Showing posts with label Household. Show all posts
Showing posts with label Household. Show all posts

Wednesday, March 30, 2022

Persediaan menyambut Ramadan 2021

 Ahad ni dah masuk 1 Ramadan. Aku memang look forward Ramadan. Kalau dulu aku look forward sebab, orang lain rilek masa Ramadan so kita pun jadi rilek sikit. Boleh buat kerja dengan aman. 

Selain daripada tu, sekarang aku look forward Ramadan juga sebab target nak dapatkan khatam Quran dalam bulan Ramadan. Currently aku dah baca sampai muka surat 470. Aku dah buat kira-kira, aku kena baca dalam 20 muka surat sehari untuk 7 hari (Ahad 27hb - 3hb Apr). So dapatkan Ramadan start fresh. Sekali aku period la pulak....

Apart from that, aku kena plan menu which I really like. I notice bila bulan pose, kalau masak nasi putih lauk-pauk tak berapa laku. Kena masak special la contoh nasi bertema eg nasi ayam ke, nasi tomato, nasi arab etc. Mee pun boleh. Our staple menu (kalau Ramadan mesti ada dish ni) is murtabak. The key is lain daripada hari-hari biasa. 

Kalau sahur pulak, tak payah fancy-fancy. Masak nasi putih dengan lauk saja.

This year 2022 mungkin last Work From Home (kalau lepas ni aku berenti kerja, ok la) so aku kena gunakan Ramadan tahun ni sebaiknya.

Bekalan stock kena ada masa bulan Ramandan:

  1. Ikan bilis
  2. Chilli oil
  3. Serunding

List of dishes for  Ramadan (either previously made or new item)


Dessert/ Pemanis mulut. Kalau tak buat dessert, air kena power


Kena buat extra juga untuk share dengan jiran-jiran




Thursday, December 26, 2019

Kemas rumah

Semalam cuti Christmas, sempat jugak aku kemas rak buku kat ruang tamu. Lama dah aku nak buat. Lepas balik KOREA, aku memang nak kemas rumah. Berhabuknya alahai!...Aku buat sikit-sikit dari hari Isnin. Asalnya aku rasa tak best tengok ruang tamu aku. Kerusi Fella tu dah out of shape, sofa cover IKEA dah lusuh, barang bersepah, not a good sight at all. Memula tu aku plan nak beli itu ini tapi bila tengok rumah aku, barang dah banyak sebenarnya. Better aku sort barang aku dulu macam buku, baju and toys. Dah sort barang, reimagine the purpose of existing furniture. Boleh relocate saja... tapi aku memang nak update langsir dengan sofa. Pastu nak beli katil!!!!

Dua hari sebelum, anak-anak dah sort buku memasing. Aku suh asingkan mana yang nak buang, nak derma, nak simpan. So semalam, aku all out. Kuarkan non school books from Billyand lap shelf. Berabuknya Ya Allah! Aku teringatkan bibik... patutla dia rasa dia dah tak larat kerja. Aku rasa rumah aku takda lah susah sangat nak jaga tapi sebenarnya bibik Lasmi memang buat kerja dia termasuk lap all the shelves. Aku tak nampak sebab dia buat masa orang pegi keje, pegi sekolah. Aku tahu sebab rumah aku habuk tak nampak pun masa bibik ada. Dulu aku rajin membeli, tak perasan nak rumah lawa, kena sentiasa maintain kebersihan. Dulu kan bibik ada nak bersihkan rumah. Terima kasih bibik sebab ajar aku apa makna BERSIH. Habuk kena lap ya!

Dari pukul 5.30 pagi aku mengemas sampai husband aku tolong pukul 11.00 pagi. Then mintak tolong anak dara aku vacum sebab aku nak naik mandi. Masa tu dah pukul 2.00 petang. Aku rasa penat lepas mandi, aku amik quick nap.

Alhamdulillah, mana-mana yang tak pakai dah kuarkan. Beri ruang untuk Kasyif dan Lutfi pula. Irdina pun dah tak sekolah menengah, boleh la kuarkan buku-buku dia.

Somehow aku rasa puas sebab berjaya clearkan Billy tu. Next task? Bawah tangga atau toys?

