Hari ni tamatla online trading course Nizam Malek. So aku ada try trading tak?....TAKDA!
Aduss! Gagal betul.
Logs to remind me the purpose of my existence.There's always, always something to be thankful for....
Hari ni tamatla online trading course Nizam Malek. So aku ada try trading tak?....TAKDA!
Aduss! Gagal betul.
Alhamdulillah, aku dah mulakan langkah follow kelas Premier Saham Mastery 2.0 start hari Isnin haritu. Ada 5 modul kesemuanya. Dah 3 hari aku amik masa dalam 1 jam camtu untuk belajar ikut modul. Bila start tak fokus, aku stop and sambung esoknya. Ingatkan akan amik masa sebulan nak abiskan modul tapi kira harini aku dah tengok semua. Actually, tengok je la dulu nak tahu whether content menepati apa yang aku perlu tahu.
Belajar
1 modul ada dalam 3 ke 6 video. Aku tengok sambil buat notes cikit-cikit. Bila Tuan Nizam buka KLSE Screener, aku bukak jugak...hands on, cepat sikit ingat. Memang OK kalau follow class online. Boleh stop and playback, memang boleh ikut pace kita. So ini baru 1st round. Plan nak go through Fundamental Analysis, Technical Aaalysis dan Trading Plan lagi sekali. Aku pun ada menguap jugak bila belajo! Haha! Macam belajar kat kelas jugak!
Ilmu baru
Ilmu baru yang aku dapat ialah cara nak baca chart untuk buat trading plan. Although sebelum ni memang ada join and tengok video kat youtube, tapi yang ni memang betul-betul basic untuk orang yang tak tahu camna nak start....macam aku! Modul dia ringkas je, terus guide nak buat apa. Takda nak define terms lebih-lebih. Item yang tak perlu tengok dia tak explain. Reason kenapa pun dia tak explain unless it relates to objective nak start trading. I guess kalo nak tahu boleh tengok kat youtube kot. My favourite content is Technical Analysis. I guess this is the gist kelas-kelas saham yang berbayar kot.
Alhamdulillah, the class has provided me new knowledge for me to go forward. Next aku kena buat trading plan la kot and mintak Tuan Faizal check. Aku ada 6 months untuk utilize the platform
Hari ni aku dah bayar RM597 untuk join kelas berbayar pasal saham. Bismillah! Ya Allah! Permudahkan lah urusan ku. Capaikan la cita-cita ku untuk menjana keuntungan daripada saham sebagai sara hidup ku...
My target and goal
Today 1 Apr 2022, I begin my newbie class to learn about stocks and trade and to learn for 6 months.
By Sept 2022 I should be able to start trading with RM1k - RM2k. Remember 'rugi itu pasti, untung itu rezeki'. Target small and keep consisten +ve
PakYa says to give 5 years to start trading with RM10k. I don't have that much time. I give myself 3 years to be comfortable trading with RM10k
My other target (how much to make, purpose) will be updated as we go along
Masuk kelas free sudah...bila lagi nak start trading?
After attend kelas newbie last week, semakin clear yang sebenarnya aku memang tak tahu apa-apa pasal main saham.
Sekarang tengah berbetah-betah nak spend RM700 atau tidak untuk belajar basics. Then terjumpa pula website PakYa https://pakyahussin.com/modal/ which menjawab persoalan aku.
Berapa aku kena korbankan RM untuk mulakan? Explanation PakYa sangat praktikal dan straight to the point
Weekend was quite busy. Actually productive! Pagi tu aku ada register free class 'Newbie Saham Mastery Online' by Tuan Nizam Malek. Ok jugak sebab memang betul-betul basic, memang praktikal. Ajar cara baca app dengan screener. Pastu dia ada paid online class for RM700. Available for 6 months, belajar ikut masa sendiri. Rasa macam nak amik, cuma belum buat tindakan
That free class start kul 8.30 - 11.30. Aku rasa content dia betul-betul start kul 9.00. Habis lambat, dalam kul 12.45. Aku kat Mat Ayam Kampung Seksyen 7 masa tu, tengah lunch before amik my daughter Jasmin kat SGS, Seremban. Dia balik for good tapi SPM tak abis lagi sebab dia kena COVID haritu.
