Logs to remind me the purpose of my existence.There's always, always something to be thankful for....
Monday, December 12, 2022
Updates for Nov-Dec
Tuesday, December 21, 2021
Sambutan birthday ibuku yang ke 67
Jumaat aritu aku dah siap-siap amik cuti. Lunaskan 2 tasks pagi-pagi lagi and bertungkus lumus memasak untuk lunch. Masak Nasi Ayam saja...patutnya senang tapi ntah kenapa aku kelam kabut juga. Alhamdulillah, sempat buat dessert sekali and settle before mak aku sampai...
Esoknya kami menginap 1 malam di hotel Marriott Putrajaya. My little sister dah booking 5 bilik hotel kat situ guna voucher yang dia dapat sebab dia join membership so 3 bilik kira free (kira dia belanja la). Kira punya kira, husband aku malas nak ikut sebab nak bagi jalan pada orang lain untuk tido hotel. Kalo dia ikut, nanti nak kena pikir sapa tido mana. Kalo dia tak ikut, kira my mum tido dengan aku with my kids so tak payah la nak bahagi bilik lelaki and perempuan.
Memang takda plan beria bagai, cuma aku ada treat mak aku spa treatment kat Marriott. Actually kalo ikut website, spa dia tutup and kena pegi IOI Palm Garden kalo nak gi spa. So aku pun call IOI Palm Garden nak booking...Alhamdulillah, dia kata by Saturday dioghang dah pindah ke Marriott. Yes! Kan senang, tak yah la nak kena naik transit pegi IOI Palm Garden pulak. Kami book pukul 3.30. Aku pilih reflexology dan urut kepala/bahu/spinal. Aku tak pilih massage full body sebab takut mak aku tak mau bukak baju.
Alhamdulillah therapist OK, massage dia berasa. Tapi ambiance tu kureng la sebab baru pindah kan...bau aromatherapy from minyak pun takda. All in all aku puas sebab akhirnya dapat treat mak aku spa treatment. Massage ambil masa 2 jam so kami abis dalam pukul 5.30pm. Pastu balik bilik, buat surprise kat mak. Adik aku dapat complimentary cake (ada 3)...puas la makan kek.
Dalam 7.30 pm dah nak siap-siap pegi makan kat Balqis Restaurant kat Ayer 8. Aku dah buat reservation and set menu sekali. Nervous jugak takut servis lambat or not as expectation. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Makanan ngam-ngam, lebih dalam 2 tupperware kecik saja. Mulanya ada bday surprise orang lain...ada 2 orang. Pastu saja adik ipar aku suggest beli pinacota buat as cake untuk my mum pulak. Yg syok sebab ada lagu birthday in Arabic...best pulak lagu dia! Haha!
Thank you Allah! Dia sebaik-baik perancang!....Semoga ibu ku sihat walafiat, dikurnia rezeki yang luas, dipermudahkan urusan, tenang dan bahagia. Aku sayang ibuku, berilah aku peluang menzahirkan kasih sayang ku....Aminnnn
Wednesday, December 15, 2021
Rilek sikit dan berangan Glamping
Alhamdulillah, hari ni rasa rilek sikit sebab takda meeting ujung-ujung tahun ni...sume orang amik cuti. Masalah dah rilek sangat cam bermalas-malasan pulak. Masak breakfast je arini, sepatutnya boleh masak lunch sekali...huhu
Hari ni barang yang order from Shopee dah sampai. Cepat betul...order hari Isnin dah dapat hari Rabu. Order perkakas memasak camping sebab nak pegi glamping kat Hibiscus Sedim, Kedah on 23 Dec. Cam best glamping ni sebab tido dalam khemah tapi tak payah bawak tempat tido...haha! Of course harga lebih sikit dari tapak khemah. Kalo glamping kat Selangor or Perak, harga mungkin sama macam sewa bilik homestay! But it's an alternative experience so I guess harga justify kat situ gamaknya. Nak tido dalam khemah tapi tak nak hassle bawak barang-barang camping e.g sleeping bag, toto etc.
