Sunday, July 12, 2020

Hunt for new bedframe II

After visiting Ashley, aku survey pulak katil kayu jati. It's the only option yang aku tahu yang solid and long lasting. Tapi aku tak nak yang cam kerawang-kerawang and tak nak kena tipu sebab kayu jati ni banyak gred. Kalau google, yang banyak kuar yang belah-belah Shah Alam, Melawati, Puchong. Design modern pun ada. Tapi husband aku ni cam sibuk je, cam susah nak ajak pegi jauh-jauh. Aku pun ada kemalasan juga. Attitude aku sekarang, beli je yang berkenan sudah, tak payah nak survey setiap ceruk Selangor/KL. Dah tukar daripada attitude masa umur 30an, rajin giler aku nak jenjalan survey.

Katil kayu jati
Kat Bangi yang aku perasan ada 1 je kedai perabot jati, kat Seri Bangi. Aku tak tahu kot-kot ada jugak kat tempat lain. Yg kat Seri Bangi memang selalu nampak kalo lalu situ. Dulu nama Mahligai Jati, sekarang dah tukar jadi Astana Jati. Tukar management agaknya. Tak terpikir yang aku akan menjejak kaki ke kedai tu. Aku wassap dulu tanya ada tak jual katil king size. Dioghang jawab ada. Aku tanya range harga...much lower than Ashley dan dari situ la ia bermula...

So on Saturday, pegi kedai Astana Jati Bangi tu. Aku tanya lebih detail pasal harga dan design. Aku perasan ada display katil jugak kat kedai tu. Tengok kayu dia cam OK. After about 15 minutes, kitoghang balik sebab salesgirl tu nak kena confirm dulu dimension and harga. Then later that afternoon, she wassap me and quoted RM2,400 for a custom made design. Mahal la sikit daripada SSF, RUMA tapi ni jati you. Aku OK dengan harga tu...lebih kurang harga Fella Design yg discount 50% tu but definitely lagi murah dari Ashley. Meaning category katil kayu yang solid mmg harga tu kot. Maybe orang yang biasa beli jati or rajin tawar menawar boleh dapat harga lagi kurang tapi aku tak pandai nak bargain.


Aku nak design camni. Organic ada lengkung-lengkung sikit sebab dulu masa nak kahwin dah pilih katil yang square-square. I'm quite happy now that it',s already out of the way! Alhamdulillah Allah kerana mendatangkan ilham. Tak sabar pulak rasa nak tunggu katil (tempahan amik masa dalam 1.5 bulan). Paling lewat awal Sept, in sha Allah.

Aku rasa lega sangat sebab aku rasa katil RM4,000 yang husband aku berkenan tu mahal. Walaupun cantik, tapi saiz dah la tak kena. Aku rasa harga tu sampai camtu sebab Ashley tu American product. Bila size dah gitu, kena beli tilam and cadar American size juga. Cost lagi...Ashley is definitely for orang yang have-have. Ada juga orang beli je katil saiz tu tapi guna tilam biasa tapi why do you pay more if it's not perfect? Aku bersyukur sangat sebab aku dapat design yang aku nak with the perfect standard size. Tapi tak leh lega lagi...mana tahu nanti bila dah sampai tak sama pun dengan design...Ya Allah! Permudahkan la!.....

Adalah ilmu sikit yang aku belajar daripada pengalaman ni. Aku belajar pasal gred kayu jati, kualiti dan range harga katil. Dapat jugak masuk Ashley...hik!

Next project, nak revamp drawer coklat...

