Tuesday, November 22, 2016

Crunchy Caramel Almond

Lama dah nak buat ni. Finally dapat buat. Mula-mula berbetah-betah jugak sebab tak pernah guna tepung florenta. Member kata takleh biar kena udara, nanti dia keras. Pastu kena cepat-cepat potong lepas masak or else susah lah nak kerat.

Alhamdulillah! Memang senang sangat buatnya. Gaul-gaul...pastu bakar. Resepinya pun mudah, boleh google kat internet. Barang pun senang didapati kat kedai jual barangan bakeri.

Aku buat tak ikut resepi. Orang suh letak 100g, aku letak 200g. The nuts were abundant, malas nak simpan-simpan. Nanti terlupa, pastu buruk camtu jek. Since aku buat tak ikut resipi, aku punya tak cantik nipis macam orang buat. Tapi licin jugak! Sesuai dibuat kudapan mengunyah. Jenuh gak nak kunyah sebab aku punya kan tebal sket... Muahaha! Baguslah, exercise mulut sikit.

Nak jadikan ia sihat, aku tambah letak chia seed. Rupa dia kan seakan bijan hitam. Bijan hitam pakai jugak sebab member derma kat aku. Terpaksa guna sebab rasa takkan guna untuk menda lain dah.

Main ingredients

Toasted nuts where applicable

Rupa sebelum dibakar

Rupa selepas dibakar

Terangkat-angkat nuts semua, banyak sangat!

Add caption


Orang lain buat nipis jek. From this blog
Resepi dari blog tersebut:

Bahan-bahan:

1. 200 gram tepung Florenta (atau apa-apa jenama seangkatan dengannya )
2. 180 gram badam keping
3. 80 gram kuaci hijau ( pumpkin seed )
4. 20 gram bijan hitam
5. 60 gram kuaci (sunflower seed )

Dapat 2 bekas. Hubby pun join sekali makan.
Tips and tricks:

Tepung florenta mencair dan berkilat selepas dibakar.
Guna parchment paper, bukan kertas minyak.

Monday, November 21, 2016

8 hari tanpa Abah

Kasyif memang sangat manja dengan abahnya. Actually semua anak-anak aku, sebab aku tahu aku ni garang! Suara macam halilintar, selalu naik angin, strict....nak buat camne...

Back to Kasyif, husband is on work trip to Japan and Hanoi this whole week. Although he'll be back by Friday afternoon, he won't be able to see Kasyif sebab Kasyif kena pegi kem pengawas for 3 days Friday to Sunday. Kesian Kasyif....

Nak Abah!
Kasyif ni bila abah dia takda, dia akan menangis bila kita ajak tido. "Nak abah! Nak abah! Huwaaah"....Kasyif memang tido bawah ketiak abah dia, so bila abah dia takda dia akan menangis la. Ha'ah kan....bila pikir balik, macam toddler pulak....budak-budak bila nak tido kena ada botol susu la, bantal peluk la. Kasyif kena ada abah dia...Haha!

Kalau sebelum ni aku hanya bercakap benda yang logik dengan dia:

  • "Abang nangis kuat mana pun, abah memang takkan datang!"
  • "Abang nak tido ke tidak ni, mama dah mengantuk la!"
  • "Abang tak yah nangis lah, nanti jiran sebelah marah tau tak!"

Semua dengan nada menyindir dan garang.

Tapi semalam aku perasan aku deal cara lain. Aku memang kesian dekat Kasyif sebab teringat nanti dia kena pegi kem pengawas tu 3 hari 2 malam. Camna la nanti dia kat sana (kem kat Enstek), pastu abah dia takda pulak pada hari yang dia nak pergi tu.

Kesian aku kat Kasyif. Dia kan anak aku. Anak lelaki aku yang pertama. Bakal penghuni syurga in sha Allah. Sayu hati bila teringatkan aku dok marah-marah dia. Masa kecik punyalah tatang-tatang.... tapi kenapa sekarang bila dia ada buat perangai sikit, aku selalu sangat naik hantu?

Bedtime ritual and console
Semalam, terdetik hati untuk console Kasyif (instead of using logics phrases) by offering my right arm and let him sleep on it. Dia tak menolak. Ya Allah! Itu yang dia nak sebenarnya! Maafkan mama sebab tak paham sebelum ni and marah-marah Abang! Kids kan ada bedtime ritual dia. Macam Abang, Abah is part of his bedtime ritual. So bila takda Abah, dia tak mau or takleh tido. Now I get it!

