Wednesday, January 29, 2020

Excel_Pivot Tables

To improve my skills, I would like to write what I've learned about Pivot Table

  1. We can add column to calculate what we want =  Pivot Table Tools - Analyze - Field, Items & Sets
  2. We can change the font, create charts from pivot table
  3. Slicers are visualizing what we have selected
  4. Explore the 4th quadrant of pivot table. Boleh buat macam-macam sebenarnya
  5. Use doughnut chart to visualize utilization of budget
  6. Achievement is 1+% progress. Variance is the % progress


Monday, January 13, 2020

Mengelap lagi

Weekend haritu aku buat apa ek? Owh.... aku berjaya let go baju-baju lama kepada Life Line Clothing Malaysia. Hantar ke SMK Dato Abu Bakar Baginda dalam pukul 3.00 petang. Actually depa ada kat situ dari pukul 9.00 hingga 10.00 pm katanya. Aku rasa lega dan lapang dada, kepala dan rumah! Haha!Tu activity hari Sabtu...

Hari Ahad ingat nak pegi exercise tapi kena amik Irdina kat SGS pepagi. Dia volunteer jadi facilitator untuk Form 1 yang baru datang and started last Tuesday. Husband pun dah lama teringin nak makan mee Jawa kat Jalan Penghulu Cantik, dekat-dekat CentrePoint Seremban. Cantik lah planning tu....

So cancel exercise sebab hubby kata nak bertolak kul 8.00 pagi. Tukar plan, aku clean up tingkat atas sebab buat aritu tak abis lagi...Alhamdulillah, nampak kemas sikit. Aku kumpulkan frame-frame gambar, reorganize kotak-kotak buku husband aku, lap platform. Aku bangun kul 5.00 pagi tau mengemas, sampai kul 7.00 pagi. Pastu mandi bersiap nak ke Seremban. 

Around 10.30 aku pegi facial. Balik dari facial dalam kul 2.00 petang, aku solat Zohor dulu sebelum start kemas, vacum (final touch) atas dan bawah. Aku nak simpan carpet merah and bawak turun carpet bulat nak letak kat area buku-buku the boys. Aku bawak keluar lampu lip lap raya dan bagi area tu ceria sebab malap sangat. 2 jam jugak lah...pastu keluar makan kat D' Limau Nipis. Kalo after 4.00 pm, lauk2 sume dia bagi separuh harga. Kalau kuih-muih, dia bagi jek sebab dia kata dah petang... Alhamdulillah....aku mention kat husband, jom buat IF weekend. Makan after 4.00 kat D' Limau Nipis...boleh jimat! Kuang3x

So abis dah weekend.....

Friday, January 10, 2020

2020: Barang dapur & food

Sebab tahun ni special 2020, aku pun nak buat proper analysis on our household spending especially on barang dapur and food..

Dulu aku withdraw cash cukup-cukup saja supaya aku tak terlebih spend. Sekarang aku nak tukar strategy pulak. Withdraw sekali saja untuk sebulan sebab ATM Maybank dah limited. Yang dekat dengan rumah aku dah takda. Aku dah kira dah, I need around RM1k per month untuk beli macam ikan, ayam kat pasar biasa.

What I've learnt from past years to improve my speed and minimize chaos in the kitchen:

  1. Ayam mentah sekor beli brand Ladangku RM18 per pack. Cleaned and chopped in small sizes, this reduces prep time
  2. Chicken parts boleh beli kat supermarket. Contoh kalo nak beli quarter chicken or dada ayam
  3. Dada ayam boleh masak salted egg, butter, goreng kunyit
  4. Hanya beli kalo nak masak menu tu. Tak payah beli sebab 'nanti nak masak...' sebab high probability tak masak in the end. Rugi RM....
  5. Frozen stuff such as frozen fried chicken, kuih, roti canai are good for emergency
  6. Make simple breakfast, no need to cook up a storm
  7. Spend on quality food ya, not quantity
Tempat aku shopping:
  1. Jaya Grocer
  2. Pasar Aceh Seksyen 4 atau depan rumah aku
  3. Pasar Tani

Menu
Aku pun kena buat theme menu apa aku nak masak untuk 5 hari weekdays tu. Contoh:
  • One pot/wok: Mee/Bihun goreng, hailam, sup
  • Masakan Western
  • Masakan Melayu
  • Masakan Cina

Atau tema bahan:
  • Ayam
  • Seafood
  • Ikan
  • Pasta
  • Nasi
Atau tema cara masak:
  • Bakar
  • Steam
  • Masak biasa
  • Goreng
Dan macam-macam lagi. Yang penting kena plan. Bila dah ada mental picture tu, senang sikit nak execute.



