Monday, April 18, 2022

Ramadan Weekend ke 2

 Hari ni dah masuk Ramadan ke 17, dah melepasi 2 minggu Ramadan. 

Weekend 1

Alhamdulillah, minggu lepas berbuka puasa di Shah Alam, rumah abang ipar di Bukit Jelutong. Asalnya anak sulong ada program iftar kat sana. So husband hantar Irdina dan kawan dia (datang tido rumha) ke sana pukul 7.00 pagi. Program tu sampai pukul 10.00 malam so kami buat plan sementara tunggu dia habis program, why not berbuka kat rumah abang ipar. So aku gigih buat puding sagu and yang lain beli je e.g nasi briyani and roti john. Dioghang beli roti nan cheese and roast chicken Baker's Cottage.

Weekend 2

Kek Lapis Mamasu

Asal hari Jumaat aku rasa macam kerja opis dah settle so nak kuar jap pegi Mamasu Kek Lapis. Sebab ada tengok youtube Destinasi TV bagi diskaun 15% untuk 100 orang terawal kalu guna voucher bila beli kat situ. Kira episod tu memang baru keluar 14hb (Khamis) so aku rasa ada peluang dapat diskaun tu. Sekali boss buat meeting pagi and ada ad hoc meeting pulak petang...aisey...kelas trading biweekly pukul 10.00 pagi pun aku terlepas.

Shellout menjadik

Thank you Allah, sebab minggu ni aku berjaya buat shellout untuk family kecik aku. Asal plan nak ajak adik-beradik datang berbuka tapi sorang tu balik BP and sorang lagi pegi Melaka. Selalu kami buat potluck and kali ini aku suggest tema 'shellout'. Tapi dah sume takda, aku buat jugak sebab dah ada dalam menu plan pun. Alhamdulillah kali ni puas hati sebab sambalnya ada kuah and sotong goreng tepung menjadik!



1st time aku buat masa puasa 2020 kot. Seperti biasa sebab aku derhaka resepi, tak mau ikut instruction, sambal aku kering. Resepi kata rebus seafood and buat sambal asing. Aku pulak buat sambal and nak masuk seafood dalam sambal tu. So sambal aku bagi kering sikit sebelum letak seafood budget air udang and ketam akan keluar. Sekali tak keluar daaaa....husband aku expect ada kuah!

So bila this time, memula husband aku cam tak excited bila kata nak buat shellout. Maybe experience yang tu la kot, expect ada kuah tapi takda kuah. So kali ni aku follow method rebus asing tu and amik kuahnya masuk dalam sambal, baru la jadik! Dan sebab aku tak nak kalut bila nak masak petang untuk berbuka, aku masak sambal shellout tu waktu sahur supaya aku boleh rasa. So petang tinggal prep seafood untuk rebus and goreng sotong dan ikan.

Baju raya 2022

Aku pun ada sedikit panik bila pikir pasal baju raya sebab hubby kata dia nak pakai warna biru pulak. Sebelum tu dia kata nak pakai warna kelabu. Aku dah sedap hati tak payah susah-susah cari baju...guna tahun lepas jek tapi kalut jugak, kalau baju tahun lepas aku tak muat camna? Tapi bila dia kata warna biru...alamak! kena shopping baju ke ni? Aku nak kena survey dulu tengok kedai mana yang ada baju yang aku muat.... Janganla pegi Bangi Sentral weekend. Jem teroks. So aku amik cuti hari Rabu, mid week dengan harapan tak ramai orang la. Aku malas nak survey sebenarnya  The boys definitely need to find new sebab dioghang banyak berubah dari segi fizikal. Tapi semalam bila tanya balik, dia kata warna kelabu...pulak dah! Ok la, takpa, jimat sikit.

Survey tilam semula

Kami dah buat aktiviti ni Dec 2019 . Tapi pegi 1 kedai je pun dekat dengan rumah. Banyak sangat pikir, so kami hold dulu sampai la ke hari ini. Semalam pegi kedai yang sama...tapi harga dah tak sama ya. Naik RM1,000! Paham la dalam keadaan semua menda naik harga post COVID 19 ni. This time hampir nak beli tapi aku highlight kat husband, tinggi tilam tu hanya 10", nanti rendah sikit la daripada height sekarang...so postpone lagi but at least it's making a progress of about 80%. Dah tahu nak yang mcm mana, tinggal nak decide saja.

