Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Monday, October 23, 2023

Tarik Nafas! Hembus!....

 Aduh...baru sempat bernafas ni. My last post was in July, skrg dah hujung Okt. Tak ingat 3 bulan dok buat apa. Oooo...mungkin kami fokus kepada Jasmin sejak dia snap masa Hari Raya Haji bulan Jun aritu. Kira bulan July dan Aug, kami layan dia pegi balik Beranang setiap hari, so dia tak stay kat kolej. Kami ada gi Avilion Port Dickson and Tiong Trove kat Perak.

Alhamdulillah, Jasmin nampak kembali seperti dia. Dia dah start stay kat asrama bulan Aug agaknya. Harini ada perjumpaan dengan lecturer dia. Last exam, dia ada fail 1 subject. Disebabkan itu dia tak boleh fly ke Jepun. So to us is 'what's next?'....I admit I felt a bit disppointed but maybe Allah SWT has other plans for her. I know Allah has other plans for her. I could only do my best as a mother to care and support her.

Bulan Sept, mak datang Bangi for a week. Kami layan pegi picnic kat GIBS, Ulu Yam on weekend. Pastu aku amik cuti hari Rabu 27 Sept, bawak mak tengok demo masak K Zaida Ibrahim. Sebelum ni mak selalu sebut nama K Zaida, tgh fb dia, masak Nasi Ayam guna resepi dia, beli product online etc. I guess my mum really likes her so tu yang bawak dia. Kalau nak tengok demo dia masak, free je pastu studio dia kat Puchong. Ok la....doable. Alhamdulillah, dapat penuhi hajat mak.

Sept jugak, ada pegi Kuala Terengganu. Ad hoc plan! Huish, dah lama tak buat keje camni...main terjah je. Husband memang dok cari baju batik sebelum ni, nak buat pakai pergi keje hari Khamis. Kami memang dah round kedai-kedai kat Bangi tapi hubby tak berapa minat design kot. Kalau yang dia minat, aku pulak tak berkenan sebab macam design lama. Pastu nak dijadkan cerita, dah keluar pekeliling wajib pakai baju batik so hari Rabu malam dia tanya aku 'kat mana ada banyak jual baju batik?' Aku jawab la 'Pasar Payang' tapi tak sangka la pulak response dia "Ok, jom weekend ni pegi Kuala Terengganu.." Err....err....aku macam ada plan nak kemas rumah sebelum mak datang tapi takkan nak tolak bila orang ajak pegi jalan-jalan kan... Aku pun kata OK. Memang ad hoc gila. Pegi semata-mata nak beli baju batik...haha!

Since dah boleh bernafas sikit ni, aku kena recap balik and jot down things I need to do on household and retirement....and weight management...next post ya

 

Sunday, December 29, 2019

Mata

Company aku dah start bagi claim untuk optical. Aku pun ingat nak utilize the benefit untuk buat cermin mata baru. Cermin mata yang sekarang ni, dah tak elok kantanya. Ya lah, aku rasa dalam 10 tahun ada kot. Dulu buat kat Menara Optometry Seksyen 8. Seingat aku dalam RM800-900. Bingkai plastik Guess + kanta multi-coated yang biasa saja. Sekarang kanta tu dah tak elok coating dia. Rasa last 2 years aku ada macam nak tukar, tapi masa tu belum ada benefit untuk optical, so aku tangguh dulu. Bila pakai duit sendiri ni aku rasa RM 1k tu mahal la....

Aku selalu pakai contact lense sebenarnya. Plannya siang pakai contact lense, malam pakai spec. Tapi dah jadi pakai contact lense sampai nak tido. Jarang sangat pakai cermin mata. So untuk renew stock contact lense, aku try pegi Menara Optometry kat Seksyen 7 atas sebab-sebab nak tukar angin, kedai lagi besar, kawan pernah pegi situ.

So tadi aku gagahkan jugak pegi untuk utilize benefit tahun ni (2019). Bila buat pemeriksaan mata, ada satu test baru yang aku tak pernah experience sebelum ni. Dia test nak tengok kot-kot ada side effect from wearing contact lense. Ya la, aku start pakai contact lense masa aku kat UK dulu masa buat A level. So dah 24 tahun aku pakai contact lense. Sekali dia detect ada a few side effects:

  1. Bulu mata berkelemumur
  2. Kapilari darah dah start masuk ke mata
  3. Ada allergic reaction kat kelompak mata
  4. Duct bawah mata ada yang tersumbat

Fuh! Ada a few jugak la....memula aku seram jugak dengar apa yang dia cakap. Pastu dia rekomen aku pakai daily contact lense. Aku ikut je sebab dah takut dengar result test tu. Kalo daily contact lense harga dia RM120 sekotak (since power aku lain-lain kiri kanan, aku kena beli 2 kotak jadi RM240). Tahan untuk 1 bulan. Meaning kalo aku pakai daily contact lense saja setahun aku kena spend RM2,880! Compared to contact lense yang monthly punya, aku spend RM300 saja tapi tu sebab aku mengelat pakai yang 1 bulan punya, jadi 2 bulan.

Aku rasa sebab tu (pakai long hours, extend dari 1 bulan ke 2 bulan), side effect No. 2 hingga 4 terjadi. Yang No. 2 tu sebab aku pakai more than 8 hours everyday. Sebab contact lense menghalang oksigen masuk, so bila pakai lebih masa, contact lense tu takleh supply oksigen dah dan terbentuklah kapilari darah semata-mata nak beri oksigen kepada mata.

