Sunday, June 2, 2024

Esok result VSP

Banyak menda happen between now and the last post. Two of them is aku beli IPhone 15 early May and VSP.

IPhone ni asalnya aku nak beli yang previous version saja. Tapi after husband aku pikir-pikir (bukan aku yang pikir...kuang3x) beli je terus yg latest. Future proof selagi tak rosak so dia pesan aku jaga baik-baik. Aku amik easy instalment 36 bulan, Aku sendiri tak caya aku beli sebab aku kan dah nak berenti kerja, mana nak cekau duit bayar bulan-bulan. Tapi aku bukan suka-suka nak tukar phone. Phone Samsung aku rosak sebab terendam dalam air. Aku tak sengaja dan aku memang takda niat nak tukar phone. Sekarang ni masih lagi cuba nak recover gambar-gambar yang ada. Gambar Rome masih belum dapat recover...sob2

Satu lagi pasal VSP. Juga aku tak sangka company ada buka application. Memang aku tak hesitate. Masa tu aku on the way balik ke Bangi dari Perlis. Dalam kul 4.00 pm gitu kot, member sebaya wassap bagitau boleh apply VSP. Ya Allah! Berdebar terus aku ntah kenapa. Mungkin sebab tak sangka. Bila aku sampai Bangi dalam kul 12.00 tengah malam, aku terus bukak laptop and buat application. So application annouced 29 Apr, aku terus apply jadi 30hb Apr sebab dah tengah malam kan.

Aku berusaha juga bagitau boss aku, tanya dia akan sokong tak application aku. Aku pun contact boss lama tanya dia camna dia buat. Dia suh aku convince kan boss aku untuk support aku. Aku juga pegi jumpa CEO bagitau intention aku, aku tulis surat untuk dia and CFO. Aku tak berenti berdoa kepada Allah SWT supaya lembutkan hati CEO dan permohonan aku diterima. Aku selalu berzikir Ya Latif bila teringat pasal VSP. Aku bertawakal kepada Allah SWT. Sekiranya ini rezeki aku, in sha Allah tak ke mana. Sekiranya aku tak dapat, mungkin Allah SWT mahu bagi rezeki lain. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui Ya Allah!

Kalau dapat la VSP ni, banyak memudahkan aku untuk melaksanakan beberapa perkara. Tapi aku tak nak tulis kat sini sebab in sha Allah esok result keluar. Kalau tak dapat nanti aku sedey....Sesungguhnya di kala ini hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment