Monday, April 17, 2023

Tiket Rome dah booking

 Alhamdulillah, semalam husband dah booking tiket ke Rome. The day before (Sabtu) kitoghang survey focusing on Emirates, Qatar and MAS. Sebelum tu aku ada survey and harga MAS rendah sikit berbanding Emirates sebab masa tu tengah promo/kot. Semalam tak dapat dah, jadi lebih dlm RM1k. Husband prefers naik Emirates sebab kapal terbang baru A380 and selalunya memang harga Emirates and Qatar lebih rendah daripada MAS.

Husband dah pernah naik A380 masa pegi Glasgow last month and dia baru tahu A380 ada 2 tingkat. So this time ke Rome, seats dia pilih ada yang tingkat atas dengan tingkat bawah, nak merasa both. Journey takes about 17 hours, ada stopover kat Dubai.

When I told my friend Zied about Rome, tak sangka pulak dia nak ikut. OK jugak, ada kawan jalan-jalan since hubby akan busy with conference. We'll be in Rome for 5 days and 3 days in UK so bolehlah visit rumah Zied. Flight tickets done, next to do research and itinerary.


Kali ni anak-anak tinggal sebab mahal kan sebenarnya nak pegi Europe ni. Tiket flight saja dah RM6k. Masa kecik-kecik, boleh la dapat harga kids. Itu pun pegi dekat-dekat saja. Jepun and Korea dalam RM1,500 per pax untuk harga tiket. Total spent dalam RM10k for the whole family. Ini kalau ke Europe, harga tiket untuk 5 orang dah RM30k, belum masuk accomodation. Dah la aku nak retire awal...huhu. Takpa la nak, kalau ada rezeki lain, in sha Allah boleh sampai ke sini.

Impian aku bawak anak-anak, tunjuk where we started as a parent (rumah kat Southampton). In sha Allah kalau ada rezeki. Aku kena berusaha la buat Youtube video tu sampai boleh jana pendapatan.

Sebelum ni aku rasa cam guilty jek pegi jalan tak bawak anak-anak tapi tengok orang lain selamba jek tinggalkan. Takpa la, at least aku pernah bawak 4 kali (Krabi, Bali, Jepun, Korea) masa dioghang kecik-kecik dulu. Plan nak tinggalkan dioghang kat Batu Pahat. Dioghang ok je sebab sepupu ramai kat BP tu.

Other nota kaki:

  • Aku pun nak buat video for my Youtube channel kan tapi satu haprak pun tak buat apa.
  • Dah beli denim jacket Padini kat Mitsui (RM79). To plan OOTD

Friday, March 31, 2023

Consistent and hard work

 Dalam keadaan VUCA (Volatile, Uncertain, Complex, Ambiguity) sekarang, aku memang expect company aku akan melalui banyak perubahan. Okay, we are taught to embrace change but I think I can't cope with the changes. Keadaan berubah tapi apa yang aku buat tak berubah, tak boleh la kan.... Aku pun kena ikut berubah. Tapi nampaknya makin lama, makin demanding aku punya job scope ni. Pressure pulak semakin kuat...I dunno. Maybe pressure tak kuat tapi sebenarnya aku tak rasa aku contribute apa-apa. Jadi aku seperti tertanya-tanya, is there anything I need to do? (apart from my routine tasks). Boleh je kalau nak buat dek jek...somehow we human sooner or later would like to have some sense of accomplishment/ achievement.

At this point, I dunno whether I can earn from social media. Tapi lagu 'Don't quite your daydream, it's your life that you're making...' mengembalikan semangat aku untuk tetap teruskan niat dan cita-cita aku. Memang usaha yang akan membawa kita ke tahap yang kita gambarkan. Kalau kita tunggu, ada kemungkinan kita tak dapat.

I can picture my retired life, busy buat video, buat planning untuk social media postings and any achievement that made me proud truly comes from my consistency and hard work. I'm capable of both but I used to stop when things get difficult. Then I learned about Valley of Despair. Memang normal orang akan give up di tengah jalan tapi kalau diteruskan, in sha Allah akan merasai hasilnya. Yg penting consistent.