Hunt for new bed frame

I've been surveying for a bed frame at RUMA and SSF sebab target harga below RM2,000. Memang ada yang berkenan kat RUMA tu tapi adalah features dia tak meet pulak aku punya criteria. Criteria yang aku nak:
  1. Nampak simple tapi grand. Aku nak katil aku tinggi
  2. Aku nak foot end yang rendah sebab nak rasa inviting macam kat hotel
  3. Ada storage lagi bagus but I can do without one
  4. Long lasting sebab bukan senang nak tukar-tukar katil
  5. Elegant (macam katil kat Batu Pahat. Although dah 20 tahun, still tak nampak old fashion atau ketinggalan zaman)
Survey @ SSF Cyberjaya
Last Saturday aku pegi SSF Cyberjaya. Nampak ada katil yang berkenan, design memang sama dengan RUMA. Aku tak tahu ketahanan product SSF tapi cantik-cantik la macam RUMA. Aku dah tengok website SSF, harga mahal RM300-RM400 dari RUMA. Aku hampir-hampir nak meninggalkan kedai tapi aku tanya jugak berapa harga katil yang display tu kat salesman. Sekali dia kata ada 40% discount on all items for SSF members! Wow! Ini sudah bagus! Kalo masuk delivery pun masih lagi rendah daripada harga RUMA. Hati aku dah melompat-lompat kegembiraan! Cuma belakang katil tu la, masih lagi hanya distapler dengan kain hitam, tak full upholstered pun. But at least it's cheaper than RUMA...aku bawak bertenang dulu sebab beli katil ni kenalah persetujuan bersama kan (aku pegi Cyberjaya sorang-sorang sebab merajuk dengan husband sebenarnya...kuang3x) Balik rumah tak merajuk dah sebab hati dah terhibur nampak katil idaman

Esoknya, aku bagitau husband cam dah jumpa katil yang berkenan and tunjuk gambar kat dia. Sekali tu dia tak impressed pun. Rupanya dia tak suka katil yang upholstered sebab impression dia, katil tu tak tahan. Sebelum ni aku tak sure aku nak katil divan atau bedframe biasa. Upholstered bed dalam Pinterest memang cantik-cantik. Tapi yang available kat Malaysia, dalam gambar nampak cantik tapi bila tengok physically tak nampak solid macam dalam gambar Pinterest. In a way, aku setuju jugak dengan concern my husband tu. Dia prefer katil kayu yang solid..'macam yang kat Batu Pahat' dia kata. Ohh! Aku kata kalo katil kayu tak dapat RM1,000++, starting RM2,000 aku kata. Dia kata 'takpa la kalo dah memang tu harganya'...Gulp! Aku telan air liur (sebab the deal is aku beli katil, dia beli mattress) Then aku ajak dia pegi survey dekat-dekat Bangi dulu, dia kata OK. Yesss!

Survey @ Fella Design & Ashley Bangi
Esoknya after lunch, kitoghang keluar. 1st kitoghang pegi Fella Design. Harga RM3,000 ke atas OK. Tapi ada satu tu discount 50% off jadi RM2,000 lebih. Besar katil tu, memang grand. Pastu tanya ngan salesgirl kat situ. Dia kata tu katil size European King, besar sikit dari standard size Malaysia. Owh, gitu pulak. Kalo beli tilam standard size, nanti ada ruang terlebih pulak. Kalo beli tilam ikut saiz katil, mahal lagi la harga tilam. Pastu cadar pun tak boleh cari size standard.

Then kitoghang pegi Ashley kat Bangi Central. Memang la cantik-cantik and grand. Harga pun grand ya. Yang ni katil saiz American pulak, lagi besar daripada European size. Aku tengok husband aku macam berminat. Kitoghang terus tanya katil yang offer prize jadik dalam RM1,800. Yang ni tak nampak solid macam yang lain-lain (patut la Ashley buat offer). Yang berkenan harga dalam RM4,000++ (dalam hati biar betul aku nak beli katil harga tu...) Salesman tu ajar, Ashley ada buat beberapa offer yang boleh kurangkan harga katil. Contoh trade in katil lama (boleh dapat dlm RM500), atau beli tilam Ashley dioghang (harga katil jadi kurang RM1,000) which I personally think quite attractive if you want to own an Ashley product. The only problem is the size!!!!

Kita bawak bertenang dulu la...pikir elok-elok...

Tuesday, June 2, 2020

Master Bedroom Makeover_Katil

Masa pindah ke Bangi Perdana, kami beli tilam king size untuk bilik kitoghang so katil double yg beli masa menyewa kat Seksyen 7 masuk ke bilik lain. Beli tilam tapi tak beli katil sebab harga tilam tu dalam 3k++ rasa...bukan standard brand cam Dunlopillo, Vono etc and tinggi tilam ialah 13". After 10 years, tilam tu aku rasa dah tak sedap cam lembik... aku mula la nak tukar tilam..heheh..

