepat godak salur tu, nak cari menda yang terapung tadi. Sebab aku baru teringat, mak aku pernah kata nanti keluar ketulan lemak, aku agak menda kuning tu la ketulan lemak and dah keluar dari salur sinki dapur tu. 

Aku takda geli dah sebab tahu ketulan tu datang dari bahan yang aku masak juga. Aku godak, cari and angkat ketulan daripada salur tu dengan tangan. Tak sempat nak cari sarung tangan sebab jap lagi air daripada washing machine akan keluar....

Bila aku dah keluarkan benda kuning tu, barulah paras air dah tak naik dah ke aras lantai. Laju je air daripada washing machine tu turun. Ya Allah! Lega rasa tak terhingga! Aku berjaya!



Maintenance

Lepas ni kena rajin letak serbuk pipe Cosway tu supaya ketulan tu tak besar sangat and menyumbatkan salur air tu. Aku plan nak letak seminggu sekali

Pengajaran

Ya Allah! Apakah pengajaran yang Kau cuba nak tunjukkan Ya Allah? Adakah kesabaran dalam kesusahan? Jangan berhenti berharap kepadaMu? Lakukan apa yang aku mampu dah tawakal kepadaMu? Jangan mengeluh?

Aku amat bersyukur Ya Allah! Sesungguhnya urusan dunia adalah milikMu dan aku tak mampu menanganinya tanpa pertolongan daripadaMu...


Thursday, January 20, 2022

Close contact COVID 19 and other mambles

Last week pegi jogging (lebih kepada jalan) dengan makcik-makcik aku kat Denai Sg Langat hari Sabtu pagi. Semangat kau masuk tahun baru ni...standard la tu kan, sume nak jaga kesihatan. Sekali tu salah seorang daripada makcik aku +ve Covid 19. Dia buat test waktu petang Sabtu tu...Ah Sudah! Aku pun cepat-cepat beli self test kit untuk aku dan Lutfi (sebab dia pegi jogging sekali)...Alhamdulillah, test tu -ve. Pastu baru aku teringat, aku dah kena masuk office hari Isnin. Kalo dah gini, aku kena kuarantin duduk rumah tak leh gi opis...blessing in disguise. Tak payah masuk office lagi...haha!

Dah nak masuk Januari Minggu ke 3. Alhamdulillah dapat exercise sepanjang 3 minggu ni. Masak pun dah test masak. Last week dah pegi pasar beli groceries. For breakfast, aku figure buat toast buh cheese pun OK je. Pastu boleh juga buat hotteok instead of pancake Satun. 

Pastu jumpa juga resepi baru untuk instant noodles: Garlic/bawang, chili oil, kicap sikit, veggies, kalo ada protein leh tambah (aritu guna fishball saja)

Keep your promise

Adalah jugak tgk2 youtube pasal weight management. Macam mana orang lain buat untuk maintain healthy. Some key points:

  1. Must know your physiology physical response
  2. Must be concious of your decision
  3. Establish integrity (I will do what I want to do for me)
  4. Break it down into chunks so you can keep your promise
What is my promise? 
To exercise at least 40 mins a day. Maybe 3 to 4 times a week

Thursday, January 13, 2022

Managing time and productivity

Minggu depan aku dah start masuk office untuk 3 hari, yang 2 hari lagi boleh kerja dari mana-mana. Anak-anak dah start belajar minggu ni, dah kena pegi sekolah tapi bergilir. Kalau aku tak buat planning, memang kelam kabut, memang tak dapat nak masak untuk anak-anak, tak dapat exercise for weight management, tak dapat mengaji, tak dapat belajar pasal saham/trading. Bayangkan anak-anak akan ada di rumah untuk seminggu bila dioghang PdPR so selain breakfast, kena masak untuk tengahari juga. Tak macam sebelum ni, tak perlu masak sbb Kasyif and Lutfi tak balik rumah untuk tengahari, so memang tengahari takda orang kat rumah.

Planning aku macam ni:

Untuk hari yang aku pegi office (Isnin/Selasa/Rabu)

4.00 - 4.30: Tahajjud dan mengaji 5 mukasurat

4.30 - 6.00: Cook breakfast and lunch (1 1/2 hours)

6.00 - 7.00: Solat Subuh, mandi, pegi kerja

7.00 - 8.00: Travel to office

Time spent at home in the morning = 3 hrs

Office hours = Masuk pukul 8.00. 9 hrs including lunch. Balik pukul 5.00

Travelling time = 2 hrs pergi balik

3 hari ni aku tak sempat nak exercise, mengaji pun target 5 mukasurat. Lagi 5 mukasurat, target baca kat office. In terms of exercise, I take this as rest days, exercise bila aku WFH

Untuk hari yang aku WFH (Khamis/Jumaat)

4.00 - 5.00: Tahajjud dan mengaji 10 mukasurat

5.00 - 5.40: Exercise

5.45 - 8.30: Solat Subuh, cook breakfast and lunch (2 3/4 hours!)

