- cuti seminggu untuk Raya Haji, balik Perlis. Syoknye!
- pergi Satun, sempadan Thailand-Malaysia. Did things last minute, accomodation, currency. Best!
- kenduri Apit, anak Pak Tam
- Dek Mi accident
I'll write separately on the above items.... apa yang aku nak muhasabah hari ni? Let's talk about pengorbanan
Pengorbanan sebagai isteri
Dek Mi accident dah 2 minggu tapi dia belum sedar sepenuhnya sebab masih ada ubat bius kot. Kesian kat Mak Tok and Tok Abah sebab depa tinggal berdua sekarang ni since adik ipar perempuan dah dapat kerja kat Kajang. Weekend lepas husband balik kampung sorang-sorang sampai hari Selasa nak bagi moral support pada parents dia and tolong apa-apa yang patut. Kalau dulu mesti aku melepaskan dia dengan hati yang berat sebab pikir serabut nak urus rumah sorang-sorang. Tapi kali ni aku tahu ibubapanya lebih memerlukan dia jadi aku redha. Aku ada rasa macam aku semakin matang. Sebab umur agaknya.
Pengorbanan berkongsi suami?
Malam Jumaat yang sebelum husband aku pergi tu, aku ada mimpi husband aku kahwin lagi, pastu duduk kat rumah yang kami duduk ni. Aku ingat perasaan aku dalam mimpi tu, bila ternampak husband aku bercumbuan dengan isteri muda.... Ya Allah! Mimpi tu semacam betul, Nauzubillah! Perasaan aku ketika itu Ya Allah! Pedih gila! Rasa luluh kat jantung. Aku menangis teresak-esak. Teringat-ingat saat manis kami dan sekarang dia memberi dan mengukir saat manis untuk isteri muda pula. Ketika aku menaip ni, aku masih rasa kesedihan itu. Aku boleh menangis kalau teringat perasaan ketika aku bermimpi tu. Aku doa kat Allah SWT berharap yang mimpi ini bukan petanda tapi hanya mainan tidur. Jika ada pengajaran yang Allah SWT nak tunjuk, maybe
- nak bagi aku rasa apa perasaan kebanyakan isteri yang bermadu
- aku takkan kuat jika perkara ini berlaku kat aku
Aku ada beritahu husband pasal mimpi tu. Aku tak expect any denial from him or say I'm the only one sebab ini semua aturan Allah SWT dan husband aku pun tak berani nak bagi such assurance sebab dia pun tahu ini semua kerja Allah SWT. Siapalah kita untuk menidakkan jodoh, pertemuan dan ajal. Ya Allah! Aku mohon kepadaMu jadikanlah aku satu-satunya isteri dia kerana aku tidak cukup kuat Ya Allah!
Pengorbanan sebagai hamba Allah SWT
Selain daripada mengungkit, aku juga perlu belajar untuk berkorban (sesuai sangat since baru jek celebrate Raya Haji....haha!) Aku kena tanya diri sendiri, apakah pengorbanan yang aku dah buat untuk suami, anak-anak dan ibubapa.... Aku pun dah rasa aku ni jenis introvert so aku kena belajar buat banyak pengorbanan. Buat sesuatu tanpa perlu berfikir 'what's in it for me' (tapi kat tempat kerja aku nak berkira jugak! Haha!) Aku kena banyak ingatkan diri sendiri, Allah SWT yang berkuasa dan sebaik-baik perancang so just leave it to Almighty sebab fokus aku sekarang bukan untuk dunia ini.
Aku kena aim untuk benda yang tak nampak i.e pahala dan syurga. Bukan duit, kekayaan dan pangkat. Aku kena aim untuk silatulrahim i.e berbuat baik denga jiran dan rakan. Aku kena aim didikan anak-anak sekarang kerana ia akan membentuk jenis apa anak-anak aku bila dah besar nanti. Aku kena aim berbakti kepada parents aku sebab mereka sudah tua dan akan pergi bila-bila masa. Jangan sampai menyesal bila mereka dah tiada.....
No comments:
Post a Comment