Showing posts with label Lutfi. Show all posts
Showing posts with label Lutfi. Show all posts

Monday, March 18, 2024

Kasyif masuk MRSM Trolak

 Alhamdulillah, haritu Kasyif dapat offer both MRSM dan SBP. Dapat MRSM Trolak dan SMS Alor Gajah. In the end Kasyif pilih MRSM. Ni first anak masuk MRSM. Aku pun belajar benda baru. Ada a few terms lain dengan SBP. Konsep 'Homeroom' memang konsep baru untuk aku. Secara kasar, aku rasa bagus sebab role cikgu yang jadi cikgu homeroom ialah pengganti ibubapa bila di sekolah. Aku ingatkan macam warden tapi bukan. Warden ada jugak, jaga bahagian asrama. Cikgu homeroom jaga dalam 15 orang murid gitu, tak ramai. Kalau warden, dia jaga blok asrama so lagi ramai. I guess cikgu homeroom tempat anak-anak meluahkan perasaan kot. Kalau ngan warden kita takut kan, warden garang! Haha

Hantar Kasyif hari Isnin, 11 Mac. Nampak dia OK. MRSM boleh bawak tepon biasa so aku ada la antar sms kat dia. Weekend baru lepas ni dia balik, abah dia amik. Next week kami pulak pegi Trolak sebab ada Iftar Perdana kat sana. Sebab Kasyif baru masuk kan, so kami decide untuk join.

Lutfi dapat offer SASER kat Seremban tapi tak pegi. Anak-anak aku mana ada yang pegi since Form 1. Lutfi pun nampak cam tak nak pegi so kami tak paksa la....

All the best Kasyif! Moga dapat belajar dengan baik, serlah potensi dan jumpa kawan-kawan yang baik. In sha Allah Kasyif akan mengharumkan nama MRSM Trolak nanti! Mama sayang Kasyif....

Monday, June 19, 2023

Mencari kekuatan dan inspirasi

 This weekend tak pegi mana-mana. Rasa macam ni 1st weekend yang tak sibuk after balik from Rome. Actually baru 2 weekend saja after Rome. Last week balik Perlis. 

Aku cuba untuk jadi productive sebab the 1st week balik from Rome, either aku jet lag atau tak sihat. Macam tak buat apa-apa. Last week started with Friday, aku tengok balik pending office work. Mula-mula tu memang rasa malas sebab aku memang dah tada hati kat kerja. Tapi aku pujuk hati supaya buat yang terbaik to leave some achievement before aku berhenti. So harini in sha Allah aku cuba jadi kreatif and get things done!

EVO tenant aku nak keluar awal. Patutnya contract 1 tahun dia abis Oktober. Dia bagi alasan Sudan tengah bergolak so takut tak dapat bayar on time. Patutnya aku boleh forfeit deposit dia tapi aku kesian dan dia pun bayar on time. So sebagai tanda terima kasih dan syukur kepada Allah SWT, aku return 90% of the deposit kepada dia. Lunch time Jumaat tu aku pegi check EVO and pulangkan deposit kepada dia. Aku pun kenalah bersihkan unit tu sebelum new tenant masuk.

Aku bersihkan EVO hari Ahad pagi sebab hari Sabtu occupied dengan chauffeuring Lutfi and Kasyif dengan aktiviti masing-masing. Lutfi ada Sinar Sabtu sampai pukul 12.30. Kasyif ada badminton sampai kul 12.00. Aku mintak husband aku amik dioghang nanti sebab aku ada appointment facial kul 12.30. After facial, kitoghang saja-saja pergi tengok kereta EV Ora Good Cat. Tak tahu la husband aku, tertarik dengan kereta EV agaknya. Aku tanya husband nak beli ke...dia kata ya. 'Pastu Abah bayar ke?' aku tanya sebab aku kan plan nak berenti 2025. Dia kata 'ya'...Seyes aaaa.....

