Wednesday, September 21, 2022

Looking back 2021

 I've just noticed I did get this posted earlier! By right it should be in Dec 2021, not now Sept 2022. Isk...

Looking back 2021, here are some items that I want to cherish and mark as my small achievement in 2021

  • start to be aware about investment and register Public Mutual Online
  • redeem under performing fund, masuk Public Mutual office, cancel DDA on my own
  • join beginner classes on trading
  • apply to buy IPO shares
  • khatam Al Quran sekali
  • mengaji dalam 10 muka surat mostly every day
  • buat yoga pagi-pagi
  • kemas rumah bersih-bersih
  • re-organize kitchen

Stick to your target ok so you can focus on your family and quality ibadah
  • Plan your passive income from xxx
  • Have savings of 1m from investing + EPF by 2024
  • Reduce monthly commitment
  • To quit my job in 2024 (3 years from 2021)

Thursday, September 15, 2022

Do It Yourself

 Why this is labelled as Personal 3 Year Target? Sebab this is the thought process...

Belajar sekarang. Bila dah tak kerja, boleh jimat duit dan ada lah aktiviti yang nak buat. Very much related to home decor which is one of my interest....

Ni nak cerita, aku came across a woodworking class. Thank you Allah! I was looking for classes untuk Kasyif, sekali tengok ada kelas untuk pompuan. Inspired betul by this couple AdiAida

Sebelum tu masa aku revamp Kallax, aku ada terpikir yang aku ni sebenarnya tak pernah guna DIY tools. Aku tak tergerak nak belajar pulak tapi suka tengok orang dok buat makeover. Bila duit tak berapa nak ada, caner nak buat home improvement kalo tak pernah buat DIY. Pastu jumpa pulak website tu. Alhamdulillah! Aku memang bergantung kepada Allah sekarang ni untuk pandu aku capai impian untuk bersara awal...

With this class, I hope to start socializing, get out of my comfort zone with my 'free from 9-5 job' in mind!

So I've booked a place to attend a basic class on 2nd Oct. Bismillah!


Side hustle: Belum jumpa

 After a long break (I went to Pulau Perhentian), the thought of quitting my job is even stronger. Malasnya nak mengadap kerja...

I agreed with my friend who I met in Kuala Terengganu. She was my colleague and quit when she got married 3 years ago. I went to see her on my way to Pulau Perhentian. I was telling her I want to quit my job because I'm done and want to stay at home. She said 'Still, you need to do something because after 3 months you'll get bored...' Currently she's doing bookkeeping for her aunt.

Soalan "nanti nak buat apa?" aku rasa aku dah boleh jawab...banyak kot benda nak buat. Tapi aku masih belum ada aktiviti yang generate income. Baru this week terpikir tengok youtube on side hustle. Banyak benda boleh buat tapi aku memang kena cari and decide. Sebelum ni aku ingat buat typing or virtual assistance. Tu memang actual kerja, macam kerja opis. Then aku tanya diri aku balik 'Boleh ke aku buat?"

Masa tengok Youtube tu, kalau side hustle memang banyak yang nampak senang tapi require creativity e.g. create banner, icon...still not my domain. Teenagers pun dah boleh dapat income...

UBAH MINDSET

  • Aku memang kena ubah mindset, tak boleh maintain solo act. Aku kena join group/community bila nak buat freelance ni i.e start networking.
  • Aku kena yakin dengan knowledge yang aku ada. I need to know my self worth
  • Aku memang kena bergerak. Freelance ni kerja jugak. Don't expect things are easier
  • Start small. Yang penting is to get out of comfort zone


Some notes from my research

  1. Term freelance, part time and side hustle. What's the difference
  2. Platform for freelancing include Fiverr.
  3. Ada free accounting software QuickBooks


NEXT ACTION

  • Narrow down areas yang nak buat Bookkeeping ke, kerja senang ke,
  • Masuk FIVERR and other platform to familiarise
You will know which is best once you are able to visualize....

Sunday, August 28, 2022

Technology or waste of money?

 Aku baru teringat....sebelum in tahun 2010 ke sebelum tu, aku ada beli pants yang kononnya boleh buat kita berpeluh lebih and boleh kecik kan peha....masa aku berjaya lose weight 2013 onwards, aku rasa membazir gila beli dan aku tahu sebenarnya tak boleh percaya menda-menda camni.