To me, this could be the signs that will enable me to quit next year.....ada orang baru nak masuk, so subordinate aku boleh la jadi Manager and ada orang bawah dia bila aku kuar nanti....


Thursday, March 30, 2023

Rome

 I have started planning for my trip to Rome, following my husband on his conference trip. Planning to singgah tengok Zied jugak kat Cardiff.

Flight ticket KL-Rome roughly dalam RM5k return. Flight Rome-Bristol dalam RM1k. Nak travel around cam kena sewa kereta. Bertabah la dengan harga-harga ni...nak berjalan punya pasal!

Kebetulan masa tu cuti sekolah, boleh la tinggalkan anak-anak. Kali ni pergi berdua jek sebab kos la jugak.

Cuma aku wish aku dah siap pergi haji sebelum pergi berjalan-jalan. Nak buat camna, aku masih belum ada rezeki untuk ke tanah suci lagi.

Monday, March 27, 2023

Weekend Ramadan #1

Suami ke Glasgow
Jumaat malam aritu husband bagitau dia terpaksa pergi juga Glasgow untuk IEEE conference. Sebelum tu dia macam malas sebab tengah  berpuasa kan. Tapi kalau dia pegi, dia boleh jumpa Faizi kawan baik dia kat sana. The IEEE insisted him to go so he just had to accept it.

He will be there for a week. I used to resent bila dia pegi outstation sebab kena tinggal uruskan rumah. Now I have matured and understand that it is his role as ketua keluarga to seek rezeki for the family, dia bukan pegi holiday although it looks like fun.

I have to prioritize. Maybe I should not cook time consuming recipes. Sebab tak sempat pun since trafik nak balik lagi teruk daripada tahun-tahun sebelumnya. Sahur pun sama...sebab nak kena keluar rumah awal, maybe aku patut masak siap-siap petang/ berbuka tu, nanti sahur tinggal reheat.

1st IG reel on cooking
On Sunday, I released an IG reel on 'Vietnam Roll Goreng'. Aku mintak tolong Lutfi nak set up camna. Aku berpegang pada 'just start, take action'. Asal video panjangnya 10 min. Untuk fit IG, jadi 1.0 min. Alhamdulillah, dapat byk view jugak. As of tengahari ni, dapat dalam 4++ view. Orang memang suka tengok video masakan kot. Kalau sempat, harini nak documentkan buat air pulak, recipe Khairul Aming


Friday, March 24, 2023

2nd Ramadan 2023

 Hari ni WFH. Alhamdulillah, at least ada jugak 1 hari kat rumah. Hari ni aku baru start puasa. Pagi tadi dapat kemas dapur sikit. Semalam aku sempat buat jadual menu, nanti nak tengok balik.

Plan tahun ni, nak buat video masak-masak...bila aku pikir-pikir balik, tools mostly dah ada. dioghang yang dok buat video masakan tu mmg untuk staging saja, bukan betul pun. Maksud aku the task is to video, bukan memasak untuk makan. So definitely masa yang dihabiskan ialah nak bagi video nampak lawa. Definitely if kita masak selalunya 1 1/2 jam complete juadah, bila nak buat video jangan buat time nak makan breakfast, lunch, dinner. Itu ialah masa untuk makan, buka untuk buat video. Betul la, buat video masakan renyah sebenarnya. Tapi kalau dah minat, dioghang OK jer, apatah lagi ia menjana pendapatan.

Maybe tahun ni aku kena ubah sikit timing aku masak. Sebelum ni siap masak ngam-ngam waktu berbuka, sahur. Aku kena siap awal atau prep awal. Aku kena buat yang simple-simple saja. Nak jadi adventurous waktu weekend bila masa ada. 