Back tu EVO, after aku brisk walk kat denai pagi Ahad, aku shoot pegi EVO kul 9.30 am, Ingatkan kul 11.00 boleh abis, sekali tu kul 11.45 baru rushing nak balik rumah. Rushing sebab kitoghang dah plan nak makan Bananabro kat Bandar Seri Putra. Actually EVO tu nampak bersih pada mata kasar. Tenant tu kira ok la bersih kan unit sebelum keluar. Cuma habuk tu ada, I'm guessing dia tak tinggal pun kat unit aku. Tapi kipas MashaAllah! tebal gila habuknya! Sib baik la kipas je, yang lain should not take much time to clean. So aku vacum dengan Dyson and lap habuk. Memula rasa macam 99.9% dah siap tapi terpandang pulak hob. Alamak! Ada minyak la dalam grease collector dia....kalau tak bersih kan nanti menebal la jawabnya. Menda-menda camni bukan tenant amik port kecuali dia jenis yang pembersih and teliti. Nak bersihkan, tak sempat dah sebab dah janji nak makan Bananabro. Aku decide aku kena datang lagi for final clean. Kipas, hob, toilet and vacum sikit-sikit.

Plannya petang ni aku nak pegi kejap lepas keje. Agak-agak sempat tak 1/2 jam? Kuang3x. Kalau sempat banyak menda aku boleh achieve:

  1. Inform K Taty unit aku dah ready and serah kunci kat dia
  2. Beli Ayam Goreng Kunyit for dinner kat Max Value
  3. Beli green apple kat Max value
  4. Checkout Max Value kalau ada offer on ayam/daging/seafood
Harapan aku minggu ni aku dapat gerakkan activity on content creation....

Saturday, December 4, 2021

Denai Sungai Langat

Kawasan perumahan aku sebenarnya terletak berhampiran Sungai Langat. Rupanya kerajan tempatan ada buat denai or jalan bertar berdekatan dengan sungai tu. Baru ni je...siap masuk berita and ada perasmian semua.

Anak aku Lutfi excited and ajak aku jogging kat track tu. Ku turutkan la permintaan Lutfi ni...tak menyesal beb...rasa sihat lepas berjalan. Kebetulan cuaca nyaman tak panas. Kami kuar rumah dalam kul 6.50 pagi. Lalu ke denai memang betul-betul tepi sungai. Syok dengar bunyi air sungai mengalir, rasa macam tengah bercuti. 

Distance denai one way is roughly 2km so two way around 4km. Pegi kami lalu denai tapi balik ikut jalan raya yang biasa kereta lalu masuk Bangi Perdana. Sambil tu menyinggah gerai beli sarapan on the way balik

Kami start dari sini (dekat lorong rumah kami)



Track denai bersebelahan Sg Langat




Sign ni boleh nampak dari tepi jambatan jalan persiaran ke UKM

My steps tak sampai pun 8,000 untuk 4km tu. Aku rasa dah jauh dah, macam boleh dapat 10,000 tapi tak. Petang tu baru dapat 10,000 lepas jalan-jalan kat EVO, menapak dari Kiddo Science kat Bangi Sentral. So bila kira-kira, kena jalan dalam 5km baru dapat 10,000

Lutfi tertido kepenatan selepas jalan-jalan pagi tu. The best thing was, malam tu ada orang belanja dinner pulak. Memang berbaloi la bakar kalori pagi tu!

Tuesday, July 14, 2020

Post MCO: Anak-anak dah nak masuk sekolah

Baru lepas antar Jasmin ke SGS tadi. Ada SOP: parents x boleh kuar dari kereta, barang yang student boleh bawa limited to 4-5 bags/luggage. Memang kejap gila tadi, tak sempat peluk-peluk Jasmin. Dia yang kata dah boleh balik, aku pun turutkan saja. Aku kata nanti call tau...

Esok Kasyif pulak. Camna agaknya bebudak bila nak start sekolah balik. Lutfi minggu depan 22hb July. Then tadi ada wassap kata Irdina kena duduk hostel starting Aug. Scholars kena duduk hostel, haritu kata study online sampai Dec. By the way, Alhamdulillah Irdina dapat scholarship Telekom...Thank you Allah!