Kali ni aku terjebak lagi, the stake is even higher RM768! Seluar Kondenshi Aulora. Aku tak tau la ok ke tidak ni, baru pakai 2 hari. Tumit kaki aku masih takda perubahan, masih lagi sakit...takpa, aku ikhtiar saja. Test dulu, kalo rasa tak berbaloi, cakap je kat member tak rasa apa-apa perubahan. Anggap je la ni jarih untuk bisnes kawan....


Saturday, August 20, 2022

Dah beli tilam baru...Alhamdulillah!

Masa beli aritu, memang nak update kat blog tapi sebab kekangan kerja, baru harini dapat menulis.

Kejadian berlaku sama tarikh dengan Jasmin register masuk MFI which was 1st Aug 2022...actually aku tak tahu lah nak panggil MFI ke UNIKL...I should write a separate post on this...

So back to the story of beli tilam, last survey masa bulan pose here. Masa tu tak beli lagi sebab pikir mana nak cekau duit. I aimed for Dunlopillo, katanya berkualiti dan tahan lama tapi harga mak aii... Tapi kali ini aku lebih bersedia tapi aku terpaksa pegi sorang-sorang sebab husband ada kerja. Mula-mula macam terasa jugak tapi lepas tu aku pikir lagi senang kot buat decision...beli jek! Hahah!

Midah Electrical

So aku pegi balik ke Kedai Midah, dekat-dekat dengan MRT Kajang. Pernah pegi kedai ni masa bulan pose aritu. Bahagian depan jual barang-barang elektrik rumah. Bahagian tilam nun jauh kat belakang. Bukan proper showroom pun, rasa macam store pun ada tapi selection dia banyak and tilam yang berjenama mahal. Kalau nak tengok Dunlopillo, kena naik tingkat atas pulak. Tapi memang dia ada banyak choice of Dunlopillo unlike kedai yang kitoghang pegi dekat Seksyen 5. Kedai tu adalah within price range kitoghang tapi tinggi tilam only 10"...tu yang buat kitoghang tak beli. Kat Kedai Midah ni (nama saja Midah ya tapi owned by Chinese) ada height yang aku nak (13") cuma sanggup tak sanggup je nak bayar harga dia...

Deciding whether to buy

Tilam-tilam kat situ harga yang di tulis dalam RM5,000 ke atas (dalam hati betul ke aku nak beli ni)...Yang 13" ada a few, yang aku kenan RM7,000 lebih. Adehhh...mahai. Beli emas lagi berbaloi. Tapi masalahnya aku mmg dah tak selesa tido kat tilam lama. Selalu tido hampir-hampir kat tepi katil sebab bahagian tu je tak lendut lagi. Aku pun dah tak rasa fresh bila bangun...

Sekali tu uncle kata ada diskaun. Aku tanya jadi berapa....dia kata RM5,800. Kitoghang budget dalam RM5,000. Hmmm...aku teringat style husband aku kalo beza setakat RM100-RM200, kira boleh la tu. Yang ni beza RM800...yang membuatkan aku boleh ON jugak sebab dah lama sangat surveynya, dari tahun 2019 kot...Malas dah nak cari. Kali ni dah jumpa tilam as per my criteria apsal tak nak beli pulak kan...that RM800 would end my misery! Aku cuba mintak RM5,600 dia tak bagi...Mmmm dah la, ON je la.

Pastu aku tanya uncle kena letak plywood ke kat katil, uncle kata YA kalau nak tahan lama. Alhamdulillah uncle ajar and suggest kat mana nak beli plywood and dia boleh pick up kan sekali....Alhamdulillah! Rasa berbaloi pulak that additional RM800..haha! 

All in all, the total costs is actually around RM6,000 sbb beli plywood 12mm is RM140. Takpa la, sekali sekala. Untuk kesihatan dan kualiti. By right tilam ni kena tahan 15-20 tahun la...

Alhamdulillah, kurang dah rasa sakit-sakit badan. Best rasa tido atas tilam baru. And rasa tinggi lagi daripada tilam lama. Sebab tilam lama dah sagging la kot.

Thank you Allah atas rezeki ini..I shall berbuat baik to others to express my gratitude for the rezeki that Allah SWT has given me....



