Friday, August 19, 2016

Minggu ke 2 tanpa bibik

Macam mana aku so far dah 2 minggu takda bibik? Ok jek sebab ada support from hubby and anak-anak. Kalau mana yang tak mampu buat, outsource jek.

Minggu 1:
Amik cuti hari Isnin. Nak gi beli groceries untuk pre-prepared meals. Kebetulan pulak 8 Ogos tu EPF start bukak slot tukar plan from non-Shariah to Shariah compliance scheme. So settlekan yang tu dulu pastu pergi Jaya Grocer and start lah aku ke dapur.


Minggu 2:
Aku perasan lauk yang aku masak dari hari Isnin sampai ke hari ni (Khamis) tak luak-luak. Kalau breakfast tu luak lah jugak

Isnin: Makan lauk semalam ( HOMST Ikan steam Hong KOng, omelette) Ikan Bawal Sweet Sour (masak hari Ahad), Bergedil
Selasa: Ikan Pari Bakar, Bayam Masak Air, Bread Pudding
Rabu: Pasta Goreng dengan Pepperoni (boh dalam bento), Mini beef patty, Tom Yam Ayam
Khamis: Telur Mata dan lauk-lauk dari hari Isnin

Dah hari Khamis, takkan nak simpan lagi. Dah tentu tak ada orang nak makan. Last-last aku gaul dengan nasi bagi kat kucing.

Hari Jumaat, aku masak ayam masak kicap jek (breakfast aku beli croissant semalam letak Nutella) Next week rasanya aku tak nak beria-ria masak.

Masih belum dapat lari dari nuggets dan sausage. Masih belum dapat daily cleaner. Masih belum buat appointment dengan Elken untuk tengok machine yang dah semput tu.

No comments:

Post a Comment