Monday, March 20, 2023

Ticking the boxes

Hari tu rasa tak productive. Alhamdulillah harini rasa productive sikit sebab berjaya buat beberapa errands:

  1. Gosok baju sekolah (Sabtu pagi). Alhamdulillah cuma kena gosok baju KAFA Lutfi saja (2 pasang)
  2. Beli baju raya untuk the boys (Sabtu pagi). Sabtu pagi tu husband ada appointment massage and Jasmin ada appointment braces, both dalam pukul 11.00 am. So aku drop depa and park kat EVO (orang dah start shopping raya so Bangi Sentral dah start sesak). Tak kuasa aku nak shopping situ, aku pegi EVO Parkson dengan Kasyif. Aku suggest warna kuning untuk masuk dengan baju raya aku, tapi Kasyif prefer purple. Kat Parkson takda pulak kaler purple yang cun. Kebetulan ada agent BulanBintang bukak kat level 1. Orang tak ramai, aku suh Kasyif cari baju kot2 ada yang berkenan. Alhamdulillah ada walaupun kaler tak exact sangat. Cuma kat situ ada 1 set saja, tak boleh beli untuk Lutfi sekali. Dia kata nanti boleh order online. Aku belum order lagi setakat ni...
  3. Bersihkan/ kemas porch (Sabtu petang). Haritu masa musim hujan lantai simen berlumut. Masa musim panas pulak, pokok kering macam nak mati. Pastu dengan bau kencing kucing, kasut bersepah. So aku kemaskan pokok-pokok, cuci simen and sort kasut yg tak nak masuk plastik (tapi belum masuk tong derma lagi).
  4. Order hp stand (Sabtu petang). Benda ni patut dah lama beli untuk buat Youtube video. Ni baru nak order kat Shopee. Plan nak buat video bulan puasa ni...
  5. Vacum atas (Ahad pagi). Lepas Subuh terus start (hubby takda, pegi Penang). Simpan beg2, tudung2 yang tergantung, sedut habuk, tukar cadar, lap apa yang patut.
  6. Cuci toilet bawah (Ahad pagi). Memang kotor betul (ikut benchmark aku la) so rasa puas bila dapat cuci. Aku rasa nak beli rak letak bodywash kat dinding water heater supaya tempat sink aku tak semak sangat.
  7. Lipat baju. 2 bakul ok (Ahad petang)...sambil layan Netflix kul 4.30 gitu. Dinner, aku outsource ke Kakak sebab dia nak keluar pegi Eco.

That was how my weekend ended. 

Harini budak2 start sekolah sessi 2023. Harini aku antar Kasyif and Lutfi (sebab abah dioghang belum balik). Lupa nak pesan kat Kasyif belajar elok-elok. kat Lutfi dah pesan dah.

Khamis ni juga start puasa. Aku kena start rancang menu.

Thank you Allah...permudahkan urusan ku. Semoga aku terus istiqamah mengaji dan berikan yang terbaik untuk keluarga ku.



No comments:

Post a Comment