Tuesday, May 21, 2019

Tabik spring: K Yati

Aku kenal K Yati, wife arwah Abang Pauzi melalui husband aku. Masa dia bujang and sambung Phd @ Southampton, hubby sewa 1 bilik, serumah dengan family K Yati. K Yati ada 4 orang anak 3 lelaki, 1 perempuan. Bila kami berkahwin, aku ikut suami balik Southampton and kami duduk kat rumah sewa lain. I remember I was so excited to get to know K Yati sebab hubby selalu sebut-sebut nama K Yati and A Pauzi ni... dioghang pun nak tengok ghupa wife Abang Abu (nickname hubby)...hahaha!

We had a great time at Southampton dengan family K Yati. They are very down to earth people. K Yati sangat rajin. Sanggup kerja cleaner pagi petang untuk tampung perbelanjaan rumah. Pastu masak packed lunch untuk dijual pada students. Dia letak kat surau dengan kotak untuk letak duit...trust basis. You beli, you letak duit dalam kotak.

K Yati rajin masak jugak. Kalo pegi rumah dia, ada je makanan kat dapur. Rajin lepak rumah dia sebab rumah dia besar and ada space kat belakang rumah, sort of garden. Rajin kitoghang buat BBQ and celebrate birthdays. K Yati peramah, rajin bercerita. Kenala dengan aku yang tak berapa nak cakap sangat. Dioghang pun pernah tolong jaga Irdina masa kitoghang dating nak pegi tengok Miss Saigon. Allah! Thank you Allah for giving the opportunity to have such a wonderful experience...

When I'm writing this, I feel tugs at my heartstrings...the memories are really special to me... We really had a great time...

Bila balik Malaysia, ada jugak visit K Yati bila turun JB a few times. Ada jugak jemput dioghang datang kenduri kahwin adik. Arwah ayah ingat sangat dengan A Pauzi. Sempat jugak jemput dioghang datang open house kitoghang ada sekali tu. Semua wedding anak dioghang kami attend. So far dah 3, tinggal lagi 1.
Anak-anak K Yati, besarrrr! Ikut arwah abah dioghang

A Pauzi telah dijemput Allah awal daripada kami. Something about jantung dia. K Yati nampak tabah dan kuat. I remember hari K Yati/A Pauzi nak balik Malaysia for good. Anak dia yang sulung tinggal untuk abiskan GCSE. Mula-mula K Yati OK jek tapi bila dia dah nak masuk dalam untuk boarding, dia peluk aku and nangis mengenangkan dia akan tinggalkan anak dara dia sorang-sorang. Aku sangat-sangat tak sangka dia menangis dekat aku tapi sejak itu aku tahu ibu tabah macam mana pun, kalo dah anak.....
Cantik venue ni....

Bergambar dengan pengantin


Just before Ramadan, attend wedding anak K Yati yang bongsu, Firdaus (dia langkah bendul abang dia) kat Cheras. Cantik venue dia. Ala-ala garden wedding tapi dalam khemah. So we were catching up on each others' stories, more on her stories...keh keh....

This post is dedicated for K Yati. You're such a strong beautiful lady. Kind and friendly....I admire her spirit, preseverance and kindness. Semoga Allah limpahkan rezeki, lindungi dan rahmati K Yati sekeluarga. Semoga kita dapat sama-sama masuk syurga dan menjadi jiran seperti di dunia.



Pre Raya: I made some cookies!

Dulu memang rasa tak da masa nak buat cookies. Rasa cam lecehnya...Alhamdulillah sekarang aku dah berubah (sikit).... hehe! Aku berjaya buat Double Chocolate Cornflakes cookies dan Popia Cheese masa long weekend cuti Wesak last week.

Biskut air tangan sendiri
Double Choc Cornflakes cookies tu pernah buat untuk doogift kenduri sunat the boys Disember tahun lepas. Tak sangka aku gigih buat 1,000 cookies! So kalo untuk doorgift leh buat, takkan untuk sebalang dua takleh! Tu ayat bako aku supaya buat untuk raya 2019.

