Monday, October 30, 2023

Lasik_My Wish Came True Part 1

 Aku tak sempat nak post pasal aku buat lasik. Kalau sebelum ni, aku pasti akan buat countdown atau tulis pasal aku punya survey on lasik. Tapi tak tahu kenapa, memang aku tak sempat. Banyak benda yang aku suka buat dulu, aku tak buat dah...dulu aku ingat, weekend aku sanggup ngadap laptop survey holiday la, plan renovation la. Tapi sekarang aku malas nak bukak laptop on weekend...nape ek? 

Agaknya sebab sekarang aku guna laptop opis kot. Aku rasa nyampah nak bukak laptop. Nyampah tengok email, nyampah tengok folder...all reminds me of work. Some people ok je, cam laki aku. I think they really embrace 'Work from Anywhere'...whereas aku masih nak ada boundary between work and personal. Dulu aku ingat aku boleh work from anywhere tapi somehow aku yang pressure diri aku sendiri. Maybe boss takda cari pun tapi aku yang gelisah kot-kot boss cari. Aku tak pandai menyambil buat kerja lain tapi aku dok duduk depan laptop (ni kat rumah ni). Ada orang dia boleh pegi keluar amik anak la, bayar bil la etc...

Tiba-tiba nak buat LASIK?

Enough about my mumbling.Let's go back to cerita lasik. Macam mana aku tiber nak buat lasik? Masa tu aku try nak pikir apa lagi yang aku kena buat before aku berenti kerja. Sbb bila dah berenti nanti, duit tak masuk. Sekarang la kalau ada apa-apa nak beli sementara ada duit gaji. Sebelum ni masa lasik tengah viral possibly 2008 onwards, ada orang opis buat lasik dengan Prof Muhaya. Agaknya masa tu seram lagi dengar laser treatment plus duit pun tak berapa nak ada masa tu, aku takda la nak buat. Aku prefer pakai contact lense lagi masa tu. Then end 2019 masa check mata kat Menara Seksyen 7, orang tu kata mata aku ada sel darah mati. Aku ada citer kat sini Since then aku tukar ke daily contact lense tapi aku jimat-jimat pakai bila perlu sebab mahal kan. Aku pun start pakai cermin mata pegi opis.

DAILY CONTACT LENSE + CERMIN MATA = COSTLY

My first prescription with new glasses was around RM2,200 sekali dengan daily contact lense. Entitlement untuk claim RM750 saja. Quite mahal la pada aku. Then, after a while aku agak sebab jarang pakai contact lense, bila aku pakai nanti aku rasa tak selesa dan tak berapa terang. Aku rasa pakai cermin mata lagi baik, lebih selesa.

Cuma bila pakai cermin mata ni, kena berjaga-jaga, kena ingat letak kat mana. Power aku masa prescirption tu dalam 5.50 dan 5.75 (kalau prescription cermin mata lagi banyak dlm 600). Kalau tak ingat mana aku letak, meraba-raba la aku mencari sebab rabun aku tinggi kan. Selalu memang kalau depan mata pun tak nampak! 

Pastu rajin berkabus la bila kita exercise. Aku pun ada malas nak buat yoga sebab bila kita terbalik buat downward dog ke apa, spec tu mesti lah terkeluar/tergantung...basically aku rasa tak selesa la.

BILIK AIR BERDAKI PENYEBAB NAK BUAT LASIK

Apa yang buat aku tekad nak buat lasik sedangkan dulu aku takut? Simple jek. Selalu kalau mandi kat bilik air mesti kita bukak cermin mata kan. Then 1 hari, aku masuk bilik air masa nak mandi aku terlupa bukak cermin mata. Bila aku masuk, baru aku perasan bilik air aku berdaki! Selama ni aku ingat bilik air aku bersih...adoii! Terus rasa nak buat lasik to end the misery! Kuang3x

I think I brought the matter up to my husband after Raya 2023 (July) kot. Dia kata nanti dia tanya kawan dia buat kat mana. Aku pun ada tanya cousin yg buat kat Vista Puchong (RM1,999 per eye). My friend Zied, buat ngan Prof Muhaya last 2 years (RM6,000++ per eye). So it's kinda common now. Orang yg I tanya have no subsequent problems after the surgery. So if everyone is fine, what am I afraid of? I didn't need to think further, lasik is the answer for rabun people....