So after lunch, pegi amik dia. Sampai around 1.30pm. Lepas angkat barang sume, plan nak singgah rumah my brother kat Jasin. Sampai Jasin dalam pukul 3.30pm and kebetulan family my sis in law ada sekali. Aku rasa bertuah/ rezeki aku dapat jumpa mak and ayah dia sebab dah lama tak jumpa. Umur mereka dah masuk 80an, tak secergas dulu....gitu la manusia. Nanti giliran aku pula....Rupanya dioghang ada buat makan-makan, again rezeki kami dapat merasa air tangan mereka.
Then bertolak ke Batu Pahat pula around 7.00pm. Sampai Batu Pahat dalam pukul 9.30pm. Borak-borak sampai pukul 12.00. Esoknya mak aku ajak settlekan cukai tanah kat Bangunan Gunasama. Pastu beli Nasi Baryani Mat Shah yg femes kat Batu Pahat. Beratur dalam 1 jam juga la, tapi memang takda rezeki nak dapat kambing. Kitoghang memang dah sampai depan kaunter nak order, alih-alih dioghang kata kambing dah abis....Adeh! So kami beli lauk ayam saja 9 bungkus, yang lauk kambing beli kat orang lain.
Pastu pegi Majlis Daerah dekat Dataran Batu Pahat, dapatkan borang untuk update nama pemilik Taman Makmur daripada nama arwah ayah kepada nama aku. Kena ada supporting document tapi tak bawak, so bawa balik borang tu dulu, hantar kemudian. Balik dah pukul 11.30, makan lunch nasi baryani terus sebab aku nak bertolak dalam pukul 2.00 ptg sebab nak jumpa adik aku lagi satu kat Ayer Hitam.
Why tajuk Financial Planning? Sebab main objective nak bantu adik aku yg Ayer Hitam tu pasal kewangan dia. Dia banyak dah buat silap, memandai-mandai, meminjam-minjam, janji manis, terjebak...semua lah...sepatutnya dengan gaji yang dia dapat tu, bulanan dia selesa tapi...hai, ntah la. Nak marah-marah dah tak guna. So aku insist nak jumpa dia, tolong apa yang boleh. Bukan bagi dia duit untuk selesaikan masalah, aku pun tengah berjimat sebab nak bersara awal. Aku bantu dia kirakan perbelanjaan dia guna Excel. Alhamdulillah, dia suh forward Excel tu untuk discuss dengan wife dia.
These are the things I want to focus on, not my work anymore....help people, help others, help my children, help myself....
And lastly, bertolak balik dari Ayer Hitam dalam pukul 7.00pm, straight nak gi amik Dina kat Sunway. Sampai Sunway dalam pukul 12.00 tengah malam sebab PLUS jem. Dina lepak kat tempat kawan dia kat Sunway lepas balik dari program kat Perak. Kawan dia tu sama-sama pegi Perak.
9 things achieved within the weekend. That was a lot!
Pagi tadi teringat, deadline beli saham Farm Fresh dah lepas 9hb aritu. Aku check M2U...Alhamdulillah dapat! Rasa macam tak percaya!Alhamdulillah! My 1st step to purchase company stock/share is realized!
Previously hujung tahun aritu, aku ada try nak beli saham tech company and logistic company through M2U tapi tak berjaya. Sebab aku nak beli ciput sangat kot.
