Anak-anak memang harta kita yang tak ternilai. Hanya pinjaman diberi Allah dan kita dipertanggungjawabkan untuk mendidik mereka ke jalan Allah. Baik didikannya, untunglah kita sebagai ibubapa. Doa anak yang soleh takkan putus bila kita tiada dan dapat membantu kita selepas kita meninggal dunia.
Post ini ialah sebagai doa aku kepada anak-anak ku yang aku amat kasihi dengan seluruh jiwa dan ragaku....
Irdina Afiqah
Anak yang cerdik. Patuh dan berhati lembut. Senyumannya manis seperti abahnya. Bijak dan tekun. Bakal pendidik yang berinspirasi. Bakal wanita solehah. Bakal isteri yang membahagiakan suami soleh. Bakal ahli syurga.
Jasmin Nadirah
Anak yang cerdik. Ada kekuatan dalam kelembutan. Bulu mata panjang menghias matanya yang cantik. Menyayangi kanak-kanak. Bakal merubah dunia melalui goncangan buaiannya. Bakal wanita solehah. Bakal isteri yang membahagiakan suami soleh. Bakal ahli syurga.
Kasyif
Anak yang cerdik. Senyumannya manis seperti kakak dan abahnya. Jelas menyayangi adiknya melalui perbuatan yang dizahirkan. Bakal memimpin. Bakal lelaki soleh. Bakal suami yang melindung dan menghargai isteri solehah. Bakal ahli syurga.
Lutfi Hadi
Anak yang cerdik. Berfikiran matang dan ketawanya membahagiakan. Pandai membuat orang tertawa. Bakal memimpin. Bakal lelaki soleh. Bakal suami yang melindung dan menghargai isteri solehah. Bakal ahli syurga.
Aminnnn....
Thank you Allah!
No comments:
Post a Comment