Aku cam extra excited terpikir-pikir nak masak apa. Food camping pun banyak choice sekarang ni.
- Yg dah siap tinggal makan e.g Kembara tapi yang ni mahal sikit sebab dia dah ada heating element. So nak panaskan tak yah pakai air panas. Tapi yang ni agak mahal dlm RM18 per pack
- Kalo old school, ready made Brahim tu. Brahim ada 2 jenis, yg 100% ready made, yg ni kena reheat, panaskan masuk microwave atau rendam dalam air panas kalo nak sedap. Yg lagi satu jenis Brahim buat cam kuah atau sauce. Yg ni kira macam 50% ready made sebab still kena prep and masak. Aku pernah bawak pek Asam Pedas masa gi Korea in 2019. Beli ikan fresh kat pasar, balik masak ngan kuah Asam Peda Brahim tu. Sedappppp...boleh beli lagi Asam Pedas tu.
- Kalo nak masak and nak senang... masak Maggi je. Masa ni la kami boleh makan Maggi (sebab tak elok makan selalu, special occasion saja...kuang3x)
- Masak simple-simple. Kalo tengok Youtube, Mat Saleh masak best-best. Doesn't mean camping menu kena makan menda tak sedap...tu yang ter-inspired tu
Tuesday, April 21, 2020
Gigirls trip to Kuala Terengganu
Best trip ni...it was a good break!
Lepas landing dalam kul 8.30am, check in homestay dekat-dekat airport. Breakfast jap pastu terus gi attend wedding kawan kul 10.30 am. Pagi tu kami attend upacara nikah dia. Alhamdulillah, kahwin dah kawan aku yang sorang ni. The best part is, dia quit keje, kahwin pastu dok kampung. Heaven! Tak yah dah pening-pening pikir pasal keje!
![]() |
| I'm so happy for you! |
![]() |
| With ex-office mates |
![]() |
| Siut aaa. Nampak gemuk dalam gambo ni |
Lepas kenduri, gigirls ni pegi shopping kat Pasar Payang. Aku beli baju kelawar 6 helai (dia jual 3 helai RM100), songket untuk husband RM250, T-shirts for the boys. Petang dalam kul 6.00 gitu gi makan ICT. Lamaaaaaa dah nak try ICT....best!
![]() |
| Belikan the boys T-Shirt Ganu |
![]() |
| Belikan husband samping songket |
![]() |
| Lama dah ngidam ICT. Akhirnya!!! |
![]() |
| Pari ICT |
Balik tu dah Maghrib. Cam malas nak kuar makan sbb kenyang.Tapi member ajak jugak dalam kul 10.00 mlm (there goes my diet!). Pegi Dapo Pata Kontena, location hipster gitu (tapi aku selamba kuar dengan baju kelawar aku beli tadik!). Aku boleh je tak payah makan kan sebab kenyang. Tapi sekali tu melantak jugak bubur ayam + ayam goreng ala-ala 4 fingers. Isk...
Malam borak-borak sampai kul 1.00 pagi. Esoknya kul 8.00 pagi dah kuar cari sarapan. Depa nak makan kat Nasi Dagang Atas Tol (original location). Sampai sesat-sesat tapi berbaloi. Aku tapau sebungkus nak bagi husband rasa. Lepas sarapan, pi Teluk Cempedak, Masjid Terapung nak bergambar. Then pegi round-round Jambatan Angkat. Boleh naik kat menara dia, ada glass deck and photo corner.
![]() |
| Chu ajar posing camni |
![]() |
| Jambatan Angkat. Landmark Terengganu yang terbaru |
Dah puas bergambar, kami pun balik untuk ready ke majlis pihak lelaki pulak. Dekat je dengan homestay. Lepas attend majlis kami balik tukar baju untuk ke Pasar Payang for last round of shopping (kot-kot semalam tu survey jek). aku dah tak beli apa-apa sebab dah beli semalam. Pastu pegi Tok Beng beli kepok lekor BTB 2209. Aku beli dalam RM40
Flight kitoghang dalam kul 8.30 malam. Kitoghang balik dari Pasar Payang terus get ready untuk checkout. Sebab cam awal lagi dalam kul 5.30pm, kitoghang pegi pulak minum Air Buah Gelas Besor and makan petang. Fuh! Memang keje kitoghang makan jek!