Rumah akan sunyi kembali. Sunyi tu tak lah sunyi sangat. What will be missed is the moment dapat duduk di rumah sama-sama di mana semua ada. Selalu cuti sekolah, anak ada di rumah, mak bapak pulak takda. Weekend, mana yang duduk asrama takda pulak di rumah.

Mak bapak akan sibuk kembali pergi bekerja, rendah jem. Aku harap WFH ni really a new normal for my company, jangan main cakap je. Sat lagi suh jugak staff pegi office...hope not.

Sedar tak sedar, anak-anak aku dah besar. Bakal meneruskan hidup masing-masing. Aku sebagai ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan mereka. Sentiasa taat perintah Allah SWT, dipermudahkan urusan, diluaskan rezeki, bakal mencipta kejayaan yang diidam-idamkan. Aku tak mintak banyak. Aku harapkan yang terbaik daripada Allah SWT dan anak-anak yang sentiasa mendoakan keampunan untukku bila aku dah takda nanti...

Tuesday, December 31, 2019

Preparation nak masuk sekolah

Totallly not prepared. Sib baik baju Lutfi (2020 dia jadi pengawas PRS) dah beli lepas balik Korea. Ni lencana dengan tag nama belum tetas lagi dari baju lama nak kena jahit ke baju baru. Baju baru basuh semalam so memang belum gosok lagi.

Aku pening tengok rumah aku. Sib baik dapatla declutter barang-barang kat ruang tamu haritu. Almari Billy yang dulunya penuh sekarang dah tak sendat dah...Habuk tak payah cakap la. Sejak bibik balik, mana pernah lagi aku lap habuk dalam rak tu. Cleaner yang datang pun lap kat luar-luar je.

Dah sort books/magazines, aku declutter baju pulak. Aku ada let go baju-baju aku yang masih elok lagi...sayang tu sayang...Tapi bak kata Marie Kondo, say 'thank you for the service you have given me' and then let go la baju tu...haha! Somehow I think it works. Easier to let go sekarang. Memang sebab kita masih simpan barang lama-lama sebab emtional attachment...

Nanti aku nak rearrange furniture sikit, beli curtain baru dan update masterbedroom aku...

Thursday, December 26, 2019

Berkhatan 2018: Post care

Mana aku ada pengalaman jaga orang berkhatan. Aku kat asrama masa adik-adik aku bersunat. memangla aku gabra sebab husband pun bukan ada kat rumah, pegi conference kat mana ntah... memula memang aku tak berapa best bila ada 2 event sekali: Nurun kahwin dan pastu anak aku sunat pulak... Aku dah cakap terang-terang kat husband aku takleh fokus pada kenduri Nurun, aku nak fokus pada acara anak-anak aku bersunat especially the post care sebab husband takda. Cuti pun bukan boleh lama. Paling lama pun seminggu kot so aku memang nak jaga betul-betul supaya depa baik cepat.....

Aku pentingkan penjagaan macam orang pantang beranak. Kena jaga kebersihan dan makanan. So kena ingat balik camna aku masa berpantang. Nak jaga bekas jahitan, aku pantang telur dengan ayam, takut gatal. Nak bagi nutritious food only. Rasa best jugak buat meal plan dioghang. That was how I bumped into Signature Market. Berbaloi for your 1st order. Aku order organic ramen and fresh wantan mee. Yang lain trail mix (ada huge discounts!) and chia seed were for me. Aku google nak masak apa dengan ramen and wantan mee ni.... I also made pesto from scratch! It was so good, I have to do this again.
Tido kat bawah jek...

Buat pizza. No chicken, just meat.

Parcel dah sampai. Time to unboxing!

Bought 4 items, the trail mix I think were free goodies!



This is wantan mee. Lupa pulak nak amik gambo ramen

Ingredients to make pesto

You can get a lot of pesto from it!

1st  with macaroni

2nd with tagliatelle


Alhamdulillah, they liked it. It was worth the trouble!

Berkhatan 2018: Goodie bag preparation

I have only 2 boys who are 3 years apart. So bila Kasyif nak berkhatan, baik sekali kan dengan adik dia Lutfi. So renyahnya sekali saja. Tarikh dioghang sunat ialah sehari selepas kenduri kahwin Nurul, 3 Dec 2018.

