Monday, May 18, 2020

20th wedding anniversary

See my original plan here

Macam dah dapat idea. Photobook of husband je la. Kumpul gambar sket2.
Tapi tak buat apa pun lagi...

Macam-macam berangan:

  • Photoshoot family sebab Lutfi takda lagi masa photoshoot 2010
  • Photoshoot dengan husband pakai baju pengantin sebab baju pengantin sekarang cantik-cantik. Teringin nak pakai
  • Photobook as a couple
  • Photobook husband from dulu hingga sekarang
  • Makan kat Restoran Chef Ammar

Last-last sekarang ni MCO. Kena scrap la idea photoshoot tu....

MCO Day 60 + Ramadan Day 25

Kira hari ni exactly 2 months MCO dan lagi 5 hari untuk berpuasa. Most of my pending work are done. 1 jek lagi, tunggu outcome meeting esok. Pastu, aku tak nak duduk dah depan laptop. Nak kemas rumah, buat biskut....

Siapa sangka tahun ini tak boleh balik kampung untuk beraya, kerajaan tak bagi demi keselamatan rakyat jelata. Walaupun masih dalam MCO, tapi suasana seakan-akan sudah kembali seperti sedia kala. Kereta dah banyak kat jalan raya, orang masih pergi shopping beli baju, bahan buat biskut bagai untuk sambut hari raya.

Beratur nak beli bahan buat biskut raya
Aku termasuk dalam golongan orang yang pegi shopping beli bahan buat biskut raya! Sanggup beratur nak beli chocolate bar, chocolate chip, butter 1kg. Kononnya pegi tengahari kot-kot orang lain tak nak keluar masa matahari tengah terik. Aku tak pegi Yummie Bakery sbb aku tahu confirm line panjang punya. Aku beratur kat Bake With Yen. Beratur dalam 1 jam jugak. Sekali tu bila sampai depan pintu kedai, kebanyakan barang yg aku cari dah takda stok! Aduss!

Aku nak beli butter dalam tub 1kg tapi dah abis, terpaksa la beli blok yg biasa tu sebab takkan nak pulang ngan tangan kosong dah penat-penat beratur. Nak beli chocolate coins, yg tinggal chocolate bar. Itu pun dark chocolate (anak aku nak milk chocolate).

Beli baju raya
Sebenarnya kan, aku dah beli baju raya satu family masa bulan 1 haritu kot. Awal kan.... tapi bila sambut raya sendiri-sendiri ni, baju raya tu pakai untuk tahun depan la.... Plan untuk Hari Raya, nak pakai baju masa kenduri Radhi last year (peach + green)..heh... Aku pun ada 1 baju yang aku baru beli kononnya untuk jadi usherer kenduri kahwin anak boss (yg terpaksa cancel sbb tarikh dia dalam tempoh MCO). Baju tu kira free sbb boss belanja.

Masa aku beratur kat Bake with Yen tu, perasan la penuh je ngan kereta Bangi Sentral tu...

Menyambut Hari Raya
Government still restrict tak boleh sambut Raya beriya sangat. Max 20 orang dalam satu rumah pada satu masa. Aku tak tahu la whether orang akan follow. Aku still rasa nak menziarah at least sedara mara aku kat dalam taman aku ni. Dalam taman aku ada 2 keluarga/sedara aku belah mak. Selang sebuah rumah aku, adalah rumah sepupu dan makcik aku. So takkan tak nak ziarah hari raya kan....

Adik-beradik aku ada 2 family kat Selangor/KL. Yang kat Damansara confirm kata nak raya kat umah aku, siap tido lagi. Asyik dok suh aku masak Rendang...Yang lagi sorang dok kat Kajang. Haritu depa dah datang dah pun berbuka kat umah aku.

Siapa sangka tahun 2020 akan jadi camni. Siapa sangka sambutan Ramadan dan Raya kali ini amat berbeza. Jadi kita pun kena isi masa berbeza dari tahun-tahun sebelum ini...banyakkan baca Al-Quran, zikir dan berbuat baik...

Wednesday, May 13, 2020

MCO Day 55 + Puasa Day 16

Sekarang tengah tunggu Subuh. The girls tak boleh puasa so tinggal 4 orang yang berpuasa. Anak-anak pun dah macam tak mau makan waktu sahur so senang sikit kerja, tak payah masak nasi bagai. Semalam tanya the boys lepaskan kejutkan dioghang untuk bersahur, nak makan apa. Tak tahu la sebab baru bangun tido ke, memang tak lapar ke apa, they were clueless what to have for sahur. So when they are clueless, means dioghang tak lah lapar. Jadi semalam buat roti goreng je, makan dengan cheese. Itupun anak makan sekeping dah rasa kenyang.

Semalam ada dengar webminar by Chief Strategy Officer. He asked what are the new skills we've learned during MCO. Glad to hear he acknowledged cooking something we have never tried before is counted as learning new skills, not necessarily skills at work. So I want to list down here the new things that I did during MCO.