Untuk Popia Cheese, sebab utama aku buat ialah kerana bahan-bahannya tak banyak dan murah. Kulit popia + serbuk cheese. Nak sedap lagi tambah gula icing + serbuk cili... Kalau ada orang tolong lagi senang. Semalam Jasmin & Kasyif tolong. Sorang tolong separately kulit yang dah potong masuk kuali, sorang tolong gaul perasa. Aku jaga minyak and pastikan kulit popia tak hangus. 1 pek kulit popia yang biasa tu dapatla hampir penuh balang Tupperware besar. Aku beli 2 pek. Pagi tadi tanya anak-anak, sanggup tak nak tolong aku lagi. Kalo tak sanggup, aku nak buat popia jek pek yang lagi satu tu. Dioghang kata OK. Yeay!

Damage done for both items is roughly dalam RM70, tak termasuk barang-barang yang dah ada kat rumah seperti telur, vanilla essence, minyak
The dough. Double kan sukatan, dapat dalam 270 biji


I like the rough look of this cookie


Kulit popia dah potong. Ready untuk goreng

Dah siap botolkan untuk dibahagikan...
.

 So dapatla aku bagi mak and mak mentua sorang 2 balang, hasil tangan aku...hik!

Biskut tunjuk
Apart from these 2, aku ada order biskut dari The Black Whisk sebab nak usha untuk adik aku punya doorgift majlis kahwin nanti. Tengok IG macam menarik tapi aku nak test biskut dia dulu, sedap tak.... Aku order Red Velvet cookies, Kristal Ball and Omirium. Damage done = RM220

Dengan officemate aku ada jugak order kerepek pisang masin x 3, kek lapis x 4. Damage done= RM138

Nak dekat RM500 jugak ya belanja biskut raya ni...sebab aku order 2-3 set untuk bahagikan dengan orang Batu Pahat and orang Jelempok. Rough dalam RM150 seorang... OK la....

Thursday, May 16, 2019

Evo Homestay: In progress

Aku dah masukkan details about EVO dalam Airbnb tapi belum ada gambar unit lagi. Gambar persekitaran banyak dah...sekarang ada orang sewa EVO so tak dapat amik gambar. Tinggal  tu je lagi pastu dah boleh advertise dalam Airbnb. Unit aku tak berapa lengkap. Takda microwave, hair dryer, washing machine, clothes hanger, grill. Aku pun tak deco sangat. Ingat nak

  1. guna cat lebih (cat ruang tengah atas) untuk tambah seri
  2. lebih gambar frame besar kat Kaison
  3. improve instructions dalam manual
Pastu duit dapat dari sewa EVO ni nak top up duit faraid Taman Makmur.




Plan nak letak pintu atau demolish

Nak letak cleaning stuff kat sini

20th Wedding Anniversary

Next year is my 20th wedding anniversary! Memang tak tahu nak buat apa yang special for my other half. Then dapat idea nak buat photobook la untuk dia. Maybe buat 2 buku. 1 as a family. Satu lagi just him...progress from young to now.... hehe...

Kena start draw outline!

I will need 21 pictures of himself...his achievement


Yoga

Since November 2018, aku join kelas private yoga kat Cyberjaya under Kinofit Studio. Asalnya Kinofit ni dekat bebenor ngan opis aku, 5 min drive saja. Sekarang dia dah pindah ke Tamarind Square, jauh sikit la dalam 10 min drive. Maknanya aku takleh start kelas 5.30pm...

My previous instructor was a student at Herriott Watt University Putrajaya. Dia pegi belajar yoga oversea (origin yoga kat mana? India?) for 5 years. Currently she's in final year of her study. So dia dah tak ajar kat Kinofit bila abis study sebab nak balik PJ.