Memula pikir, jenuh aku nak spend on contact lense tapi bila pikir-pikir balik, boleh je aku pakai yang monthly punya TAPI kena ikut prescription contact lense tu la, jangan mengelat.... Then alternate dengan cermin mata sebab mata pun perlu rehat dari contact lense.

So plan aku, next time aku beli monthly punya yg boleh pakai 18 hours untuk supply 6 bulan (RM360). beli lah daily punya untuk supply 2 bulan (RM480). The rest pandai-pandai la aku alternate dengan spec.

Type Jul Aug Sep Oct Nov Dec Total
Contacts 10 10 10 10 10 10 60
Spec 20 20 20 20 20 20 120
Total days 30 30 30 30 30 30 180

Yang penting, aku tak boleh pakai lama-lama dah. Hopefully dengan spec mata baru, aku akan stick pakai spec mata. Nanti cari lah daily lense yang murah sikit kat  Cyberjaya. tapi sebenarnya mata aku tu berkelemumur, allergic reaction tu sebab aku pakai eyeliner dan tak cuci muka. Pastu aritu ada pakai Innisfree punya roll ball sampai masuk kat mata...maybe bukan sebab pemakaian contact lense lebih sebulan kot (punya la nak jimat tak nak beli 1 year monthly lense supply!) So aku rasa boleh je aku continue beli monthly supply CUMA jangan pakai lama-lama....

Friday, May 31, 2019

Ramadan 26: Last day before Raya break

Hari ni last day keje sebelum cuti raya....Of course dah mood raya! So arini amik gambar ngan colleagues and pegi cari stuff kat bazaar Putrajaya. Baju raya pertama dah siap beli awal tahun aritu so tinggal nak beli baju untuk raya ke 2 - 3 untuk my kids. Tak beli-beli pun sampai sekarang. Pastu baru teringat matching tudung untuk raya pertama belum cari lagi. Tu yang keluar pergi bazaar kat Putrajaya. Alhmdulillah jumpa...settle!
Baju the boys tempah @ Perlis. Total harga tudung (2) termasuk inner (3) RM53

Aku ingat nanti balik kampung nak buat qiammullail. Nak mengaji setiap hari sampai malam raya. 1 muka surat pun jadi la..Semoga Allah permudahkan. Aku nak tolong mak mentua buat masak lodeh ngan kuah kacang sebab yang ayam, daging ada orang lain yang masak. Aku nak rilek-rilek and enjoy balik kampung, muhasabah diri. Dress well and eat sensibly (hari ni timbang 69.1kg)

Nak stretching yoga pose and exercise to get rid of my bat wings!

After raya dah kena pikir pasal kenduri Radhi pulak...dan beli tiket pegi Seoul!

Lastly, ucapan Selamat Hari Raya AidilFitri 1440 kepada semua!


Thursday, May 2, 2019

1 night @ JW Marriott, Bukit Bintang

Husband ada kerja being part of an engineering society punya conference. He's the technical committee chair so dapat complementary stay kat JW Marriott for 4 nights. Dapat la kami merasa tido di sini. Lain sungguh dari JW Marriott Putrajaya. Kami tido Sabtu malam sekali. Ahad petang kami balik (tapi hubby stay) sebab esok sekolah. Hari Selasa petang lepas balik kerja aku ngan anak-anak pergi balik Bukit Bintang naik MRT. Senang je sebab tak payah tukar train and station MRT memang tak jauh dari JW Marriott.

Bila stay kat situ, barulah tahu apa yang dioghang kecoh sangat pasal area Bukit Bintang ni. Our room was opposite the posh Pavillion, facing Chanel, Prada, Tiffany & Co etc. Really reminded when I was in London during school break lepak-lepak kat Malaysian Hall. Walking along Bond Street, Knightbridge.... Totally out of my league. Yang kelakarnya bila keluar parking nak pegi tengok End Game pagi Ahad, nampak brand cam LV, Rolex, Breguet....then depan sikit nampak Uniqlo, Vincci terus rasa cam 'Aaaa! This is more like it!"
Ada bench!

Love this corner


Cantik tul scheme ni... grey & gold


Their chandalier

I like JW Marriott
Apparently baru refurbish. Patutla cantik. Really like their decor. Really like their bathroom. rasa tak nak keluar and nak mandi lama-lama. If I were to design my own house, I would take the inspiration from their bathroom. Practical and posh. They use neutral colours and injections of gold. Terus rasa nak decorate rumah. Wallpaper cantik, ada tiny long space next to wardrobe to store ironing board.

Best! Takda orang!


Keto konon...pastu tak tahan makan french toast, dim sum, vadai!

Gym bukak 24 hours, so aku pun pegi gym kul 5 pagi. Ada weighing scale and complementary green apples. Dalam bilik pun ada weighing scale so dia tahu sekarang orang dah health concious. Breakfast dapat for 1 pax only so hubby offer suh aku pegi. Makan kat Shook!, ramai Mat Salleh and foreigners.

Starhill Gallery
JW Marriott ni connected to Starhill Gallery. From lobby boleh terus masuk Starhill Gallery. Takda orang sangat pun. Tak nampak pun orang beli apa-apa. Tapi kedai LV and Dior cantik bercahaya. Husband suh tunjuk kat anak-anak harga jam Omega. Jalan-jalan depan sikit, kami ada jumpa jam yang lagi mahal around 300k ++.
Di Starhill Gallery

Takda orang swimming pun...