And hujung tahun jugak MITI ada kuarkan IPO untuk Farm Fresh. Aku pun nak try apply jugak so aku register Saham Online. Masa tu harga tak tahu lagi berapa RM. Tapi yang ni kena beli banyak unit minimum dalam 300 lot (300 x 100 unit = 30,000 unit). So kalo harga saham RM1, at least kena ada RM30,000. Banyak nau pulak rasa, sedangkan aku baru nak berjinak-jinak beli saham. Aku nak cuba juga, tapi nak kena dapatkan statement Tabung Haji sebab Saham Online nak proof ada duit. Itu aralnya. Tarikh tutup 31 Dis 2021. Masa tu aku kat Langkawi pulak. Nampak Tabung Haji, teringat Farm Fresh. Lastly, aku let go saja sebab sebenarnya aku rasa RM30,000 tu besar sangat. Takpa la, kalau ada rezeki beli bila M2U offer.
| Tepek sikit sebagai kenangan |
Sekali tu memang ada offer. Aku propose nak beli unit banyak sikit daripada my 1st attempt yang mula-mula. Alhamdulillah, dapat tapi tak tahu la sebab beli banyak unit atau memang pure ballot. Pure ballot pun, kalo Allah kata rezeki kita...in sha Allah. Belum bagitau husband lagi sebab dia yang nak sangat beli saham Farm Fresh. Sebab dia suka minum susu Farm Fresh! Haha! I think the reason is valid sebab kita beli saham company sebab kita nak invest dekat company yang kita suka kan. Bila kita suka, kita akan beli product dia, in sha Allah bisnes berkembang dan kita juga akan dapat manfaatnya.
Why aku nak beli saham Farm Fresh:
Ya, kalo ko start awal dan beli waktu murah. Kumpul banyak and jual bila harga cantik....
Aku sedang berkira-kira nak beli barang kemas i.e emas. Kononnya untuk long term investment. Aku berangan setiap 1 barang kemas yang aku beli, aku simpan untuk tujuan tertentu e.g untuk belanja kenduri anak nak kahwin (tak tahu la berapa tinggi harga belanja nanti). Kumpul-kumpul emas tu nanti, boleh pajak and dapat cash.
Aku pun survey sejarah harga emas. Harini harga dalam RM145 per gram. Harga emas pernah naik sampai RM273 in Aug 2020. Aku tak perasan pun...Hari ni jangkaan harga emas boleh naik sampai RM300 per gram in 2022. Ntah ya ntah tidak sebab aku tengok jangkaan yang sebelum ni masih jauh daripada kejadian sebenar.
So aku mula la tawar hati nak beli emas sebab expectation aku tinggi. Bila tengok, kalo kita simpan lama sehingga 20 tahun, baru la berbaloi and untung. Umur aku dah 47 tahun. Baru la rasa menyesal kenapa tak beli emas awal-awal (tapi dulu pun bukan ada duit sangat...) Harga emas ni taklah naik meninggi sentiasa. Dia naik slow-slow....tapi tetap menaik, sama je macam menda-menda lain.
So aku kena tukar ayat aku, bukan 'beli emas untuk investment'.....Tukar jadi 'beli emas sebab at least emas boleh jual balik, dapat cash daripada beli menda yang merapik meraban cam handbag yang lama-lama, rosak jugak'......
Ke aku patut simpan duit tu beli saham/trading?
Guess what...last week aku tengah surf M2U and ntah kenapa, aku terclick kat e-Share..and ada 2 company tengah offer IPO! Memula aku blur...macam nak ignore saja but somehow company Aurelius Tech tu cam pernah dengar. Then terngiang-ngiang apa yang AAA brief aritu pasal IPO. Ada belajar sikit-sikit pengenalan on saham IPO tu apa. Rasa macam untung kalo kita beli...then aku terpikir mungkin inilah masanya? Dah la aku target nak get into trading by this year. So far mmg takda beli saham pape lagi. Aku pun terpikir why not try je beli saham IPO ni. Kalo berjaya dapat, kira aku meet la target aku nak beli saham this year.
Mula-mula aku sayang nak spend duit...then the new me kata 'cuba saja...this kind of mindset yang membuatkan aku terkebelakang...' Aku pun nekad spend on applying for Aurelius Tech and Swift Haulage, combined total around RM700.