8.30 - 9.00: Mandi, prep masuk kerja

Time spent at home in the morning = 4.30 hrs

Office hours = Masuk pukul 9.00. 9 hrs including lunch. Habis kerja pukul 6.00

Travelling time = none

Kalo WFH takla pack sangat, jimat masa kat travelling. Tu yang boleh masak sampai kul 8.30 am

Macam mana pun, kena masak lunch sebab Kasyif memang ada kat rumah sebab dia sekolah menengah petang. Tengok la camna, harap menjadi...

Sunday, April 5, 2020

Movement Control Order Day 19

Dah masuk hari ke 19. So far I'm enjoying this PKP thingy. Kerja tetap kerja, tapi best sebab tak payah mengadap boss. Aku enjoy memasak sebab bukan aku yang pegi kedai beli barang so takda la penat sangat. Pastu dapat masak menda yang dah lama tak masak dan menda yang tak pernah masak!

Peria
Suami beli peria, dia ingatkan tu petola! Berpeluh jugak pikir camna nak masak sebab peria pahit kan. Serious tak tahu cara nak masak. Tapi ghupanya quite simple, cuma kena rendam air garam sekurang-kurangnya 30 min. Boleh goreng rangup atau buat masak telur. Hari tu buat masak telur, boleh tahan! Ada separuh lagi yg mentah, nanti aku nak pairkan dengan Ayam Tandoori.

Agar-agar Santan
Dulu masa ada bibik, aku rajin juga buat agar-agar. Pastu lama dah tak buat sebab guna gula kan (aku pantang gula sebagai langkah mengawal berat badan). Then ada terjumpa agar-agar tali dalam dry cabinet. Ni mesti adik ipar aku beli (tapi tak buat-buat). Aku kuatkan semangat untuk buat sebab sayangkan agar-agar tu nanti dah expire. Kali ni aku buat Agar-agar Santan guna gula melaka. Sebelum ni aku buat yang kaler hijau (kononnya perisa Pandan). Ni sebab ada gula melaka yg adik ipar aku beli jugak tapi tak pakai-pakai, aku decide nak guna gula melaka tu. Same reason, takut terbuang. Alhamdulillah, menjadi dan tak manis sangat (aku takut manis sebab guna 1 ketul gula melaka kot1)

Nasi Daging
Ni pun sebab adik ipar aku beli set Nasi Dagang dulu tapi tak buat-buat. Sebenarnya dah expired tapi serius aku sayangkan beras dalam set tu. Beras mahal kot. Glad I made it because now I know Al Manar set boleh repeat beli. Senang jugak kerja and people will definitely be impressed. Yang penting, main ingredient that is tulang/daging lembu & beef stock dah buat siap-siap. Husband aku suka sangat terus suh adik ipar aku order lagi set Al Manar tu.

Deep inside, I wish the government will extend the MCO. There are so many things I would like to do and learning tajwid is one of the main ones but I still have not opened my notes yet!

Monday, January 13, 2020

Mengelap lagi

Weekend haritu aku buat apa ek? Owh.... aku berjaya let go baju-baju lama kepada Life Line Clothing Malaysia. Hantar ke SMK Dato Abu Bakar Baginda dalam pukul 3.00 petang. Actually depa ada kat situ dari pukul 9.00 hingga 10.00 pm katanya. Aku rasa lega dan lapang dada, kepala dan rumah! Haha!Tu activity hari Sabtu...

Hari Ahad ingat nak pegi exercise tapi kena amik Irdina kat SGS pepagi. Dia volunteer jadi facilitator untuk Form 1 yang baru datang and started last Tuesday. Husband pun dah lama teringin nak makan mee Jawa kat Jalan Penghulu Cantik, dekat-dekat CentrePoint Seremban. Cantik lah planning tu....

