Monday, June 20, 2016

Taqwa

Last week, belajar maksud perkataan 'taqwa' masa dengar radio IKIM. Sebelum ini rasa dah tahu maksudnya tapi tak ingat. Tak ingat sebab tak amik pusing untuk mencari redha Allah SWT. Sekarang dah ingat, kenalah berusaha supaya menjadi insan yang bertaqwa.

Taqwa in layman's term, takut dan taat. Semuanya kerana Allah SWT. Insan yang bertaqwa sentiasa menjaga dirinya supaya tidak dimurkai Allah SWT. Matanya dipelihara dari melihat benda yang maksiat. Kaki dan tangan dijaga dari melakukan benda yang mungkar, Dan setiap apa yang dilakukan disertai dengan keikhlasan hanya kerana Allah Taala.

Manusia memang tak lekang daripada kesilapan dan berbuat dosa. Tapi kita perlu berazam bersungguh-sungguh untuk menjadi insan yang bertaqwa. Kerana akhirat itu benar dan kita tidak akan tertanggung azab api neraka.

Aku sedar aku punya penyakit hati. Aku mohon kepada Allah SWT supaya memberi petunjuk untuk aku ubati penyakit ini. Aku kena banyak membaca Al-Quran. Aku kena terapkannya dalam kehidupan seharian. Buat masa ini, aku masih gagal untuk istiqamah...

No comments:

Post a Comment