Monday, May 15, 2023

Home Improvement #2

 Last week before Abah pegi UK, dia dah indicate berapa allocation ada untuk Home Improvement Part 3. Sebelum ni yang major renovation bila extend dapur in 2008 (Abah kata dalam RM60k), pastu plaster ceiling + porch in 2009 (dlm RM20k). Masa 2009 tu start beli perabot yang elok sikit untuk living room jugak.

Sebelum ni ada kata kat Abah, nak elokkan lagi porch, extend bilik kids and re-vamp living room. Abah tanya budget RM50k cukup tak....Alhamdulillah, ada juga allocation walaupun sekarang harga bahan dah mahal especially besi. Pastu dia suh buat costing jugak untuk buat rumah kat tanah Enstek.

Uish! Banyak betul menda nak buat ni....plan for Rome, exercise, home improvement, my vlog....sume perlukan masa untk berpikir...

I'm telling myself jangan terpengaruh dengan IG and Pinterest...memang sekarang ramai yang buat renovation cantek2 tapi aku tahu mahal...I don't think I'm willing to spend extravagantly on home improvement knowing aku nak berhenti keje tahun depan.

Seyes perasaan nak berenti kerja datang lagi.....




Syawal dah nak berakhir

 Tahun ni memang rasa Syawal tu sekejap sangat....sebab cuti balik kampung tu panjang kot. Tahun ni aku kena ganti puasa 7 hari. Selalu aku dapat puasa enam sekaligus tapi tahun ni takda rezeki sebab this week is the last Syawal week. Saja nak list out things happened last week sebagai kenangan:

Ahad 7hb: Masak bihun sup jemput Mcik, Anjang, Azie, Imi sekeluarga

Isnin, Selasa, Khamis: puasa ganti (3 hari). 

Hari Selasa 9hb aku bawa HRV as practice untuk pegi Melaka weekend nanti, pastu balik dari kerja masak lagi sebab Akmal nak datang ziarah (dia tak dapat dtg hari Ahad). Bersilat aku kat dapur sebab ayam/ikan memang tak keluarkan. Plan nak beli sotong buat goreng tepung balik kerja tapi takda rezeki sebab sotong ke, udang ke dah abis. Sib baik sebelum tu mintak husband beli lauk bila dia keluar makan tengahari so dia belik ayam/daging salai masak lomak cilik api. Aku pulak masak ikan jenahak bakar, goreng sayur dengan telur. Pastu tambah ayam goreng Airfryer. Total lauk ada 5 (masak lemak, sayur goreng, ayam goreng, omelette, ikan bakar)

Rabu 10hb: Jamuan Raya TM kat sebelah, Abah pegi UK seminggu (Rabu ke Rabu). Kali ni aku tak nak bersilat. Kalau dulu aku akan maintain pegi opis awal jugak so punyalah berebut bersiap sebab kena hantar the 2 boys to school then off straight to work. Kali ni aku nak settle hantar dioghang dulu, pastu aku balik rumah mandi and bersiap. Kalau routine  biasa, keluar rumah kul 7.10 (dah ready nak pegi opis).....bila husband outstation, aku keluar rumah 7.10 jugak tapi belum mandi...haha!

Khamis 11hb:1st time aku tukar lampu kalimantang. Kebetulan Irdina nak balik rumah Khamis malam sebab kolej dia takda air. Dia balik bertiga dengan kawan-kawan dia. Aku baru teringat 'Alamak! lampu bilik Irdina ada problem'......bila ON dia berkelip, sakit mata. Masa tu dah pukul 9.00 pm lebih, pegi kedai pun dah nak tutup kot. Sian dia. Masa tu aku tengah sibuk masak kuah laksa untuk hari Jumaat. 

Jumaat 12hb: Masak Laksa Johor, jemput officemate datang rumah. Actually member yang suggest co -host sebab dia nak masak Nasi Tomato, pastu dia suh aku masak Laksa Johor and venue kat rumah aku. Aku OK jek sebab bahan mentah memang banyak aku beli aritu tu kecuali ikan la.Aku nak tenang-tenang jek hari Jumaat so tu yang kuah Laksa aku masak Khamis malam. Sampai kul 12.00 malam kau.

Lepas jamu officemate makan, aku pegi Speedmart beli lampu baru and pasangkan kat bilik Irdina. Rupanya senang jek! Haha! Kenapa la selama ni harapkan Abah! Adoiiiii....

Sabtu 13hb: Nak ke Melaka pulak sebab Akmal jemput open house rumah dia. Melaka dekat je dalam 1 1/2 jam so memang aku nak pegi although suami takda. Boleh beraya ke rumah Iwan sekali. Kasyif and Irdina tak ikut so aku ajak Mak Long since kereta kosong. Ni 1st time Kasyif tanya boleh tak dia tinggal sebab dia ada aktiviti kat sekolah. Bagusla dia menyuarakan pendapat dia and aku OK je.

Aku bertolak Sabtu pagi kul 11.30 am. Aku dah expect jem teruk tapi Alhamdulillah perjalanan lancar although kereta banyak. Lepak rumah Akmal sampai pukul 5.00 pastu pegi rumah Iwan. Aku baru perasan aku letih sebab bila petang tu aku tak cakap banyak. Pikir nak mandi jek sebab panas! 

Esoknya Ahad 14hb, aku bantu masak nasi goreng and balik ke Bangi pukul 11.00 am jugak sebab nak elak jem. Initial plan nak antar Jasmin balik Baranang. Pastu Irdina kata dia nak antar tapi pukul 5.00 petang tu dia tak bangun lagi, masih tido so aku kata kat Jasmin biar aku antar. Pastu dalam 5.15 dia tanya should dia naik Ashraf sebab Ashraf pun dah bersiap nak balik. Aku suh dia yang decide so dia kata naik Ashraf. Aku ok jek tapi before nak kuar dia peluk aku pastu nangis. Aku tanya kenapa? Nak mama antar ke? Lama dia pikir, pastu dia kata takpa la...dia naik Ashraf. Aku tanya dia nape dia sedih. Dia kata takda pape, homesick saja....

Sampai ke malam aku berpikir pasal Jasmin. Aku berdoa 'Ya Allah! Kau tenangkan hati anak-anak aku Irdina, Jasmin, Kasyif and Lutfi supaya boleh belajar dengan tenang'.

Happening betul last week. Dengan hubby not around, masak 2-3 round, bawak HRV pegi opis and Melaka. 

Aku ni nak pegi Rome in 2 weeks tapi memang tak finalize apa-apa pun lagi. Kete sewa and hotel kat UK belum book lagi.....pasni la....


Monday, May 8, 2023

Fungsikan emas

 Harini tengok-tengok investment in Public Mutual. Ada buat caruman cash RM1,00 sebulan masuk Public Mutual. So far dah RM18k...ingat nak cukup 20k pastu nak tukar beli semas setiap bulan....

Ok tak?

Baru je buat transaction kat Gold Saving Account (GSA) and nak pajak balik duit tu guna untuk pegi Rome. Pastu introducer kata tak nak beli unit pelaburan ke (beli emas). Dia ajar guna balance GSA untuk beli GAE10X. Dengan balance yang ada dapat beli 2 unit. So harini ada buat 2 jenis transactions:

  1. GSA. Beli and pajakkan
  2. GAE10X.