Monday, October 23, 2023

Tarik Nafas! Hembus!....

 Aduh...baru sempat bernafas ni. My last post was in July, skrg dah hujung Okt. Tak ingat 3 bulan dok buat apa. Oooo...mungkin kami fokus kepada Jasmin sejak dia snap masa Hari Raya Haji bulan Jun aritu. Kira bulan July dan Aug, kami layan dia pegi balik Beranang setiap hari, so dia tak stay kat kolej. Kami ada gi Avilion Port Dickson and Tiong Trove kat Perak.

Alhamdulillah, Jasmin nampak kembali seperti dia. Dia dah start stay kat asrama bulan Aug agaknya. Harini ada perjumpaan dengan lecturer dia. Last exam, dia ada fail 1 subject. Disebabkan itu dia tak boleh fly ke Jepun. So to us is 'what's next?'....I admit I felt a bit disppointed but maybe Allah SWT has other plans for her. I know Allah has other plans for her. I could only do my best as a mother to care and support her.

Bulan Sept, mak datang Bangi for a week. Kami layan pegi picnic kat GIBS, Ulu Yam on weekend. Pastu aku amik cuti hari Rabu 27 Sept, bawak mak tengok demo masak K Zaida Ibrahim. Sebelum ni mak selalu sebut nama K Zaida, tgh fb dia, masak Nasi Ayam guna resepi dia, beli product online etc. I guess my mum really likes her so tu yang bawak dia. Kalau nak tengok demo dia masak, free je pastu studio dia kat Puchong. Ok la....doable. Alhamdulillah, dapat penuhi hajat mak.

Sept jugak, ada pegi Kuala Terengganu. Ad hoc plan! Huish, dah lama tak buat keje camni...main terjah je. Husband memang dok cari baju batik sebelum ni, nak buat pakai pergi keje hari Khamis. Kami memang dah round kedai-kedai kat Bangi tapi hubby tak berapa minat design kot. Kalau yang dia minat, aku pulak tak berkenan sebab macam design lama. Pastu nak dijadkan cerita, dah keluar pekeliling wajib pakai baju batik so hari Rabu malam dia tanya aku 'kat mana ada banyak jual baju batik?' Aku jawab la 'Pasar Payang' tapi tak sangka la pulak response dia "Ok, jom weekend ni pegi Kuala Terengganu.." Err....err....aku macam ada plan nak kemas rumah sebelum mak datang tapi takkan nak tolak bila orang ajak pegi jalan-jalan kan... Aku pun kata OK. Memang ad hoc gila. Pegi semata-mata nak beli baju batik...haha!

Since dah boleh bernafas sikit ni, aku kena recap balik and jot down things I need to do on household and retirement....and weight management...next post ya

 

No comments:

Post a Comment