This is a milestone for them so I feel obligated to celebrate their achievement. In Perlis, circumcision is highly regarded and celebrated. They hold a kenduri after the ordeal as a sign of gratefulness to Allah SWT. Kenduri is not a norm in Johor so this will be a good experience for me as the mother.

I plan to give out doorgift to visitors. As usual I did the budget and suggest to my sis in law (his son, same age as Kasyif is joining). Originally she just wanted to order butter biscuits (macam Danish butter cookies) but I think where's the fun? That is too simple...haha!

So I work out what would I get with the same amount of budget. Based on my research:

  1. Homemade cornflake cookies (5 pcs)
  2. Sweets
  3. Small calendar which I think so appropriate since we are getting to new year 2019

I don't do flashy plastic bags because I like simplicity and I'm working on a specific budget. I bought them from Shopee costing less than RM100.

Fresh cookies are definitely better than old cookies. Made with love and affection, hopefully people will feel the same when eating my cookies! Haha! I pushed myself to make them. There might be no other opportunity for me to display my love for them. That was the hardest bit. Packaging were done by my kids.
This cost less than RM1

Cookies for adult

I think I made roughly about 700 cookies in 5 non consecutive days (when I'm free)

Production line


Sweets for kids

This was right after they had the surgery

Lutfi slept after facing the ordeal

A clever way to ensure the kain will not drop, a 20 sen coin!

The boys laid here during the kenduri

Lutfi felt the pain....

Lutfi: Standard One 2018

This is a throwback. Didn't get to blog about his 1st day in 2018 but I found these pics.

Pagi pegi KAFA

Kakak before joining SGS

Lutfi is matured to me for a Standard 1. Smart IQ definitely taught him how to handle his emotion.

Baru-baru ni aku tersentak sebab Lutfi ingat his 1st day at school, dia expect aku datang tengok dia waktu rehat tapi aku tak datang. Sedihnya! So ingat in 2020, aku nak pegi jumpa dia waktu rehat untuk cover balik kesalahan aku in 2018. Agak-agak boleh cover tak?

Friday, January 4, 2019

WELCOME 2019

Wow...it's already 2019 and next year is 2020. I remember thinking 2020 is still far ahead, back when Dr M came out with the Vision 2020 in 1991. That was 27 years ago. If I look further, in 27 years to come I'll be 70. Will I still be alive?

The future scares me. I'll be getting old, the kids will grow up and will not stay with me anymore, i will lose my mum, parent in laws, aunties and uncles....the people that are close to me. Then the war, apocalypse, pre-end of the world like Dajjal, famine , the end of the world itself.... Ya Allah! ampunkan dosa-dosa ku....

Let's talk about now, 2019....this is what I want to do in 2019:

Work
Start enrich my vocabulary and listen to stuff related to finance, business and self improvement. Work on my confidence, manage my staff, have fun with my them. Talk more since I'll be in meetings often. Do things differently in shorter time so I can go home early and make time for myself. I don't have to do the hard work myself, let my subordinates explore to grow them while I take the helicopter view. Remember to grow my staff and appreciate them...

Kids
Enrol them in useful curricular classes and track their progress
Irdina, Saiful Nang's video classes after SPM.
Jasmin: Tuition classes to prepare for PT3. English maybe?
Kasyif: Music class maybe?
Lutfi: Reading class @ Sek 7?
Be more involved as parents at their school

Evo
Start rent it out?

Myself
Lose weight as much as I can. Don't stop at 64kg. Start build up muscle to stay strong and do cardio. Have an aim what I want to achieve in yoga.
Watch what I eat but eat everything. Start taking pics of what I eat and what I cook. Post them in Keluarga Hafizal's fb.

Husband
Be more attentive. Cook his favourite unhealthy food occasionally. Show my appreciation.

Family
Save 24k this year for rumah Taman Makmur so I can distribute the pusaka to my siblings.

Akhirat
Give more. Start reading on Haji. Go to Haji courses. Appeal for Haji in Sept. Start mengaji or go to mengaji classes

Dream
Win RM1,000,000 in Bank Islam's Al Awfar account draw. I want to pray hard and seek Allah's mercy to let me win that amount of money....

