Monday, February 28, 2022

Pengalaman +ve Covid 19

Hari ni masuk hari ke 3 aku sebagai pesakit COVID 19. Aku kena hari Sabtu aritu....

Macam mana aku boleh nak test? 

Pagi Sabtu tu macam biasa, rutin aku ialah berjalan kat Denai Sg Langat kul 7.00 pagi. Aku pegi sorang-sorang sebab masa tu aku dah tahu Kasyif, anak aku yang nombor 3 dah +ve sejak hari Khamis. Aku tak mau la libatkan orang so aku tak ajak makcik2 aku...

Lepas aktiviti tu, aku masak breakfast and hantar Lutfi pergi Kiddo Science pukul 10.00 pagi. After amik dia dalam kul 12.00 kami pun balik ke rumah. Sampai rumah, aku rasa cam tak larat sangat sampai aku tertido. Bangun tido, aku rasa sejuk-sejuk. Kebetulan weather pun mmg mendung macam nak hujan. Ingatkan sebab weather. Husband aku suh aku buat test RTK and betul la, result aku +ve. Masa tu tak berapa nak ada gejala sangat kecuali seram sejuk tu la...sampai ke malam masih OK. Siap plan nak buat aktiviti macam-macam.

Tapi masuk hari kedua (Ahad) memang tak sedap badan. Macam nak demam ke, memang nak demam. Aku memang tido je la hari Ahad tu, tak buat apa-apa pun.

Hari ini hari bekerja. Tapi sepatutnya aku tak fit untuk bekerja la kan. Demam macam dah takda. Tapi dah start batuk-batuk, selsema. Hidung ni cam tersumbat. Mata sentiasa berair.

Kuarantin

Aku and Kasyif memang duduk kat atas la, yang lain duduk kat bawah. Tapi pagi-pagi aku turun jugak untuk masak breakfast untuk pesakit...haha! Lutfi macam seronok jaga pesakit COVID. Rajin dia tanya nak makan apa, jadi FoodPanda hantar makan ke kitoghang...siap buatkan aku brownie in a mug (bakar dalam microwave 1 min). Kebetulan memang aku nak makan menda manis.

Pengalaman yang akan dikenang. Biar kena sekarang, jangan masa Raya nanti!

Ni yang Chef Lutfi masak. Brownie in a mug

Hari Ahad hujan dari pagi. Teringin makan sup sayur
dengan Mee Suah

Ini breakfast hari Isnin. Teringin nak pancake dan sth cheesy

Masa ni prep untuk Kasyif. Aku belum kena lagi. Dinner Jumaat malam

Ni breakfast Kasyif hari Jumaat.

Ni breakfast Kasyif hari Sabtu, sebelum dapat tahu aku pulak +ve


Monday, February 14, 2022

Cela

 Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang memiliki sekalian alam. Yang memiliki hati manusia, Yang berkuasa ke atas sesuatu.

Mengaji la....baca la Al-Quran sesungguhnya ayat-ayat Al Quran itu adalah kata-kata daripada Allah...last week aku ada baca terjemahan surah Al-Maidah ayat 54. Apa yang lekat kat aku ialah ayat 'tidak takut kepada celaan orang yang mencela'...aku rasa ia menjawab kepada kenapa aku tidak perlu takut pada apa yang orang lain kata. Ikut la, kalo orang tu nak marah, memperkecilkan kita sekalipun, jangan takut...

Sebelum ni memang ada motivational quotes about being brave tapi tak berapa melekat. Aku still risau apa orang lain assume and takut sangat kena marah. Tapi yang ini...ini adalah kata-kata daripada Allah SWT, apa lagi yang aku nak ragukan?

Kalau kena marah, ingat Allah itu ada. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah akan lindungi kita. Takwa kita kepada Allah SWT yang akan menyelamatkan dia. Ingat, dunia ini urusan Allah SWT....jika kita sudah buat kerja sehabis baik, serahkan selebihnya kepada Allah SWT...