Monday, March 18, 2024

Kasyif masuk MRSM Trolak

 Alhamdulillah, haritu Kasyif dapat offer both MRSM dan SBP. Dapat MRSM Trolak dan SMS Alor Gajah. In the end Kasyif pilih MRSM. Ni first anak masuk MRSM. Aku pun belajar benda baru. Ada a few terms lain dengan SBP. Konsep 'Homeroom' memang konsep baru untuk aku. Secara kasar, aku rasa bagus sebab role cikgu yang jadi cikgu homeroom ialah pengganti ibubapa bila di sekolah. Aku ingatkan macam warden tapi bukan. Warden ada jugak, jaga bahagian asrama. Cikgu homeroom jaga dalam 15 orang murid gitu, tak ramai. Kalau warden, dia jaga blok asrama so lagi ramai. I guess cikgu homeroom tempat anak-anak meluahkan perasaan kot. Kalau ngan warden kita takut kan, warden garang! Haha

Hantar Kasyif hari Isnin, 11 Mac. Nampak dia OK. MRSM boleh bawak tepon biasa so aku ada la antar sms kat dia. Weekend baru lepas ni dia balik, abah dia amik. Next week kami pulak pegi Trolak sebab ada Iftar Perdana kat sana. Sebab Kasyif baru masuk kan, so kami decide untuk join.

Lutfi dapat offer SASER kat Seremban tapi tak pegi. Anak-anak aku mana ada yang pegi since Form 1. Lutfi pun nampak cam tak nak pegi so kami tak paksa la....

All the best Kasyif! Moga dapat belajar dengan baik, serlah potensi dan jumpa kawan-kawan yang baik. In sha Allah Kasyif akan mengharumkan nama MRSM Trolak nanti! Mama sayang Kasyif....

No comments:

Post a Comment