Thursday, July 18, 2024

Preparation nak pencen

Hari ni decide nak start on planning lepas pencen. Aku dah decline whatever meetings, finalizing my handover and start pikir things to do on my last day. Pulang laptop, pulang kad, ada lunch ngan Arun. Meja pun aku start kemas sikit-sikit. Nak buang apa-apa yg tak patut.

My official date as a retiree is 1 Aug tapi sebab aku abiskan annual leave aku yang berbaki 6 hari, last day aku masuk opis is 24 July.

Biasa la bila list out semua menda-menda yang aku nak buat, banyak giler! Tinggal buat tak buat saja

Monday, July 1, 2024

Pengalaman beli oven

 Last week aku beli oven baru kat Harvey Norman sbb ada buat sale 50% off. The weeked before, pegi survey, kali ni memang nak beli terus. Asal nak amik yang RM1k+++ tapi jadi RM3k++! Adoii...tapi tak pa la. Decision was based on capacity and function. Aku berkenan TEKA, dalam RM2k++ tapi dalam/cavity dia macam kecik. Last-last amik Electrolux 72L capacity with 7 functions.

Oven lama

Sebelum ni aku guna brand Fagor. Unfortunately brand ni dah takda orang jual dah so takda customer support. Lama jugak aku dah guna oven tu sejak 2009 (15 tahun). Oven tu still working tapi ntah kenapa pintu depan dia tercabut. Aku bangun pagi tiba-tiba tengok pintu tu dah kat bawah. Ingat nak gam je tapi tak logik la sebab mesti gam kuat pun tak tahan panas kan...

Kenapa nak beli baru 

Kira dah berbulan jugak la, sejak tahun ni tak masak guna oven. Aku cuba try tak masak guna oven tapi macam something missing je. Masa muda-muda dulu aku rajin masak guna oven. Pizza, pasta bake, kek, ikan bakar, roast chicken, roast veggies. Tu yang decide nak replace juga sebab bila nanti dah tak kerja, aku nak buat weekly stock. Masak banyak-banyak pastu simpan seminggu.

Kriteria ketika memilih oven

  1. Aku pentingkan capacity, biar boleh masak banyak sekaligus. Aku puas hati dengan kapasiti oven lama tapi aku tak tahu berapa capacity dia.
  2. Boleh pilih manual atau digital tapi yang digital mahal la sikit. Function pun pelbagai daripada 5 ke 8 function. So pilihan bergantung kepada keperluan.Lagi sikit function, murahla sikit harganya
  3. Rak tepi dinding. Ada oven takda rak tepi untuk slot in tray, senangla sikit nak cuci oven. Tapi betul jugak kata salesgirl tu, nanti bertanda la dinding dengan kesan tray.
  4. Cleaning function. Supaya mudah nak bersihkan oven.  Oven lama aku kena bukak suhu panggil tinggi, nanti yang kotor-kotor tu kering, senang kita nak lap. Electrolux ada yang steam-assisted cleaning, kena letak air sikit.
  5. Last sekali kena cantik la...heh.

Asal nak beli yang range ni saja...tapi ELBA tu dioghang tak display


Mula-mula nak amik ELBA tu je sbb harga asal dia nak dekat RM4k tapi depa takda display.  3 brand yang aku consider BOSCH, TEKA, ELECTROLUX dan ELBA (tapi ELBA takda display). Antar 3 tu aku berkenan kat TEKA sebab handle dia curve sikit.

Tapi bila check cavity dia cam kecik pulak. Aku ingat nak pakai balik tray lama sebab elok lagi. Lagi pun dioghang cuma bagi 1 tray saja. So bila aku pegang tray TEKA tu cam kecik. Masa tu between TEKA or Electrolux sebab BOSCH ada 5 function saja.

Kenapa aku pilih Elextrolux instead of TEKA, sebab:
Dua-dua manual dan dua-dua tombol boleh tekan masuk dalam

Friday, June 28, 2024

Alhamdulillah, terima kasih Allah!