Memang rasa payah tahun ni. Tak sure sebab dah 2 tahun duduk rumah (so ada masa untuk semua) atau keadaan dah berubah so aku tak leh expect aku boleh buat benda yang sama sebelum Covid. Atau sebab aku dah meningkat umur dan aku tak secergas dulu. Tak ingat Ramadan tahun lepas, aku sempat tahajud ke tidak before prepare sahur. Ramadan tahun ni aim aku:

  • Khatam 30 juzuk semasa Ramadan
  • Buat Youtube video semasa Ramadan
  • Kemas barang-barang tak pakai, gi donate
  • Finalize trip Rome
  • Finalize design/deco rumah


Monday, March 20, 2023

Ticking the boxes

Hari tu rasa tak productive. Alhamdulillah harini rasa productive sikit sebab berjaya buat beberapa errands:

  1. Gosok baju sekolah (Sabtu pagi). Alhamdulillah cuma kena gosok baju KAFA Lutfi saja (2 pasang)
  2. Beli baju raya untuk the boys (Sabtu pagi). Sabtu pagi tu husband ada appointment massage and Jasmin ada appointment braces, both dalam pukul 11.00 am. So aku drop depa and park kat EVO (orang dah start shopping raya so Bangi Sentral dah start sesak). Tak kuasa aku nak shopping situ, aku pegi EVO Parkson dengan Kasyif. Aku suggest warna kuning untuk masuk dengan baju raya aku, tapi Kasyif prefer purple. Kat Parkson takda pulak kaler purple yang cun. Kebetulan ada agent BulanBintang bukak kat level 1. Orang tak ramai, aku suh Kasyif cari baju kot2 ada yang berkenan. Alhamdulillah ada walaupun kaler tak exact sangat. Cuma kat situ ada 1 set saja, tak boleh beli untuk Lutfi sekali. Dia kata nanti boleh order online. Aku belum order lagi setakat ni...
  3. Bersihkan/ kemas porch (Sabtu petang). Haritu masa musim hujan lantai simen berlumut. Masa musim panas pulak, pokok kering macam nak mati. Pastu dengan bau kencing kucing, kasut bersepah. So aku kemaskan pokok-pokok, cuci simen and sort kasut yg tak nak masuk plastik (tapi belum masuk tong derma lagi).
  4. Order hp stand (Sabtu petang). Benda ni patut dah lama beli untuk buat Youtube video. Ni baru nak order kat Shopee. Plan nak buat video bulan puasa ni...
  5. Vacum atas (Ahad pagi). Lepas Subuh terus start (hubby takda, pegi Penang). Simpan beg2, tudung2 yang tergantung, sedut habuk, tukar cadar, lap apa yang patut.
  6. Cuci toilet bawah (Ahad pagi). Memang kotor betul (ikut benchmark aku la) so rasa puas bila dapat cuci. Aku rasa nak beli rak letak bodywash kat dinding water heater supaya tempat sink aku tak semak sangat.
  7. Lipat baju. 2 bakul ok (Ahad petang)...sambil layan Netflix kul 4.30 gitu. Dinner, aku outsource ke Kakak sebab dia nak keluar pegi Eco.

That was how my weekend ended. 

Harini budak2 start sekolah sessi 2023. Harini aku antar Kasyif and Lutfi (sebab abah dioghang belum balik). Lupa nak pesan kat Kasyif belajar elok-elok. kat Lutfi dah pesan dah.

Khamis ni juga start puasa. Aku kena start rancang menu.

Thank you Allah...permudahkan urusan ku. Semoga aku terus istiqamah mengaji dan berikan yang terbaik untuk keluarga ku.



Friday, March 17, 2023

Feeling unproductive

 Why la rasa malas sangat ni. Rasa macam tak productive sebab banyak menda tak buat....tak kemas rumah, tak cuci toilet, tak iron baju, tak basuh karpet, tak sort barang tak pakai, tak plan menu, tak mengaji, tak buat yoga...apa la yang aku buat selama ni? Sebelum ni big boss cuti, kerja pun manageable tapi apsal aku tak amik advantage? Balik pun lambat je. Brisk walk pun tak dapat, posting pun tak rancak...

Next week dah puasa. Isk, anak-anak pun akan masuk sekolah

Kemon, bangkit melawan MALAS!!!!!!