Baru teringat, ada cat lebih masa cat kat tingkat atas tahun 2018. Boleh la retouch balik cat kat ruang tamu.

Pastu kalo aku nak tukar sofa, langsir... aku nak buat konsep apa?


Thursday, February 23, 2017

Camna nak buat lagi cepat?

Hari ini tetiba dapat idea camna aku nak improve buat kerja rumah cepat-cepat.


  1. aku tak perlu menyapu tiap-tiap hari, tapi selang sehari
  2. mop pun seminggu sekali dah memadai kecuali ada kotor yang obvious
  3. kena include mengelap habuk sekali seminggu
  4. bab memasak kalau guna oven, rilek sikit sebab kita tak perlu jaga. So jadual menyapu kena follow jadual memasak.


Ni cerita lain, pasal Aifryer yang baru amik tadi kat AEON Big. Beli harga RM799 on 29 Dec 2016. Ternampak receipt customer lain beli on 31 Dec 2016 pada harga RM719! AEON Big ada tambah lagi 5% discount on 31 Dec ghupanya. So lenkali, beli lah barang on 31 Dec.... Aku jugak yang rugi, selang 2 hari jek!
Pastu tadi check harga, sekarang AEON Big jual RM769 pulak! Cissss....

Now dah ada Airfryer, patutnya jimat masa lagi (dan hopefully jimat minyak) sebab pun tak yah tunggu macam masak dalam oven.

Aku memang kena bangun kul 4.30 pagi kalau nak sempat menyapu, mengemop dan masak. Dulu aku sempat masak 1 jenis lauk tapi sekarang ntah kenapa tak sempat pulak, sempat masak breakfast jek. Sekarang ni pun arrive kat opis ngam-ngam kul 9.00 pagi.

Aku harap lepas ni aku boleh figure out camna nak selitkan tabata dalam routine aku.

Dan aku dah kena basuh sarung sofa yang dah 8 bulan tak basuh!

Monday, August 1, 2016

Last week for bibik

This week is the last week bibik is going to be with us. I've just done her web check-in and printed her boarding pass. Tetiba rasa sayu that she's leaving.... Her flight is on Saturday at 3.15pm...

Imagine when my parents are gone. Definitely the feelings are going to be stronger than this.... Ya Allah! Berikan lah aku kekuatan untuk mengharungi kehidupan di dunia ini Ya Allah! Semoga aku memanfaatkan kehidupan ku di sini untuk mencari redha Mu, semoga kami tergolong bersama kaum-kaumMU yang terselamat.

Monday, July 18, 2016

1st day transit for Kasyif, trial exam for Jasmin

Transit
Kasyif dah start pergi transit kat Al Haziq harini. Camner agaknya ya? He was very positive this morning. Bangun dan pergi sekolah pun awal around 7.15am. Alhamdulillah....

Pagi tadi aku tuliskan note supaya dia tak lupa:
Letak baju sekolah agama dalam beg
Letak selipar dalam plastik, pastu letak dalam beg
Letak hanger dalam beg

Nanti petang, Jasmin akan amik and bawak balik beg dia ke rumah.

Can't wait to ask how was his day today....

UPSR trial
Hari ini juga trial UPSR untuk Jasmin. Ada jugak pesan sikit-sikit masa antar dia ke sekolah. Aku tak nak put pressure on her. After all, it's only academics. Tapi aku perasan macam dia lap airmata. Alamak dia rasa pressure ke? Sian pulak. Nanti balik nak tanya dia. Tapi Jasmin ni memang senyap sikit. Bukan Jasmin saja, Irdina pun cikgu kata senyap. Aku tak kisah, asal anak aku bahagia. Teringat pulak masa Jasmin attend Smart IQ, memang dia ada emotional meltdown. Jasmin seorang yang penyayang. Mungkin emosi dia sangat sensitif.

Hope today was not bad for her....

Tinggal 3 minggu lagi before bibik balik. Husband nak offer buat open permit (valid setahun) kot-kot dia rasa nak datang balik.....

Sunday, July 17, 2016

Outsourcing house cleaning

Tinggal 3 minggu je lagi dan bibik akan balik for good. Minggu depan dah start hantar Kasyif and Jasmin transit kat Al-Haziq. Trial period supaya bila bibik balik nanti taklah kelam kabut sangat.