Order Nasi Arab Saba online

Adik perempuan aku nak singgah berbuka balik dari Melaka. Aku memang dah niat nak buka nasi arab Saba so aku tinggal tambah portion saja. Kat Bangi dah ada Saba tapi boleh order online atau take away saja, takda restaurant. So kira 1st time order online dengan Saba. Sekarang tengah buat promotion buy 1 get 1 free kalo beli single portion ayam/nasi set. Then ada family set for 4 pax. So aku beli both, dapat la portion untuk 6 orang and tambah kambing (tanpa nasi). 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dapat buat a few things weekend ni. Ya Allah! Tuhan Yang Memiliki Sekalian Alam. Berkatilah hidup kami Ya Allah!

Wednesday, April 6, 2022

Premier Saham Mastery 2.0: Aku dah start belajar

 Alhamdulillah, aku dah mulakan langkah follow kelas Premier Saham Mastery 2.0 start hari Isnin haritu. Ada 5 modul kesemuanya. Dah 3 hari aku amik masa dalam 1 jam camtu untuk belajar ikut modul. Bila start tak fokus, aku stop and sambung esoknya. Ingatkan akan amik masa sebulan nak abiskan modul tapi kira harini aku dah tengok semua. Actually, tengok je la dulu nak tahu whether content menepati apa yang aku perlu tahu. 

Belajar

1 modul ada dalam 3 ke 6 video. Aku tengok sambil buat notes cikit-cikit. Bila Tuan Nizam buka KLSE Screener, aku bukak jugak...hands on, cepat sikit ingat. Memang OK kalau follow class online. Boleh stop and playback, memang boleh ikut pace kita. So ini baru 1st round. Plan nak go through Fundamental Analysis, Technical Aaalysis dan Trading Plan lagi sekali. Aku pun ada menguap jugak bila belajo! Haha! Macam belajar kat kelas jugak! 

Ilmu baru

Ilmu baru yang aku dapat ialah cara nak baca chart untuk buat trading plan. Although sebelum ni memang ada join and tengok video kat youtube, tapi yang ni memang betul-betul basic untuk orang yang tak tahu camna nak start....macam aku! Modul dia ringkas je, terus guide nak buat apa. Takda nak define terms lebih-lebih. Item yang tak perlu tengok dia tak explain. Reason kenapa pun dia tak explain unless it relates to objective nak start trading. I guess kalo nak tahu boleh tengok kat youtube kot. My favourite content is Technical Analysis. I guess this is the gist kelas-kelas saham yang berbayar kot.

Alhamdulillah, the class has provided me new knowledge for me to go forward. Next aku kena buat trading plan la kot and mintak Tuan Faizal check. Aku ada 6 months untuk utilize the platform

Friday, April 1, 2022

Premium Saham Mastery 2.0: Dah bayar!

Hari ni aku dah bayar RM597 untuk join kelas berbayar pasal saham. Bismillah! Ya Allah! Permudahkan lah urusan ku. Capaikan la cita-cita ku untuk menjana keuntungan daripada saham sebagai sara hidup ku...

My target and goal

Today 1 Apr 2022, I begin my newbie class to learn about stocks and trade and to learn for 6 months.

By Sept 2022 I should be able to start trading with RM1k - RM2k. Remember 'rugi itu pasti, untung itu rezeki'. Target small and keep consisten +ve

PakYa says to give 5 years to start trading with RM10k. I don't have that much time. I give myself 3 years to be comfortable trading with RM10k

My other target (how much to make, purpose) will be updated as we go along

Thursday, March 31, 2022

Start taking action!

Masuk kelas free sudah...bila lagi nak start trading?

After attend kelas newbie last week, semakin clear yang sebenarnya aku memang tak tahu apa-apa pasal main saham.

Sekarang tengah berbetah-betah nak spend RM700 atau tidak untuk belajar basics. Then terjumpa pula website PakYa https://pakyahussin.com/modal/ which menjawab persoalan aku.