Then aku dapat tahu aku punya officemate punya adik ada buat kat Bangi, Seksyen 3. Dekat nau dengan rumah aku. So dah terlanjur dekat aku gi la terjah hari Sabtu kul 10.00 pagi. Kebetulan ramai orang masa tu, terus tak jadi. Bila tanya reception, dia kata kalau nak jumpa dr kena bayar RM500 dulu. Adeh! mahai bebenor. What if mata tak sesuai buat lasik? Pastu aku tanya kalau buat lasik range harga dalam berapa? Reception kata dalam RM5,000 - RM8,000. Okay, aku catit dulu. Dia pun advise datang weekdays kalau tak mau tunggu lama.

1st EXPERIENCE

Later on 3rd Oct, aku ajak husband pegi clinic yang kawan dia pegi (Advance Vision Eye Specialist) kat Damansara. Aku ada google up the clinic and apparently harga dia tak mahal. 1st screening tak perlu bayar apa-apa. Subsequent appointment baru bayar RM100. So kami pegi and get my eyes checked. Alhamdulillah boleh buat lasik tapi dia kata tak ubat rabun dekat. Treatment dia nama Trans PRK. Harga dia RM5,588 + RM3,000 sebab kena treat astigmatism.  Tapi masalahnya kliniknya jauh. Nanti lepas surgery, kena datang follow up dalam 4-5 kali juga. Dah la nak parking pun payah. So after due deliberation, since harga tak jauh beza dengan klinik Bangi aku decide buat di Bangi saja. Nak pegi follow up check up senang nanti.

PUSAT PAKAR MATA BANGI

Sebenarnya aku plan nak buat bulan Dec, bila kat opis tak havoc sangat. Selalunya orang akan amik cuti Dec so kurang la sikit kerja-kerja yang ad hoc. Nak dijadikan cerita, aku cuba pegi Pusat Pakar Mata Bangi hari Jumaat 20 Oct kul 2.30 ptg. Bila aku sampai reception kata orang ramai, memang aku tak sempat jumpa doktor. Ni kali kedua aku datang, tak sempat nak jumpa doktor. Aku pelik klinik Bangi ni tak boleh buat appointment, kena walk in. Reception tu advise aku datang esok hari Sabtu kul 9.30 pagi. So I did and I waited until 10.30 and finally I got my eyes checked!

So the screening lebih kurang macam kat Damansara. Cuma kat sini dia buat Presbyond treatment meaning akan treat aku punya rabun dekat juga. WoW! Ini sudah bagus! Tapi bila tanya betul-betul, rabun dekat ni sebenarnya tak boleh dielakkan. Memang akan ada bila kita menua nanti. Cuma dengan treatment ni, dia melambatkan aku pakai spec rabun dekat 5 tahun lagi. Tak kisah la...orang mata sihat pun memang akan ada rabun dekat.

Person in charge tu juga explain the differences betwen LASIK, PRK and SMILE. Dia kata dr suggest aku buat LASIK. Faster recovery and harga rendah sikit daripada SMILE. Aku OK kan jer, dah tak sabar tak payah pakai cermin mata. Aku pun tak sempat nak buat study differences between the surgeries, aku tahu LASIK jek.

Memula dia set surgery aku 3 Nov. Bila aku bagitau husband, dia kata nape tak buat next week? So aku call balik klinik nak ubah tarikh surgery to 27 Oct, cepat seminggu. Masa tu aku memang tak da rasa takut ke apa, sebab dok pikir pasai kerja kat opis. I kept telling myself, if other people can, why can't I?.....

to be continued...

No comments:

Post a Comment