So cancel exercise sebab hubby kata nak bertolak kul 8.00 pagi. Tukar plan, aku clean up tingkat atas sebab buat aritu tak abis lagi...Alhamdulillah, nampak kemas sikit. Aku kumpulkan frame-frame gambar, reorganize kotak-kotak buku husband aku, lap platform. Aku bangun kul 5.00 pagi tau mengemas, sampai kul 7.00 pagi. Pastu mandi bersiap nak ke Seremban. 

Around 10.30 aku pegi facial. Balik dari facial dalam kul 2.00 petang, aku solat Zohor dulu sebelum start kemas, vacum (final touch) atas dan bawah. Aku nak simpan carpet merah and bawak turun carpet bulat nak letak kat area buku-buku the boys. Aku bawak keluar lampu lip lap raya dan bagi area tu ceria sebab malap sangat. 2 jam jugak lah...pastu keluar makan kat D' Limau Nipis. Kalo after 4.00 pm, lauk2 sume dia bagi separuh harga. Kalau kuih-muih, dia bagi jek sebab dia kata dah petang... Alhamdulillah....aku mention kat husband, jom buat IF weekend. Makan after 4.00 kat D' Limau Nipis...boleh jimat! Kuang3x

So abis dah weekend.....

Thursday, December 26, 2019

Kemas rumah

Semalam cuti Christmas, sempat jugak aku kemas rak buku kat ruang tamu. Lama dah aku nak buat. Lepas balik KOREA, aku memang nak kemas rumah. Berhabuknya alahai!...Aku buat sikit-sikit dari hari Isnin. Asalnya aku rasa tak best tengok ruang tamu aku. Kerusi Fella tu dah out of shape, sofa cover IKEA dah lusuh, barang bersepah, not a good sight at all. Memula tu aku plan nak beli itu ini tapi bila tengok rumah aku, barang dah banyak sebenarnya. Better aku sort barang aku dulu macam buku, baju and toys. Dah sort barang, reimagine the purpose of existing furniture. Boleh relocate saja... tapi aku memang nak update langsir dengan sofa. Pastu nak beli katil!!!!

Dua hari sebelum, anak-anak dah sort buku memasing. Aku suh asingkan mana yang nak buang, nak derma, nak simpan. So semalam, aku all out. Kuarkan non school books from Billyand lap shelf. Berabuknya Ya Allah! Aku teringatkan bibik... patutla dia rasa dia dah tak larat kerja. Aku rasa rumah aku takda lah susah sangat nak jaga tapi sebenarnya bibik Lasmi memang buat kerja dia termasuk lap all the shelves. Aku tak nampak sebab dia buat masa orang pegi keje, pegi sekolah. Aku tahu sebab rumah aku habuk tak nampak pun masa bibik ada. Dulu aku rajin membeli, tak perasan nak rumah lawa, kena sentiasa maintain kebersihan. Dulu kan bibik ada nak bersihkan rumah. Terima kasih bibik sebab ajar aku apa makna BERSIH. Habuk kena lap ya!

Dari pukul 5.30 pagi aku mengemas sampai husband aku tolong pukul 11.00 pagi. Then mintak tolong anak dara aku vacum sebab aku nak naik mandi. Masa tu dah pukul 2.00 petang. Aku rasa penat lepas mandi, aku amik quick nap.

Alhamdulillah, mana-mana yang tak pakai dah kuarkan. Beri ruang untuk Kasyif dan Lutfi pula. Irdina pun dah tak sekolah menengah, boleh la kuarkan buku-buku dia.

Somehow aku rasa puas sebab berjaya clearkan Billy tu. Next task? Bawah tangga atau toys?

Baru teringat, ada cat lebih masa cat kat tingkat atas tahun 2018. Boleh la retouch balik cat kat ruang tamu.

Pastu kalo aku nak tukar sofa, langsir... aku nak buat konsep apa?


Thursday, October 31, 2019

Time for myself

So I didn't post anything in Sept ya. Many things happened since last post:

  1. My brother got married 14 Sept
  2. My colleague quits and got married 22 Sept
  3. My 2nd kid sat for PT3 3-8 Oct
  4. My 3rd kid sat for UPKK same time as PT3


My weekends were full with other stuff, I didn't get to clean my house. Only today I got to take a look around and was overwhelmed with the mess. My husband has been away 3 times to Sarawak within a month. He has been busy giving talks.

Then I had to crack my head for upcoming KOREA trip 29 Nov - 6 Dec.  Guess what, it's an excursion of 23 pax with age ranging from 65 to 1 year old! Had to work out the budget, itinerary and figuring out the logistics....for the group. Not to mention HM Family's budget! Ya Allah! Penin kepala.
Image result for korea winter wear
What should I wear in KOREA???