Tuesday, December 27, 2016

Harapan atau Angan-angan?

Semalam masa siap-siap nak balik Bangi, kami sekeluarga duduk berbual dulu sebelum bertolak balik. Asalnya bercerita yang kami mahu pergi buat 'site visit' sekolah baru Jasmin, SM Sains Sembrong di Kluang. Kemudian ayah aku (atuk mereka) memberi kata-kata nasihat kepada anak-anak aku supaya tekun belajar dan bertanyakan cita-cita mereka... Tetiba terpacul dari mulut aku ni 'Dr. Jasmin, Ir Irdina, Prof Kasyif...'
Macam best jek kan bunyi ya!...Muahaha! Aminnnn...semoga anak-anak aku berjaya dunia akhirat... Lutfi? Mana yang sedap? Dr Lutfi? Ir Lutfi? Prof Lutfi? How about Ustaz Lutfi? Hmmm, yang last tu macam sedap jek! Hehe...

Aminnnn...Aminnn, Ya Rabbalalamin. Usaha, doa dan tawakal......

Friday, October 14, 2016

Permata hati

Anak-anak memang harta kita yang tak ternilai. Hanya pinjaman diberi Allah dan kita dipertanggungjawabkan untuk mendidik mereka ke jalan Allah. Baik didikannya, untunglah kita sebagai ibubapa. Doa anak yang soleh takkan putus bila kita tiada dan dapat membantu kita selepas kita meninggal dunia.

Post ini ialah sebagai doa aku kepada anak-anak ku yang aku amat kasihi dengan seluruh jiwa dan ragaku....

Irdina Afiqah
Anak yang cerdik. Patuh dan berhati lembut. Senyumannya manis seperti abahnya. Bijak dan tekun. Bakal pendidik yang berinspirasi. Bakal wanita solehah. Bakal isteri yang membahagiakan suami soleh. Bakal ahli syurga.

Jasmin Nadirah
Anak yang cerdik. Ada kekuatan dalam kelembutan. Bulu mata panjang menghias matanya yang cantik. Menyayangi kanak-kanak. Bakal merubah dunia melalui goncangan buaiannya. Bakal wanita solehah. Bakal isteri yang membahagiakan suami soleh. Bakal ahli syurga.

Kasyif
Anak yang cerdik. Senyumannya manis seperti kakak dan abahnya. Jelas menyayangi adiknya melalui perbuatan yang dizahirkan. Bakal memimpin. Bakal lelaki soleh. Bakal suami yang melindung dan menghargai isteri solehah. Bakal ahli syurga.

Lutfi Hadi
Anak yang cerdik. Berfikiran matang dan ketawanya membahagiakan. Pandai membuat orang tertawa. Bakal memimpin. Bakal lelaki soleh. Bakal suami yang melindung dan menghargai isteri solehah. Bakal ahli syurga.

Aminnnn....

Thank you Allah!

Sunday, May 29, 2016

Mandarin Oriental and ICC 2016

Actually my husband was given a 6 day stay at Mandarin Oriental as he was the organizing committee for ICC 2016 Kuala Lumpur from 23-27 May. Unfortunately, it was not during school holiday. After given a thought, we decided to let the children to be absent on Friday as this kind of opportunity does not knock on you twice. So my children and I joined my husband on Thursday night so we get to stay for 2 days 2 nights.

When I say 'opportunity', I mean 'when we'll ever get to stay in a RM800 per night hotel, for free... if not now?' Previously I was not that impressed and my thought was "Ah! It's just another hotel.." until my husband showed me the view from his room! I didn't know tMO is that close to KLCC Twin Tower!!!! Totally impressed now!!!!

Not only that, my husband was also given the MO Club access. I never knew the exclusivity of being a hotel club member until today. They have separate lounge that serves food which mean you don't have to join the buffet downstairs. Food may not be as extensive but the lounge is more private and looks so elegant and classy. I'm totally into their decor, silver/grey combined with lilac/purple..(drooling!!!) And club members always get rooms with the best views which usually at the highest level.