When he was in my arms, he stopped crying. Aku tepuk-tepuk manja lengan dia, macam kita buat kat toddler bila kita nak suruh toddler tido. Dia tak cakap apa-apa and tido after a few minutes. Aku cium ubun-ubun dia, doa yang baik-baik untuk dia.

Rasa bersalah dan nak menangis.... Pastu malam tu aku mimpi Kasyif diculik orang... Nauzubillah!

Azam baru
Aku nak berbaik semula dengan Kasyif. Aku nak dia selesa dengan aku. He only turned 8, 2 months ago, masih mahu bermanja. Budak lelaki kan memang lambat mature sikit. Tak sabar nak tunggu malam ni, nak tengok betul tak teori aku ni.

Semoga dengan 4 hari yang masih berbaki sebelum Kasyif pergi kem pengawas, aku boleh berikan dia sedikit kekuatan untuk menempuh kem tersebut. Berikan kekuatan dengan membelai dia dengan penuh kasih sayang. Stop thinking about managing life for a while, focus on him. He really needs me as a mother at this point of time.....

Mama sayang Kasyif!

Friday, November 18, 2016

UPSR and everything in between

Alhamdulillah, selesai bab UPSR. Semalam pergi sekolah untuk tunggu cikgu-cikgu umum keputusan UPSR SK Jalan Empat. Awal-awal guru besar dah warning jangan compare dengan tahun lepas kerana format baru KSSR. Aku dah berdebar. Tiba-tiba husband call (dia balik Perlis) tanya whether aku dah tahu ke belum.....Aku dah cuak. Oh dear! This doesn't sound good!

Instead of knowing from the teachers at school, my hubby told me Jasmin's UPSR result which the information he was given from his group Whatsapp. When I heard a C, my heart pumped harder. Alhamdulillah, yang lain-lain A, cuma English Writing dapat C. Aku bersyukur, it could have been worse. Sekarang aku nak tahu penerimaan Jasmin. Harap-harap dia tak kecewa sangat. And I hope I can console her and shows her that she's still my heart and soul regardless the result.

Ada 4 orang jek dari sekolah Jasmin dapat 5A 1C. 5A 1B ada dalam belasan murid, 6A ada 11 orang. So kira result Jasmin ni not so bad. Actually Jasmin dapat naik pentas bersama murid-murid 5A 1B, 6A. Bangga kejap... but i keep reminding myself, this is only the beginning.

My second concern now is whether dia boleh masuk SBP. Kalau amik 5A je, adalah harapan. Tapi kalau syarat kemasukan takleh ada C?.... Then again, camna nanti depa nak weigh between 4A 2B dengan 5A 1C? Or 6B dengan 5A 1C? Budak tu takda A pun tapi boleh masuk asrama.... aku pun tak tahu. Tunggu je la keputusan kementerian. Sebab tahun in calon yang dapat straight 6A cuma 4,896 daripada 400,000++ calon.

Wednesday, November 16, 2016

Result UPSR 2016

Esok result UPSR Jasmin keluar. Mama doakan semoga Jasmin mendapat keputusan yang terbaik. Mama tahu Jasmin sudah melakukan sebaik mungkin. Jasmin sudah berusaha bersungguh-sungguh. Selebihnya kita berserah kepada Allah SWT. Dia Yang Lebih Mengetahui.

Semoga Jasmin juga berjaya diterima di TKC.

Mama sayang Jasmin....

So far after 4 months

Dah nak masuk 4 bulan since kami hidup tanpa bibik. Alhamdulillah, anak dara dan suami aku banyak membantu. Bila tengok aku punya planning siap dengan jadual bila nak masak, gosok baju, nak prep barang nak masakla....detail betul... Tapi after 4 bulan, jadual semua tu tak leh pakai kalau routine kita terganggu dengan kekerapan balik kampung la, kena gi training la, sibuk dengan kerja la, husband outstation la....Hai....

Masak tu ok tapi bab-bab nak prep barang tu ermmmm.... tak sempat sebab tak weekend dok melanguk, enjoy tengok TV and dok antar anak pergi kelas aktiviti. Tak macam 1st Monday masa bibik takda, aku berkobar-bokar sungguh prep bergedil, kopek bawang halia.... Sekali tu jela. Sebab after a while nak masak 'canggih-canggih' tu amik masa jugak la

Monday, November 7, 2016

Kenapa malas sangat ni????