Work wise, things were chaotic with changes in key management. So Sept-Oct was busy with that too.

Weight management was a yoyo. I've hit 68.0kg last 2 weeks but maintaining it was proved difficult. I have to improve my choice of food and portion. I'm not complaining though because I manage to wear my old clothes now. I need to calmly persevere and target fat loss because I believe the kg loss will follow suit. My target is to maintain 67kg when I'm on my way to Korea.

Coming soon: My eldest sits for SPM starting 5 Nov. Ya Allah! Dah besar dah anak aku ni! Aritu attend solat hajat kat sekolah dia before shoot balik Perlis for Deepavali break. It was a good session for all of us.

She had her batch dinner on Monday and I supported her all the way. We rent a dress for RM100, bought new pinky shawl and shoes. I lent her my accessories and suggested her to look for someone to do the makeup insead of doing it herself. My hubby was clueless and not able to join our girly conversation.


2019 has many history to remember....


Tuesday, May 21, 2019

Pre Raya: I made some cookies!

Dulu memang rasa tak da masa nak buat cookies. Rasa cam lecehnya...Alhamdulillah sekarang aku dah berubah (sikit).... hehe! Aku berjaya buat Double Chocolate Cornflakes cookies dan Popia Cheese masa long weekend cuti Wesak last week.

Biskut air tangan sendiri
Double Choc Cornflakes cookies tu pernah buat untuk doogift kenduri sunat the boys Disember tahun lepas. Tak sangka aku gigih buat 1,000 cookies! So kalo untuk doorgift leh buat, takkan untuk sebalang dua takleh! Tu ayat bako aku supaya buat untuk raya 2019.

Untuk Popia Cheese, sebab utama aku buat ialah kerana bahan-bahannya tak banyak dan murah. Kulit popia + serbuk cheese. Nak sedap lagi tambah gula icing + serbuk cili... Kalau ada orang tolong lagi senang. Semalam Jasmin & Kasyif tolong. Sorang tolong separately kulit yang dah potong masuk kuali, sorang tolong gaul perasa. Aku jaga minyak and pastikan kulit popia tak hangus. 1 pek kulit popia yang biasa tu dapatla hampir penuh balang Tupperware besar. Aku beli 2 pek. Pagi tadi tanya anak-anak, sanggup tak nak tolong aku lagi. Kalo tak sanggup, aku nak buat popia jek pek yang lagi satu tu. Dioghang kata OK. Yeay!

Damage done for both items is roughly dalam RM70, tak termasuk barang-barang yang dah ada kat rumah seperti telur, vanilla essence, minyak
The dough. Double kan sukatan, dapat dalam 270 biji


I like the rough look of this cookie


Kulit popia dah potong. Ready untuk goreng

Dah siap botolkan untuk dibahagikan...
.

 So dapatla aku bagi mak and mak mentua sorang 2 balang, hasil tangan aku...hik!

Biskut tunjuk
Apart from these 2, aku ada order biskut dari The Black Whisk sebab nak usha untuk adik aku punya doorgift majlis kahwin nanti. Tengok IG macam menarik tapi aku nak test biskut dia dulu, sedap tak.... Aku order Red Velvet cookies, Kristal Ball and Omirium. Damage done = RM220

Dengan officemate aku ada jugak order kerepek pisang masin x 3, kek lapis x 4. Damage done= RM138

Nak dekat RM500 jugak ya belanja biskut raya ni...sebab aku order 2-3 set untuk bahagikan dengan orang Batu Pahat and orang Jelempok. Rough dalam RM150 seorang... OK la....

Sunday, April 21, 2019

KETO: What I do on a Sunday

Pergi exercise kat Fitness Centre
Since I am determined to change my lifestyle so it would have a permanent impact on my weight management, I want to make it a habit to go and do an exercise on weekend. Sebelum ni rajin pegi kelas kat fitness centre. Classes usually start at 8.30am. Pernah pegi Bolly Dancing kat Nurwin Fitness, Piloxing kat Lily Fitness. I like both classes, memang sweat abis! Piloxing very challenging tapi puas ati la! Bolly Dancing is fun, seronok gelek-gelek sambil imagine menari untuk hubby....kiki! Budget belly dancer konon!

Routine dah berubah
That arrangement worked masa ada bibik dulu. Sekarang cam tak boleh masuk pulak maybe routine yang lain pun dah berubah. The boys dah besar and abah dia enrol dalam koko classes. Kakak dah masuk asrama so alternate weekends pegi visit dia. Aku pulak kena plan meals and shop groceries, kemas rumah, gosok baju.