Aku suka yoga. Bila tengok poses yang dioghang buat, tak sangka badan kita boleh flexible camtu sekali. Selama ni kita ingat badan kita dah cukup sihat, kuat. Dalam yoga la aku tahu aku ni tak sekuat mana. Memang keras, tak flexible, no inner strength. So cara aku bawa badan aku tu cam tak firm la...
Nama dia Ming Wei

Tengok dia comel je kan... Dalam gambo ni tengok tak ada apa-apa yang berbeza. Badan aku sama je ngan badan dia. Tapi bila tengok poses 'maut' dia dalam fb, pergh!!!! tabik spring! Aku belum sampai tahap dia! Yoga ni memang kena start awal sementara badan tak keras lagi. Dia pun cakap camtu. Aku dah lah keras, tak kuat pulak tu. Yoga is about strength and flexibility....and also calmness...

Buat masa ni memang tak dapat nak practise sendiri sebab masa diisi dengann menda lain, tak dapat nak practise the poses. Sebab tu aku enrol jugak for private class. Start small, go for progress and improvement. I have A LOT to work on. My target is to be able to do the Crow pose.

Image result for yoga crow pose
Crow pose


Before that, I have to work on my core, my upper body, my lower body, basically semua lah!

Aritu instructor ada nak suh buat shoulder stand. Shoulder stand ni is some of inversion poses. Ya Allah! Kecut perut! Kelakar betul! Nak angkat punggung tu..nampak sangat punggung besar. Dulu aku rasa macam boleh buat. Dulu tu masa aku kurus sikit, berat dalam 65an... sekarang ni Ya Allah! Sume rasa berat!

Image result for yoga shoulder stand
Shoulder stand

So in order for me to progress on my poses, kena jugak kurangkan berat badan walaupun ada orang badan besar boleh je buat.
Image result for yoga head stand
Don't make any excuses!

Bila tahu Kinofit dah pindah, rasa cam malas nak continue. Tapi bila teringat target nak buat Crow pose, rasa location baru Kinofit bukanla penghalang besar.....Go NR go!

Ramadan ke 11

Dah nak hampir separuh Ramadan. Aku ABC start semalam. Hari ni senggugut...Adoi!

In sha Allah esok ajak adik sefamily berbuka kat rumah. Tak plan lagi nak masak apa. Aku tak dapat balik kampung untuk cuti Wesak sebab suami tak da, pegi Shanghai 5 hari. Kami akan balik weekend lagi satu after dia balik dari Shanghai.

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ni aku improve dengan attend kelas asas mengaji dewasa Al Baghdadi. Kelas masih diteruskan dalam bulan Ramadhan so before kelas, kitoghang solat terawih berjemaah dulu. Semoga aku istiqamah dan boleh tingkatkan confidence dan tahap bacaan Al-Quran aku. Semoga aku akan baca Al-Quran setiap hari dan dapat merasa mukjizat Al-Quran.

Baju Raya 2019
Aku kena save duit untuk bayar faraid rumah Taman Makmur dalam 88k. Alhamdulillah, 40k cover daripada LAD Evo Soho. Tinggal lagi separuh yang aku tak tahu nak korek mana. Kena berjimat-cermat la sikit....
Tahun ni baju beli dah siap je. Tahun lepas beli kain kat Jakel Bangi and tempah. Boleh tahan jugak harganya. Tahun ni aku rasa cam tak sempat nak cari kain and tempah. So aku saja-saja jalan kat Bangi Sentral. Nampak kedai Siti Nurhaliza buat sale, harga below RM100 sepasang. 3 orang baru RM240. Tahun lepas kain the girls saja dah RM100 sepasang, belum masuk tempah lagi. Aku pun terus beli. The girls dapat beli sama pattern, aku tak dapat sebab masa beli ni berat badan aku naik (i.e gemuksss la). Payah jugak nak match pattern and color but it was fun! Lastly we resulted to this:
Aku nak yg kaler gelap tu tapi sbb pattern tu gitu, aku nampak gemukss!