Pagi ni survey untuk cleaning service. Nak try tanya AdamIklhas Co kat Jalan Reko, fb kat sini. My concern include:

  • Kalau aku tak supervise, depa buat tak bersih
  • Kes-kes kalo cleaners nya tak berapa amanah


Aku kena list out my list of tasks and decide berapa kali aku nak amik. Seminggu sekali ke atau 2 minggu sekali. Rate kena find out.

Relevant and practical tips for a working mum here http://www.realsimple.com/magazine-more/inside-magazine/life-lessons/secrets-of-working-mom

Have to go...

Tuesday, July 12, 2016

Kenapa Bibik nak balik?

Tak mesra alam
ni jenis tak berapa pandai nak bersosial, termasuk dengan bibik aku (yang pelik bila aku kata camtu, orang lain tak percaya) Kalau takda menda nak tanya atau nak tahu, aku diam je la. Somehow aku ada rasa macam after 7 years, aku dah tak berapa communicate ngan bibik aku. Sebab tu ke dia nak balik terus?

Perks
Selain daripada tu, mungkin aku/husband kurang bagi dia perks/benefit? Ermmm, memang aku tak berapa bagi duit tapi kalau dia ada beli barang masa aku beli groceries, aku akan bayarkan untuk dia. Kadang-kadang dia nak bayar balik, aku kata takpa. Tapi ada jugak bila dia hulur nak bayar balik, aku terima jek. Aku malas nak argue.....

Gaji
Sebab gaji yang kami bayar rendah ke? Every year aku naikkan RM50. So from RM500 now dah jadi RM900 (RM50 x 6 years = RM300 and increment last year husband naikkan jadi RM100). Gaji dia memang bersih, tak guna pun. Maybe dia ada guna dalam RM200- RM300 setahun, saja-saja nak belanja. Kalau compare dengan jiran belakang, dia amik daily maid (tak duduk sekali) gajinya RM800 sebulan i.e rate is RM40 per day (RM800/20 hari) whereas bibik aku RM30 per day (RM900/30 hari) tapi makan bibik kami tanggung. So gaji yang kami bagi tu ok ke tidak?

Attention
Sebab kami kurang beri perhatian ke? Aku mengaku ada certain things sepatutnya aku perlu buat, aku tak buat. Contohnya kalau keluar, tak cakap kat dia. Jarang beri dia hadiah, tak tanya pasal makan minum dia, tak tolong dia kat dapur, dah kurang borak dengan dia... Tapi aku jarang marah dia, selalu aku ya kan ajer cakap dia. Kalau dia inform kena beli something yang dah abis, aku beli jek tanpa banyak soal. Hardly apa yang dia suggest aku tak ikut. Usually, apa yang dia suggest make sense although it is not my way of doing...

Cash
Raya tahun ni aku bagi cincin kat dia, bukan duit. Aci tak? (duit nanti orang lain bagi kannnnn) Sekali cincin tak muat daaa... Aku tak tanya saiz cincin dia sebab dia mesti tak tahu nye. Pastu konon aku nak bagi masa dia balik nanti i.e surprise gift for her long service sekali dengan gelang. Ntah kenapa alang-alang cincin tu dah ada, aku bagi as hadiah raya... Nak tukar rugi sebab dah kira 2nd hand value. Last-last aku kena amik cincin baru. Ke dia expect aku bagi duit?

Reason dia
Ntahla... tapi dia cakap dia nak balik jaga mak mentua and biarlah anak-anak dia pulak yang cari duit. Sekali tu mak mentua dia dah meninggal bulan April aritu, tak sempat dia nak jaga. Patutkah aku cucuk dia supaya jangan berhenti lagi? Serious aku tak reti nak pujuk orang. Kalau pakai alasan naikkan gaji lagi, macamlah orang boleh dibeli dengan duit...huhu... Aku pun dilema lagi, takut memang tak terbuat kalau bibik takda. TAPI kenapa orang lain OK jek?

Monday, July 11, 2016

With or Without Bibik?

No doubt my bibik gives excellent service. Liked and loved by my families because she's really hardworking and knows how to cook. Life's a bliss if she's around as she does everything and you can goyang kaki. So when she decide to go home for good, my parents tried to make her change her mind. My parents in law kept on saying how good she is. Yes, I've no doubt about that.