Aku nak amik peluang PKP ni untuk makeover masterbedroom ngan porch aku. For this post aku citer pasal master bedroom dulu la.

Cat dinding
Yang ni dah settle last week. Kami cat sendiri anak beranak. Beli Jotun 5L kaler Dusky Blue, harga RM141++
Want to know how to decorate a small space with style? These three qualities will make it functional with a dash of fashion.
Ni gambar inspiration. Nak kaler dinding camni

Katil
Ni memang masalah betul. Hari tu ada berkenan kat RUMA, Chloe King Bed. Ada kaki kat bawah tinggi 6mm, tak lepas Xiomi Vacum Robot. Harga RM1,600 termasuk delivery charges. Tetiba particular pulak nanti bawah katil tu nak bersihkan camna. Design Chloe memang dah ada ciri-ciri yang aku nak
Chloe King Bed (from RUMA website)
Sebelum tu yang survey kat Seksyen 5 ialah katil divan with storage. Yang tu dalam RM1,200 (campur harga tilam RM3,600 jadi total RM4,800) tapi rupanya kalo katil divan belakang katil cuma cover dengan kain nipis warna hitam yang biasa dioghang letak bawah kerusi. Iskk... pikir-pikir balik cam mahal pulak.
Nampak OK dah kan. Siap ada storage

Ada survey-survey jugak online, ada jumpa bawah RM1k untuk katil saja...boleh caya ke? Yg survey kat FB, ada jumpa from MFO. Harga RM3,600 termasuk divan. Ni set-set yang ada ruang sikit bawah katil. Cam tak praktikal pulak, camna nak bersihkan bawah katil tu?

Advert from MFO

So aku rasa aku nak yang berkaki tinggi dalam 10cm supaya Vacum Robot boleh lalu. Walaupun tak boleh simpan barang, at least boleh dibersihkan bawah katil tu... Option 2: divan with storage tapi kalao yang proper, harganya agak mahal kot...

Pening la pikir pasal katil ni...tapi aku nak katil. Proper sikit master bedroom tu. Since this year is our 20th anniversary, I think I deserve a bed frame! Haha!

Monday, May 18, 2020

20th wedding anniversary

See my original plan here

Macam dah dapat idea. Photobook of husband je la. Kumpul gambar sket2.
Tapi tak buat apa pun lagi...

Macam-macam berangan:

  • Photoshoot family sebab Lutfi takda lagi masa photoshoot 2010
  • Photoshoot dengan husband pakai baju pengantin sebab baju pengantin sekarang cantik-cantik. Teringin nak pakai
  • Photobook as a couple
  • Photobook husband from dulu hingga sekarang
  • Makan kat Restoran Chef Ammar

Last-last sekarang ni MCO. Kena scrap la idea photoshoot tu....

MCO Day 60 + Ramadan Day 25

Kira hari ni exactly 2 months MCO dan lagi 5 hari untuk berpuasa. Most of my pending work are done. 1 jek lagi, tunggu outcome meeting esok. Pastu, aku tak nak duduk dah depan laptop. Nak kemas rumah, buat biskut....

Siapa sangka tahun ini tak boleh balik kampung untuk beraya, kerajaan tak bagi demi keselamatan rakyat jelata. Walaupun masih dalam MCO, tapi suasana seakan-akan sudah kembali seperti sedia kala. Kereta dah banyak kat jalan raya, orang masih pergi shopping beli baju, bahan buat biskut bagai untuk sambut hari raya.

Beratur nak beli bahan buat biskut raya
Aku termasuk dalam golongan orang yang pegi shopping beli bahan buat biskut raya! Sanggup beratur nak beli chocolate bar, chocolate chip, butter 1kg. Kononnya pegi tengahari kot-kot orang lain tak nak keluar masa matahari tengah terik. Aku tak pegi Yummie Bakery sbb aku tahu confirm line panjang punya. Aku beratur kat Bake With Yen. Beratur dalam 1 jam jugak. Sekali tu bila sampai depan pintu kedai, kebanyakan barang yg aku cari dah takda stok! Aduss!

