Apa lah nasib....Jumaat haritu tolong kirakan duit raya (duit baru tukar kat bank) untuk dibahagi-bahagikan kepada staf yang nak duit baru. Pastu harini, bila big boss kira dia punya, duit RM10 tak cukup 20 keping. Haruuu!...
Listing yang digunakan pulak dah dibuang masuk tong sampah...Hadoi!!! Tapi roughly macam tahu duit tu pegi ke sapa... And orang tu pulak dah terbang pergi umrah tadi! Sabar je la.... Nak dijadikan cerita....
Aku rasa nanti aku bagi duit aku kat big boss, sebab aku malas nak panjangkan conflict. Nanti aku mintak balik la dari orang yang dapat lebih tu.
Bila pikir-pikir balik, mungkin rezeki orang tu sebab aku ada niat nak bagi dia RM sikit untuk dia pergi umrah. So OK la aku dulukan duit aku dulu.... kalau aku dapat balik, alhamdulillah. Kalau tak dapat kira aku beri kepada dia untuk dia pergi umrah. Semoga Allah SWT terima amal aku di bulan yang baik ini.
Insiden ni memang spoilkan mood raya aku hari ni.... sabarlah dan banyakkan berzikir.....
No comments:
Post a Comment