Life has been made easier since she worked with me. She does everything from A to Z. I thank Allah SWT for the rezeki because it's like you need the luck to obtain a good maid.

However, I don't want my kids to be like me. I want my kids to be independent and able to do house chores without complaining. I want to raise them myself because if I have bibik, I tend to leave everything to her including cooking for the family. Personally, i think it is because I don't know how to give orders or I don't like to give orders (thus need a bibik because I can't give orders to my kids and husband to help me around the house). Apart from I'm not good at housework because I myself had bibik around during my childhood.

I want to teach. I want to nurture. I want to be responsible for my kids. I want to cook for my kids. Because I believe that would be the correct way to show how much I love them. I've accepted that things might not be as easy as I would think but I will always turn to Allah SWT to give me strength to carry on. I need to persevere. This would be my labour of love for the family. It will take time and I would want to give up, but please don't. Because my patience and perseverance will tie the family together.

I don't want to prove anything to anyone. Just to myself that this is actually the life that I want....

Sunday, January 10, 2016

Weekend at Batu Pahat

Awal-awal tahun ni dah balik Batu Pahat for the weekend. Bukan apa, takut kalau tak balik bila lagi nak balik dalam masa terdekat ni. Takut nanti Jasmin dah sibuk kelas tambahan hari Sabtu or weekends will be occupied with other unavoidable agendas.

Ayah
Firstly, nak tengok kaki ayah hari tu yang bengkak dah surut ke belum. Nampaknya belum susut walaupun ayah dah boleh berjalan. Masa borak-borak, ayah sudah membayangkan hasratnya di tika dia dijemput Allah SWT. Sedih rasanya. Dok tengok muka ayah, cuba menerima takdir yang satu hari nanti aku akan tidak dapat menatap wajah ini depan-depan sebegini. Sedih....

Gunting rambut
Nak gunting rambut dekat tempat yang selalu dok gunting. Formula 1 nama kedai tu kat deret kedai-kedai belakang Taman Soga. Belakang lagi daripada Beriani Power Batu Pahat. Memang dah lama dok gunting kat sini sebab puas hati dengan caranya. Gayanya macam professional salon asalnya 5 tahun dulu, tapi agaknya partner lama dah keluar, kedai tu macam tak dapat maintain operational costs so lama-lama interior dia macam dah tak nampak posh la. Tapi yang bagusnya hairdresser dia masih maintain skills mereka. Kenapa puas hati sebab bila mintak gunting rambut pendek, boleh tunggu panjang sampai setahun dan rambut tu tak nampak out of shape sangat (kecuali di mata hair dresser la). Owner is Chinese.
Potong pendek camni pastu tunggu setahun, baru gunting lagi...Haha!

Maknanya aku pergi kedai tu setahun sekali jek nak potong rambut. Potong pendek gila pastu lepas setahun datang balik...heh... Kadang-kadang pergi jugak untuk buat treatment, dalam RM120.
Tapi hari tu, orang ramai sangat (tak pernah la pulak sebelum ni). Tunggu 1/2 jam pun tak dipanggil-panggil. Aku pun blah sebab hubby dah sampai nak pick up. Tak jadi gunting rambut.
Takpala, pergi inai rambut dulu lah kat Suri Idaman, Seksyen 4 Tambahan. Baru berbaloi inai rambut panjang. Kalau dah gunting, macam membazir jek beli inai rambut RM13.90 kat Mydin tapi rambut pendek.

Tempah seluar
Balik ni pun, sempatlah tempah seluar sekolah Kasyif 2 pasang. Kain beli kat Jakel RM5 semeter (mak tolong carikan) Roughly satu seluar pakai dalam 1 meter lebih. Aku beli dalam 2.5 meter. Pastu tempah dengan nyonya tukang jahit yang family aku biasa tempah. Dia charge RM25 per seluar. Murah la. Tahun lepas tempah seluar sekolah kebangsaan untuk Kasyif kat Kompleks Diamond dalam RM70 (siap kain) satu seluar. Yang ni boleh dapat 2 untuk harga yang sama.

Sekejap je, weekend dah nak abis. Kena cari semangat untuk fokus pada kerja esok....