My husband was given a complimentary laundry/pressing service for 5 garments everyday. He even sent his underwear to utilize the privilege! I brought my batik long blouse along to utilize the service too (I've been wanting to sent it for dry clean but could find the time to).

Towels were abundant, duvet was light but warm and I finally have found the kind of bed frame that I want. And the view was definitely priceless.....

Alhamdulillah dengan rezeki ini Ya Allah! Engkau hiburkan hatiku dengan nikmat ini.... Thank you Allah!

It was a good break although it was just Kuala Lumpur. We went to places like the park and the playground all by foot as MO was just next to Suria KLCC. My boys played in the bathtub 3 times a day. We also went to the Convention Centre to greet and meet the people my husband has been working i.e the important people behind ICC 2016. They came from the US, Australia and France.... good exposure for the kids.

I'm totally proud and happy for my husband. He has done a good job apparently as praised by his international peers. Hey, but once you're at home you're still the father to my kids ok. Please put your foot back to the ground..... Hahah!


Monday, January 4, 2016

Permulaan untuk 2016

Sebelum ni memang selalu amik cuti masa 1st day anak-anak masuk sekolah. Patutnya tahun ni rutin sekolah takda apa yang berubah dari tahun lepas so takda apa sangat nak buat. Standby jek kot-kot van sekolah lupa nak amik budak-budak. Apart from running errands, I decided we should lepak somewhere and communicate plans for 2016.

I'm blogging from Zawara Coffee, Bangi Sentral. Been here since 12.00 noon tadi. Mai dengan hubby, discuss plans, expectation, preparation for 2016. Ye la, Jasmin kan UPSR. Pastu bibik dah nak balik kampung. Pastu cita-cita nak travel banyak tempat...

I ordered roti kaya RM4.50

Hubby ordered Big Breakfast RM12

Alhamdulillah, I think we had a fruitful time, takde la makan jek menggemukkan diri. At least certain things are sorted out and we have the same expectations for 2016, in sha Allah.

My kids were very positive this morning. No one made any drama, all were ready if not eager to go back to school. Alhamdulillah.....

Thursday, December 31, 2015

Japan Experience #Fire Museum

To visit Fire Museum was on our checklist sebab trip to Japan is about the kids. Since Lutfi suka sangat bomba, Fire Museum Tokyo is a definite must! Banyak good reviews about the museum and it is also free!

The day before kami pergi sendiri (without abah) beli groceries kat Ito Yokado, Kiba. Hari ni kami nak pergi Fire Museum kat Yotsuya 3-chome naik underground. Kali ni kami jalan kaki kat Ginza sebab kena naik station dari situ.

Seronok pulak bila mengimbas kenangan meredah Tokyo dengan anak-anak. Keluar stesen Yotsuya 3-chome dah nampak Fire Museum tu. Senangggg....

Try baju bomba
Ni ada drama. Best jugak

Dress up as fire fighters
Bawak kereta bomba

Miniatures bomba zaman dulu-dulu


Nak naik helicopter
Helicopter kat tingkat 5

Kasyif trying out...


Some toys

Recommended !

Sunday, December 20, 2015

Dream Picnic 2016

Tadi pergi bersantai kat Wetland Putrajaya. Sambil-sambil tu buat sesi DREAM PICNIC bersama anak-anak and hubby. Dah 3 tahun kami buat camni. 1st time buat kat Wetland gak tapi di other side, bukan yang dekat Taman Penghayatan Alam. Last year buat kat Taman Botani, lepas Langkah Ceria
Sayang takda tulis apa-apa pasal sesi tu. Actually ada la sikit kat sini.
Image result for wetland putrajaya
This time buat kat Wetland yang sebelah Taman Penghayatan Alam. Ada gazebo besar, sangat selesa. menghadap 'cell', sort of kolam tapi dipanggil 'cell' sebab it's actual tempat filter air sungai kat Putrajaya ni. More about it here. Amat tenang kat sini (sebelum depa mesin rumput!)
Konon picnic. Tak masak, beli jek kat Jaya Grocer..

Pie and pastries ni beli kat The Loaf, Bangi Gateway

View from pondok. Dekat ngan 'cell'

Lutfi bergaya dengan cycling helmet abah dia...

