Tuesday, June 13, 2023

Dugaan yang Allah datangkan

 Ada 2 situasi yang menyedihkan terjadi sejak aku balik from Rome:

  1. Adik ipar suami aku meninggal sebab kanser buat pinggang
  2. Adik aku tidak berduit dan kuat berhutang

Yang 1st tu memang pengalaman pertama aku, di mana orang yang dekat meninggal di usia muda. Adik suami aku berumur 38 tahun, yang meninggal suaminya. Mereka mempunyai 5 orang anak, yang paling besar tingkatan 2 dan yang paling kecil lahir bulan Oktober 2022 tahun lepas. Suaminya buat operation buang hempedu bulan Feb 2023. After operation mula-mula tu dia nampak masih kuat, sempatlah duduk rumah mak mentua. Tapi air perut kat tempat belah operation tu tak kering-kering so dia kena warded balik. Kira dia keluar masuk wad jugak la dan 2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri hujung bulan April, dia masuk ICU sebab rasa susah bernafas. Mak mentua aku kata dia nampak sangat lemah dan tak berdaya.

Then while we were in Rome, dikhabarkan suami dia dah tiada. I stayed silence, same with my husband. What else is there to say, hanya mampu ucapan Innalillah dan berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Terkenang bagaimana nanti isteri nak membesarkan anak-anak yang masih kecil...

And last week, kami balik kampung since kami takda kat Malaysia semasa kejadian berlaku. My husband cuba mendapatkan gambaran situasi kewangan adiknya bila tonggak keluarganya dah tiada. Memang terkesan sebab gaji adiknya tidak sampai RM3,000. Nanti campur dengan pencen arwah mungkin dapat dalam RM4,500 untuk menanggung 5 orang anak yang masih dibangku sekolah dan kecil. Apa yang aku boleh bantu? Cuba carikan skim atau bantuan yang boleh meringankan beban kewangan dia. So aku tengah survey JKM, Baitulmal, Zakat dan Jabatan Pembangunan Wanita.

Yg ke2, kes adik aku suka pinjam tak bayar balik. Dia rajin meminjam dengan adik-beradik aku. Cara meminjam seperti terdesak tapi yang adik-beradik aku pelik kenapa baru dapat gaji dah terus takda duit. Dioghang suh aku selidik. Tahun lepas aku memang ada jumpa adik aku tu, mintak info gaji, pinjaman, transactions. Rupanya bank tahan gaji dia sebab masa 2nd moratorium aritu, bank tersilap bagi. Dia tak tanya bank so dia dah guna duit tu. Bila bank perasan and suh bayar balik, dia tak buat. So bank terus tahan gaji dia. Hal tu dia tak citer kat adik-beradik dan sanggup meminjam sana  sini. 

Adik-beradik aku jugak suspect dia ada main forex. Pelik betul la, duit takda tapi nak main forex tu kenapa....

Sebab aku dah jumpa dia sorang aritu and keadaan tak improve, aku call wife dia pulak untuk dapatkan cerita daripada sisi lain. Punyala susah nak bercakap dengan wife dia tapi aku bersangka baik je la.
Then finally last Saturday, dia call aku balik and aku terus tanya mengenai masalah kewangan adik aku. Ada cerita lain rupanya dan aku sebagai seorang perempuan mestilah paham perasaan seorang isteri bila ditipu. Pada aku adik aku memang dah buat salah, menipu dan mencuri duit isteri sendiri.

Camna cara nak selesaikan ni? Adik aku tu hutang dah keliling pinggang, pastu buat pasal pulak dengan isteri dia. Aku wassap adik aku keesokan harinya....cerita lain pulak. Peningla! 

So aku nak bersemuka dengan dioghang. Aku bagi masa sebulan untuk dioghang tetapkan tarikh.

Ya Allah! Kau kuatkan lah kami Ya Allah! Berikan lah buat fikiran yang boleh membantu menyelesaikan kedua-dua masalah ini....

No comments:

Post a Comment