Monday, August 8, 2022

My 2nd DIY project: Kallax

Project ni lama dah nak buat...aku ada Kallax beli 3-4 tahun dulu untuk letak buku sekolah the boys. Bagusnya Kallax ni dia ada banyak compartment so sesuai untuk segregate barang. Aku pernah jadikan dia space separator, aku pernah gunakan dia sama ada menegak atau melintang. Tapi sebab dia takda kaki, kalau letak melintang Kallax tu agak rendah. Aku rasa bulky bila letak melintang sebab letak atas lantai kan (silap tak amik gambar original position yang aku dok experiment) 

  Motto aku sekarang kan buat je, don't wait for perfection. Sebelum ni aku tunggu husband untuk buat tukang-tukang...kali ni aku kata 'buat sendiri!' So aku pilih project yang senang-senang la. Husband pun dah beli electric screwdriver so ia amat membantu. Aku pernah tukar rail drawer putih and IKEA Malm (sebab rail lama dah tak smooth). That was my 1st. So Kallax ni kira 2nd revamp project. Aku dah tengok kat Pinterest and Youtube, cantik dioghang buat pintu tutup compartment sebab tak nak nampak serabut sangat. Masa tengok tu bersemangat nak buat! But I tell myself, dioghang tu dah expert, aku baru nak belajar'. Ukur baju di badan sendiri...So aku tak nak ambitious sangat, nanti terbengkalai pulak. 

Untuk Kallax ni selain daripada aku nak tambah kaki, aku jugak nak minimize habuk so aku nak tutup one side with plywood. Actually kalau aku nak shortcut, boleh je beli Kallax insert yang berpintu tapi cost dalam RM50 (min) per unit. Kalo 8 x RM50 = RM400. Boleh tahan mahal!

 This is the costing untuk aku revamp totalling RM134.40 tak masuk delivery charges. Kalau masukkan RM15 x 3 = RM45, total jadi lebih kurang RM200, jimat la RM200. 
1. Kaki kayu RM13.90 x 4 = RM55.60 
2. Plywood 3mm untuk tutup belakang = RM26 (plywood tu ada banyak lebih) 
3. Contact paper RM4 x 2 = RM8.00 
4. Bakul cube yang diperbuat daripada kain keras mcm laundry basket RM6.40 x 7 = RM44.80 

Actually kalau nak cantik, boleh beli Kallax insert tu pastu deco pintu dia...ada jumpa corak cantik kat Shopee tapi total costs for these could be around RM600! Baik beli menda lain kan...

Alhamdulillah, hari ni siap tampal plywood, nanti tinggal beli bakul je...
Aku start pasang kaki sebulan yang lalu...kuang3x
Aku tahu nak pasang contact paper ni bagi smooth bukan senang, aku buat kedut2 hah. But remember, 
don't go for perfection...practice will make perfect...
This is before...
This is after. Memang tak beza sangat, janji kurang habuk masuk compartment...

Update 20/8/2022: Dah sampai 'bakul' kain cube...happy!


Thursday, August 4, 2022

Hari ini dalam sejarah (ke 3)!

Hari ni first time aku akan attend syndication ke Board of Directors (BoD) sebab ganti boss aku kena Covid. Aku catat sini sebab aku macam nak track mini achievements and practices done in terms of improving communication and presentation skills. 

 Alhamdulillah seperti ada perubahan sejak aku dah rajin baca Al-Quran. Aku dah tak nervous ya amat macam selalu. Sikit-sikit tu biasa la. Kalau dulu, mau seminggu pikir pasal presentation sampai mengganggu tidur. Fokus sangat kat presentation sampai keje pun ada lambat sikit buat. Sekarang mindset aku dah berubah...ini semua hal dunia. Buat saja, bergantung harap la kepada Allah SWT supaya semua berjalan lancar. Kalau orang marah, iya kan saja tapi kalau kita ada point nak cakap, cakap dan jangan simpan. Orang nak terima tak terima belakang kira. Kalau tak OK, Allah SWT nak bagi pengajaran supaya kita improve. 

Yang penting, aku kena up saham akhirat kalau nak masuk syurga. Baca doa banyak-banyak supaya orang paham apa kita cakap, orang nasihat bukan marah dan aku akan dapat sesuatu daripada pengalaman tersebut. Betul la orang kata. Dekat kan diri dengan Allah SWT. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Pengasih. Ya Allah, Kau permudahkan urusan ku harini, lancarkan lidah dan minda ku, sesungguhnya Engkau Penciptaku....Allahuakbar!

The experience
It was a syndication session with En Nizam ANIMONSTA. My CEO yang banyak cakap, aku tambah sikit-sikit je...haha! Takpalah, pengalaman tu yang mahal. 



Buttons they have received


Lepas syndication, En Nizam bawak tour office dia...best, vibe orang muda dan modern. Siap bagi momentos lagi. Balik citer kat anak, excited dia dengar....


Thank you very much ANIMONSTA!