Sunday, October 23, 2022

Raiz Investment: What's the hype?

 Raiz Investment is a roboadvisor for investment. Masa memula baca and FOMO, terus register. Sebabnya suka the idea of round up feature i.e bila kita shopping and total yang kita bayar odd numbers, Raiz akan round kan and beza round up dengan actual jumlah yang kita bayar masuk dalam akaun Raiz Investment.



Ingat masa tu buat registration atas katil pagi-pagi, kira terus buat la tanpa pikir panjang. Bila nak register tu, pening pulak. Ada 3 jenis akaun kena bagitau: 1. Funding account 2. Withdrawal acccount 3. Round Up account....alamak, aku dah pening....Masa aku buat registration ni was on 29 Sept.

Harini baru berkesempatan dig more info about Raiz. Rata-rata kata bagus be it on Youtube atau website/ blogs but this article The Millennial Finance in particular is very useful to me, sebab sama dengan apa yang aku rasa especially on

1. Only debit card for round up feature

Aku pikir sambil berbelanja, boleh buat micro investment through that round up feature. Aku ingatkan boleh link credit card tapi tak boleh sebenarnya (hopefully buat masa ini). Mesti debit card. 

Masalahnya aku selalu bayar guna credit card, so macam tak maximise la. Sama la dengan situation mamat ni. Why aku bayar guna credit card sbb boleh dapat points and convert beli barang. Mostly aku beli kat Parkson guna points tu. So patut ke aku tukar spending habit aku just because nak micro invest? Kena gali dik...

So sebab aku dah register, aku masukkan amount yang aku nak invest dulu (yg ni boleh buat jugak dalam Raiz, specify berapa nak invest). Aku belum masukkan debit card untuk feature round up tu tapi memang tak maximize la and tak capai la objective aku. Takpa, takpa, kita cuba.

2. Sebenarnya Raiz ada monthly charge

Aku baru tahu bila baca article, PNB products are the main investment portfolio and Raiz charge RM1.50 every month for their platform.  RM1.50 kalau investment < RM600k. Kalau lebih, dia charge 0.025% (kalau RM7,000 = RM1.75, RM30,000 = RM750). Kalau x da duit dalam akaun (0), Raiz tak charge apa-apa. Worth tak nak bayar charges banyak tu?

Aku pulak dah masukkan RM100 dalam investment account, try test tengok la....

  • kalau aku dapat profit tapi break even from this, aku akan rugi dalam masa 66 bulan (5 tahun lebih kurang). 
  • kalau aku ada dapat untung, boleh tak profit tu cover service charge tu. Keluarkan untung sebelum terlambat! Haha!
  • kalau aku takda dapat untung, asyik rugi je...memang tak yah la guna Raiz ni

Sebab mostly pelaburan PNB i.e yang Amanah Saham whatever tu, boleh la compare dengan kita duit yang aku masukkan ikut ASB...which is takda charge langsung! Free!

Mamat tu kata RM1.50 agak mahal la for small investment contoh kalau kita masukkan RM150, annually jadi 12% atau 1% sebulan. Kalau 1.5% setahun tu baru berbaloi (dalam 0.125% sebulan). Contoh:

RM150 x 0.125% = 0.1875 (atau 18 sen sebulan) berbanding RM1.50 sebulan

Atau kalau kita masukkan RM1,500 macam mamat tu kira, baru OK nak bayar service charge RM1.50 tu (sebab RM1.50/RM1,500 = 1%)

Dia kata sebab tak dapat buat microinvest dengan round up feature, dia tak rasa dia nak masukkan RM1,500 dalam Raiz...baik dia masukkan dalam ASB sebab takda charge!

So mmg Raiz ni, aku try and error la. 

  • Masukkan RM100, tengok apa jadi. 
  • Nak link kan tak debit card (aku aku jarang guna untuk bayar expenses? Buat masa ni aku tak link lagi



Monday, October 3, 2022

Bengkel bertukang dengan Adiaida

 Alhamdulillah! Tercapai juga cita-cita nak guna mitre saw! I did this when I joined the woodworking workshop with Adiaida @ Ara Damansara. Bestnya rasa bila kita dapat benda yang kita idamkan.

There were only 2 participants including me. Memang dia buat in small number sebab kalau tak nanti tak sempat nak abis kelas dalam 1 hari. Kami start 11.15 am, abis dalam pukul 4.30 pm. Itu pun sebab shelf yang kami buat pun dah reduce from 3 tier to 2 tier.

We learnt to cut using mitre saw, drilling using impact driver and electric screw driver. I'm actually quite familiar with electric screw driver but I have never used an impact driver. Lagi kuat rupanya. Then we learnt to sand, how to repair broken wood.

I really enjoyed the class because I got to make something and use the tools I've been seeing in Youtube.

The reason I joined the class is as written here.So aku nak make worth of the ilmu yang I belajar. Buatlah apa-apa....build something. Can start small.

What I've learnt:

1. MEASURE AND RECORD

Write down the parts and quantity with measurement (inches/cm). Then cut wood to measurement. Tapi sekarang dah senang. Boleh beli pre-cut online. Kalau guna mitre saw, ada 3 step safety:

2. CUT WOOD TO SIZE

Nak bawak turun mata gergaji, ada 1 lock kena release. Bawak turun dulu baru press the power to run the saw. Bila saw dah potong, release dulu power baru bawak mata gergaji naik atas.

Kalau kita nak potong kayu with same measurement, better kita lock measurement. Bila nak potong, mata gerjaji kena atas laser point. Kadang-kadang starting kayu tak rata so kena ratakan dulu, depa panggil 'square off'. Pastu bila potong kayu boleh ada 'set back' i.e kayu tu boleh terpelanting.

3. MARK WHEN YOU WANT TO SCREW

Then mark where you want to joint the parts together. Boleh guna screw atau paku. Which side of the kayu pun boleh pilih, nak yang ada character atau nak plain smooth saja. Guna L ruler, pembaris untuk marking. Selalu we go 3/4 of the wood so tak payah lebih daripada tu.

Pengalaman, kayu aku split masa aku drill so Aida ajar caner nak repair balik. Basically guna gam untuk tampal balik kayu yang terpecah tu. Before we screw, kena buat lubang screw dulu kalau nak screw tu flushed dengan surface (yg mata ni aku takda, kena beli)

4. SAND DOWN 

Before kita pasang, kena sand down dulu mana-mana yang tak rata atau edge yang tajam. 1st time guna sander, comel je and Aida kata sanding ni macam iron baju.

Boleh touch dengan kertas pasir. Lagi tinggi nombor kertas pasir, lagi kasar. Contoh yang kami pakai #G38. Yang kasar can go beratus

5. THEN ASSEMBLE AND SCREW

Ni biasa buat kalau beli barang IKEA kan so part ni cam simple saja.

6. Lastly, once you're satisfied with the finish, boleh guna wood stain atau nak cat kaler. Walla!




My 1st project after AdiAida is to tackle my porch. Buat shelf kasut....Doakan ek....