Tuesday, November 10, 2015

Mahyuni Spa, Guar Sanji

Aritu adik ipar dok tunjuk gambar convo dia kat UUM. Pastu tanya dia pakai baju kurung kaler apa. Dia kata dia pakai baju masa Kak Anis konvo dulu dan baju tu aku yang belikan untuk Anis. Terus rasa bersalah! Aku tak bagi apa-apa pun untuk convo dia! Takkan nak bagi kain, konvo dah lepas. Kalau belanja makan, takda menda physical untuk kenang-kenangan. Lagi pun belanja makan ni menda biasa jek. Selalu balik Perlis memang belanja makan pun...Pikir punya pikir, dapat idea belanja dia spa. Rasanya dia tak pernah gi spa. Baguslah sebab dia mesti ingat pengalaman spa dia yang pertama... Kebetulan perasan ada spa baru kat Guar Sanji. Nampak cam OK. So niat nak belanja adik ipar sempena convo dia. Aku tumpang sekaki la, temankan dia...hehe

Booking
Sebab spa tu dekat ngan rumah dalam 10 min dari Jelempok, petang Ahad kami pergi nak survey, amik pamphlet. Hari Isnin depa tutup so kami buat appointment untuk Selasa pagi. memang look forward sangat sebab dah lama nak manjakan setelah berhempas pulas sacrifice masa dan tenaga untuk kerja. Plan nak revisit Sembunyi Spa kat Cyberview Lodge, Cyberjaya tapi amik masa nak decide amik package apa sebab description dia terlalu 'canggih'....bunga-bunga sangat. Not a normal sauna, scrub, massage, bath etc. Cer baca menu dia....

The package
Adik ipar amik scrub+mask+ mandi bunga sebab dia teringin nak mandi bunga. Harga pakej RM99 tapi kena jadi member (bayar RM25) baru dapat harga tu. Harga asal RM134. Pastu aku tambahkan full body massage (RM69)....tak lengkap pegi spa kalo takda massage...heh. Aku punya harga biasa, RM134 for sauna+full body massage+ scrub. For scrub ada a few choices, aku pilih susu, adik ipar pilih rose. For massage aku amik balinese, adik ipar amik aromatherapy massage.

Aku amik sauna sebab dalam usaha mengurangkan berat badan. Dah balik kampung ni makan macam tak hengat. Meh kita cuba bakar kalori dengan sauna. Katanya membakar sehingga 600 kalori (tapi malam tu aku makan after 9.30pm so tambah 600 kalori balik....duh)

Selain daripada reason di atas, aku amik massage sebab sejak kebelakangan ni, aku boleh rasa urat aku dah lari-lari.

Aku amik scrub sebab tahu badan memang banyak daki! hahah

They offer standard ala carte spa services, also hair salon, facial and for ladies after delivery.

My verdict
It was a good experience. Tengok messuse kecik jek, takut massage nanti tak berapa kuat. Tapi kecil-kecil cili padi,

Tempat, towel, kain sume bersih. Sauna chamber pun nampak baru. Ni first time masuk sauna so jakun sikit. Siap ada radio, boleh baca magazine jadi 30 min tak rasa boring sangat.

Cuma toilet jauh sikit dari massage room. Kena cross manicure alley and reception. Hari tu memang takda orang lain so takpalah. Cer imagine kalau ada orang buat manicure, pastu ada orang tengah tunggu turn kat reception....malulah kita nak pi toilet sebab orang nampak kita berkemban.

 Price wise, affordable compared to the level of service provided.

Will I come again? Yes. To do henna colouring on my hair. Kalo bawak product sendiri, baru RM25. Kalo Bangi RM50.

Salah satu cara hilang stress

 Aku start balik memasak sejak bibik sakit Sept hari tu. Walaupun sekarang dia dah baik, aku masih mahu memasak untuk anak-anak dan suami ( tapi husband tak berapa makan kat rumah). Sebelum ni, bibik yang masak sebab awal tahun 2014 aku tersangat busy hingga tak sempat nak pikir nak masak apa untuk anak-anak. Kalau masuk pun, weekend jek.

Memasak untuk yang tersayang
Sama ada aku dah matang sebab dah masuk 40! :-(  atau sebab aku dah janji awal tahun yang 2015 ialah tahun untuk aku fokus pada anak-anak termasuklah makan pakai dioghang. Aku rasa puas dapat masak, pastu anak-anak suka makan. Dulu pernah masak, kadang-kadang anak-anak tak makan. Teruslah putus asa, malas nak masak dah. Alasan 'Ala, kalau masak pun bukan ada orang makan'...

Tapi sekarang ni sejak dah matang, sendiri tahu itu cuma alasan nak cover malas sendiri sebenarnya. Sejak aku tukar my thought process on cooking, I've become more receptive to criticism. Sebenarnya selama ni aku masak tak ikut selera dioghang tapi ikut selera aku. Ye la, bebudak tu kecik lagi....bab makan memang memilih.

Sayang keluarga?
Aku pernah terpikir bila Allah SWT kata kalau berkahwin, peluang nak buat pahala banyak. Aku rasa bibik dapat lagi banyak pahala daripada aku sebab dia buat semuanya untuk kitoghang. Aku buat apa? Kata sayang suami, anak-anak...

Ya Allah! Sedapkan masakan aku!
Aku jugak baru terpikir bila dengar tarbiah salah sorang ustazah di radio. Sambil kita masak nasi, lauk-pauk untuk keluarga... masa tu laa kita berdoa untuk suami, anak-anak supaya sihat, cerdas dengan memakan rezeki yang Allah SWT bagi. Semoga zat makanan sampai ke tubuh badan mereka dan sampai berkat doa dan tawakkal kita.

Alasan
Dulu, aku berbetah-betah nak masak. Nak masak lauk apa? Kalau dioghang tak makan camne? Kan membazir tu... Baik tak yah masak, Dioghang lagi suka makan nasi goreng kedai.....Pastu terus tak jadi masak. Alasan lain termasuk barang takda, tak boleh nak buat, tak sempat, leceh etc. sendiri mahu ingat. Tapi sekarang, aku mahu dioghang makan masakan rumah dahulu before pergi ke sekolah. Tak nak dioghang makan benda yang tak tentu hala kat luar rumah. So kena masak je apa-apa asal dioghang suka. Lauk yang berulang-ulang pun takpa, depa tak pandai jemu.... Asalkan ada sesuatu untuk dioghang makan.

I like the way I think about cooking now. Just do it! Haha! In sha Allah...kalau niat kita untuk membahagiakan family, Allah SWT akan tolong. Kalau takut-takut tak sedap atau tak jadi, doalah kepada Allah SWT supaya masakan kita diterima ahli keluarga. Surprisingly, depa mungkin kata 'sedapppp'... Kalau tak pun, kita akan lebih terbuka dengan komen dioghang dan kita akan jadi lebih berazam untuk memperbaiki juadah yang kita masak tu.

Stress relief
Personally aku rasa memasak ni boleh redakan stress. Bila kat office, tengok gambar lauk-lauk yang aku masak dalam Iphone aku, hilang stress kejap. Rasa macam tak sangka aku sempat memasak untuk anak-anak. Terus rasa positif.... terus jadi produktif sebab kena abiskan kerja supaya aku boleh pikir menu apa nak masak untuk esok atau next week.

Ini pengalaman aku la... I'm not a kitchen goddess. I wish I could be a good cook, able to cook anything. Tapi sekarang aku masih belajar. Belajar untuk build confidence supaya boleh memasak apa saja...untuk memenuhi selera anak-anak dan suami....

Doakan yang terbaik!