Itulah sekolah yang Jasmin dapat semasa apply SBP online. Application nak guna qouta alumni TKC tak dapat sebab aku jadi member OGA tak sampai setahun.
Memang tak pernah dengar pasal sekolah ni sebelum ni sebab ni sekolah baru, started operation in 2012. Jadi sekolah tu baru 5 tahun beroperasi. Tak sure prestasi sekolah ni macam mana....
Banyak sangat aku dengan hubby aku pikir. Sebenarnya tak payah pikir bebanyak sebab Jasmin memang nak duduk asrama.
Result SBP tu keluar on 14 Dec, about 2 weeks ago. Semalam pergi site visit sekolah tu (aku memang balik kampung for Christmas).... Sama saja macam sekolah lain.... Aku agak excited juga bila tengok banner niche sport kat situ ialah memanah (aritu memang Jasmin nak try memanah)...
Aku kekadang OK, kekadang tak OK. Yang buat aku OK sbb Jasmin memang nak cuba duduk asrama. Yang aku tak OK, aku tak sure whether sekolah tu akan mencungkil potensi Jasmin. Aku OK bila mood 'let's give this school a chance' datang...regardless SASEM (nickname sekolah tu) tu sekolah baru, mungkin boleh cipta rekod macam sekolah-sekolah baru seperti SM Sains Perempuan Seremban, SM Sains Alam Shah, SMS Seri Puteri etc...
Aku tak OK bila rangking sekolah ni masih kat bawah-bawah lagi.
Expectation aku sangat tinggi. Aku mahu Jasmin berjaya dan aktif dalam kokurikulum (walaupun Jasmin senyap kat sekolah rendah). Aku harap Jasmin mempergunakan peluang di sekolah asrama untuk memajukan dirinya. Dan aku amat berharap SASEM membantu Jasmin menyerlah potensi dirinya.
There's no turning back. Aku kena yakin dengan rezeki yang Allah SWT bagi. Kami kena berkorban dan berusaha supaya mencapai apa yang kami harapkan. This is just a beginning. Biarlah aku bersusah sekarang demi merealisasikan impian Jasmin. Semoga dia berjaya dunia akhirat (dan mendoakan aku bila aku tiada)
All the best Jasmin! Mama confirm akan rindu anak mama yang sorang ni! Sob! Sob!....
No comments:
Post a Comment