Right after arriving by MRT

Complementary snack

Dapat chocolate KLCC

Like!


All in all, I enjoyed it very much. Maybe sebab dah lama tak pegi tido hotel? But JW Marriott managed to impress me. Thank you Allah for the opportunity...

Monday, April 8, 2019

Baju Weight Loss Hisab

Lama dah nak sort baju-baju yang aku ada. Dari akhir tahun lepas, asyik-asyik pakai baju yang sama jek setiap minggu sedangkan baju banyak. Baru arini aku sempat listkan baju-baju yang ada dalam wardrobe. Antara sebab-sebab sentiasa pakai baju yang sama:

  1. Tak muat sebab badan dah naik
  2. Tak sempat nak pikir OOTD
  3. Tak ingat apa yang ada dalam wardrobe

Yang paling kesian ialah sebab No. 1 la! Kuang3x

Office wear
Masa aku kurus 2013, aku suka pakai skirt and pants. Sebab masa tu rajin nak mix n match. Masa tu ada bibik lagi kan, sekarang mandi pun 5 min jek! Some of the cardigans dah tak elok sangat (sebab materials dia). Pants dah tak muat sebab punggung dah makin besar. Sekarang aku dok pakai baju yang besar-besar, post 2013. Tu yang dah rasa boring dengan outfit aku. Aku pun dah kurang bermakeup.

Baju kurung for special occasion
Masa aku kurus 2013, aku banyak buat baju kurung sebab masa tu terjebak beli kain kat Jakel and ada a few family wedding in 2014. Some of it boleh tengok kat posting 2014 sini  dan sini. Pastu baju-baju ni simpan for special occasion sahaja, EXCLUSIVE konon...Haha!
Bila badan dah naik, gatal pulak nak pakai tapi confirm la TAK MUAT! Isskkk....

Lepas aku renung-renungkan, aku tak patut buat camni. Aku sayang baju-baju ni, banyak dah aku spend. Tapi tak fully utilized sebab badan dah naik. Tu yang tekad nak change lifestyle supaya muat balik. Aku tekad tak mau beli baju mahal-mahal tahun ni selagi aku tak boleh pakai yang ni. Dah boleh turun pangkatla jadi baju OFFICE. Selain motivate untuk kurus, dapatlah aku berjimat (pastu spend kat menda lain ekkk...Iskkkk)

Yang Haram Diazab, Yang Halal Dihisab
Selain dari tekad aku tu, aritu ada dengar ceramah Ustazah Norhafizah Musa. Dia kata 'Yang Haram Diazab, Yang Halal Dihisab'...dia cerita suami dia ajar dia camtu bila ustazah nak beli jubah baru sedangkan jubah kat wardrobe banyak lagi. Teringat aku baju-baju kat rumah....Takut aku nanti aku dihisab sebab baju banyak tapi x pakai pun. Kenapa duit lebihan tu tak spend ke jalan Allah SWT? Huish! Takut wei!...

So sebelum aku dihisab, baik aku hisab dulu baju-baju yang aku ada. Derma mana yang boleh, simpan hanya yang nak pakai....So far aku dah list out ada 25 baju tradisional, 26 baju yang pakai kat opis/weekend, mana yang aku ingat....Nanti update lagi...


Tuesday, January 3, 2017

New Year 2017

Assalamualaikum,

Selamat datang 2017! Semoga tahun ini lebih ceria, bersemangat, barakah dan dilimpahkan dengan rezeki yang boleh dikongsi. Aminnnn....

Hari ni tak kerja, Standard kot amik cuti on 1st day kids naik sekolah. For the past few days, aku agak sibuk menguruskan hal keperluan anak-anak. Sebenarnya aku dah start sikit-sikit lepas Christmas haritu. Pergi beli baju sekolah, kasut, keperluan asrama Jasmin dan aku sempat pergi slimming treatment hari Jumaat, booking Airfryer kat Aeon Big on Thursday.
Benda rutin yang aku selalu buat tak sempat nak buat (masa ni la rasa nak berenti kerja) macam menyapu dan memasak. Aku re-prioritizing heh....Fokus kat budak-budak nak naik sekolah. Dulu bibik yang tolong tengokkan apa yang mereka perlu, aku pergi beli. Now I have to be in charge from A to Z for the first time, with help from hubby and kids (and my mum!). OK lah but to me I did it at the eleventh hour. Hari ni aku baru nak iron baju sekolah Lutfi and Jasmin yang nak pakai harini. Yang lain antar service gosok kat dobi sampai baju sekolah agama Kasyif tak tinggalkan sepasang kat rumah untuk pakai arini! Jadi, pagi ni dia tak pergi sekolah agama dan aku kena antar dia dalam pukul 11 pagi untuk naik bas sekolah dari sekolah agama.

Kali ni jadi a bit busy sebab Jasmin naik Tingkatan 1 dan masuk asrama juga. So selain daripada beli kelengkapan sekolah, kena beli kelengkapan asrama pulak. Yang paling 'best', baju kurung (untuk pergi prep) kena beli lagi sebab aku belikan baju kurung kat depa setahun sekali masa raya jek. Sib baik dapat beli yang offer beli dua harga RM100, tapi tak banyak pilihan lah. OK lah tu, buat pakai harian. Yang tu beli kat Bangi Gateway. Pastu nak beli lagi 2 pasang, aku try Warta, Butik Zaida, SES Pesona, tapi hampa. Last-last beli kat Econsave, ada RM39 sepasang. Kain cam agak keras, kalau mak aku dia tak beli dah. Tapi dah tak tau nak pegi mana lagi dan masa tu dah pukul 5 lebih (aku kuar rumah kul 12.00), aku beli je la.