Alhamdulillah! I really enjoyed it. Balik naik MAS.
Thursday, May 2, 2019
1 night @ JW Marriott, Bukit Bintang
Bila stay kat situ, barulah tahu apa yang dioghang kecoh sangat pasal area Bukit Bintang ni. Our room was opposite the posh Pavillion, facing Chanel, Prada, Tiffany & Co etc. Really reminded when I was in London during school break lepak-lepak kat Malaysian Hall. Walking along Bond Street, Knightbridge.... Totally out of my league. Yang kelakarnya bila keluar parking nak pegi tengok End Game pagi Ahad, nampak brand cam LV, Rolex, Breguet....then depan sikit nampak Uniqlo, Vincci terus rasa cam 'Aaaa! This is more like it!"
![]() |
| Ada bench! |
![]() |
| Love this corner |
![]() |
| Cantik tul scheme ni... grey & gold |
![]() |
| Their chandalier |
I like JW Marriott
Apparently baru refurbish. Patutla cantik. Really like their decor. Really like their bathroom. rasa tak nak keluar and nak mandi lama-lama. If I were to design my own house, I would take the inspiration from their bathroom. Practical and posh. They use neutral colours and injections of gold. Terus rasa nak decorate rumah. Wallpaper cantik, ada tiny long space next to wardrobe to store ironing board.
![]() |
| Best! Takda orang! |
![]() |
| Keto konon...pastu tak tahan makan french toast, dim sum, vadai! |
Gym bukak 24 hours, so aku pun pegi gym kul 5 pagi. Ada weighing scale and complementary green apples. Dalam bilik pun ada weighing scale so dia tahu sekarang orang dah health concious. Breakfast dapat for 1 pax only so hubby offer suh aku pegi. Makan kat Shook!, ramai Mat Salleh and foreigners.
Starhill Gallery
JW Marriott ni connected to Starhill Gallery. From lobby boleh terus masuk Starhill Gallery. Takda orang sangat pun. Tak nampak pun orang beli apa-apa. Tapi kedai LV and Dior cantik bercahaya. Husband suh tunjuk kat anak-anak harga jam Omega. Jalan-jalan depan sikit, kami ada jumpa jam yang lagi mahal around 300k ++.
![]() |
| Di Starhill Gallery |
![]() |
| Takda orang swimming pun... |
![]() |
| Right after arriving by MRT |
![]() |
| Complementary snack |
![]() |
| Dapat chocolate KLCC |
![]() |
| Like! |
All in all, I enjoyed it very much. Maybe sebab dah lama tak pegi tido hotel? But JW Marriott managed to impress me. Thank you Allah for the opportunity...
Tuesday, May 30, 2017
Plan cuti 2017
Tapi, Dec tahun ni hubby ada conference kat Singapore. Dia ada 2 event kat sana... so takkan kami x ikut! Potentially, nak pegi Zoo Singapore, Universal Studio. Pastu, hubby bagitau maybe stay hotel kat JB instead kat Singapore sebab lagi murah (the society he's involved in will pay for the accomodation). Bila JB, teringat Legoland Hotel.
Tengok website, mak oiii! Tu diaa...harga bilik dia. Memang la Legoland Hotel one of a kind. Deluxe room fits 5 pax costing from RM770! Supreme room fits for 8 people costs RM1700! Aduss! Aku rasa mahal sangat ni.... baru rasa nak treat bebudak tu.
Ni package 2015 during Matta Fair, cilok from this blog http://sumijelly.com/2016/05/19/menginap-di-legoland-hotel-resort-johor-bahru/

Walaupun aku 6 orang, aku nak booking yang deluxe je la....