Aku nak beli butter dalam tub 1kg tapi dah abis, terpaksa la beli blok yg biasa tu sebab takkan nak pulang ngan tangan kosong dah penat-penat beratur. Nak beli chocolate coins, yg tinggal chocolate bar. Itu pun dark chocolate (anak aku nak milk chocolate).

Beli baju raya
Sebenarnya kan, aku dah beli baju raya satu family masa bulan 1 haritu kot. Awal kan.... tapi bila sambut raya sendiri-sendiri ni, baju raya tu pakai untuk tahun depan la.... Plan untuk Hari Raya, nak pakai baju masa kenduri Radhi last year (peach + green)..heh... Aku pun ada 1 baju yang aku baru beli kononnya untuk jadi usherer kenduri kahwin anak boss (yg terpaksa cancel sbb tarikh dia dalam tempoh MCO). Baju tu kira free sbb boss belanja.

Masa aku beratur kat Bake with Yen tu, perasan la penuh je ngan kereta Bangi Sentral tu...

Menyambut Hari Raya
Government still restrict tak boleh sambut Raya beriya sangat. Max 20 orang dalam satu rumah pada satu masa. Aku tak tahu la whether orang akan follow. Aku still rasa nak menziarah at least sedara mara aku kat dalam taman aku ni. Dalam taman aku ada 2 keluarga/sedara aku belah mak. Selang sebuah rumah aku, adalah rumah sepupu dan makcik aku. So takkan tak nak ziarah hari raya kan....

Adik-beradik aku ada 2 family kat Selangor/KL. Yang kat Damansara confirm kata nak raya kat umah aku, siap tido lagi. Asyik dok suh aku masak Rendang...Yang lagi sorang dok kat Kajang. Haritu depa dah datang dah pun berbuka kat umah aku.

Siapa sangka tahun 2020 akan jadi camni. Siapa sangka sambutan Ramadan dan Raya kali ini amat berbeza. Jadi kita pun kena isi masa berbeza dari tahun-tahun sebelum ini...banyakkan baca Al-Quran, zikir dan berbuat baik...

Wednesday, May 13, 2020

MCO Day 55 + Puasa Day 16

Sekarang tengah tunggu Subuh. The girls tak boleh puasa so tinggal 4 orang yang berpuasa. Anak-anak pun dah macam tak mau makan waktu sahur so senang sikit kerja, tak payah masak nasi bagai. Semalam tanya the boys lepaskan kejutkan dioghang untuk bersahur, nak makan apa. Tak tahu la sebab baru bangun tido ke, memang tak lapar ke apa, they were clueless what to have for sahur. So when they are clueless, means dioghang tak lah lapar. Jadi semalam buat roti goreng je, makan dengan cheese. Itupun anak makan sekeping dah rasa kenyang.

Semalam ada dengar webminar by Chief Strategy Officer. He asked what are the new skills we've learned during MCO. Glad to hear he acknowledged cooking something we have never tried before is counted as learning new skills, not necessarily skills at work. So I want to list down here the new things that I did during MCO.

Try out new recipes
Masak Char Kuey Teow and Kuey Teow Kungfu. Selalu buat Kuey Teow Sup je sbb kalo buat Kuey Teow Goreng memang tak jadi macam kat kedai. The motivation is sebab nak masak macam gerai masak. Aku jumpa resepi Char Kuey Teow Che Nom. Rupanya kena buat kuah dia asing guna air kulit udang. Selain tu, aku try buat Puding Sagu Gula Melaka and Kuih Lopes. Senang rupanya buat kuih traditional ni, dulu aku rasa renyah sangat. Rasa bila kita ada masa, semua boleh buat tapi sebab hidup 9 jam kat tempat kerja (kekadang lebih bila boss mintak itu ini after office hours)..... Yang tak terbuat lagi is kuih Seri Muka....

