Tuesday, July 14, 2020

Post MCO: Anak-anak dah nak masuk sekolah

Baru lepas antar Jasmin ke SGS tadi. Ada SOP: parents x boleh kuar dari kereta, barang yang student boleh bawa limited to 4-5 bags/luggage. Memang kejap gila tadi, tak sempat peluk-peluk Jasmin. Dia yang kata dah boleh balik, aku pun turutkan saja. Aku kata nanti call tau...

Esok Kasyif pulak. Camna agaknya bebudak bila nak start sekolah balik. Lutfi minggu depan 22hb July. Then tadi ada wassap kata Irdina kena duduk hostel starting Aug. Scholars kena duduk hostel, haritu kata study online sampai Dec. By the way, Alhamdulillah Irdina dapat scholarship Telekom...Thank you Allah!

Rumah akan sunyi kembali. Sunyi tu tak lah sunyi sangat. What will be missed is the moment dapat duduk di rumah sama-sama di mana semua ada. Selalu cuti sekolah, anak ada di rumah, mak bapak pulak takda. Weekend, mana yang duduk asrama takda pulak di rumah.

Mak bapak akan sibuk kembali pergi bekerja, rendah jem. Aku harap WFH ni really a new normal for my company, jangan main cakap je. Sat lagi suh jugak staff pegi office...hope not.

Sedar tak sedar, anak-anak aku dah besar. Bakal meneruskan hidup masing-masing. Aku sebagai ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan mereka. Sentiasa taat perintah Allah SWT, dipermudahkan urusan, diluaskan rezeki, bakal mencipta kejayaan yang diidam-idamkan. Aku tak mintak banyak. Aku harapkan yang terbaik daripada Allah SWT dan anak-anak yang sentiasa mendoakan keampunan untukku bila aku dah takda nanti...

Monday, July 13, 2020

Update drawer

My next project is to update my drawer. Condition drawer tu elok lagi, cuma roda rail ada yang dah pecah so bila tarik laci tak smooth la. Dulu aku pernah repaint drawer masa aku mengandungkan Irdina. Buat kaler-kaler untuk simpan stuff baby. Anak sulung la katakan, semangat betul aku. Tapi kali ni aku tak re-paint sendiri la kot sebab kat sini takda tester pot (dulu aku beli tester pots je, tu yang boleh multi color). Aku cari idea aku nak update drawer tu jadi apa. Trend sekarang glass drawer tapi maintenance leceh pulak nanti. Aku rasa payah sikit nak buat DIY project kat sini. Either that or aku sebenarnya dah tak larat cam dulu....isk.

Last-last aku kata, buat simple project dah la. Yang penting, jadi. Then aku dapat idea, aku boleh try outsource re-painting work dengan Astana Jati bagi sama dengan warna katil. Pastu tukar rail dengan knob. Siappp...Advantage sekarang ada Shopee/Lazada, boleh beli parts online. Aku jumpa drawer rails and knobs yang berkenan. Rails dalam RM50 in total, knobs dalam RM64. Tak sure re-paint jadi berapa RM. Nanti aku tanyakan kat Astana Jati

I think this would be a totally transformation project!

Sunday, July 12, 2020

Hunt for new bedframe II

After visiting Ashley, aku survey pulak katil kayu jati. It's the only option yang aku tahu yang solid and long lasting. Tapi aku tak nak yang cam kerawang-kerawang and tak nak kena tipu sebab kayu jati ni banyak gred. Kalau google, yang banyak kuar yang belah-belah Shah Alam, Melawati, Puchong. Design modern pun ada. Tapi husband aku ni cam sibuk je, cam susah nak ajak pegi jauh-jauh. Aku pun ada kemalasan juga. Attitude aku sekarang, beli je yang berkenan sudah, tak payah nak survey setiap ceruk Selangor/KL. Dah tukar daripada attitude masa umur 30an, rajin giler aku nak jenjalan survey.

Katil kayu jati
Kat Bangi yang aku perasan ada 1 je kedai perabot jati, kat Seri Bangi. Aku tak tahu kot-kot ada jugak kat tempat lain. Yg kat Seri Bangi memang selalu nampak kalo lalu situ. Dulu nama Mahligai Jati, sekarang dah tukar jadi Astana Jati. Tukar management agaknya. Tak terpikir yang aku akan menjejak kaki ke kedai tu. Aku wassap dulu tanya ada tak jual katil king size. Dioghang jawab ada. Aku tanya range harga...much lower than Ashley dan dari situ la ia bermula...

So on Saturday, pegi kedai Astana Jati Bangi tu. Aku tanya lebih detail pasal harga dan design. Aku perasan ada display katil jugak kat kedai tu. Tengok kayu dia cam OK. After about 15 minutes, kitoghang balik sebab salesgirl tu nak kena confirm dulu dimension and harga. Then later that afternoon, she wassap me and quoted RM2,400 for a custom made design. Mahal la sikit daripada SSF, RUMA tapi ni jati you. Aku OK dengan harga tu...lebih kurang harga Fella Design yg discount 50% tu but definitely lagi murah dari Ashley. Meaning category katil kayu yang solid mmg harga tu kot. Maybe orang yang biasa beli jati or rajin tawar menawar boleh dapat harga lagi kurang tapi aku tak pandai nak bargain.


Aku nak design camni. Organic ada lengkung-lengkung sikit sebab dulu masa nak kahwin dah pilih katil yang square-square. I'm quite happy now that it',s already out of the way! Alhamdulillah Allah kerana mendatangkan ilham. Tak sabar pulak rasa nak tunggu katil (tempahan amik masa dalam 1.5 bulan). Paling lewat awal Sept, in sha Allah.

