Tuesday, March 19, 2024

Reminder for myself

 Aku perasan bila boss cari, tanya soalan, suruh buat something, present ke CEO...aku terus rasa malas. Terus tak sabar nak berenti keje....kenapa ya?

Aku tak suka diganggu ke? Aku tak suka buat kerja ke? Aku tak tahan kena marah ke? Kalau gini, baik berenti kan...

Aku masih mencari jawapan kenapa aku tak mahu kerja lagi. Antara yang possible

  1. Environment office yang hare. Yes, aku drag nak pegi opis, Masuk kereta nak pegi opis, dah pikir nak balik pukul berapa.
  2. Aku rasa aku tak make any great contribution to the company
  3. Aku sebenarnya nak buat menda lain. If it's money making, the better
  4. Aku nak jaga rumah aku yang semakin huru hara
  5. Aku nak jaga kesihatan yang semakin hari semakin degrading
  6. Aku nak jaga anak-anak, mak, mentua. Aku nak the ability to attend to them whenever I want
  7. Aku nak mengaji
  8. Aku nak bercucuk tanam, buat DIY
  9. Aku nak berkenalan dengan jiran-jiran

Monday, March 18, 2024

Kasyif masuk MRSM Trolak

 Alhamdulillah, haritu Kasyif dapat offer both MRSM dan SBP. Dapat MRSM Trolak dan SMS Alor Gajah. In the end Kasyif pilih MRSM. Ni first anak masuk MRSM. Aku pun belajar benda baru. Ada a few terms lain dengan SBP. Konsep 'Homeroom' memang konsep baru untuk aku. Secara kasar, aku rasa bagus sebab role cikgu yang jadi cikgu homeroom ialah pengganti ibubapa bila di sekolah. Aku ingatkan macam warden tapi bukan. Warden ada jugak, jaga bahagian asrama. Cikgu homeroom jaga dalam 15 orang murid gitu, tak ramai. Kalau warden, dia jaga blok asrama so lagi ramai. I guess cikgu homeroom tempat anak-anak meluahkan perasaan kot. Kalau ngan warden kita takut kan, warden garang! Haha

Hantar Kasyif hari Isnin, 11 Mac. Nampak dia OK. MRSM boleh bawak tepon biasa so aku ada la antar sms kat dia. Weekend baru lepas ni dia balik, abah dia amik. Next week kami pulak pegi Trolak sebab ada Iftar Perdana kat sana. Sebab Kasyif baru masuk kan, so kami decide untuk join.

Lutfi dapat offer SASER kat Seremban tapi tak pegi. Anak-anak aku mana ada yang pegi since Form 1. Lutfi pun nampak cam tak nak pegi so kami tak paksa la....

All the best Kasyif! Moga dapat belajar dengan baik, serlah potensi dan jumpa kawan-kawan yang baik. In sha Allah Kasyif akan mengharumkan nama MRSM Trolak nanti! Mama sayang Kasyif....

Monday, March 4, 2024

RAIZ The Investment App

 Aku start guna Raiz exactly on 9 Nov 2022. So lebih kurang dah 1 tahun 4 bulan. Dalam akaun sekarang ada RM801 which RM200 duit yang aku masukkan. Selebihnya daripada round ups daripada transaction yang aku buat through credit card or transfer or MAE total dalam RM505.68 (sebenarnya lebih lagi tapi Raiz dah tolak RM22 untuk monthly charge RM1.50 per month)

  • % from deposit+round ups dalam 13.6%, tapi ni belum tolak monthly charge RM1.50. % akan turun lagi la, tak setinggi 13.6%
  • Selama 16 bulan, average Round Up dalam 505.68/16 = RM31.60 sebulan
  • Kalau aku nak dapat RM1,600, dalam Raiz kena ada at least RM11,800
  • Tapi Raiz ni ada fees ya:



Lama-lama tgk calculation kat page dia ni, pening pulak kalau nak amik kira from investment perspective.

Aku pikir, nanti bila aku retire, duit belanja pakai duit dalam Raiz. So dia pusing-pusing, belanja - kena tolak masuk Raiz - belanja- kena tolak masuk Raiz...haha...tapi tang charges dia tu...camna nak amik kira? Kalau amik dari akaun bank biasa, kita tak nampak duit masuk. Kalau Raiz, kita nampak duit yang dia dok tolak bila kita berbelanja...

Biar aku pikir lagi....

Saturday, March 2, 2024

Still belum finalize plan for reno

Hari ni 2nd March. Aku tinggal berdua saja dengan Jasmin. The boys and Abah balik Jelempok. Irdina masih di kolej.

Ntah kenapa harini rasa lapang saja. Boss pun tak cari 2-3 hari lepas. Rasa tenang. Pagi tadi pegi jalan kat denai half way sambil dengar Mel Robbins on 'train you brain to manifest'. Half way sebab kaki kanan injured sebenarnya masa buat steps kat rumah hari Selasa pagi lepas. Dr described as 'soft tissue injury on right ankle'. So tak nak la beria sangat berjalan, nanti lagi lambat baik. Alhamdulillah it's recovering although not fully. Hari ni ada booking body massage session jugak at 5 pm, ingat nak mintak urut kaki sekali.

Plan pagi tadi nak pegi IOI City Mall pagi tapi Jasmin tak bangun lagi. Apart from that ingat nak finalize reno project, fixing what I really want. Still takda jawapan. Banyak sangat menda yang aku consider termasuk nak besarkan bilik belakang ke untuk hari tua?

Ya, aku nak yang minimal supaya tak susah nak mengemas. Dalam kepala bila aku duduk rumah nanti, aku akan mengemas cam Scandish Home . At the same time, I tak nak reno lagi so kena pikir betul-betul yang ni. Aku pikir rumah ni aku kena suka sampai aku tua so kena fit untuk aku, anak cucu.

Aku dah ada collect images menda-menda yang aku suka. So features yang confirm aku nak:

  1. Hidden TV feature wall. So bila orang datang and nak formal sikit, boleh camourflage TV and space rasa formal. Untuk husband bawak kawan-kawan dia. Atau untuk kurangkan aku tengok TV...kuang3x
  2. Flexible seating area untuk family as well as formal guests. I want to bring in more guests to my home. Entertain family and friends. Husband boleh buat discussions dengan kawan-kawan.
  3. Porch yang welcoming with sections for hydroponics and tempat lepak. Jadi sliding door nak ganti dengan bifold door. Kat area tu ada seating and plants.
  4. Balcony nanti nak buat port healing so nak letak plants kat situ. Tengah pikir camna nak lindung
  5. Storage pulak, memang nak buat bawah tangga. Sebelahnya nak letak buai sebab area tu selalu jadi tempat kumpul habuk. Bila letak buai, tak perlu la nak alih kerusi untuk vacum.
  6. Besarkan bilik atas (kids)

Aku rasa reno ni kena buat lepas aku berenti kerja supaya aku boleh monitor. Kena sewa tempat lain kot.