Thursday, October 30, 2014

Menerima Qada & Qadar

Kali ini di IKIM, ada tazkirah mengenai Qada & Qadar:

Semua tentang kita telah tertulis di Luth Mahfuz. Perkara yang terjadi atas kita telah tertulis baik yang baik atau yang buruk. Yang baik selalu kita boleh terima tapi kita selalu terkesan bila berlaku sesuatu yang buruk (pada pandangan kita) ke atas kita. 

Kita tidak perasan yang Allah SWT sedang menduga kita. Memang sudah kelemahan manusia, bila sesuatu yang buruk (pada pandangan kita) berlaku ke atas kita, kita pasti mempunyai perasaan negatif e.g sedih, hiba, terluka, marah, mengamuk etc.di saat kita diberi dugaan tersebut. Pasti.... 

Sebaiknya perasaan ini ditangani secepat mungkin supaya kita kembali mengingati bahawa yang buruk pada kita itu sebenarnya dugaan daripada Allah. Dugaan yang sebenarnya peluang yang diberi Allah untuk mengangkat darjat kita. Dan sesungguhnya 'Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan ketika itu, saya terfikirkan situasi yang pernah di alami oleh seseorang.....

Ada seorang isteri yang taat pada suami, menjaga solat dan gigih menjaga anak-anak ketika suami keluar mencari rezeki. Pada suatu hari, secara tidak sengaja dia mendapat tahu bahawa suaminya secara rahsia telah bernikah lagi sejak beberapa tahun yang lalu.

Jika kita isteri tersebut, bagaimanakah perasaan kita?

Isteri tersebut mengamuk, marah, menangis. Mengapa? Adakah kerana dia seperti tidak menerima apa yang sudah tertulis di Luth Mahfuz? Kerana itulah apa yang dikatakan oleh si suami kepada isteri bila isterinya mengamuk di hadapannya. Ya Allah, sesungguhnya perempuan ini ialah perempuan yang baik. Si suami seperti melabel isterinya seperti orang yang tidak mempunyai agama. Bertambah sedih lah isterinya bila dilabel begitu.

Pada saya, perasaan negatif yang dirasai oleh isteri tersebut adalah valid. Di saat dia diduga, perasaan negatif itu pasti ada. Namanya manusia, fitrah apatah lagi seorang perempuan yang mempunyai jiwa yang lebih halus daripada lelaki. Kita bukan malaikat.

Dan perasaan negatif itulah yang perlu ditukar menjadi positif semula. Bagaimana? Bagi wanita yang kuat mungkin dia boleh recover sendiri. Tapi bagi kebanyakan wanita, mereka memerlukan sokongan. Pada saya keadilan yang dituntut bila beristeri lebih dari satu sudah bermula di sini. Si suami sudah sepatutnya membantu isteri menangani perasaan negatif tersebut. Kenyataan sang suami yang melabel isterinya seperti menidakkan perasaan negatif yang dirasainya. Mungkin sang suami tidak tahu bagaimana nak handle lantas mengeluarkan kenyataan tersebut? Adakah alasan ini boleh diterima?

Pada saya, seorang lelaki yang mampu ialah bila dia berjaya membantu isterinya recover daripada perasaan negatifnya dan berubah menjadi positif. Untunglah lelaki jika isterinya boleh recover sendiri. Kerana cabaran mendatang pasti lebih hebat dari sekarang. Jika ketika ini suaminya tidak membantunya menghadapi situasi tersebut, adakah sang suami akan membantunya selepas ini dengan pertambahan tanggungjawab dengan seorang lagi isteri? Mungkin sebab itu kebanyakan isteri yang bermadu hanya memendam perasaan dan terpaksa recover sendiri.

Ini ialah perspektif seorang perempuan. Pada saya, si isteri bukan menolak apa yang sudah tertulis tetapi kerana dia sedang menerima takdirnya tetapi tiada sesiapa membantu membendung perasaan negatifnya. Wallahua'lam.

Semoga kita sama-sama tabah menghadapi dugaan Allah SWT, sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Aminnnn.......

"Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi)

No comments:

Post a Comment