Friday, March 24, 2023

2nd Ramadan 2023

 Hari ni WFH. Alhamdulillah, at least ada jugak 1 hari kat rumah. Hari ni aku baru start puasa. Pagi tadi dapat kemas dapur sikit. Semalam aku sempat buat jadual menu, nanti nak tengok balik.

Plan tahun ni, nak buat video masak-masak...bila aku pikir-pikir balik, tools mostly dah ada. dioghang yang dok buat video masakan tu mmg untuk staging saja, bukan betul pun. Maksud aku the task is to video, bukan memasak untuk makan. So definitely masa yang dihabiskan ialah nak bagi video nampak lawa. Definitely if kita masak selalunya 1 1/2 jam complete juadah, bila nak buat video jangan buat time nak makan breakfast, lunch, dinner. Itu ialah masa untuk makan, buka untuk buat video. Betul la, buat video masakan renyah sebenarnya. Tapi kalau dah minat, dioghang OK jer, apatah lagi ia menjana pendapatan.

Maybe tahun ni aku kena ubah sikit timing aku masak. Sebelum ni siap masak ngam-ngam waktu berbuka, sahur. Aku kena siap awal atau prep awal. Aku kena buat yang simple-simple saja. Nak jadi adventurous waktu weekend bila masa ada. 

Memang rasa payah tahun ni. Tak sure sebab dah 2 tahun duduk rumah (so ada masa untuk semua) atau keadaan dah berubah so aku tak leh expect aku boleh buat benda yang sama sebelum Covid. Atau sebab aku dah meningkat umur dan aku tak secergas dulu. Tak ingat Ramadan tahun lepas, aku sempat tahajud ke tidak before prepare sahur. Ramadan tahun ni aim aku:

  • Khatam 30 juzuk semasa Ramadan
  • Buat Youtube video semasa Ramadan
  • Kemas barang-barang tak pakai, gi donate
  • Finalize trip Rome
  • Finalize design/deco rumah


No comments:

Post a Comment