Sunday, July 12, 2020

Hunt for new bedframe II

After visiting Ashley, aku survey pulak katil kayu jati. It's the only option yang aku tahu yang solid and long lasting. Tapi aku tak nak yang cam kerawang-kerawang and tak nak kena tipu sebab kayu jati ni banyak gred. Kalau google, yang banyak kuar yang belah-belah Shah Alam, Melawati, Puchong. Design modern pun ada. Tapi husband aku ni cam sibuk je, cam susah nak ajak pegi jauh-jauh. Aku pun ada kemalasan juga. Attitude aku sekarang, beli je yang berkenan sudah, tak payah nak survey setiap ceruk Selangor/KL. Dah tukar daripada attitude masa umur 30an, rajin giler aku nak jenjalan survey.

Katil kayu jati
Kat Bangi yang aku perasan ada 1 je kedai perabot jati, kat Seri Bangi. Aku tak tahu kot-kot ada jugak kat tempat lain. Yg kat Seri Bangi memang selalu nampak kalo lalu situ. Dulu nama Mahligai Jati, sekarang dah tukar jadi Astana Jati. Tukar management agaknya. Tak terpikir yang aku akan menjejak kaki ke kedai tu. Aku wassap dulu tanya ada tak jual katil king size. Dioghang jawab ada. Aku tanya range harga...much lower than Ashley dan dari situ la ia bermula...

So on Saturday, pegi kedai Astana Jati Bangi tu. Aku tanya lebih detail pasal harga dan design. Aku perasan ada display katil jugak kat kedai tu. Tengok kayu dia cam OK. After about 15 minutes, kitoghang balik sebab salesgirl tu nak kena confirm dulu dimension and harga. Then later that afternoon, she wassap me and quoted RM2,400 for a custom made design. Mahal la sikit daripada SSF, RUMA tapi ni jati you. Aku OK dengan harga tu...lebih kurang harga Fella Design yg discount 50% tu but definitely lagi murah dari Ashley. Meaning category katil kayu yang solid mmg harga tu kot. Maybe orang yang biasa beli jati or rajin tawar menawar boleh dapat harga lagi kurang tapi aku tak pandai nak bargain.


Aku nak design camni. Organic ada lengkung-lengkung sikit sebab dulu masa nak kahwin dah pilih katil yang square-square. I'm quite happy now that it',s already out of the way! Alhamdulillah Allah kerana mendatangkan ilham. Tak sabar pulak rasa nak tunggu katil (tempahan amik masa dalam 1.5 bulan). Paling lewat awal Sept, in sha Allah.

Aku rasa lega sangat sebab aku rasa katil RM4,000 yang husband aku berkenan tu mahal. Walaupun cantik, tapi saiz dah la tak kena. Aku rasa harga tu sampai camtu sebab Ashley tu American product. Bila size dah gitu, kena beli tilam and cadar American size juga. Cost lagi...Ashley is definitely for orang yang have-have. Ada juga orang beli je katil saiz tu tapi guna tilam biasa tapi why do you pay more if it's not perfect? Aku bersyukur sangat sebab aku dapat design yang aku nak with the perfect standard size. Tapi tak leh lega lagi...mana tahu nanti bila dah sampai tak sama pun dengan design...Ya Allah! Permudahkan la!.....

Adalah ilmu sikit yang aku belajar daripada pengalaman ni. Aku belajar pasal gred kayu jati, kualiti dan range harga katil. Dapat jugak masuk Ashley...hik!

Next project, nak revamp drawer coklat...

No comments:

Post a Comment