Pulangan sepadan dengan modal yang dikeluarkan
Kelakar kan, bila nak kuar modal, ratusan saja pun berkira tapi nak kira untung sampai beribu riban....isk, kena ubah tu...sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Target kecil-kecil dulu asal konsisten buat profit regardless berapa RM. Risiko ada di mana-mana...go by percentage % ok. So kalo berani kuar RM100 saja, 100% untung ialah RM100. Jangan la expect RM1,000 pulak. Orang yang boleh dapat banyak untung sebab modal dia besar juga.
Lagi pun ni baru application, belum tentu aku dapat pun....kena tunggu tarikh dia announce dalam 17hb (SWIFT Haulage) and Aurelious 15hb. Bestnya kalo dapat! Permudahkan Ya Allah!
Hopefully aku dapat la beli saham IPO tu. Semangat nak belajar trading ni...
14/12/2021 update: Aku tak dapat beli saham ATECH. Duit aku Maybank pulang balik...huhu
Alhamdulillah, today marks my 1st experience stepping into a Public Mutual branch. I went to the branch in Bangsar. I parked at LRT Kerinchi because I had something to settle there and took the LRT from Kerinchi to Bangsar. There is only 1 stop between Kerinchi and Bangsar (Abdullah Hukum that is) which took about less than 10 minutes.
I've never been to this side of Bangsar before. When I got out of Bangsar LRT, I didn't have a clue which way should I turn to (the Google Map looks confusing) so I asked around. Luckily, a group of ladies know Public Mutual and pointed me to the right direction. Previously I google mapped how far it is from LRT Bangsar to the branch...6 minutes walking. In actual, I thought it took less than that because there is a short cut.
There was no other client than me when I got there. Surprisingly (for me, being the 1st timer) things were easy and straight forward. I told the lady I wanted to cancel a DDA, then she quickly fill up a form for me. The form is also very simple. I just need to confirm the details are correct and sign
NOTE: If you want to cancel, increase/decrease monthly deduction or change the date of DDA....you have to do it at the branch. YOU CAN'T DO IT ONLINE unless you want to start/establish a new DDA
Same goes if you want to redeem....simple. The branch is not like what I have imagined. I always thought it would be noisy, filled with investors and I would need to queue.
So all in all, from taking the Kerinchi LRT to starting my car engine to head home, it took about 1 hour.
Alhamdulillah, thank you Allah! For He has put things where they are and guided me to follow through. Originally I wanted to go the Puchong branch but Allah knows best why I had a problem with my laptop and had to go to Kerinchi to get it fixed. Allah has given me the idea to go to the branch in Bangsar and get everything done today....
Allahumma Ya Barriq....
Akhirnya aku dah wasap a new Public Mutual agent tanya pasal fund yang tak perform. Aku direct debit setiap bulan RM200 sejak 2011, tapi pulangan macam ciput jek. So aku tanya pendapat agent tu and memang dia advise untuk keluarkan...
Time is money
This is what I mean...have time to manage your money. Ambil tahu... and ini antara aktiviti yang aku nak buat bila aku dah tak kerja nanti. Sebelum ni ingatkan tinggalkan saja duit dalam unit trust, nanti dia beranak la...no no no...salah ya. Sebab in the end aku rasa keuntungan anything regardless unit trust, savings, trading, investing ke akan jadi average in the long run. Expect duit yang kita simpan tu le yang kita akan dapat, akan ada sikit untung dan tak banyak la macam yang digembar gemburkan, kalo kita tak spend masa amik tahu pasal duit hasil keringat kita ni.
Yang kita kena pandai ialah amik peluang dan tunggu masa bila tengah peak whether to withdraw or continue. I know remisier or agent boleh buatkan untuk kita. Tapi dah alang-alang aku tak keje nanti kan, why not belajar and apply apa yang aku tahu (haha..Berangan memang kuat!)
