Friday, June 28, 2024

Alhamdulillah, terima kasih Allah!

Harini dah Jumaat. Nak cerita pasal result VSP. Jumaat lepas 21 Jun HR ada hantar invitation farewell untuk VSP/ MESRA takers. My name was on the list...Alhamdulillah. Tapi official letter still belum ada.

This week most of them have left since their end date is 30 June. I still have one month to go. Perasaan bercampur-baur. Happy mostly, nervous, sedih sikit-sikit and blur sekejap. I wondered how my last day would be like. Will I send a farewell email to all? Is there anyone gonna treat me lunch before I go? By now, everyone already know that I'll be leaving.

I'm still doing my work. Ada BOD and meeting slide kena buat. Deadline is tight sebab meeting awal bulan. Dok kata this is the last...pasni in sha Allah takda dah. Kalau ada pun, the work-returns is a direct relationship. The more you work, the more you get.







Aku decide nak beli baru sebab miss guna oven. Oven je boleh masak in large quantity. Pastu plan nak buat weekly stock so nak roast veggie and chicken.



Saturday, June 8, 2024

Masih menunggu

 Sepatutnya result VSP announce dalam 1st week of June. Ni dah Sabtu, nak masuk 2nd week, still belum ada apa-apa. Just to remind me, HR panggil aku earlier to tell me previous submission application aku memang company reject. Sedey siot. Tapi katanya HR akan cuba 'selit'.....

Sunday, June 2, 2024

Esok result VSP

Banyak menda happen between now and the last post. Two of them is aku beli IPhone 15 early May and VSP.

IPhone ni asalnya aku nak beli yang previous version saja. Tapi after husband aku pikir-pikir (bukan aku yang pikir...kuang3x) beli je terus yg latest. Future proof selagi tak rosak so dia pesan aku jaga baik-baik. Aku amik easy instalment 36 bulan, Aku sendiri tak caya aku beli sebab aku kan dah nak berenti kerja, mana nak cekau duit bayar bulan-bulan. Tapi aku bukan suka-suka nak tukar phone. Phone Samsung aku rosak sebab terendam dalam air. Aku tak sengaja dan aku memang takda niat nak tukar phone. Sekarang ni masih lagi cuba nak recover gambar-gambar yang ada. Gambar Rome masih belum dapat recover...sob2

Satu lagi pasal VSP. Juga aku tak sangka company ada buka application. Memang aku tak hesitate. Masa tu aku on the way balik ke Bangi dari Perlis. Dalam kul 4.00 pm gitu kot, member sebaya wassap bagitau boleh apply VSP. Ya Allah! Berdebar terus aku ntah kenapa. Mungkin sebab tak sangka. Bila aku sampai Bangi dalam kul 12.00 tengah malam, aku terus bukak laptop and buat application. So application annouced 29 Apr, aku terus apply jadi 30hb Apr sebab dah tengah malam kan.

Aku berusaha juga bagitau boss aku, tanya dia akan sokong tak application aku. Aku pun contact boss lama tanya dia camna dia buat. Dia suh aku convince kan boss aku untuk support aku. Aku juga pegi jumpa CEO bagitau intention aku, aku tulis surat untuk dia and CFO. Aku tak berenti berdoa kepada Allah SWT supaya lembutkan hati CEO dan permohonan aku diterima. Aku selalu berzikir Ya Latif bila teringat pasal VSP. Aku bertawakal kepada Allah SWT. Sekiranya ini rezeki aku, in sha Allah tak ke mana. Sekiranya aku tak dapat, mungkin Allah SWT mahu bagi rezeki lain. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui Ya Allah!

Kalau dapat la VSP ni, banyak memudahkan aku untuk melaksanakan beberapa perkara. Tapi aku tak nak tulis kat sini sebab in sha Allah esok result keluar. Kalau tak dapat nanti aku sedey....Sesungguhnya di kala ini hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.