Memang banyak trip ke kedai (I don't call this shopping!) sampai ada yang pergi kedai yang sama 2-3 kali. Hari ni kena pegi Billion pulak sebab T-shirt dan tracksuit Jasmin x cukup lagi. Ikutkan je la, tinggal hari ini jek. Lepas ni dah lain cerita.....

So memang tak sempat nak kemas barang aku, rumah dan pikir pasal aku (macam aku buat sebelum ni)....This time I should just do it whatever that I want to do for myself as I don't have the time to think...Get it done...Get things done...Now is the time to think about the kids....

Sunday, May 29, 2016

Collagen drink

Totally impressed! Especially Kinohimitsu. My skin is puffed up thus lightening my laugh line. My face seems to have a better shape and fairer. I bought for RM139 with free 4 bottles. It says 30 day supply, that is if you drink as per instruction; everyday for the 1st 10 bottles and every other day for the next 10 bottles.


Then I bought Cosway Collagen Drink just to try. I've been thinking to take this for the long term so I need the product to be affordable. Cosway gives 3 pack for the price of 2, that is RM196 for 30 bottles.


I drink Cosway 1 bottle every other day. My skin stay puffed up which I can't tell whether it's due to Kinohimitsu or Cosway (because previously I drank Kinohimitsu). Which means Cosway is also as good as Kinohimitsu but somehow or rather, i think Kinohimitsu might be superior. I might be bias as I tried Kinohimitsu first and immediately saw the effect.

Kinohimitsu vs Cosway Collagen Drink cost per bottle
Kinohimitsu Collagen Diamond 5300mg RM139/ (16+4) bottles = RM6.95 per bottle

Cosway Collagen Plus Liquid Drink RM196/30 bottles = RM6.53 per bottle

So in terms of price per bottle, it doesn't differ much. However for 30 bottles, the difference is RM12.60 and provided that you get the 4 free bottles. Kinohimitsu can get up to RM8.69 per bottle if there's no offer.

Whichever way, personally I would buy either but because I hardly go to outlet such as Guardian and Watsons, I just get my collagen stock from Cosway. Plus I get 6 coupons with the purchase...

Monday, April 25, 2016

Prep for Raya 2016

Asalnya tak tahu nak tema kaler apa untuk raya tahun ni. Ingat nak pergi usha Jakel Mall sebab tak pernah pegi lagi tapi tak pegi-pegi. Masa dah suntuk sebab dah masuk April. Ada tailor dah tak nak amik baju for raya dah.

Dah bagitau husband ajak pegi Jakel Mall on Sunday 3hb Apr. Tapi aku sendiri pun rasa malas. Aku bukan jenis yang pandai beli kain (citer di sini). Pastu pikir-pikir, beli je la kat Bangi. Masa dah suntuk sangat ni.

Tema
Tahun ni in sha Allah tema kaler kelabu. Why? Sebab tanya husband nak kaler apa, dia macam takda preference. Aku tanya nak buat baju lain ke nak pakai baju yang dah ada. Dia kata pakai jela baju yang ada (yang muat...haha!) Last-last dia pilih kelabu. Aku OK jek sebab masa dia pakai kelabu, aku pakai hijau ada bunga-bunga kelabu. So sebenarnya aku memang belum ada baju warna kelabu lagi.

Kelabu pun ada termasuk dalam list kaler pilihan sebab dok tengok gambar OGA Binnenial Dinner theme Black & Silver, Class and Grace member-member dok post dalam WASSAP. Silver kan macam nak dekat kelabu. Kalau pilih silver, mengerlap sangat....hihi. Dok tengok-tengok banyak gambar, melekat pulak kat kepala ni warna kelabu......

Window shopping
So petang Ahad tu aku ajak hubby keluar usha kedai kain. Kat Bangi ada a few:
  • Gio, Seksyen 8
Aku pegi yang ni dulu sebab on the way. Kedai satu lot saja, tak macam Jakel. ada yang menarik untuk aku tapi takda untuk anak-anak perempuan aku. Ok takpa, usha dulu. Let's go to next shop.

  • Meena, Paragon Point belakang Bangi Kopitiam
Rasanya owner dia India. Display menarik sikit dari Gio. Kain dia pun nampak macam lebih menarik. Harga within my budget tapi aku tak tahu betul ke harga yang dia tunjuk tu sesuai dengan jenis kain dia (aku kan tak reti) sebab aku tak nak bayar lebih. Kalau cari kaler lain, banyak pilihan.  Rambang mata tengok. Tapi aku kan cari kelabu. Aku dah nak keluar kedai dah, pastu dia tunjuk ada satu kain aku pun dah lupa jenis apa, Korean Silk kot. Corak tanah kelabu tapi ada tompok bunga kaler biru orange. Cantik gak. Harga display RM150. Hmmm... untuk anak aku boleh ni. 2 orang RM300. Agaknya dia tengok aku pikir-pikir, terus dia offer kalau beli 2 dia boleh bagi harga RM100 satu pasang. Hampir nak beli tapi aku tetapkan hati. Baik gi usha kedai lain dulu, kalau takda yang menarik datang balik beli kat kedai ni. So that's what I did.