Friday, September 30, 2016
Berjalan ke Satun
Naris Phu View yang comel
Kitoghang pegi dalam pukul 11 pagi lalu Wan Kelian. Rasa excited sebab dah lama tak gi jenjalan camni. Pergi 2 kereta dengan family abang ipar. Dari Jelempok ke Wan Kelian maybe dalam 45 min. Sebelum jumpa sempadan, kena lalu jalan berbukit yang agak curam. Tak sangka kena lalu jalan camtu. Then from sempadan imigresen ke bandar Satun maybe dalam setengah jam. Well, sebenarnya dari sempadan ke hotel yang kami duduk tu setengah jam. Kami duduk di Naris Phu View hotel. Highly recommended! I would say 3 start hotel at a 1 star price! Bilik yang kami duduk is a good size for a double bed, with bathroom, hot water, aircond, tv and fridge for RM120 with breakfast. Takda almari, cuma tempat hang baju which is good enough for me. Tempat tu nampak macam baru and condition bilik pun nampak bersih. Ada kolam renang jugak untuk anak-anak. Kalau orang dewasa nak join, boleh aja. Suasana sangat tenang berbackropkan bukit dan sawah/ tanah lapang.
Makan di Tanjung Pauh
Before kitoghang check in, kitoghang pi dulu makan tengahari kat Tanjung Pauh. Orang sana panggil Tan Yong Pao. Kakak ipar recommend makan kat Restoran Pak Tam. Famous tempat ni for its seafood. Alhamdulillah, dapat kami merasa. Yang best tempat ni, dia bersih, tak cramp. Dengan angin laut yang berhembus nyaman, bunyi ombak memecah pantai...fuh! memang syok. Pastu makan pulak sedap (ke aku memang dah lapar?) Seronok budak-budak dapat tangkap ketam. Try ice cream kelapa. Tapi kami tak boh dalam kelapa pun sebab harga tinggi sikit dalam10 baht (dlm Rm1++) compared makan dalam cup biasa. Untuk kami yang ada 5 dewasa 5 kanak-kanak makan, kurang sikit dari 2,000 baht which was maybe dalam RM200++ lebih sikit. Masa ni exchange rate 10 baht = RM1.20 (8.46)
Ketam order 10 ekor, udang, tom yam, ikan siakap sweet sour, kerabu mangga, kailan ikan masin, telur dadar. Ketam tu bakar dan masak bawang. Maybe dari segi harga lebih kurang di Malaysia tapi dengan harga yang sama portion kat sini lebih besar dan banyak. Pada pendapat aku lah. Bebudak enjoy agaknya dok tepi pantai, mintak kami repeat so we did pada hari ketiga sebelum balik Jelempok. Try restoran sebelah Pak Tam pulak.
Aktiviti
Aku pergi 3 hari 2 malam. Satun ni macam takda apa sangat nak buat. Bukan tempat untuk bershopping. Tapi kami adalah pergi melawat muzium Kuden Mansion kat bandar, pi Pak Bara, beli barang sikit kat Big C dan Tesco Lotus. Kuden Mansion tu asalnya rumah seorang pembesar Melayu (Satun sebenarnya ramai orang Melayu. 70% penduduk Satun adalah muslim. Dan Satun asalnya sebahagian daripada kerajaan Kedah. Baca sejarah Satun di sini.
Pak Bara tempat makan seafood jugak. Famous sebab ada jeti nak ke Koh Lipe. Kami tak makan pun di Pak Bara sebab dah kenyang makan lunch dalam pukul 3 petang. Saja jek pegi sebab sebelum ni husband dok sebut-sebut nama Pak Bara ni. So pergi just nak tengok tempat jek. Kat Pak Bara pun famous dengan makanan jugak. Sempat la singgah tengok pasar malam kat sini, tapi tak beli apa-apa.
Selain dari itu, bebudak seronok mandi kolam la. Memang tak ramai orang kat hotel kami. Maybe sebab kami pegi masa bukan cuti sekolah so kolam tu, memang rombongan kami saja yang dok berendam kat situ!