Friday, January 3, 2020

Selamat Tahun Baru 2020

Tahun ni special sebab 2020 so aku kena buat something special jugak. I started with mengemas rumah....MENGELAP HABUK to be exact. Aku dah start dari cuti Krismas hari tu dan masih mengelap...haha! Baru la aku rasa rumah aku bersih... kalo harapkan vacum saja rasa bersih tu tak sama. Masa bebudak naik sekolah 2hb Jan, aku sibuk mengelap chandelier, meja, wardrobe aku yang bahagian dekat dengan ceiling tu...Perghhh, habuk tu sejak install tahun 2008 kot, tak tahu la kalo bibik ada lap tang tu....

Okay, post ni nak cerita apa yang aku belajar from 2019 and what I am gonna do in 2020.

2019
  1. Dah start masuk kelas mengaji. Thank you Allah kerana beri aku dorongan dan kekuatan menghadiri kelas mengaji. Semoga menjadi salah satu asbab aku dijemput Allah SWT untuk menunaikan haji.
  2. Anak-anak ada menduduki peperiksaan besar macam SPM, PT3 dan UPKK. Alhamdulillah, mereka semua berjaya dengan keputusan terbaik tapi kakak belum dapat result lagi, bulan 3 kot. Aku takda buat apa...bagi moral support saja..rezeki daripada Allah SWT
  3. Dah start bahagikan duit faraid rumah Taman Makmur kepada adik-beradik. Nilai rumah RM88,000. Aku ada dapat duit dari LAD Evo dalam RM36,000. Aku dah guna untuk pembahagian sebanyak RM20,000. Selebihnya aku bayar bulanan untuk 18 bulan starting Jan 2020. Nanti last payment Julai 2021 aku bayar selepuk so aku kena menyimpan dari sekarang
  4. Sometimes you must not wait for other people to do it for you. Sebenarnya nak cakap, kekadang suami mungkin tak dapat tolong kita sebab dia ada hal lain yang lebih penting. So aku kena buat sendiri la....haha! Contohnya aku nak revamp bilik tidur. Aku nak cat baru. Perlu kah aku tunggu dia untuk buat? Tak perlu kalau kita boleh buat sendiri (walaupun lambat! Haha)
  5. Sometimes, just go with the flow. 2019 was quite busy actually tapi aku tak risau-risau macam dulu. I adopted 'go with the flow' to stay calm. Alhamdulillah, nothing bad happened. Just buat yang terbaik, tak perlu risau lebih-lebih....
  6. Everything has its own time and place so enjoy and focus on the moment. Kalau kat tempat kerja, buatlah kerja dengan dedikasi. Bila kat rumah, fokuslah pada keluarga dah anak-anak. Bila boss suh buat kerja, buatlah whole heartedly (lepas tu jangan kacau aku!)
  7. I need to beef up my communication, presentation skills and knowledge in what I'm doing. Be resourceful
  8. I'm good at planning trips
2020
The year I turn 45....
  1. Bab mengaji, dapatkan hukum tajwid bila baca. Kena buat homework sikit ni. Tak boleh harapkan kelas sahaja. Kena bagi soklan kat ustaz.
  2. Nak start pegi kelas Yoga. Kena berani cakap kat boss nak balik pukul 5.00 sebab nak attend kelas
  3. Nak bilik tidur dan laman yang cantik. Guna Trello to execute
  4. Tahu everything about company financials. Study and learn...fast!
  5. Beli apa yang patut sahaja. Simpan duit untuk anak-anak dan sedekah
  6. Reduce fat % . Sekarang dalam 38%. Nak reduce to 35%
  7. Start getting money from my EVO (selalu terlupa nak buat yang ni....sigh)
  8. Buat Photobook for hubby sempena 20 years marriage
  9. Photoshoot anak beranak sempena 20 years marriage