Harini dah Jumaat. Nak cerita pasal result VSP. Jumaat lepas 21 Jun HR ada hantar invitation farewell untuk VSP/ MESRA takers. My name was on the list...Alhamdulillah. Tapi official letter still belum ada.

This week most of them have left since their end date is 30 June. I still have one month to go. Perasaan bercampur-baur. Happy mostly, nervous, sedih sikit-sikit and blur sekejap. I wondered how my last day would be like. Will I send a farewell email to all? Is there anyone gonna treat me lunch before I go? By now, everyone already know that I'll be leaving.

I'm still doing my work. Ada BOD and meeting slide kena buat. Deadline is tight sebab meeting awal bulan. Dok kata this is the last...pasni in sha Allah takda dah. Kalau ada pun, the work-returns is a direct relationship. The more you work, the more you get.







Aku decide nak beli baru sebab miss guna oven. Oven je boleh masak in large quantity. Pastu plan nak buat weekly stock so nak roast veggie and chicken.



Saturday, June 8, 2024

Masih menunggu

 Sepatutnya result VSP announce dalam 1st week of June. Ni dah Sabtu, nak masuk 2nd week, still belum ada apa-apa. Just to remind me, HR panggil aku earlier to tell me previous submission application aku memang company reject. Sedey siot. Tapi katanya HR akan cuba 'selit'.....

Sunday, June 2, 2024

Esok result VSP

Banyak menda happen between now and the last post. Two of them is aku beli IPhone 15 early May and VSP.

IPhone ni asalnya aku nak beli yang previous version saja. Tapi after husband aku pikir-pikir (bukan aku yang pikir...kuang3x) beli je terus yg latest. Future proof selagi tak rosak so dia pesan aku jaga baik-baik. Aku amik easy instalment 36 bulan, Aku sendiri tak caya aku beli sebab aku kan dah nak berenti kerja, mana nak cekau duit bayar bulan-bulan. Tapi aku bukan suka-suka nak tukar phone. Phone Samsung aku rosak sebab terendam dalam air. Aku tak sengaja dan aku memang takda niat nak tukar phone. Sekarang ni masih lagi cuba nak recover gambar-gambar yang ada. Gambar Rome masih belum dapat recover...sob2

Satu lagi pasal VSP. Juga aku tak sangka company ada buka application. Memang aku tak hesitate. Masa tu aku on the way balik ke Bangi dari Perlis. Dalam kul 4.00 pm gitu kot, member sebaya wassap bagitau boleh apply VSP. Ya Allah! Berdebar terus aku ntah kenapa. Mungkin sebab tak sangka. Bila aku sampai Bangi dalam kul 12.00 tengah malam, aku terus bukak laptop and buat application. So application annouced 29 Apr, aku terus apply jadi 30hb Apr sebab dah tengah malam kan.

Aku berusaha juga bagitau boss aku, tanya dia akan sokong tak application aku. Aku pun contact boss lama tanya dia camna dia buat. Dia suh aku convince kan boss aku untuk support aku. Aku juga pegi jumpa CEO bagitau intention aku, aku tulis surat untuk dia and CFO. Aku tak berenti berdoa kepada Allah SWT supaya lembutkan hati CEO dan permohonan aku diterima. Aku selalu berzikir Ya Latif bila teringat pasal VSP. Aku bertawakal kepada Allah SWT. Sekiranya ini rezeki aku, in sha Allah tak ke mana. Sekiranya aku tak dapat, mungkin Allah SWT mahu bagi rezeki lain. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui Ya Allah!

Kalau dapat la VSP ni, banyak memudahkan aku untuk melaksanakan beberapa perkara. Tapi aku tak nak tulis kat sini sebab in sha Allah esok result keluar. Kalau tak dapat nanti aku sedey....Sesungguhnya di kala ini hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Friday, April 26, 2024

Pengalaman berfisioterapi

 Sebelum puasa aritu aku ter'cedera'. Tengah-tengah exercise (brisk walk indoor je pun) tiba-tiba kaki aku terpeleot. Sakit la jugak bila nak jalan, terdengkut-dengkut. Aku tak leh nak cuti sebab macam ada banyak je menda opis aku kena settlekan. Aku ada pegi jumpa doktor and dapat ubat muscle yang sapu, macam minyak panas la. Bila sapu memang lega.