Yang best trip kali ni ialah bab makan! Macam masa kami pegi Krabi. 'Roti Canai' coklat (pankek Thai) pun ada kat sini jugak. Rasa seronok bila boley merasa makanan tempatan (mana-mana yang boleh diterima tekak la...haha!)
Memang ada rasa nak repeat lagi....
Monday, July 11, 2016
Birthday treat 2016
Alhamdulillah, terima kasih suamiku yang sweet. Semoga Allah SWT murahkan rezeki ayang jugak...Muahaha!
Sunday, May 29, 2016
Mandarin Oriental and ICC 2016
When I say 'opportunity', I mean 'when we'll ever get to stay in a RM800 per night hotel, for free... if not now?' Previously I was not that impressed and my thought was "Ah! It's just another hotel.." until my husband showed me the view from his room! I didn't know tMO is that close to KLCC Twin Tower!!!! Totally impressed now!!!!
Not only that, my husband was also given the MO Club access. I never knew the exclusivity of being a hotel club member until today. They have separate lounge that serves food which mean you don't have to join the buffet downstairs. Food may not be as extensive but the lounge is more private and looks so elegant and classy. I'm totally into their decor, silver/grey combined with lilac/purple..(drooling!!!) And club members always get rooms with the best views which usually at the highest level.
My husband was given a complimentary laundry/pressing service for 5 garments everyday. He even sent his underwear to utilize the privilege! I brought my batik long blouse along to utilize the service too (I've been wanting to sent it for dry clean but could find the time to).
Towels were abundant, duvet was light but warm and I finally have found the kind of bed frame that I want. And the view was definitely priceless.....
Alhamdulillah dengan rezeki ini Ya Allah! Engkau hiburkan hatiku dengan nikmat ini.... Thank you Allah!
It was a good break although it was just Kuala Lumpur. We went to places like the park and the playground all by foot as MO was just next to Suria KLCC. My boys played in the bathtub 3 times a day. We also went to the Convention Centre to greet and meet the people my husband has been working i.e the important people behind ICC 2016. They came from the US, Australia and France.... good exposure for the kids.
I'm totally proud and happy for my husband. He has done a good job apparently as praised by his international peers. Hey, but once you're at home you're still the father to my kids ok. Please put your foot back to the ground..... Hahah!
Saturday, January 2, 2016
Santai @ Restoran FizoMawar
Pergi dalam kul 3.00 ptg (late lunch). Menu memang tak berapa banyak as some status are still "coming soon". Kami order Nasi Rebus, Nasi Kuning and Phad Thai. Yg nasi-nasi tu macam masakan Melayu or Arab. I guess rasa Thailand lebih kurang macam kat Malaysia so rasa macam lebih kurang. Phad Thai memang sedap, sama rasa macam kami makan kat Krabi dulu. Authentic....
Verdict
Thumbs up for concept and presentation. Air boh dalam plastik detergent kau! Food boh dalam bekas anyam. Memang tak jumpa lagi la kat Bangi ni. Kalau yang tak leh hidup tanpa nasi campur, the place may not be suitable for you. You might end up complaining for the lack of choices.
![]() |
| Ni le makan tanpa pinggan |
![]() |
| Isinya. Buka dan bentang kertas la untuk makan |
![]() |
| Menu tulis nama ni dalam bahasa Thai. Rasa ala-ala Nasi Arab |
![]() |
| Nasi putih aka Nasi Rebus |
![]() |
| Beso ni!.... |
Will I come again? Yes, saja lepak-lepak ngan hubby or kengkawan. Might be the next place to bring my parents. Food wise, sedapla jugak. Ada air free flow (teh ais) apart from air yang dalam plastik detergent. Aritu, Fizo ada dok buat air, Mawar pulak kat dapur. Mawar tu cam tinggi lampai orangnya ya...
Good luck with the restaurant. If they could maintain a good service, the restaurant definitely will be a hit in Bangi. For now, they are still on a learning curve.















