Berapa aku kena korbankan RM untuk mulakan? Explanation PakYa sangat praktikal dan straight to the point

  1. RM1k - RM2k untuk belajar saja. Tak boleh expect duit akan dapat balik sbb kita memang tengah belajar lagi, belum pandai (Allah dah bagi rezeki kebetulan dapat bonus, apa lagi...Bismillah! Tawakal kepada Allah!)
  2. Bila dah pandai kembangkan duit (untung lebih banyak dari rugi), bolehla target nak kembangkan RM10k dulu. Belajar nak kembangkan duit pun mungkin makan dalam 2-3 tahun (meaning 3 tahun ni aku kena fokus belajar saham supaya by the time retire @ 50, boleh buat income)
  3. % target untung pun tak boleh target tinggi sangat, tak realistik. RM2k jadi RM4k (100%) dalam setahun pun dah kira power (start small)
  4. Lepas tu baru boleh cerita modal besar.
Ya Allah! Permudahkan urusan ku ini Ya Allah! Tunjukkan aku sama ada ini jalannya Ya Allah!



Loan rumah

A few weeks ago, I reviewed the status of my liabilities: housing loan and education loan here. My next action was to go to the bank and find out more on the housing loan. My goal is to shorten the loan tenure.

 Actually I took the leave on 16 Mar to volunteer at my daughter's school to give out coffee breaks to the students when they finish their SPM papers. However, during the 1st week of SPM, some students shown symptoms of COVID 19 and when tested, about 60+ were positive. As a preventive measure, the school decided not to allow outsiders i.e parents/volunteers to enter the school. I was supposed to come in the 2nd week but well, not my rezeki I guess....

Instead, I went to Maybank Serdang to ask about my housing loan. I wanted to ask about what happens when I put down cash to off set against my principal whether it will affect my monthly instalment. The answer is NO. The instalment is as agreed as per contract. It would only change when there's a change in Base Rate (BR). Although I see my instalment has reduced from RM1,300 to RM1,150, it is because the BR rate is now lower. The instalment may stay RM1,150 for the next 4-5 years.

So I asked how can I reduce my monthly instalment. The staff said I can't because it has been pre-agreed. Unless I restructure the loan but that would stretch the tenure longer.

Or I can use my EPF withdrawal to settle the loan when I'm 55.

I used online calculator to estimate the loan


Need to further understand what is BR, BLR and apparently SBR wef Aug 2022. More about it here

Wednesday, March 30, 2022

Berhenti kerja before 50?

Previously I aimed for VSS. However, after understanding the process and why it is done specifically, I don't think I will be able to quit with VSS. 

  1. Usually they offer the scheme for staff age 50 and above, means I have 3 more years to go (if I can stand that long). We are not sure whether the scheme is available by the time I'm 50.
  2. If the company do offer VSS, I might not be able to get it because it will take the position box away too. 

The worst thing to happen if there is a VSS, my application may not be approved by the management. The only way to leave the company is to resign.

So I really need to start my side hustle and look for part time job.


Persediaan menyambut Ramadan 2021

 Ahad ni dah masuk 1 Ramadan. Aku memang look forward Ramadan. Kalau dulu aku look forward sebab, orang lain rilek masa Ramadan so kita pun jadi rilek sikit. Boleh buat kerja dengan aman. 

Selain daripada tu, sekarang aku look forward Ramadan juga sebab target nak dapatkan khatam Quran dalam bulan Ramadan. Currently aku dah baca sampai muka surat 470. Aku dah buat kira-kira, aku kena baca dalam 20 muka surat sehari untuk 7 hari (Ahad 27hb - 3hb Apr). So dapatkan Ramadan start fresh. Sekali aku period la pulak....

Apart from that, aku kena plan menu which I really like. I notice bila bulan pose, kalau masak nasi putih lauk-pauk tak berapa laku. Kena masak special la contoh nasi bertema eg nasi ayam ke, nasi tomato, nasi arab etc. Mee pun boleh. Our staple menu (kalau Ramadan mesti ada dish ni) is murtabak. The key is lain daripada hari-hari biasa. 

Kalau sahur pulak, tak payah fancy-fancy. Masak nasi putih dengan lauk saja.

This year 2022 mungkin last Work From Home (kalau lepas ni aku berenti kerja, ok la) so aku kena gunakan Ramadan tahun ni sebaiknya.

Bekalan stock kena ada masa bulan Ramandan:

  1. Ikan bilis
  2. Chilli oil
  3. Serunding

List of dishes for  Ramadan (either previously made or new item)


Dessert/ Pemanis mulut. Kalau tak buat dessert, air kena power


Kena buat extra juga untuk share dengan jiran-jiran