  • Gulati's
Dekat dengan Ariani. Yang ni mesti orang perasan, dia amik 3 lot dari bawah ke atas. Pastu dia letak nama kedai tinggi-tinggi atas bumbung tu. Dah pernah masuk beberapa kali. Takda pulak orang kejar aku. Sebab dah petang kot. Bagus jugak, bebas sikit. Pun takda yang menarik perhatian aku kecuali ada this set, plain and checked thai/shantung silk pair. Cantik-cantik kaler dia, terang. RM155 per pair. Ada a few choices of grey, sume aku suka tapi tak berapa masuk la kalau nak pairkan dengan kain kat Meena tadi. Kalau sume pompuan yang amik kaler ni, 3 x RM155 = RM465. Mak aii! Nak dekat RM500. Belum masuk upah. Masa tu pun dah nak Maghrib, dah nak cepat-cepat balik. Aku tak nak buat keputusan terburu-buru yang aku menyesal (dan mahal!) Takpa-takpa, usha lagi. Kalau tempat lain dah takda, datangla balik.

  • S.E.S Pesona, Seri Bangi
Kedai ni aku singgah balik kerja hari Selasa. Actually weekend sebelum tu dia ada buat gudang sale, bukak khemah. Memang ada masuk fb tapi aku tak tersinggah pulak. Kebetulan hari Selasa husband amik anak balik sekolah, aku pulak balik awal sikit. Sempat la singgah kejap. Masa aku pegi tu, staff dia dok lipat-lipat  balik kain-kain yang customer dok kirai-kirai (banyak kau!) masa gudang sale. Pening kepala aku tengok. Macam dah putus asa nak cari kain, tetiba aku decide nak masuk kedai. Sebenarnya kain kat dalam sama macam kat luar tapi senang sikit tengok kat dalam kedai. Harga memang berpatutan (tak taula sebab jenis kain dia ke). Sepasang RM40 (harga sale), bagi murah RM35. Beli 3 RM100. Aik! Beli 3 RM100? Murah siut compared kalau beli kat Meena or Gulatis! Jimat banyak ni! Cari-cari, ada a few corak abstrak kelabu. Kain rasa OK jugak. Untuk budak-budak sesuai ni sebab depa kan cepat membesar. Tengok anak-anak pompuan aku pun jarang nak pakai baju kurung so tak payah la beli yang mahal-mahal sangat. Nanti pakai sekejap jek. Aku pun beli 3 pasang, satu lagi untuk bibik. Aku punya nanti beli kat Gulatis yang shantung silk tu.
Yang berjalur tu beli kat SES Pesona untuk the girls

Kain beli kat Gulatis. Thai silk (ntah ye ke tidak)

So itu dia prep baju raya untuk tahun ni. Dah selamat tempah dah. Aku pun ada tempah 3 pasang kain so tahun ni baju baru aku ada 4 helai:
  1. Batik Terengganu yang beli tahun 2012 buat kurung moden
  2. Kain sari India beli kat opis RM100 buat jubah
  3. Kain cashmere hubby beli kat Doha buat jubah
  4. Thai silk kelabu buat pesak gantung

 Tak sabar pulak nak dapat baju baru.....

Thursday, December 31, 2015

Japan Experience #Shopping





Known for among the most expensive city in the world, rasa macam tak mampu nak shopping kat sana. Tapi memang budget bawa duit lebih sebab ntah bila lagi akan sampai Jepun kan

100 Yen Shop
Kat sana memang target nak pergi 100 yen shop jek. Kalau kat sini macam kedai RM1.99 la or RM2. Daiso tu kira kedai 100 yen la, tapi dia pukul rata RM5.  Sana 100 yen tu betul-betul 100 yen, dah termasuk GST. Sini dah tak jadi RM5 dah lepas ada GST.

Kedai 100 yen ada banyak nama: Daiso, Seria, Can Do. Anak-anak pun suka pergi kedai ni sebab aku bagi peluang ikut suka depa la nak beli apa. Kira untung masa tu sebab exchange rate was roughly RM3 = 100 yen. It was even cheaper than Daiso in Malaysia! Sume menda yang aku berkira-kira nak beli kat Malaysia, aku main tutup mata jek kat sini. Souvenirs pun aku beli kat sini. Paling best aku beli a few senduk Hello Kitty for office mates, "for sale in Japan only' dia tulis kat senduk tu. Banyak jugak beli household items yang kiut-miut, purses, pouch and small bags. Mostly made in China, ada kat Malaysia jugak tapi sebab harge RM3 compared kat Malaysia (min RM5) aku beli jek. Rasa macam orang kaya kejap sebab main amik-amik jer. Haha!

Uniqlo
Jepun ialah origin country of Uniqlo. Tak sempat experience half price Saturday, katanya on Saturday sume barang 1/2 price. I like Uniqlo sebab no frills, bright colours, affordable.

Factory Outlet
Tak terpikir pun nak pergi factory outlet tapi husband offer. Oh! Kalo orang dah offer takkan cakap tak nak kannnn. Pergi Matsui Makuhari outlet jek. Outlet ni according to my husband's friend biasa jek. Depa  pergi yang jauh-jauh sikit yang katanya lagi best. Tapi kami kan berjalan dengan anak so yang dekat-dekat pun OK jek. Bukan nak shopping sangat pun. Bila sampai, aim kali ni nak beli handbag Kate Spade tapi takda yang berkenan kat hati sebab banyak design yang kotak-kotak. Ada minat quilted design Kate Spade tapi dah lama sangat design tu.

