Thursday, June 9, 2022

Get out of your comfort zone!

Mei dah selamat berlalu, aku pun dah selamat raya sebulan. Mei tu bulan raya Syawal kan, seronok makan dan jalan-jalan la. I did a few things worth mentioning. Nanti aku kabor ya...

Joining high school reunion

Hari ni nak cerita how I was contemplating whether to join my school reunion or not. Nak jawab survey form je pun. Aku jawab juga in the end bila aku teringat, Allah kata sambungkan siratulrahim, buat baik etc. So aku jawab survey tu dengan jujur, tak mau jadi committee tapi ok je kalau nak assist.

Then aku pikir balik, apsal masa reunion dulu tu susah benor aku nak join. Malas nak mingle alasannya. Tapi if I dig myself deeper, sebenarnya reason aku common je. The common reason people don't want to go to reunion...segan dengan member. Segan sume la...depa berjaya, aku tak. Depa kurus, aku tak. Depa glamer, aku tak. Depa kaya, aku tak. All these insecurities standard la cara pikir  masa aku muda-muda dulu. Bila dah matang ni, dah ingat akhirat so lain dah cara pikir tu.

Jalinkan balik persahabatan (kalau masih ada). Kalau takda, at least dapat jumpa member2 lama. Jumpa tang tu je la...lepas tu hang ingat depa akan contact ko ke....tak kot. Masing2 kan dah ada haluan masing-masing. So why worry, just go and have fun!

I'm doing this for myself, to do things that is outside my comfort zone. Go and meet people and at least I've got something to write about.

Other benefits include as a target to lose weight. Event tentative in Oct-Nov. Berat aku sekarang ni kira paling berat la, 76kg. Perut geleber abis.

So I'm part of the team for venue and catering lead by Airin. Tadi aku ada call la 2 venue: Sekebun Bunga (Batang Kali) dengan The Hidden Valley (Kajang) for quotation. Try call Bora Ombak tak angkat-angkat.

Try cari event hall kat Shah Alam, belum jumpa pulak.

Tengok Airin dok post villa from Airbnb. Dia nak cam rumah/villa kot which to me OK jugak. Santai sikit. Event hall cam formal kan...pastu kita dah tahu suasana dia camna.

Sekebun Bunga tu cute nama dia tapi jauh la ke Batang Kali sana, dalam 2 jam naik kereta ok. Dia memang tulis boleh fit 100 pax for event. Dalam hutan, ada sungai...sapa suka outdoor mesti suka. Memang takda catering so kena arrange sendiri. Aku pikir kalau jauh gini, kita sediakan bas la untuk attendees...haha! Baru rasa cam zaman sekolah dulu! Most probably tak amik yang ni kot, tengok la caner.

The Hidden Valley kat Sungai Ramal jek, dekat la pulak. Bagus jugak. Senang nak pi. Aku pernah pegi wedding kat situ. Modern la villa dia. Ada provide buggy sebab parking kat tanah lot lain.

Nanti aku update lagi yek....


25 Ramadan

Hari ni 25 Ramadan, aku tak pose sebab peyot sejak hari Jumaat (dah 5 hari). Ingatkan boleh puasa penuh sebab last month kena ngam-ngam sebelum pose....

Hari ni takda gangguan from workplace, tapi aku pulak yang nervous sendiri memikirkan kerja-kerja yang tak settle lagi. There are 3 things with due dates but there is one I'm particularly worry. You see, this thing about me that I hate so much. I'm so obedient, rasa bersalah kalau tak buat kerja sedangkan tak perlu rasa bersalah pun. Overthinking, worry tak tentu pasal. Ntah la, I just wish I don't have to think about working anymore. Nak buat menda yang I boleh buat, no need to be answerable to anyone.

Sepatutnya aku dah boleh pikir buat list barang nak balik kampung. Kami beraya BP tahun ni selepas COVID tapi lepas raya pertama dah balik Perlis. Nervous pulak rasa sebab adik ipar aku yang rajin kat dapur balik Kelantan...haha!

Tetiba rasa nak nangis mengenangkan hidup aku. Mengenangkan nak menempuh hari-hari yang mendatang bila dah start kena pegi kerja. I TAK MAU!!! Argghhhh!

Let's distract my mind with more worthy things like reorganizing my porch and interior budget for my living room.

Hari ni adalah sambung buat technical analysis, nak cari set up permulaan up-trend. Ngantuk-ngantuk juga la...so far belum jumpa lagi yang ok.