Berat dah naik sampai 73.3kg. Iskkk...sedih tau.

Since 17 Oktober aritu, dok makan sedap-sedap sebab attend training 3 hari kat hotel, dinner kat Mariott Putrajaya, belanja family makan masa konvo adik, team building kat Melaka. Yang paling recent sekali ialah attend kenduri kahwin kat Shah Alam. Exercise tak buat....class ke, Tabata ke...

Herbalife dah abis, belum order lagi. Aloe Vera pun tak beli lagi. Sekarang ni rasa macam nak rely kat Mayfair jek as a short cut....tapi sampai bila kan....

Memang dah nampak badan macam lembik-lembik. Kat belakang tangan, paha dengan perut. Seluar, kain baju kurung memang macam dah ketat kat area tu.

Aku rasa problem aku bukan setakat nak kurangkan lemak dalam badan. Maybe main problem aku ialah sistem dalam badan aku. Toksin banyak, x leh nak keluar. Paha pun banyak selulit. Aku ada baca kalau toksin tak keluar pun susah nak turun berat badan.

At the same time, aku nak ubah jugak supplement aku. Tak nak dah spend banyak-banyak kalau ada alternative yang lebih murah. Kali ni aku nak try product lain:

Beli aloe vera kat Jaya Grocer. Product Korea, harga RM10 (8% natural aloe). Sebelum ni guna Herbalife 473ml RM107 (harga member), Forever Aloe Juice about RM100, Cosway RM113 for 2.

Image result for aloe vera lotte jaya grocer
Lotte Aloe juice 1500ml RM10 per bottle
Image result for cosway aloe vera
Cosway Aloe Vera 500ml
           


Image result for cosway aloe vera juice
Forever Aloe Vera 1000ml
prodImage
Herbalife Aloe Concentrate 473ml

Try je dulu, nak tengok. Bulan malas nak kuar duit banyak-banyak. Kalau aku tak rasa Lotte Aloe tu berkesan, nanti aku amik balik aloe Cosway atau Herbalife.

Pastu aku beli jugak L-Carnitine. Memang cartinine boleh tukar lemak jadi tenaga tapi ntah ya ntah tidak product yang ni boleh.... nak try la ni! Heh...

Image result for l carnitine cosway
Cosway L-Carnitine RM104 per bottle
Apa-apa pun, makan kena jaga. So aku dah kena start on low carb diet dan exercise..... Aku dah start bawak bekal ke opis. Harap-harap, ia maintain sampai bila-bila....

Friday, October 14, 2016

Permata hati

Anak-anak memang harta kita yang tak ternilai. Hanya pinjaman diberi Allah dan kita dipertanggungjawabkan untuk mendidik mereka ke jalan Allah. Baik didikannya, untunglah kita sebagai ibubapa. Doa anak yang soleh takkan putus bila kita tiada dan dapat membantu kita selepas kita meninggal dunia.

Post ini ialah sebagai doa aku kepada anak-anak ku yang aku amat kasihi dengan seluruh jiwa dan ragaku....

Irdina Afiqah
Anak yang cerdik. Patuh dan berhati lembut. Senyumannya manis seperti abahnya. Bijak dan tekun. Bakal pendidik yang berinspirasi. Bakal wanita solehah. Bakal isteri yang membahagiakan suami soleh. Bakal ahli syurga.

Jasmin Nadirah
Anak yang cerdik. Ada kekuatan dalam kelembutan. Bulu mata panjang menghias matanya yang cantik. Menyayangi kanak-kanak. Bakal merubah dunia melalui goncangan buaiannya. Bakal wanita solehah. Bakal isteri yang membahagiakan suami soleh. Bakal ahli syurga.

Kasyif
Anak yang cerdik. Senyumannya manis seperti kakak dan abahnya. Jelas menyayangi adiknya melalui perbuatan yang dizahirkan. Bakal memimpin. Bakal lelaki soleh. Bakal suami yang melindung dan menghargai isteri solehah. Bakal ahli syurga.

Lutfi Hadi
Anak yang cerdik. Berfikiran matang dan ketawanya membahagiakan. Pandai membuat orang tertawa. Bakal memimpin. Bakal lelaki soleh. Bakal suami yang melindung dan menghargai isteri solehah. Bakal ahli syurga.

Aminnnn....

Thank you Allah!