Pastu masuk pulak Coach. Silap la masuk sini sebab asalnya tak nak beli bag Coach lagi tapi end up terbeli dua! Sekali sekala, apa salahnya! (saja nak sedapkan hati!) Haha! Harga lebih kurang macam beli online sebab Coach is US origin. Kalau nak murah lagi, kena gi US la.

Walaupun tak aim nak beli kasut tapi masuk jugaklah Hush Puppies. Rugi tak beli sebab design dia macam cantik-cantik jek. Oh ya! Kalau nak beli kasut bawak la stokin. Aku tengok Japanese nak beli kasut, dioghang pakai stokin dulu before try. Baguskan... maybe tak nak kasut tu berbau kaki kot. How thoughtful, right!....

Lenkali nak survey kedai-kedai macam Watson/Guardian pulak kat sana. Ada jual SK II tu. Boleh beli spirulina jugak. Katanya murah...

Hopefully boleh sampai Jepun lagi...Aminnnnn

Saturday, December 19, 2015

Naelofar printed 2 muka

Haha!Ni kes terjebak!

Guilty of a free rider
Tengahari Sabtu, tengah tunggu Irdina turun from Kiddo Science kat Bangi Central. Masa tu pergi dengan husband.  Perasan ada khemah kat parking lot. "Makan free ni" kata dalam hati. Kita pun kuar dari kereta nak usha-usha je. Husband tunggu dalam kereta. Pastu ada adik manis ni tegur.. "Makan kak, makan... Nanti jengukla kedai kami kat tingkat 3"..."Oh! OK, OK...." sambil sengih-sengih. Alamak! dia tahu ke aku ni free rider? Makan nak, beli barang tak nak? sambil menyedut coconut shake yang ada kat situ (sedap gak!)... "Kak, 100 pembeli pertama ada dapat free gift, kak. Nanti naik ek kak.." dia kata.

Aku memang dah beberapa kali pergi mana-mana kedai yang jual tudung Naelofar tapi tak pernah lak membeli. Pikir banyak sangat, sampai tak beli. Aku agak mesti kali ni kes sama jugak. Mesti kuar tangan kosong. Masuk lif, tekan button 3. Naik atas, kedai memang jual tudung Naelofar jek. Tengok dulu, tengok dulu. Sebelum tu aku ada tanya, ada offer ke. Pastu ada budak lelaki yang pandai 'menjual' redirect aku kat tudung printed. "Ni offer kak... sekarang RM58, harga asal RM70 lebih kak".... Aku mengiyakan je la. Tak survey pun harga. So far dah pernah beli 2 kali, yang basic RM50 (IOI City Mall), Glam Women (somebody ada jual kat office) tak ingat harga.

Hajat sampai
Kebetulan memang dah kata kat diri sendiri: stop buying tops and start buying tudung. Memang tengah cari instant, nak kaler ada putih, hitam and bercorak. Ada pulak la kat situ that fit the description. "cuba je la, no harm in trying". Kaler menarik, cuma muka nampak bulat. Ye la, instant takda awning. "Aaah! Jangan banyak pikir, amik jek!" Kena kira dulu duit dlm purse sebab depa takda mesin swipe credit card. Ngam-ngam RM58, cik oii! Memang rezeki kedai ni la kot.
Free gift packaging. Comeii..

Aku terus pakai tak bukak sebab nak get the feel of RM58 instant Naelofar whether it's worth the price. Lepas bayar, dia bagi aku a big envelope. Free gift katanya. Sungguh tak percaya, aku among the first 100. Pelik jugak. Oh! Memang aku perasan, macam lengan sikit Bangi Sentral hari ni. Aku agak ramai yang pergi Mood Republik kat PWTC.
Instant printed Rapunzel yg aku beli

Guess what is inside?

Tadaaa! Apparently this is a  inner 'bandana'?

Pastu dia nak amik gambar. Adoi! Aku lemah kalo orang nak amik gambar tetiba sebab aku ni bukan photogenic sangat. Dengan tudung tak kena ngan baju. Hmmm, aku OK kan jek la.....

Verdict
I might come again if I want specific Naelofar products because it sells just that and senang kalau nak try sebab ada fitting room. Kedai tu namanya... ntah...aku confius. Tak perasan nama apa. Ada insta jek #kaudanaku_boutique or #naelofarhijabkl_bangisentral. Dalam insta ada gambar blouse, tapi kat kedai takda pulak.

Gitulah citernya....

Wednesday, December 9, 2015

First time_Big Bad Wolf 2015


Aku tahu pasal Big Bad Wolf ni masa dalam pantang melahirkan Lutfi, tahun 2011. Baru sekarang berkesempatan untuk pergi meninjau.

Amik cuti 9hb Dec khas untuk pergi BBW ni. Pastu baru terpikir, event ni dia bukak 10 hari 24 jam.... kenapa tak pegi tengah malam jek kalau nak avoid crowd? Ha'ah kan.... dapatla idea pegi BBW pada malam 8hb. So cuti 9hb tu bolehlah guna untuk settle errands lain.

The girls memang dah lama excited pasal BBW. Baguslah, semoga rajin membaca hendaknya. Siap follow insta. Siap inform, kalau kita bawak beg sendiri, BBW provide 20sen discount from total amount paid.