Video conferencing & digital signature
Kalo takda MCO ni, memang takkan dapat merasai pengalaman meeting di alam maya. Selalu tengok husband je dok buat video conference untuk IEEE dia. Aku rasa cam akhirnya! Seronok pulak, baru rasa advanced macam Mat Saleh! hehe! Kalo tak kata je R&D and digital, tapi tak praktikkan pun.

Yoga
From start MCO sampai sekarang, baru berjaya follow 10 classes of online 'Yoga With Adrienne'. At least somthing la kan...I really need to improve my posture and flexibility...at my own pace...

Mengaji
Hari tu dah revise on Nun and Mim mati tapi kalo tak dipratikkan selalu, mmg lupa la...Alhamdulillah aku mengaji most of the days. Memula aku baca dulu, pastu dengar bacaan kat Youtube (aku follow Ilm Port). Aku ada baca blog, kalo target nak khatam dalam masa 30 hari dalam bulan Ramadan, kena baca 20 mukasurat sehari. Kalo kita tetapkan baca 2 mukasurat sebelum dan selepas setiap solat fardhu, dapat la 20 mukasurat sehari.

Masalah aku, aku cam boleh commit 1 waktu je that is lepas Subuh. So aku boleh baca 10 mukasurat terus.OK la...pelan-pelan....kalo aku dapat 10 mukasurat sehari pun OK, boleh khatam dalam masa 2 bulan. Compared before yg tak mengaji langsung kan....Cuma aritu aku tak start dari surah Al Baqarah. Aku start kat Surah An Nisa.

Mengemas rumah
I get to do things I've been wanting to do:

  • bersihkan jenang tingkap yg penuh dengan taik cicak
  • bersihkan atas wall kitchen cabinet

Aku cam boleh imagine lepas ni camna nak manage kemas rumah. You just have to do it...don't wait. The more you procrastinate and let the dust build, the harder it will be. Then bila panggil cleaner, suh dioghang cuci jenang tingkap tu....

Work From Home time management
I learnt Work From Home is not Resting At Home...dulu agaknya penat pegi kerja, selalu berangan nak duduk rumah i.e rest la...Tapi in actual fact, Work From Home is not. You still need to be productive even if you're not working. Macam Allah bagi glimpse kalo dok rumah camna sebenarnya. After a while, you'll get bored and can easily terjerumus ke lembah 'Tak Buat Apa-apa' I thought I could blog everyday but I didn't get to. I wanted to make a photobook for my husband and I still have not started.
Whatever it is, you just need to plan and list out things you want to do or else, you won't get things done...even if it's just changing your bedsheet.

Planning and foreseeing the future
I didn't notice this until I'm foreseeing the end of this MCO. How things will be like after this? I have to start to think and strategize

Confidence
Why am I so worried of what other people think? Afraid that people will look down on you is not my problem, it's theirs. I have to have faith of myself. Based on my background, I have the potential to go further but what went wrong? It's all me.... Buat sehabis baik, think to make yourself grow sebagai tanda terima kasih kepada Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakan selama ini...to mourn and complaining is not wise. To blame fate is also not wise.
Belajar and feel the urge to improve yourself KERANA ALLAH TAALA



Tuesday, May 5, 2020

MCO Day 50 + Puasa Day 12

Diam tak diam dah 12 hari berpuasa. Aku dah tinggal 6 hari, so hari ni kira aku baru puasa 6 hari.

Semalam cam takda idea nak masak apa. Buat nasi goreng tom yam and try buat 'ayam goreng' KFC guna Airfryer. Bolehlah, aku expect crunchy kruk krak sebab blogger tu kata crunchy, tapi taklah crunchy sangat. Dia ajar ayam tu gaulkan dengan minyak dulu sebelum golek dengan tepung. Aku guna minyak olive oil. Tepung aku campur tepung Bestari ngan tepung jagung. Boleh repeat sebab tak pakai minyak! Hehe...Aku rasa tawar sikit tapi husband aku kata OK. Aku cuma marinate dengan Garlic & Herbs salt (yg dalam botol kecik-kecik tu). Lenkali aku nak gaul ngan garam, garlic, halia.

Hari ni pun tak da lagi. Aku dah start kena plan la ni....