Aku start balik memasak sejak bibik sakit Sept hari tu. Walaupun sekarang dia dah baik, aku masih mahu memasak untuk anak-anak dan suami ( tapi husband tak berapa makan kat rumah). Sebelum ni, bibik yang masak sebab awal tahun 2014 aku tersangat busy hingga tak sempat nak pikir nak masak apa untuk anak-anak. Kalau masuk pun, weekend jek.
Memasak untuk yang tersayang
Sama ada aku dah matang sebab dah masuk 40! :-( atau sebab aku dah janji awal tahun yang 2015 ialah tahun untuk aku fokus pada anak-anak termasuklah makan pakai dioghang. Aku rasa puas dapat masak, pastu anak-anak suka makan. Dulu pernah masak, kadang-kadang anak-anak tak makan. Teruslah putus asa, malas nak masak dah. Alasan 'Ala, kalau masak pun bukan ada orang makan'...
Tapi sekarang ni sejak dah matang, sendiri tahu itu cuma alasan nak cover malas sendiri sebenarnya. Sejak aku tukar my thought process on cooking, I've become more receptive to criticism. Sebenarnya selama ni aku masak tak ikut selera dioghang tapi ikut selera aku. Ye la, bebudak tu kecik lagi....bab makan memang memilih.
Sayang keluarga?
Aku pernah terpikir bila Allah SWT kata kalau berkahwin, peluang nak buat pahala banyak. Aku rasa bibik dapat lagi banyak pahala daripada aku sebab dia buat semuanya untuk kitoghang. Aku buat apa? Kata sayang suami, anak-anak...
Ya Allah! Sedapkan masakan aku!
Aku jugak baru terpikir bila dengar tarbiah salah sorang ustazah di radio. Sambil kita masak nasi, lauk-pauk untuk keluarga... masa tu laa kita berdoa untuk suami, anak-anak supaya sihat, cerdas dengan memakan rezeki yang Allah SWT bagi. Semoga zat makanan sampai ke tubuh badan mereka dan sampai berkat doa dan tawakkal kita.
Alasan
Dulu, aku berbetah-betah nak masak. Nak masak lauk apa? Kalau dioghang tak makan camne? Kan membazir tu... Baik tak yah masak, Dioghang lagi suka makan nasi goreng kedai.....Pastu terus tak jadi masak. Alasan lain termasuk barang takda, tak boleh nak buat, tak sempat, leceh etc. sendiri mahu ingat. Tapi sekarang, aku mahu dioghang makan masakan rumah dahulu before pergi ke sekolah. Tak nak dioghang makan benda yang tak tentu hala kat luar rumah. So kena masak je apa-apa asal dioghang suka. Lauk yang berulang-ulang pun takpa, depa tak pandai jemu.... Asalkan ada sesuatu untuk dioghang makan.
I like the way I think about cooking now. Just do it! Haha! In sha Allah...kalau niat kita untuk membahagiakan family, Allah SWT akan tolong. Kalau takut-takut tak sedap atau tak jadi, doalah kepada Allah SWT supaya masakan kita diterima ahli keluarga. Surprisingly, depa mungkin kata 'sedapppp'... Kalau tak pun, kita akan lebih terbuka dengan komen dioghang dan kita akan jadi lebih berazam untuk memperbaiki juadah yang kita masak tu.
Stress relief
Personally aku rasa memasak ni boleh redakan stress. Bila kat office, tengok gambar lauk-lauk yang aku masak dalam Iphone aku, hilang stress kejap. Rasa macam tak sangka aku sempat memasak untuk anak-anak. Terus rasa positif.... terus jadi produktif sebab kena abiskan kerja supaya aku boleh pikir menu apa nak masak untuk esok atau next week.
Ini pengalaman aku la... I'm not a kitchen goddess. I wish I could be a good cook, able to cook anything. Tapi sekarang aku masih belajar. Belajar untuk build confidence supaya boleh memasak apa saja...untuk memenuhi selera anak-anak dan suami....
Doakan yang terbaik!
No comments:
Post a Comment