Aku tak tahu OK ke tidak. Masa tu, kat mata ni nampak cam match and masuk. Apa yang match nye? Nampak tak kaler biru turqoise cenonet tu! Kuang3x Aku beli jek mengenangkan bawah RM100 sepasang. Kedai tu buat sale sebab ni koleksi raya 2018. Apa aku kisah sebab kalau aku tak masuk kedai Siti ni, aku pun tak tahu ni baju koleksi bila...

Aku confident je baju tu match and baju melayu the boys' may tie the colour scheme together. So next day aku pegi Gulatis cari kain baju melayu pulak. Let see:



Match ke idok?!!! Ntah! Sekarang tak tahu nak kata!
Kalo ikut gambo ni, masuk. Tapi overall?
Tudung tak beli lagi ni....rasa tudung Naelofa turqoise yang aku dah ada masuk jugak. Aku rasa tudung kena beli warna turqouise to jugak supaya nampak masuk!

So since aku tak balik Wesak (and tak pose), boleh la jenjalan kat Bangi Sentral weekend ni cari tudung.....

Thursday, May 2, 2019

1 night @ JW Marriott, Bukit Bintang

Husband ada kerja being part of an engineering society punya conference. He's the technical committee chair so dapat complementary stay kat JW Marriott for 4 nights. Dapat la kami merasa tido di sini. Lain sungguh dari JW Marriott Putrajaya. Kami tido Sabtu malam sekali. Ahad petang kami balik (tapi hubby stay) sebab esok sekolah. Hari Selasa petang lepas balik kerja aku ngan anak-anak pergi balik Bukit Bintang naik MRT. Senang je sebab tak payah tukar train and station MRT memang tak jauh dari JW Marriott.

Bila stay kat situ, barulah tahu apa yang dioghang kecoh sangat pasal area Bukit Bintang ni. Our room was opposite the posh Pavillion, facing Chanel, Prada, Tiffany & Co etc. Really reminded when I was in London during school break lepak-lepak kat Malaysian Hall. Walking along Bond Street, Knightbridge.... Totally out of my league. Yang kelakarnya bila keluar parking nak pegi tengok End Game pagi Ahad, nampak brand cam LV, Rolex, Breguet....then depan sikit nampak Uniqlo, Vincci terus rasa cam 'Aaaa! This is more like it!"
Ada bench!

Love this corner


Cantik tul scheme ni... grey & gold


Their chandalier

I like JW Marriott
Apparently baru refurbish. Patutla cantik. Really like their decor. Really like their bathroom. rasa tak nak keluar and nak mandi lama-lama. If I were to design my own house, I would take the inspiration from their bathroom. Practical and posh. They use neutral colours and injections of gold. Terus rasa nak decorate rumah. Wallpaper cantik, ada tiny long space next to wardrobe to store ironing board.

Best! Takda orang!


Keto konon...pastu tak tahan makan french toast, dim sum, vadai!

Gym bukak 24 hours, so aku pun pegi gym kul 5 pagi. Ada weighing scale and complementary green apples. Dalam bilik pun ada weighing scale so dia tahu sekarang orang dah health concious. Breakfast dapat for 1 pax only so hubby offer suh aku pegi. Makan kat Shook!, ramai Mat Salleh and foreigners.

Starhill Gallery
JW Marriott ni connected to Starhill Gallery. From lobby boleh terus masuk Starhill Gallery. Takda orang sangat pun. Tak nampak pun orang beli apa-apa. Tapi kedai LV and Dior cantik bercahaya. Husband suh tunjuk kat anak-anak harga jam Omega. Jalan-jalan depan sikit, kami ada jumpa jam yang lagi mahal around 300k ++.
Di Starhill Gallery

Takda orang swimming pun...

Right after arriving by MRT

Complementary snack

Dapat chocolate KLCC

Like!


All in all, I enjoyed it very much. Maybe sebab dah lama tak pegi tido hotel? But JW Marriott managed to impress me. Thank you Allah for the opportunity...