Yang lelaki, go with the flow kot. Asal keluar jenjalan! Heh... As for me, rasa mesti rambang mata tengok buku banyak-banyak so dah ajar my girls jugak, kena tahu nak cari buku yang macam mana. Jadi nanti tinggal tuju jek. Tak buang masa, dapat apa yang kita memang nak.
My targets are to definitely look for books about yoga, maybe cooking, maybe self empowerment... We'll see.

Sampai Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) dalam pukul 11.00 malam. Tak parking dalam pun, kebetulan ada parking kosong betul-betul depan entrance kat ground floor. Excited lebey. Amik gambar entrance. Update status kat fb. Ye lah, lama dah nak pergi BBW ni.

Masuk-masuk, section fiction and novels. Dalam sikit, kids' book. Banyak! Tengok dulu, tengok dulu. Tapi if priced RM10 and below, ambik je. Nanti boleh filter. Banyak amik RM2 and RM8.

Jalan lagi, jalan lagi. Then kitoghang berpecah. I went straight to health & wellness section. Heaven! ada buku on yoga. I grabbed 3. Depan sikit, cookery. Banyak giler! Sume nampak sedap. Macam nak amik sume. Tapi I reminded myself, kat rumah dah ada a few. Then, tadaaaa! Jumpa Jamie's  Oliver Meals in Minutes and Nigella Lawson's Nigella Bites! Yesss! Lama dah nak beli buku depa! RM30 each which to me was really really a bargain considering these are hardbacks! And that's the most expensive we paid. Nampak buku biografi Muhammad Ali. Tak sangka boleh berminat nak beli, mungkin sebab harganya kot. Atau mungkin sebab wall Iphone ada letak quote Muhammad Ali, so mungkin nak tahu jugak why he is so legendary. Yang lain ada buku ala psychology anak-anak.


Buku-buku lain from RM2 to RM20. Kitoghang beli total 56 buah buku. In average, we spent RM10 per book. Memang benarlah orang kata. Worth it. Puas hati sangat.

Purchase above RM200 dapat voucher RM10 kat Curious Corner. Dapatlah beli 150pc Iron Man 3D puzzle. Kami balik dalam pukul 2.00 pagi. I grabbed one yoga book to bed tapi taklah baca sebab ngantuk. Tido nyenyak betul malam tu.....

Dad's

Mama's
Boys'

Girls'


Tuesday, November 10, 2015

Mahyuni Spa, Guar Sanji

Aritu adik ipar dok tunjuk gambar convo dia kat UUM. Pastu tanya dia pakai baju kurung kaler apa. Dia kata dia pakai baju masa Kak Anis konvo dulu dan baju tu aku yang belikan untuk Anis. Terus rasa bersalah! Aku tak bagi apa-apa pun untuk convo dia! Takkan nak bagi kain, konvo dah lepas. Kalau belanja makan, takda menda physical untuk kenang-kenangan. Lagi pun belanja makan ni menda biasa jek. Selalu balik Perlis memang belanja makan pun...Pikir punya pikir, dapat idea belanja dia spa. Rasanya dia tak pernah gi spa. Baguslah sebab dia mesti ingat pengalaman spa dia yang pertama... Kebetulan perasan ada spa baru kat Guar Sanji. Nampak cam OK. So niat nak belanja adik ipar sempena convo dia. Aku tumpang sekaki la, temankan dia...hehe

Booking
Sebab spa tu dekat ngan rumah dalam 10 min dari Jelempok, petang Ahad kami pergi nak survey, amik pamphlet. Hari Isnin depa tutup so kami buat appointment untuk Selasa pagi. memang look forward sangat sebab dah lama nak manjakan setelah berhempas pulas sacrifice masa dan tenaga untuk kerja. Plan nak revisit Sembunyi Spa kat Cyberview Lodge, Cyberjaya tapi amik masa nak decide amik package apa sebab description dia terlalu 'canggih'....bunga-bunga sangat. Not a normal sauna, scrub, massage, bath etc. Cer baca menu dia....

The package
Adik ipar amik scrub+mask+ mandi bunga sebab dia teringin nak mandi bunga. Harga pakej RM99 tapi kena jadi member (bayar RM25) baru dapat harga tu. Harga asal RM134. Pastu aku tambahkan full body massage (RM69)....tak lengkap pegi spa kalo takda massage...heh. Aku punya harga biasa, RM134 for sauna+full body massage+ scrub. For scrub ada a few choices, aku pilih susu, adik ipar pilih rose. For massage aku amik balinese, adik ipar amik aromatherapy massage.

Aku amik sauna sebab dalam usaha mengurangkan berat badan. Dah balik kampung ni makan macam tak hengat. Meh kita cuba bakar kalori dengan sauna. Katanya membakar sehingga 600 kalori (tapi malam tu aku makan after 9.30pm so tambah 600 kalori balik....duh)

Selain daripada reason di atas, aku amik massage sebab sejak kebelakangan ni, aku boleh rasa urat aku dah lari-lari.

Aku amik scrub sebab tahu badan memang banyak daki! hahah

They offer standard ala carte spa services, also hair salon, facial and for ladies after delivery.

My verdict
It was a good experience. Tengok messuse kecik jek, takut massage nanti tak berapa kuat. Tapi kecil-kecil cili padi,

Tempat, towel, kain sume bersih. Sauna chamber pun nampak baru. Ni first time masuk sauna so jakun sikit. Siap ada radio, boleh baca magazine jadi 30 min tak rasa boring sangat.