High risk, high returns
Kena betulkan expectation kita juga. Whatever yang kita dengar from orang lain hanyalah yang indah indah saja...yang buruk tak cerita. Tapi memang kalau nak untung lebih, risiko memang akan lebih kan macam trading. Jadi jangan tamak...start small. Kita kena ada target berapa kita nak untung.
Cerita Unit Trust tadi
So aku concur dengan suggestion agent tadi. Kuar dari fund tersebut and reinvest kat fund lain yang lebih perform. Sebab aku buat direct debit, aku kena pegi Public Mutual branch untuk stop instruction. The nearest is either Puchong or Cheras. Aku pegi yang Puchong sebab kebetulan aku pegi opis hari Khamis aritu. Tapi sesaknya Ya Allah Bandar Puteri tu, aku tak dapat nak parking. Pastu tengok dah ramai pulak beratur kat luar. Last-last aku balik....memang aku kena amik cuti untuk settlekan, tak leh menyambil so aku plan nak cuti minggu depan settlekan
My thought process
Kalo aku yang dulu, mungkin aku tak pegi Puchong hari tu sbb takut nak drive ke Puchong. Then aku plan cuti minggu depan...Tapi aku yang sekarang have taken a quick decision, while I'm in Cyberjaya why not just go since Puchong is nearer instead from Bangi. Now dah ada Waze kan, drive carefully je la. Kalo OK, kira boleh settle..kalo tak dapat buat apa-apa, at least dah tahu rupa branch tu camna.
Although aku patah balik tak dapat nak buat apa-apa, aku dah boleh plan bila next week aku pegi, aku ingat nak naik Grab sebab susah betul nak parking kat kawasan tu...
This stuff give sparks to me...I'm intrigued.
Advert VI College asyik kuar je bila aku tgk Youtube... ended up aku sign again sebab kelas free. Before this, aku dah join in March, kali ni speaker yang berlainan. Content sama tapi sebab aku tak revise balik notes yang aku buat in March, aku macam rasa aku dengar pointers baru. Bila second time join, aku macam lebih faham. I take it as Allah SWT is giving me a nudge to take action...
1. Nak jadi investor atau trader?
Masa kelas March, trainer sebut ' investing tak sama dengan trading'. Masa tu aku angguk paham. Tapi bila dengar soklan 'nak jadi investor atau trader?'in 2nd class ni aku baru terperasan. Aku nak jadi apa sebenarnya? As a start aku nak jadi investor dulu kot i.e value investing. Sebab teringat masa dengar Asri Academy, dia kata beginner should start long term dulu. Masa aku consolidate and calculate my wealth status, aku rasa aku nak passive income from dividends.
# Tech companies tak bagi dividends
2. Matlamat Pelaburan
Calculation include 20% target return from investment. So terjawab soklan aku berapa nak benchmark return on investment? Husband aku skeptical if it's more than 10% ...haha! And this 2nd class remind me to include life expectancy in my calculation how much I need to make if I want to retire early (more like how much I will lose from retiring early)
3. Difference trading vs investing
Harga saham yang naik/turun adalah disebabkan sentimen trader. Takda kena mengena dengan management syarikat tersebut. Yang orang dok tengok saham tiap-tiap hari, tengok charts adalah TRADER. Candlesticks adalah ukuran harga pasaran (sentimen). Depa beli sebab nak jual cepat (daily/weekly/monthly)
INVESTOR macam Warrent Buffet, tengok intrinsic value. Kalo share price > business/ intrinsic value jangan beli lagi...harga saham tengah mahal. Masukkan dalam WATCH LIST and beli bila harga saham lebih rendah daripada intrinsic value (getting discounted price for the business value). Masa ni la aku patut apply apa yg aku dah belajar (tapi tak paham masa uni dulu...kuang3x)
4. Next Action
Last point, di mana anda berada sekarang adalah disebabkan oleh tindakan anda 5 tahun lalu
Wow! Terpikir aku sekejap...aku yang sekarang ni disebabkan oleh tindakan aku yang xxx? To elaborate in separate post...