Aku rasa lega sangat sebab aku rasa katil RM4,000 yang husband aku berkenan tu mahal. Walaupun cantik, tapi saiz dah la tak kena. Aku rasa harga tu sampai camtu sebab Ashley tu American product. Bila size dah gitu, kena beli tilam and cadar American size juga. Cost lagi...Ashley is definitely for orang yang have-have. Ada juga orang beli je katil saiz tu tapi guna tilam biasa tapi why do you pay more if it's not perfect? Aku bersyukur sangat sebab aku dapat design yang aku nak with the perfect standard size. Tapi tak leh lega lagi...mana tahu nanti bila dah sampai tak sama pun dengan design...Ya Allah! Permudahkan la!.....

Adalah ilmu sikit yang aku belajar daripada pengalaman ni. Aku belajar pasal gred kayu jati, kualiti dan range harga katil. Dapat jugak masuk Ashley...hik!

Next project, nak revamp drawer coklat...

Hunt for new bed frame

I've been surveying for a bed frame at RUMA and SSF sebab target harga below RM2,000. Memang ada yang berkenan kat RUMA tu tapi adalah features dia tak meet pulak aku punya criteria. Criteria yang aku nak:
  1. Nampak simple tapi grand. Aku nak katil aku tinggi
  2. Aku nak foot end yang rendah sebab nak rasa inviting macam kat hotel
  3. Ada storage lagi bagus but I can do without one
  4. Long lasting sebab bukan senang nak tukar-tukar katil
  5. Elegant (macam katil kat Batu Pahat. Although dah 20 tahun, still tak nampak old fashion atau ketinggalan zaman)
Survey @ SSF Cyberjaya
Last Saturday aku pegi SSF Cyberjaya. Nampak ada katil yang berkenan, design memang sama dengan RUMA. Aku tak tahu ketahanan product SSF tapi cantik-cantik la macam RUMA. Aku dah tengok website SSF, harga mahal RM300-RM400 dari RUMA. Aku hampir-hampir nak meninggalkan kedai tapi aku tanya jugak berapa harga katil yang display tu kat salesman. Sekali dia kata ada 40% discount on all items for SSF members! Wow! Ini sudah bagus! Kalo masuk delivery pun masih lagi rendah daripada harga RUMA. Hati aku dah melompat-lompat kegembiraan! Cuma belakang katil tu la, masih lagi hanya distapler dengan kain hitam, tak full upholstered pun. But at least it's cheaper than RUMA...aku bawak bertenang dulu sebab beli katil ni kenalah persetujuan bersama kan (aku pegi Cyberjaya sorang-sorang sebab merajuk dengan husband sebenarnya...kuang3x) Balik rumah tak merajuk dah sebab hati dah terhibur nampak katil idaman

Esoknya, aku bagitau husband cam dah jumpa katil yang berkenan and tunjuk gambar kat dia. Sekali tu dia tak impressed pun. Rupanya dia tak suka katil yang upholstered sebab impression dia, katil tu tak tahan. Sebelum ni aku tak sure aku nak katil divan atau bedframe biasa. Upholstered bed dalam Pinterest memang cantik-cantik. Tapi yang available kat Malaysia, dalam gambar nampak cantik tapi bila tengok physically tak nampak solid macam dalam gambar Pinterest. In a way, aku setuju jugak dengan concern my husband tu. Dia prefer katil kayu yang solid..'macam yang kat Batu Pahat' dia kata. Ohh! Aku kata kalo katil kayu tak dapat RM1,000++, starting RM2,000 aku kata. Dia kata 'takpa la kalo dah memang tu harganya'...Gulp! Aku telan air liur (sebab the deal is aku beli katil, dia beli mattress) Then aku ajak dia pegi survey dekat-dekat Bangi dulu, dia kata OK. Yesss!

Survey @ Fella Design & Ashley Bangi
Esoknya after lunch, kitoghang keluar. 1st kitoghang pegi Fella Design. Harga RM3,000 ke atas OK. Tapi ada satu tu discount 50% off jadi RM2,000 lebih. Besar katil tu, memang grand. Pastu tanya ngan salesgirl kat situ. Dia kata tu katil size European King, besar sikit dari standard size Malaysia. Owh, gitu pulak. Kalo beli tilam standard size, nanti ada ruang terlebih pulak. Kalo beli tilam ikut saiz katil, mahal lagi la harga tilam. Pastu cadar pun tak boleh cari size standard.

Then kitoghang pegi Ashley kat Bangi Central. Memang la cantik-cantik and grand. Harga pun grand ya. Yang ni katil saiz American pulak, lagi besar daripada European size. Aku tengok husband aku macam berminat. Kitoghang terus tanya katil yang offer prize jadik dalam RM1,800. Yang ni tak nampak solid macam yang lain-lain (patut la Ashley buat offer). Yang berkenan harga dalam RM4,000++ (dalam hati biar betul aku nak beli katil harga tu...) Salesman tu ajar, Ashley ada buat beberapa offer yang boleh kurangkan harga katil. Contoh trade in katil lama (boleh dapat dlm RM500), atau beli tilam Ashley dioghang (harga katil jadi kurang RM1,000) which I personally think quite attractive if you want to own an Ashley product. The only problem is the size!!!!

Kita bawak bertenang dulu la...pikir elok-elok...