Cuma toilet jauh sikit dari massage room. Kena cross manicure alley and reception. Hari tu memang takda orang lain so takpalah. Cer imagine kalau ada orang buat manicure, pastu ada orang tengah tunggu turn kat reception....malulah kita nak pi toilet sebab orang nampak kita berkemban.

 Price wise, affordable compared to the level of service provided.

Will I come again? Yes. To do henna colouring on my hair. Kalo bawak product sendiri, baru RM25. Kalo Bangi RM50.

Monday, October 26, 2015

SimplySiti New Age + review

I've been thinking to restock my facial care products. Currently I'm using Michelle Lazar complete from cleanser to anti ageing products. However due to recent economy climate which has caused increase in prices of things, I felt I really need to rethink the RM1,000++ I'm about to spend on my existing facial care range. I am constantly evaluating what I've spent my money on. It might be more beneficial to spend my money on something else. With GST and increase in toll rate (the rate gone up from RM1 to RM1.80!), I'm opting to find something cheaper but works. 

Attractive
I haven't been to Guardian or Watson for ages. Last 2 weeks, I stopped by to restock my contact lense cleaner. Once entered, I knew why I avoided such pharmacy... Everything there looked yummy and pretty and reminded myself how a girl need to take care of herself. With all the cosmetics, facial and body care, supplements in cute packaging and displayed nicely, I couldn't resist to buy at least 1 item less than RM5 in mini sizes.


SimplySiti New Age +
Then I saw the SimplySiti products section. Recently SimplySiti has launched a new product range called New Age +. I think there are about 5 products in that range. All packaged in orange which to me look vibrant and fresh. All products priced at below RM70 I think. No price was displayed and I didn't check with the salesgirl though.

I was impressed with one of its lipstick long time ago. I don't know why I was willing to try one of the New Age +  but I guess it has a lot to do with the price. So I bought the Regenerating Serum, purely because of the word 'serum'. Paid about less than RM55, that is 70% lower that Michelle Lazar Firm Up serum. I compared with Firm Up because the feel after wearing is the same. I feel a tingling feeling, the same effect when I wear the Firm Up serum.

Verdict
After applying for 3-4 days, somehow I feel the Regenerating Serum has done something to my skin. I actually felt 'prettier' when looking at the mirror. I can't really tell whether it regenerates or lifts my skin but it does alter the way I feel about my skin. It's a 4.5 star out of 5!

Now I want to get either the moisturizer or the toner. Or I might get all the products under that range. It costs about RM230 the whole lot, reduction of about 85% from what was offered by Michelle Lazar during its recently anniversary sale.

Wednesday, October 7, 2015

Milk Moustache Cafe


I've been eyeing this cafe since I knew the place when I sent my kids to Smart IQ in Kajang Putra. It serves korean dishes which I've been wanting to taste to know how different the dishes are compared to Japanese. I didn't have the guts to step in though as I wasn't sure whether the prices were on the steep side  similar to Japanese restaurant.

Then one day I wanted to treat my youngest brother after his exams. I was thinking 'what's different, seems special and nearby?' and the Milk Moustache Cafe (MMC) came to mind. Yah! Why not!

It was about less than 10 min drive from my house (the road was clear). The dining area is actually upstairs, downstairs is the kitchen. We were the only there; my brother, Kasyif, Lutfi and myself.

Menu
Looking at the menu, I can say it was totally a new experience for me. Definitely different from Japanese food. Given the menu, we didn't have a clue what to order. I knew I wanted to know how kimchi tastes like.



By the picture, the food seems to have lots of red in colour, look spicy and the names are... only known to Korea fans. Luckily there were pictures to guide us what the dishes were. Because we were not familiar with Korean food, we just ordered what we used to: fried rice and noodles while the kids ordered spaghetti carbonara. Yes, they do serve western menu but the choice is limited. The menu maybe a little under in terms of variety compared to menu of a malay food restaurant. Though I was totally new to anything related to Korea, so the menu that day seemed interesting and exciting.

Interior
Lots of cartoons and drawing on the wall, the colour is also vibrant. There is a kid's corner which has racks of toys but the space is rather limited. It has this cosy and relaxed ambience. We were the only ones there, so my kids were immensed playing with the toys.
TV shows to kill the time waiting for your food. Of course its Korean. It was Running Man when we were there.

My brother checking out the world map.

 
I find this cute.

The kids corner
If this cafe is inspired from their travel and love for Korea (or K-Pop), I really respect that. There are many pictures displayed which you can tell the travel maybe the most memorable one and they are K-Pop die hard fans.
 

Price
Looks OK to me if you feel like getting something other than the usual meal you have everyday.
Price per dish starts at RM7.90. I think mine was about RM9.90. Can't remember the drinks but they have  Oreo Cookies Milkshake at RM13.90.

Food
Food is acceptable, bearing in mind I've never tasted any Korean food before. I liked what I ordered because I like instant noodles and it tasted GOOD. I'm not sure whether the real stuff uses instant or fresh noodles. Will come back again to try the 'pancake'.
Mandu Raymun Kimchi Soup RM9.90 (could Raymun means Ramen in Japanese?)

Pasta carbonara with a touch of black sesame seeds

After 3-4 visits, I might not visit the place for a long time as there may be no more in the menu that I want to try. I might come back purely for seeking advice on traveling to Korea and repeat my previous order.

Overall, Yah! why not!