Friday, September 30, 2016

Berjalan ke Satun

Raya Haji aritu kami amik cuti seminggu balik Perlis. Memang ada plan saja nak jalan-jalan ke Satun masa cuti tu. Ye la, alang-alang dah dok sempadan why not pi jalan-jalan ke seberang. Lagipun Jasmin dah abis UPSR. Kebetulan tiada siapa yang buat korban tahun ni so by day 1, dah takda aktiviti sangat. Kalau ada yang buat korban, kami akan tunggu daging korban untuk dibersihkan, dipotong dan dimasak.

Naris Phu View yang comel
Kitoghang pegi dalam pukul 11 pagi lalu Wan Kelian. Rasa excited sebab dah lama tak gi jenjalan camni. Pergi 2 kereta dengan family abang ipar. Dari Jelempok ke Wan Kelian maybe dalam 45 min. Sebelum jumpa sempadan, kena lalu jalan berbukit yang agak curam. Tak sangka kena lalu jalan camtu. Then from sempadan imigresen ke bandar Satun maybe dalam setengah jam. Well, sebenarnya dari sempadan ke hotel yang kami duduk tu setengah jam. Kami duduk di Naris Phu View hotel. Highly recommended! I would say 3 start hotel at a 1 star price! Bilik yang kami duduk is a good size for a double bed, with bathroom, hot water, aircond, tv and fridge for RM120 with breakfast. Takda almari, cuma tempat hang baju which is good enough for me. Tempat tu nampak macam baru and condition bilik pun nampak bersih. Ada kolam renang jugak untuk anak-anak. Kalau orang dewasa nak join, boleh aja. Suasana sangat tenang berbackropkan bukit dan sawah/ tanah lapang.

Makan di Tanjung Pauh
Before kitoghang check in, kitoghang pi dulu makan tengahari kat Tanjung Pauh. Orang sana panggil Tan Yong Pao. Kakak ipar recommend makan kat Restoran Pak Tam. Famous tempat ni for its seafood. Alhamdulillah, dapat kami merasa. Yang best tempat ni, dia bersih, tak cramp. Dengan angin laut yang berhembus nyaman, bunyi ombak memecah pantai...fuh! memang syok. Pastu makan pulak sedap (ke aku memang dah lapar?) Seronok budak-budak dapat tangkap ketam. Try ice cream kelapa. Tapi kami tak boh dalam kelapa pun sebab harga tinggi sikit dalam10 baht (dlm Rm1++) compared makan dalam cup biasa. Untuk kami yang ada 5 dewasa 5 kanak-kanak makan, kurang sikit dari 2,000 baht which was maybe dalam RM200++ lebih sikit. Masa ni exchange rate 10 baht = RM1.20 (8.46)

Ketam order 10 ekor, udang, tom yam, ikan siakap sweet sour, kerabu mangga, kailan ikan masin, telur dadar. Ketam tu bakar dan masak bawang. Maybe dari segi harga lebih kurang di Malaysia tapi dengan harga yang sama portion kat sini lebih besar dan banyak. Pada pendapat aku lah. Bebudak enjoy agaknya dok tepi pantai, mintak kami repeat so we did pada hari ketiga sebelum balik Jelempok. Try restoran sebelah Pak Tam pulak.

Aktiviti
Aku pergi 3 hari 2 malam. Satun ni macam takda apa sangat nak buat. Bukan tempat untuk bershopping. Tapi kami adalah pergi melawat muzium Kuden Mansion kat bandar, pi Pak Bara, beli barang sikit kat Big C dan Tesco Lotus. Kuden Mansion tu asalnya rumah seorang pembesar Melayu (Satun sebenarnya ramai orang Melayu. 70% penduduk Satun adalah muslim. Dan Satun asalnya sebahagian daripada kerajaan Kedah. Baca sejarah Satun di sini.

Pak Bara tempat makan seafood jugak. Famous sebab ada jeti nak ke Koh Lipe. Kami tak makan pun di Pak Bara sebab dah kenyang makan lunch dalam pukul 3 petang. Saja jek pegi sebab sebelum ni husband dok sebut-sebut nama Pak Bara ni. So pergi just nak tengok tempat jek. Kat Pak Bara pun famous dengan makanan jugak. Sempat la singgah tengok pasar malam kat sini, tapi tak beli apa-apa.

Selain dari itu, bebudak seronok mandi kolam la. Memang tak ramai orang kat hotel kami. Maybe sebab kami pegi masa bukan cuti sekolah so kolam tu, memang rombongan kami saja yang dok berendam kat situ!

Yang best trip kali ni ialah bab makan! Macam masa kami pegi Krabi. 'Roti Canai' coklat (pankek Thai) pun ada kat sini jugak. Rasa seronok bila boley merasa makanan tempatan (mana-mana yang boleh diterima tekak la...haha!)

Memang ada rasa nak repeat lagi....

No comments:

Post a Comment