Masa itu Emas
Yang aku rasa paling sesuai sekarang ialah bila aku rasa nak exercise, buat jek. Tak payah tunggu fitness classes sebab belum tentu boleh fix pergi. Aku pun dah tak boleh buat excuse takda masa, masa tak cukup. Kalau exercise is a priority, sure we'll make time for it. So with that notion, aku rasa buat Tabata kat EVO for 20 min pun dah cukup baik. Yang penting istiqamah.

Tabata @ EVO gym
Yang aku suka:

  • aku boleh terus pegi EVO lepas solat Subuh and buat 20 min. Lagi awal la aku abis daripada dulu yang kena tunggu kelas 8.30 pagi. Aku pergi exercise either pagi Sabtu atau Ahad tengok kesesuaian. 
  • Kalo pergi hari Sabtu, hari Ahad aku boleh gosok baju. Kalau pegi hari Ahad, aku boleh terus beli sarapan and groceries kat Pasar Tani. So by 11.00 am aku dah boleh settle.
  • banyak menda yang aku boleh settle bila buat routine camni. Alhamdulillah, idea ni semua daripada Allah SWT!
Semalam aku kata nak start Monday esok dengan weight around 70kg kan...supaya the whole week boleh turun ke 68-69kg through following KETO. So semalam breakfast makan  popiah basah x 4, lunch makan kenduri (aku amik nasi sikit saja) and dinner makan drummet saja @ Rumah Makan Terlajak Laris. Alhamdulillah pagi tadi berat 70.3kg....Harap-harap boleh maintain tak amik karbo hari ni. Pagi tadi dah makan LIndt 78% chocolate x 1 square, sengkuang dengan guacamole. Lunch rasanya nak makan Subway saja....fingers crossed!

Thursday, February 23, 2017

Ideas to try with Airfyer

Excited nak guna Airfryer ni! Haha!

Google internet nak cari idea sebab nak bagi berbaloi la beli Airfryer ni.... Banyak resepi jugak, mostly memang yang dulunya kena goreng tapi sekarang dah tak payah pakai minyak... Hoho!

Wish list items yang nak try buat
  • Prawn toast (chinese style)
  • Onion Rings 8 min
  • Fried Chicken 18 min
  • Chicken nuggets
  • Sweet potato fries 15 min
  • Potato fries 25 min
  • Roast potatoes

Hopefully dapat buat....

Camna nak buat lagi cepat?

Hari ini tetiba dapat idea camna aku nak improve buat kerja rumah cepat-cepat.


  1. aku tak perlu menyapu tiap-tiap hari, tapi selang sehari
  2. mop pun seminggu sekali dah memadai kecuali ada kotor yang obvious
  3. kena include mengelap habuk sekali seminggu
  4. bab memasak kalau guna oven, rilek sikit sebab kita tak perlu jaga. So jadual menyapu kena follow jadual memasak.


Ni cerita lain, pasal Aifryer yang baru amik tadi kat AEON Big. Beli harga RM799 on 29 Dec 2016. Ternampak receipt customer lain beli on 31 Dec 2016 pada harga RM719! AEON Big ada tambah lagi 5% discount on 31 Dec ghupanya. So lenkali, beli lah barang on 31 Dec.... Aku jugak yang rugi, selang 2 hari jek!
Pastu tadi check harga, sekarang AEON Big jual RM769 pulak! Cissss....

Now dah ada Airfryer, patutnya jimat masa lagi (dan hopefully jimat minyak) sebab pun tak yah tunggu macam masak dalam oven.

Aku memang kena bangun kul 4.30 pagi kalau nak sempat menyapu, mengemop dan masak. Dulu aku sempat masak 1 jenis lauk tapi sekarang ntah kenapa tak sempat pulak, sempat masak breakfast jek. Sekarang ni pun arrive kat opis ngam-ngam kul 9.00 pagi.

Aku harap lepas ni aku boleh figure out camna nak selitkan tabata dalam routine aku.

Dan aku dah kena basuh sarung sofa yang dah 8 bulan tak basuh!

Wednesday, November 16, 2016

So far after 4 months

Dah nak masuk 4 bulan since kami hidup tanpa bibik. Alhamdulillah, anak dara dan suami aku banyak membantu. Bila tengok aku punya planning siap dengan jadual bila nak masak, gosok baju, nak prep barang nak masakla....detail betul... Tapi after 4 bulan, jadual semua tu tak leh pakai kalau routine kita terganggu dengan kekerapan balik kampung la, kena gi training la, sibuk dengan kerja la, husband outstation la....Hai....

