Family aku dah start buat group untuk lose weight. Semua orang masuk kecuali mak aku! Heh....targetnya nak kurus sempena wedding adik bongsu aku, Radhi 30 Ogos nanti...
Memang bagus ada group ni sebab masing-masing support each other. Bila ada yang 'ke laut', it tells everyone you're not alone so kita pun tak patah semangat. So far progress aku tak impressive sangat sbb aku la yang 'ke laut' tu! Haha!
Target 60kg
30.6.2019 start 71.7kg
05.07.2019 69.9kg 1.8kg ⬇
12.07.2019 69.0kg 0.9kg ⬇
19.07.2019 69.3kg 0.3kg ⬆
26.07.2019 69.2kg 0.1kg⬇
Start 30 Jun hari tu....masa tu rasa possible nak achieve penurunan...tapi tengokla sekarang.
Hari ni kena timbang. Last weekend aku dah baik dah. Then cuti pertabalan Agong hari Selasa 30hb Julai + birthday husband. Aku pegi Evo buat Tabata pagi tu sebab lunch confirm makan luar aku belanja. Actually OK je kalo aku makan lunch saja...tapi tetiba dinner pun aku makan (burger @ Gurume Evo) and esoknya makan Nasi Kerabu + Kuey Teow Ladna orang sebab dia tak abis...Isk! Isk! Kira abis pantang karbo aku.
Natijahnya berat tak leh turun la...kali ni nak offset kalori terlebih tu, aku puasa sunat Hari Khamis. Kira petang Khamis aku timbang 70.8kg. Aku target nak buat yoga malam tu lepas makan sebab hopefully kalo timbang hari ni, sama dengan berat minggu lepas pun jadi la tapi tak larat daaa, tido awal.
So bangun pagi 4.20 am tadi lepas gi toilet, berat 69.8kg tapi aku nak tunggu lagi. Then lepas mandi timbang kul 6.20 am berat 69.6kg. Aku tak minum pun pagi-pagi (kebiasaannya aku akan minum 2.25 ltr setiap pagi termasuk 750ml dengan AVC). Aduss! Nak turun lagi 0.4kg ni nak bagi sama dengan minggu lepas....haha!
So, common Fiza! Plan your meal! Rise to the challenge!
No comments:
Post a Comment