Monday, April 17, 2023

Tiket Rome dah booking

 Alhamdulillah, semalam husband dah booking tiket ke Rome. The day before (Sabtu) kitoghang survey focusing on Emirates, Qatar and MAS. Sebelum tu aku ada survey and harga MAS rendah sikit berbanding Emirates sebab masa tu tengah promo/kot. Semalam tak dapat dah, jadi lebih dlm RM1k. Husband prefers naik Emirates sebab kapal terbang baru A380 and selalunya memang harga Emirates and Qatar lebih rendah daripada MAS.

Husband dah pernah naik A380 masa pegi Glasgow last month and dia baru tahu A380 ada 2 tingkat. So this time ke Rome, seats dia pilih ada yang tingkat atas dengan tingkat bawah, nak merasa both. Journey takes about 17 hours, ada stopover kat Dubai.

When I told my friend Zied about Rome, tak sangka pulak dia nak ikut. OK jugak, ada kawan jalan-jalan since hubby akan busy with conference. We'll be in Rome for 5 days and 3 days in UK so bolehlah visit rumah Zied. Flight tickets done, next to do research and itinerary.


Kali ni anak-anak tinggal sebab mahal kan sebenarnya nak pegi Europe ni. Tiket flight saja dah RM6k. Masa kecik-kecik, boleh la dapat harga kids. Itu pun pegi dekat-dekat saja. Jepun and Korea dalam RM1,500 per pax untuk harga tiket. Total spent dalam RM10k for the whole family. Ini kalau ke Europe, harga tiket untuk 5 orang dah RM30k, belum masuk accomodation. Dah la aku nak retire awal...huhu. Takpa la nak, kalau ada rezeki lain, in sha Allah boleh sampai ke sini.

Impian aku bawak anak-anak, tunjuk where we started as a parent (rumah kat Southampton). In sha Allah kalau ada rezeki. Aku kena berusaha la buat Youtube video tu sampai boleh jana pendapatan.

Sebelum ni aku rasa cam guilty jek pegi jalan tak bawak anak-anak tapi tengok orang lain selamba jek tinggalkan. Takpa la, at least aku pernah bawak 4 kali (Krabi, Bali, Jepun, Korea) masa dioghang kecik-kecik dulu. Plan nak tinggalkan dioghang kat Batu Pahat. Dioghang ok je sebab sepupu ramai kat BP tu.

Other nota kaki:

  • Aku pun nak buat video for my Youtube channel kan tapi satu haprak pun tak buat apa.
  • Dah beli denim jacket Padini kat Mitsui (RM79). To plan OOTD