Try out new recipes
Masak Char Kuey Teow and Kuey Teow Kungfu. Selalu buat Kuey Teow Sup je sbb kalo buat Kuey Teow Goreng memang tak jadi macam kat kedai. The motivation is sebab nak masak macam gerai masak. Aku jumpa resepi Char Kuey Teow Che Nom. Rupanya kena buat kuah dia asing guna air kulit udang. Selain tu, aku try buat Puding Sagu Gula Melaka and Kuih Lopes. Senang rupanya buat kuih traditional ni, dulu aku rasa renyah sangat. Rasa bila kita ada masa, semua boleh buat tapi sebab hidup 9 jam kat tempat kerja (kekadang lebih bila boss mintak itu ini after office hours)..... Yang tak terbuat lagi is kuih Seri Muka....

Video conferencing & digital signature
Kalo takda MCO ni, memang takkan dapat merasai pengalaman meeting di alam maya. Selalu tengok husband je dok buat video conference untuk IEEE dia. Aku rasa cam akhirnya! Seronok pulak, baru rasa advanced macam Mat Saleh! hehe! Kalo tak kata je R&D and digital, tapi tak praktikkan pun.

Yoga
From start MCO sampai sekarang, baru berjaya follow 10 classes of online 'Yoga With Adrienne'. At least somthing la kan...I really need to improve my posture and flexibility...at my own pace...

Mengaji
Hari tu dah revise on Nun and Mim mati tapi kalo tak dipratikkan selalu, mmg lupa la...Alhamdulillah aku mengaji most of the days. Memula aku baca dulu, pastu dengar bacaan kat Youtube (aku follow Ilm Port). Aku ada baca blog, kalo target nak khatam dalam masa 30 hari dalam bulan Ramadan, kena baca 20 mukasurat sehari. Kalo kita tetapkan baca 2 mukasurat sebelum dan selepas setiap solat fardhu, dapat la 20 mukasurat sehari.

Masalah aku, aku cam boleh commit 1 waktu je that is lepas Subuh. So aku boleh baca 10 mukasurat terus.OK la...pelan-pelan....kalo aku dapat 10 mukasurat sehari pun OK, boleh khatam dalam masa 2 bulan. Compared before yg tak mengaji langsung kan....Cuma aritu aku tak start dari surah Al Baqarah. Aku start kat Surah An Nisa.

Mengemas rumah
I get to do things I've been wanting to do:

  • bersihkan jenang tingkap yg penuh dengan taik cicak
  • bersihkan atas wall kitchen cabinet

Aku cam boleh imagine lepas ni camna nak manage kemas rumah. You just have to do it...don't wait. The more you procrastinate and let the dust build, the harder it will be. Then bila panggil cleaner, suh dioghang cuci jenang tingkap tu....

Work From Home time management
I learnt Work From Home is not Resting At Home...dulu agaknya penat pegi kerja, selalu berangan nak duduk rumah i.e rest la...Tapi in actual fact, Work From Home is not. You still need to be productive even if you're not working. Macam Allah bagi glimpse kalo dok rumah camna sebenarnya. After a while, you'll get bored and can easily terjerumus ke lembah 'Tak Buat Apa-apa' I thought I could blog everyday but I didn't get to. I wanted to make a photobook for my husband and I still have not started.
Whatever it is, you just need to plan and list out things you want to do or else, you won't get things done...even if it's just changing your bedsheet.

Planning and foreseeing the future
I didn't notice this until I'm foreseeing the end of this MCO. How things will be like after this? I have to start to think and strategize

Confidence
Why am I so worried of what other people think? Afraid that people will look down on you is not my problem, it's theirs. I have to have faith of myself. Based on my background, I have the potential to go further but what went wrong? It's all me.... Buat sehabis baik, think to make yourself grow sebagai tanda terima kasih kepada Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakan selama ini...to mourn and complaining is not wise. To blame fate is also not wise.
Belajar and feel the urge to improve yourself KERANA ALLAH TAALA



Tuesday, May 5, 2020

MCO Day 50 + Puasa Day 12

Diam tak diam dah 12 hari berpuasa. Aku dah tinggal 6 hari, so hari ni kira aku baru puasa 6 hari.

Semalam cam takda idea nak masak apa. Buat nasi goreng tom yam and try buat 'ayam goreng' KFC guna Airfryer. Bolehlah, aku expect crunchy kruk krak sebab blogger tu kata crunchy, tapi taklah crunchy sangat. Dia ajar ayam tu gaulkan dengan minyak dulu sebelum golek dengan tepung. Aku guna minyak olive oil. Tepung aku campur tepung Bestari ngan tepung jagung. Boleh repeat sebab tak pakai minyak! Hehe...Aku rasa tawar sikit tapi husband aku kata OK. Aku cuma marinate dengan Garlic & Herbs salt (yg dalam botol kecik-kecik tu). Lenkali aku nak gaul ngan garam, garlic, halia.

Hari ni pun tak da lagi. Aku dah start kena plan la ni....