After a few weeks, aku dah boleh jalan macam biasa cuma bila nak turun tangga, aku masih banyak guna kaki kiri (yang terpeleot kaki kanan). So somehow macam ada effect kat bahagian kiri aku dari bawah sampai bahu. Rasa lenguh-lenguh gitu. Last-last aku decide mintak klinik refer aku kat physiotherapy centre. Aku dapat 1 slot before balik cuti hari raya (Sabtu 6 Apr). Dah lama teringin nak visit physiotherapy centre. Yang aku pegi ni kat OSTIA Bangi.

Bila therapist assess, memang muscle aku sume keras. Aku kena selalu buat stretching rupanya. Aku memang tahu kena stretch masa join personal class yoga dulu. Aku ingat masa COVID lockdown aku rajin buat juga. Aku rasa badan aku memang macam panjang sikit...haha! Maksud aku sebab yoga tu kira stretching kan. Tapi bila dah busy kerja, schedule pun lari. Terus tak buat dah....

To loosen my muscle terapist letak hot pad. Pastu ajar stretching kat affected area. I hope with the sessions, aku akan align balik badan aku ni. Dia ada ajar a few exercises, I like the ones yang nak strengthen my shoulder/ upper body. Sebab aku rasa aku buat weights dari dulu lagi tapi kenapa tak kuat-kuat juga. Aku tanya terapist tu dan jawapan dia logik. Sbb aku ikut Youtube, bukan ikut nasihat based on assessment...haha! Jadi dia kata, betul aku buat tapi mungkin tak address the weak muscle. So yang dia ajar tu basic and senang. Sepatutnya aku boleh buat la. Dia kata untuk strengthening akan amik masa 2 minggu. Tapi aku memang tak sempat buat lagi...hopefully starting minggu depan boleh...

Aku suka physioterapi sebab dia betulkan badan kita. Lifestyle kita sekarang yang menyebabkan badan kita semakin lama semakin sakit. Duduk lama sangat, tengok phone lama-lama, kerja guna laptop/desktop, pastu tak stretch. Lama-lama pikir memang aku rasa dah sampai masa aku pencen for the sake of my wellness.

Aku pun cam plan nak pergi Curve, sebab ada equipment untuk exercise. Nak kena tanya joining fee dulu...


Weight after raya 2024

 Alhamdulillah, surprisingly my weight now is 78.75kg instead of 80kg. Tak da restrict apa-apa tapi memang tak makan sebanyak previous days. Bulan puasa haritu memang tak berapa nak makan nasi, kalau karbo selalu makan mee. Mostly Ramadan aritu masak sendiri macam ramen chili oil, mee suah sup. Dua-dua tu memang favourite. Ada buat nasi goreng sardin, bibimbap etc tapi portion tak sebanyak dulu. Kita makan guna sudu, rasa macam makan kurang sikit bila guna sudu. Pastu rajin buat Chili Garlic soft tofu, best!...Kita cuba untuk lebihkan protein.

I've been following Glucose Revolution who preaches us to start our meal with veggies and protein before carbo. This is to manage and reduce glucose spike which is responsible to cause cravings for unnecessary calories. Dia tak restrict desserts, cuma makan as a reward i.e towards the end. Boleh makan but still in controlled portion. Lagi satu tip yang senang nak follow is to take some vinegar sebelum meal.

Aku pun dah start makan chia seeds pagi-pagi campur dengan plain yogurt, kurma/berries and walnuts.

Tadi kuar lunch dengan member, lunch @ Caravan. Nak order sandwich saja tapi sold out. Aish, bila kita nak jaga makan ada saja halnya. Last-last order Chicken Parmigiana. Portionnya besar, ada fries pulak tu. Malam ni jamuan raya lorong pulak. Hopefully tak makan apa-apa sebab tadi dah makan banyak.