As a start, target small...aku target nak cover my commitment through passive income i.e trading.
Aku nak buat passive income RM2,000 sebulan. Aku kena cari investment that gives monthly return. So berapa RM aku kena letak? Berapa % pulangan aku kena target?
1. Trading Orang Yang Nak Promote Course Dia
Semalam ada dengar dia make money camni....invest RM10,000 in 6-7 years dah dapat RM1,000,000. So kalo direct calculation RM1,000,000/7 tahun = RM143k sebulan. Kalo initial investment RM10k
RM143,000 / RM10,000 = 14.3 x 100 = 1,428%
Cam tak logik kan...tapi ni direct calculation. Sebenarnya kena amik kira compounding.
Rasa kalo aku nak dapat RM2,000 sebulan tu through deposits, deposit aku kena tinggi!
2. Tabung Haji/ASB
Kalo aku simpan RM50,000 setahun for 5% dividen
RM50k x 0.05 = RM2,500 untuk setahun. Kalo sebulan RM208...tak cukup ni cover RM2,000 commitment ni...
Kalo 50% pulangan: RM50k x 50% = RM25,000 baru cover yearly commitment. Tapi mana dapat 50% pulangan dividen
3. ASB Financing
Aku park sini nak bagi ingat saja. Biasa orang buat loan for RM200,000 for 10 years
So kalo dividen 5%: RM200,000 x 5% x 10 tahun = RM100,000 (tak kuar kan duit langsung)
But I don't have 10 years...
Aku kat Jelempok ni, balik kampung bila kerajaan dah bagi rentas negeri. Harini hari kedua aku cuti. Aku amik cuti sampai esok.
Aku terjumpa Teri Ijeoma Trade and Travel bila aku google pasal trading but in English. Selalu google 'main saham for beginner' tapi kali ni google full English. Aku macam boleh relate dengan Teri ni sebab dia perempuan and she looks average like me (but she's actually a millionaire from trading). The language she uses very layman, make sense and menjawab my basic questions.
In her 'How Teri Ijeoma started the Trade and Travel Course', dia cerita camna dia boleh beralih dari mengajar ke trading. Masa dia jadi cikgu, dia rasa tak happy sebenarnya. She believe she has the skills to realize her dreams but couldn't not be achieved if she is still within the school's four walls. She knew she need to have an exit strategy tapi tak buat apa-apa sebab bukan senang nak quit something yang secured.
Quote 'this is when I feel Lord has his biggest hand on me, because I was so afraid to take the leap'. Dia tahu apa yang dia nak pursue but still need to figure out how to make it happen. Dia bagi example dia nak sangat travel tapi doubt herself. Then she remembered 3 big things happened to her: rumah dia banjir so dia rasa dia takleh tinggalkan kerja dia sebab dia kena perbaiki rumah dia dan kena kerja sebab nak bayar loan rumah. Tapi pastu dia dapat duit insurans dah dia rasa Lord dia tolong dia. 2nd incident Teri kata dia tak tahu nak travel dengan siapa tapi rezeki dia ada 1 spot kat travel group yang dia contact which she didn't expect. Dia rasa macam Lord dia tolong dia and at that point dia positive yang dia nak ubah. She doesn't know how will it turn out but look at what has happened now (she's happy doing what she loves)
Aku kat stage of afraid in making the leap. Aku tahu aku nak buat lebih daripada apa yang aku buat sekarang, kerja makan gaji yang tak mengembirakan aku (kalo aku happy, mungkin aku stay sampai pencen). Aku nak trade because I nak gunakan ilmu yang aku dah belajar. Aku nak pandai baca market dan candlestick. Aku nak buat passive income and cover monthly commitment aku from trading.
Kalo kata what are the signs....