Masak tu ok tapi bab-bab nak prep barang tu ermmmm.... tak sempat sebab tak weekend dok melanguk, enjoy tengok TV and dok antar anak pergi kelas aktiviti. Tak macam 1st Monday masa bibik takda, aku berkobar-bokar sungguh prep bergedil, kopek bawang halia.... Sekali tu jela. Sebab after a while nak masak 'canggih-canggih' tu amik masa jugak la

Friday, September 30, 2016

Bento I've prepared

The 1st week after bibik dah takda tu, semangat bukan main. Buat mini burger la, frozen begedil la... Terpengaruh tengok orang lain buat untuk anak-anak mereka. Then after a few weeks, aku still bekalkan the kids, cuma tak secanggih masa 1st week tu la. Sebab Jasmin pernah cakap kat aku 'mama buat jek yang simple-simple, tak yah nak bento-bento sangat!' Haha! Nak tergelak aku. Agaknya dia kesian tengok aku.... atau aku buat tak sedap? Muahaha!

Anyway, alhamdulillah aku rasa seronok prepare bekal dan masak meals untuk dioghang. Seronok bila tengok makanan abis la. Irdina pun ada cakap 'gemuk la camni. Tiap-tiap hari makan sedap!' Hihi! Kembang sekejap... Aku masak biasa-biasa jek. Alhamdulillah, anak-anak boleh terima. Kalau time malas atau penat atau takda idea, aku beli je. Dalam seminggu tak termasuk weekend, adalah satu hari 'cheat day' either makan lauk yang x abis semalam, atau masak frozen fried chicken atau beli lauk. OK lah tu. Aku bukan nak jadi the perfect housewife.....

Friday, September 9, 2016

Jasmin dah UPSR: Merdeka!

Semalam tamatlah peperiksaan UPSR untuk Jasmin. Sepanjang hari periksa tu, aku amik half day leave petang. Alhamdulillah, no objection from the office. Kalau ada pun, aku akan buat donno jek. Anak aku nak periksa kot! (walaupun UPSR jek! Heh)

Aku amik petang sebab nak sambut dia lepas dia abis kertas periksa untuk hari tu. So far kalau aku tanya, dia kata ok jek. Semalam abah dia tanya perasaan dia dah abis periksa.... dia kata 'takda perasaan!'....Aik! Seram pulak aku. Selalunya, at least kita rasa bebas sebab dah tak payah nak mengadap buku. Hmmmm.... apa-apa lah Jasmin, asalkan bahagia!....

Belanja makan kat Miyagi Bangi
Aku tahu dia suka makanan Jepun, so malam semalam aku terus belanja makan kat Miyagi Bangi. OK jugak sebab suasana tu ada rasa macam kat Jepun gak la. Aku belanja sekarang sebab nak menghargai usaha dia, result tu lain kira. Sebab kalau ikut konsep tawakal, memang dah boleh celebrate sekarang. Result tu nanti biar Allah SWT yang tentukan. Semoga anak aku mendapat keputusan yang cemerlang, Ya Allah!

So aku rasa aku dah boley tarik nafas lega untuk tahun ni. Kami sudah selesai menempuh cabaran yang aku dok risau untuk tahun ini:

  • Life without bibik
  • Jasmin UPSR
Tahun depan Kakak PMR pulak!

Jangan ungkit
Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan. Aku belum rasa 'tak boleh cope'. Semoga perasaan ini kekal. Bila rasa nak mengungkit ke atau nak complain orang lain tak put effort, aku ingatkan diri aku yang Allah SWT put me in this situation for me to learn to be patient. Dan aku ingatkan diri aku, whatever yang aku buat dan tak ungkit, Allah SWT akan beri ganjaran yang besar buat aku sebagai ibu dan isteri. Ganjaran akhirat yang aku tak nampak... Syaratnya, JANGAN UNGKIT!!! Heh! sebab kekadang rasa geram tu ada... Contohnya pagi tadi, complete dengan Kasyif muntah, Lutfi kencing tilam, hujan pepagi....Imagine, aku baru jek kemas hall and nak masuk dapur masak breakfast. Sekali Kasyif muntah daaaa... Ishh...aku ada berbunyi jugak tapi tak seteruk sebelum-sebelum ni. Tapi kali ni aku bebel suh dia bagi aku sapu Vicks kat dia (sebelum ni dia tak mau).