Mula-mula takda idea nak tulis apa for 2016.  So we read back what we have written end of last year. What we want to achieve in 2015 and see whether we have achieved them, as well as what we remembered about 2014. Barulah idea datang....

I wrote a lot this time. Not so much what I want to achieve in 2016, more on lesson learnt in 2015 and sweet memories in 2015. Same goes with the kids and hubby. I think this is a good exercise because it will teach my children to have some sort of goals to achieve. At the moment, what they write is more about their wish lists. It's OK, what important is the progress.

Friday, December 18, 2015

Lesson Learnt: Craft project

At least I've tried.....

Semangat yang hilang
Sebenarnya lama dah teringin nak buat craft for Lutfi. Aritu macam nak Optimus Prime from boxes. Siap dah kumpul kotak-kotak termasuk kota tisu (untuk jadi kaki) sebab semangat tengok kat Youtube ada mat saleh buat tu jadik.... Tapi hemmmm....last-last bibik buang sebab tengok tak buat apa-apa pun setelah sekian lama (dia tak tahu pun intention aku). Last-last dia buang, buat menyemak jek.

Iron Man
Last Monday kan Selangor dapat cuti mengejut sebab menang Piala Malaysia. Happy tapi teringat banyak menda pending kat office. Tak nak teringat office kan, so I made myself busy with craft! Haha! Apart from Lutfi asking me to buy him more toys and he wanted an Iron Man mask. Masalahnya, dah banyak sangat beli mainan. Aku tak nak belikan lagi buat sementara waktu ni plus sebelum ni rasanya dah beli dah tapi ntah ke mana. So last-last I said 'nanti mama buatkan' and he said 'Yeay!' Alamak! Nampaknya memang kena buatlah.

Materials
So after buat PERKESO health check up at Klinik Syifa, aku pegi Pustaka Rakyat kat Seksyen 7 nak beli something for the silver colour (silver sebab dalam kepala masa ni nak buat perisai Captain America sebab macam straight forward kan, bulat and 3 colour. Kenapa sudah tukar, aku pun tak tahu! Haha)



Cari paint colour, tak da pulak. Pen silver/gold ada tapi terpikir macam susah jek nak kaler pakai pen sebab areanya besar. Carik punya carik, last-last jumpa kertas stiker A4 silver, Hmmm, senang ni...nanti kita tampal jek. Tak payah nak gam bagai. RM1.80 each. Hmmm, murah pun murah.

So last-last beli 2 keping, pastu amik 2 kotak kat luar kedai (depa buang jek).

Balik tu terus buat sebab tak naklah hangat-hangat taik ayam macam aritu. Sebelum tu of course la tengok YouTube (baru nak tengok camna nak buat 'helmet' Iron Man, harap-harap senang jugak)

Owh, only need to cut 5 pieces of shapes. OK, measurent given... Looks simple. Scissors, cutter, ruler, pencil, cardboard, CHECK. OK... Let's try!

Aku pun ikutlah instruction, measurement. Agak-agak nampak macam apa yang aku buat lari sikit, aku improvise. Tak susah sebenarnya tapi kotak yang aku amik quite tebal so susah sikit nak gunting.

Dan inilah hasilnya!



Lesson learnt
I'm actually quite proud because I get to finish it! Haha! and I've done something crafty for my kids. Although the finished product is not as good, Lutfi was like "Whoa! Mama buat topi Iron Man la!" I'm not saying that my craft is a masterpiece. I'm saying that sometimes we put off doing things because we want to do it perfectly. The truth is, sometimes they don't even notice the details, they appreciate something as it is. It is just us adults who wants perfection because we have that ego that we are adults, we do things better.

I'm not a crafty person and I tend to use that as a reason as well not to do things for my kids. Plus the ego that if I do it, I want it to be perfect so my kids will appreciate it. These are the reason why it took me 13 years to do a craft project for my kids. 13 years is my eldest age, meaning I've never done anything crafty for any of my kids. I regret it now.....Lenkali buat jek. Practice makes perfect. Tak pernah try buat pun, camna nak tahu susah ke senang....