Lepas solat subuh tadi aku sempat baca Al Quran 5 mukasurat. Before that aku ter menangis bila berdoa kepada Allah SWT. Pasal kerja dan masa depan la....kenapa aku dah tak mau kerja...pastu nak berhenti tapi tak tahu mampu ke tidak...aku buntu tak tahu apa yang nak kena buat....seyes nangis dan meluahkan perasaan.
Al-Quran itu mukjizat untuk manusia
Then aku baca Al-Quran pulak...baca baca pastu tetiba termenangis lagi. Ya Allah! Kenapa ni Ya Allah! Pastu aku tengok terjemahan ayat-ayat yang aku baca tadi, exactly within 2-3 sentences yang aku termenangis tadi. Sebelum tu memang ada niat baca Al Quran untuk tenangkan hati sebab bila berdoa tadi cam luahan perasaan kan.. so the 2-3 sentences tu pasal merubah keadaan...
Surah Ar-Ra'd mukasurat 250 ayat 10-11. Ar -Ra'd bermaksud 'guruh'. Tapi ayat 10-11 ada sebut pasal keadaan masyarakat. Intipati nya (bukan terjemahan) 'Allah tidak akan mengubah keadaan mereka (masyarakat) selama mereka tidak mengubah sebab-sebab kemunduran mereka'
Ya Allah! Aku tak seriau...tapi aku terdiam. Adakah ini pengsaksian Al-Quran itu mukjizat Allah? Aku telah menangis kepada Allah, pastu bila baca Quran dapat ayat 11 ni? Allahuakhbar! Subhanallah! Aku nak ubah keadaan aku (quit my job to focus on personal goals) tapi so far apa yang aku dah buat sekarang untuk ubah keadaan tu? Ya Allah! Alhamdulillah! Thank you Allah!
Sebab-sebab aku mundur
Aku kena tahu sebab-sebab 'kemunduran' aku...sekarang memang aku rasa aku mundur. Belajar tinggi tapi in terms of career, aku average saja. Gaji pun tak besar mana...aku pernah beritahu boss aku dulu, aku redha dan mungkin rezeki aku bukan ditempat kerja.... See...then why am I still there?
Aku tak berani nak quit? Maybe...tapi bukan tak berani...tapi tak sempat plan atau fikir pasal masa depan...dah kerja sibuk sangat...sibuk untuk apa pun tak tahu...sibuk-sibuk gaji takuk tu juga...baik la fokus and invest masa untuk majukan anak-anak....
Pikir panjang sangat (tak abis-abis) pun ya juga...takkan kamikaze quit without thinking about financial matters? Tapi rezeki kan dari Allah SWT...yg penting usaha...part nak usahakan apa tu yang aku masih tercari-cari.
Kalo dipikirkan kami hidup sederhana...thanks to my husband la...very down to earth. Banyak aku belajar dari dia (love you lots!) He makes me think and wonder... aku personally rasa kalo aku quit, terjejas sikit je pendapatan dia (husband)...Haha!... Cuma aku tak leh la nak bermewah-mewah lepas ni...beli barang premium bagai...no more facial/ massage. Takleh nak lavish sangat...macam la aku lavish sebelum ni...beg LV pun tak dapat nak beli...
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri selama ni..tapi aku rasa dah sampai masa untuk aku melakukan perubahan demi Allah dan keluarga...supaya aku lebih dekat dengan Penciptaku, supaya aku berbudi kepada keluargaku....
So apa sebab-sebab yg buatkan aku takleh capai apa yang aku nak? Aku list/brainstorm je dulu:
Alhamdulillah, hari ni dapat mengaji 10 muka surat. Malangnya, tak dapat solat Tahajjud. Jap lagi nak cover solat Dhuha. Ni baru je selesai vacum and mop rumah. Start dalam 7.30 am, abis kul 10.00. Area bawah dulu. Nanti sambung pulak kat atas (tak tahu la dapat buat ke tidak arini)....Biasa kalo buat atas bawah sampai pukul 1.00 kot, dalam setengah hari or 6 jam. Daily cleaner buat dalam masa 4 jam...