Pastu adik dia turun, aku tengok seluar dia basah. Kencing tilam la tu!....Masa tuh dah pukul 7.00 pagi. Husband aku tak bangun lagi (dalam hati dah geram dah ni!) And pagi tu siap ngan hujan lagi. Aku budget aku boleh keluar rumah awal pergi office arini.... Tetttt! Wrong! Aku lambat sampai opis dalam 6 min.

I kept reminding myself, so I didn't utter any condemning words, membebel etc. I just did what I had to do. Lap muntah, mandikan Lutfi, kemas tilam yang kena kencing tu and mandi.... sabar, sabar aku cakap kat diri aku sendiri.... I was not this composed when I was young. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi aku peluang belajar membetulkan kesilapan diri... Tapi adat manusia kan, selalu terlupa...termasuk aku!


Monday, August 29, 2016

Minggu ke 4 tanpa bibik

Hari ni ntah kenapa, pukul 3.30 pagi dah terbangun. Mula-mula rasa awal sangat tapi bila teringat experience last week, aku gagahkan jugak. Last week bangun awal pun, still kul 7 lebih baru naik mandi.

Dan harini, lebih kurang jugak situasinya. Cuma awal sikit dalam pukul 6.50 pagi (target nak naik mandi kul 6.30 pagi). Patutnya dah bangun kul 3.30 tu, mesti pukul 6 dah boley mandi kan... Seriously aku kena improve timing aku ni!...

Aku start masak kul 5.50 pagi. Maknanya aku menyapu + mop dalam 2 jam lebih ??? (target 1 jam jek). So far reasonably by 1.5 hours sepatutnya dah abis. Memang aku ada buat menda lain sikit-sikit. Lap meja sikit, letak helmet basikal Kasyif dalam stor, surface sweep sikit. Itu pun dah amik masa dalam 1/2 jam!....

Hari ni masak Bihun Singapore + Roti John for bento. Untuk dinner, ingat nak goreng telur jek, boley combine dengan lauk lebih semalam (Kuey teow semalam pun ada 2 bungkus lagi tak makan)
Weekend aritu dah masuk cycle kedua shopping foodstuff. Ada yang beli kat Jaya Grocer, pasar basah yang aku selalu beli dan Tesco (sebab dah alang-alang pegi IOI City Mall). Total dalam RM300+++, expect tahan dalam 2 minggu sampai lepas cuti Raya Haji.

Hari Sabtu pagi tu, aku prep bahan mentah untuk memasak:

  1. Bersihkan ayam, ikan dan udang. Ayam aku siap-siap marinate halia + bawang putih
  2. Bake meatball pastu freezekan. Asing sikit mince beef  yang dah masak untuk buat Roti John
  3. Buat stock guna kaki dan leher ayam pastu aku freezekan.
  4. Freezekan buah tembikai susu

Dalam pukul 10.30 siaplah sume.

Ahad tak keluar pergi mana-mana. The girls ada kelas and aku ada appointment facial sebelah pagi. Sebelah petang hubby and the boys pegi main badminton. Lunch aku tak masak (memang aku dah declare dgn hubby) so laki aku beli kat Mat Kimbong. Tengokla, weekend kalau aku ada mood atau nak try masak apa-apa, aku masakla. Banyak jek menu yang aku berangan nak masak tapi sesuai untuk weekend jek (sebab masa banyak). Contohnya Nasi Ayam Claypot, Nasi Ayam biasa, Nasi Arab, Chicken Roast etc. Maybe, cuti Merdeka nanti bolehla aku masak sesuatu.

TO DO LIST this week:
Tukar + basuh cadar
Tukar + basuh alas meja
Tukar + basuh towel

Wednesday, August 24, 2016

Timing buat kerja rumah

Hari ni aku bangun dalam pukul 4.30 pagi.

4.30 - 5.00: Menyapu
5.00 - 5.30: Mop
5.30 - 6.00: Mengemas
6.00 - 7.15: Prepare bento
7.15 - 8.20: Mandi, urus Lutfi, keluar rumah

Hari ni aku lambat sampai opis dalam 3 minit. Sebab hujan pagi tadi, kete banyaklah kat jalan. Waktu bangun 4.30 tu cantik dah. Tapi lambat jugak aku mandi sebab target mandi pukul 6.30 pagi sedangkan hari ni aku tak masak lauk pun. Cuma prepare bento kentang lenyek + mushroom + telur + cheese + sos Prego merah (lebih semalam). Then bakar chicken nuggets instead goreng. So takda buat apa sangat sebenarnya, patut dah boleh mandi awal.

Sebenarnya tak tahu apa nak masak. Dah kuarkan ikan kembung....Nak goreng ke? Nak buat singgang tapi takda kunyit hidup. Nak buat masak kicap, tapi bebudak tak berapa minat ikan kecik. Hmm... Pikir banyak sangat, dah masa terbuang.

Pastu, lepas mop aku susun-susun barang, plush the cushions, lap sikit-sikit pun dah amik masa dalam 15 min. And menda ni takda dalam planning aku yang asal.

So based on today's observation, aku kena "GET THINGS DONE"... "DON'T THINK TOO MUCH"
Muahaha!

Tuesday, August 23, 2016

Minggu ke 3 tanpa bibik

Alhamdulillah, selesai urusan menghantar beg dan transfer duit bibik last week. Lega rasa.... Jumpa adik bibik di Bukit Kremoyang, dekat area Simpang Renggam hari Ahad 21 Ogos. Contact Amat sebab dia duduk dekat Simpang Renggam. Kebetulan Amat ada kat Kelantan antar wife dia nak bersalin. So janji jumpa kat BP pagi Ahad....

So balik Batu Pahat Sabtu petang. Singgah Alor Gajah beli tudung saji mengkuang dengan lapik meja (lama dah nak beli menda-menda ni). Pastu berenti try mee bandung kat Muar.
Malam Sabtu tu tengok Olimpik Rio 2016 Single Badminton Final. LCW lawan Chen Long. Rasa confident jek boleh menang sebab Chen Long macam budak-budak. Sekali tu tengok dia main 1st match....Alamak! Rasa macam tak best jek...1st match, LCW kalah. Aku tunggu lagi sebab rasa masih terlalu awal. Pastu 2nd match, LCW macam ketinggalan jek..Tak sanggup rasa nak tengok. Masuk bilik, tukar contact lense pastu tertido. Tengah malam terjaga, tanya ayah... "Ha'ah, LCW kalah' ayah kata....

Hari Ahad, terbangun pukul 5.00 pagi. Tolong kemas dapur. Sapu dan mop. Basuh baju. Pastu tolong bersihkan ayam. Layan anak, makan tengahari pastu bertolak dengan Amat ke Simpang Renggam. Lepas passkan beg, gi pekena durian D24 dengan IOI kat area situ (Amat tukang tunjuk).....

So ni the 1st weekend takda kat umah selepas bibik balik. Nasib baik ada frozen foodstuff so aku rilek jek weekend tu tak kalut nak plan meals for next week. Lesson learnt from week 2, tak perlu masak lauk-pauk tiap-tiap hari. Asyik tak abis jek lauk aku last week. Masak sejenis yang merangkumi semua kelas makanan: protein dan sayur. Tak yah masak lain-lain. So pandai-pandai lah aku adjust.

Isnin: masak Ayam 'Percik' (konon) yang aku dah perap and freeze 2 minggu lalu. Tak masak nasi sebab ada nasi goreng, hubby beli semalam. Sayur pun tak masak. Bento, buat roti Gardenia inti telur goreng + mayonis + sos cili. Cilok tengok adik ipar buat untuk anak-anak dia masa kat BP. Simple kan... tapi aku kan nak introduce healthy options kat anak-anak aku so agak tak menepati aku punya prinsip sebenarnya. Ini lah salah satu contoh masa punya pasal, terpaksa pilih convenience over nutrition. Tak nak guna roti putih dah tapi ini situation 'terpaksa'...huhu

Selasa: Hari ni, buat Linguine with Meatball (kuah merah). Tak ingat berapa ketul meatball, tapi agak sikitlah...Intention nak buat ayam lemon kot malam ni. Pastu masak sayur chap chai sebab aku nak tapau bawak gi opis. Bangun awal pukul 4 tapi naik mandi kul 7.00 lebih gak. Ini benda yang aku kena improve. Target nak naik mandi kul 6.30 pagi paling lewat supaya boleh urus Lutfi. Nasib baik hubby ringan tulang, tolong uruskan Lutfi. Kalau tak memang lambatlah aku ke opis.

Minggu ni rasa rilek sikit. Adakah sebab dah minggu ke 3? Last 2 weeks ada rasa anxious, rasa macam tak settle. Kali ni lebih tenang...