Showing posts with label 2023 Rome. Show all posts
Showing posts with label 2023 Rome. Show all posts

Tuesday, June 6, 2023

Reminiscing after Rome

 Alhamdulillah, dah selamat balik from Rome/UK. Tak sempat nak update post on preparation nak pegi sana macam dulu-dulu.

Aku rasa syukur tak terhingga kepada Allah SWT, Pencipta sekian alam atas ihsan dan rezeki ini yang diberikan kepada aku.Alhmdulillah tak kena pick-pocket...Alhamdulillah cuaca baik...Alhamdulillah tiada insiden yang tak diingini, Alhamdulillah dapat visit kawan lama, Alhmdulillah dapat visit rumah lama, tempat kerja di Southampton. Alhamdulillah dapat beli hadiah untuk kawan-kawan dan sedara.

Terima kasih Allah atas jodohku, insan yang paling baik yang aku kenali. Dia telah menjadi penemanku dikala aku sedih, pemberi semangat dikala aku down. menghiburkan dikala aku kesunyian. Tidak dinafikan dia mempunyai kelemahan tapi memang sifat manusia camtu kan. Aku pun ada kelemahan aku dan aku bersyukur dia boleh menerima kelemahan ku. Biar kami sama-sama support each other and try to manoeuvre this life together, the best we can.

Seronok dapat jumpa Zied, my friend since sekolah rendah kat Batu Pahat. Memang dah lama berangan nak pegi jumpa dia kat sana, see how she lives. Dia tinggal kat Cardiff. Cantik rumah dia....

Now I have to think what's next. Where would I go from here. Some of my thoughts

  1. I must try to earn to finance holidays like this. Try 20k per year
  2. Up my postings on IG and affiliate
  3. Be grateful...always
  4. Serve others especially own families
  5. Believe in what you do

Monday, April 17, 2023

Tiket Rome dah booking

 Alhamdulillah, semalam husband dah booking tiket ke Rome. The day before (Sabtu) kitoghang survey focusing on Emirates, Qatar and MAS. Sebelum tu aku ada survey and harga MAS rendah sikit berbanding Emirates sebab masa tu tengah promo/kot. Semalam tak dapat dah, jadi lebih dlm RM1k. Husband prefers naik Emirates sebab kapal terbang baru A380 and selalunya memang harga Emirates and Qatar lebih rendah daripada MAS.

Husband dah pernah naik A380 masa pegi Glasgow last month and dia baru tahu A380 ada 2 tingkat. So this time ke Rome, seats dia pilih ada yang tingkat atas dengan tingkat bawah, nak merasa both. Journey takes about 17 hours, ada stopover kat Dubai.

When I told my friend Zied about Rome, tak sangka pulak dia nak ikut. OK jugak, ada kawan jalan-jalan since hubby akan busy with conference. We'll be in Rome for 5 days and 3 days in UK so bolehlah visit rumah Zied. Flight tickets done, next to do research and itinerary.


Kali ni anak-anak tinggal sebab mahal kan sebenarnya nak pegi Europe ni. Tiket flight saja dah RM6k. Masa kecik-kecik, boleh la dapat harga kids. Itu pun pegi dekat-dekat saja. Jepun and Korea dalam RM1,500 per pax untuk harga tiket. Total spent dalam RM10k for the whole family. Ini kalau ke Europe, harga tiket untuk 5 orang dah RM30k, belum masuk accomodation. Dah la aku nak retire awal...huhu. Takpa la nak, kalau ada rezeki lain, in sha Allah boleh sampai ke sini.

Impian aku bawak anak-anak, tunjuk where we started as a parent (rumah kat Southampton). In sha Allah kalau ada rezeki. Aku kena berusaha la buat Youtube video tu sampai boleh jana pendapatan.

Sebelum ni aku rasa cam guilty jek pegi jalan tak bawak anak-anak tapi tengok orang lain selamba jek tinggalkan. Takpa la, at least aku pernah bawak 4 kali (Krabi, Bali, Jepun, Korea) masa dioghang kecik-kecik dulu. Plan nak tinggalkan dioghang kat Batu Pahat. Dioghang ok je sebab sepupu ramai kat BP tu.

Other nota kaki:

  • Aku pun nak buat video for my Youtube channel kan tapi satu haprak pun tak buat apa.
  • Dah beli denim jacket Padini kat Mitsui (RM79). To plan OOTD

Thursday, March 30, 2023

Rome

 I have started planning for my trip to Rome, following my husband on his conference trip. Planning to singgah tengok Zied jugak kat Cardiff.

Flight ticket KL-Rome roughly dalam RM5k return. Flight Rome-Bristol dalam RM1k. Nak travel around cam kena sewa kereta. Bertabah la dengan harga-harga ni...nak berjalan punya pasal!

Kebetulan masa tu cuti sekolah, boleh la tinggalkan anak-anak. Kali ni pergi berdua jek sebab kos la jugak.

Cuma aku wish aku dah siap pergi haji sebelum pergi berjalan-jalan. Nak buat camna, aku masih belum ada rezeki untuk ke tanah suci lagi.