Pagi ni nak study on trading...target nak guna RM500 untuk start. Bismillah.
Aku baru sahaja baca whatsapp selepas mengaji dan menerima berita sedih ini. Syana telah ditidurkan selama 20 hari and last night she lost the battle. Innalillahiwainnalillahirojioun....Ya Allah! Kau ampunkan lah dosa-dosanya, rahmati la dia dan tempatkan dia di kalangan orang-orang yg beriman....The last time we saw her is during Yasin Get Together ahli keluarga KTG on 6 Aug 2021, roughly a month ago.
Hampir setiap malam masa dia di-intubate, KTG basa yasin untuk arwah, memohon semoga Allah beri kesembuhan dan kekuatan untuk Syana. Tapi Allah Lebih Maha Mengetahui.....This is the 1st case family KTG meninggal kerana COVID...
Sebelum baca whatsapp, aku macam pikir-pikir perlu tak nak amik VSS....macam tak sure pulak....then bila lepas terima berita sedih ni, aku menangis!....bayangkan kalo aku masih bekerja 9-5 dan tiada masa untuk bertanya khabar mak aku, keluargaku sebab kerja....aku pasti menyesal! Jadi another reason why aku nak berenti is to care more about my loved ones....my mum, my kids...
Aku kena konsisten call mak, call belah mertua...luahkan apa yang boleh luah...Aku kena amik tahu pelajaran anak-anak aku.....
I need to prepare and start to earn something else from the lost income....
Bantu aku Ya Allah! Permudahkan and lorongkan aku Ya Allah!
My first exposure pasal main saham is when I attended a webinar on 30 Mar 2021, masa tu waktu malam. My 1st post about pelaburan here. Lepas tu terhenti sekejap sebab kerja menimbun, nak puasa/raya and later colleague nak cuti bersalin....
Then aku macam terlupa pasal ni until kejadian ni berlaku....aku pikir mungkin Allah SWT was giving me a nudge...'kata nak berenti, apsal tak buat apa-apa' ....aku macam tersedar, terus cari webinar untuk terus belajar...
Masa tu pukul 3-4 pagi, hari Khamis 19 Ogos....google baca pasal trading, tengok Youtube...then nampak webinar under Ahmad Asri Academy. Kali ni willing untuk fork out below RM200 sbb dah attend free training under VI in March aritu. Terus book, bayar and wait for the class on 21 Ogos. Sepantas kilat..so not me...Alhamdulillah! Jika ni jalan untukku, Kau permudahkan lah Ya Allah!
I also managed to buy NPO (Non Public Offering) of Quantum Metal on 28 Aug...Alhamdulillah!
Akhir kata bak kata Ahmad Asri Academy: Rugi Itu Pasti, Untung Itu Rezeki!...
Bismillah!
Hari ni 1 Sept...my boss officially retires. Don't know what to expect for the coming months. Harap baik-baik saja.
Ayuh! Lunaskan kerja yang tertunggak! Obstables/challenges/expectation/Tell off.....come on! Bring it on!
Keep your goal in mind! To start investing and quit my job by 50!
Sekejap je dah nak penghujung Ogos. It's going to be challenge for the next 2 months sbb big boss dah bersara. Aku berdoa kepadaMu Ya Allah....permudahkan urusan ku, cekalkan hatiku, tunjukkan aku jalan untuk keluar dari masalah, semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar....sesungguhnya Engkau la sebaik-baik perancang dan kepada Engkau lah aku berserah Ya Allah!
Orang lain sume dah lama main saham. Aku yang belajar Accounting & Finance baru nak join bila dah umur 46 tahun. Ish! Ketinggalan sungguh....ni yang dikatakan tak memanfaatkan ilmu yang dah belajar. Siapa yang rugi? Aku jugak....
Kalo baca langkah-langkah nak melabur: