Friday, August 19, 2016

The day my bibik left

Tertinggal
Nak dijadikan cerita, bibik tertinggal flight masa hari Sabtu aritu. Masa bibik masuk nak lalu queue imigresen, aku perasan yang line dia lambat sangat bergerak. Masa tu dah pukul 2.30 ptg. Gate tutup pukul 2.55 ptg. Aku dah rasa macam tak sedap hati... 'Macam tertinggal flight jek bibik ni... aku berkata dalam hati'... And betul la...Dia terlambat dalam 10 minit.

Kami sama-sama terdiam... tidak menyalahkan sesiapa (tapi ada menyalahkan 'lunch'... Kalau tak makan, mungkin sempat')... Apa-apa pun aku agak tenang menghadapinya. Tak tahu apa yang Allah SWT nak tunjuk. Husband terus beli tiket untuk esok, same airline and at the same time. Ironicnya, baru pagi tadi tunjuk kat Irdina harga tiket kalau beli lewat-lewat, dalam RM900+++. Compare dengan kalau beli awal dapat dalam RM200+++. Sebelum ni tak pernah pulak nak check full price tiket berapa. Sekali betul, memang kena beli tiket RM900+++ tu... Isk..Isk

Itu cerita bibik. Alhamdulillah dia dah selamat sampai ke kampung. Selepas hantar dia kat KLIA 2, kami terus ke Putrajaya menghadiri kenduri kahwin ex-boss aku. And dalam pukul 4.30 kami kembali ke rumah.

1st thing 1st: Kemas stor
Lepas Asar tu, husband pergi swimming dengan the boys di UKM. Aku pulak.... mengemas stor aku yang penuh dengan barang sampai takleh nak lalu masuk. Lama dah nak kemas... Aku pun wonder kenapa masa bibik ada aku tak kemas... Aku kena kemas sebab aku pun dah tak tahu apa yang ada dalam stor tu. Aku nekad mana yang dah tak elok, buang aje. Mana yang elok dan aku dah tak pakai, dermakan. Pastu aku keluarkan rack IKEA, aku letak kat dulunya bilik bibik. Last-last, bila dah kemas aku tengok barang aku takdalah banyak sangat. Rak tu jek buat menyemak sampai aku takleh masuk. Stok toiletries, mesin jahit, Rainbow punya accesories aku letak atas. OK la sikit stor aku sekarang ni....

Sayu
Masa masuk bilik bibik, aku ada rasa sayu. Menitis juga airmata. Ialah, bila berpisah ni.... orang yang kena tinggal lebih terasa kehilangan.  Aku tengok almari baju, drawer yang dulunya ada baju bibik dah kosong. Dulu masa masuk bilik bibik, cepat-cepat nak keluar takut ganggu privacy. Sekarang ni tiada yang kisah. It was for 8 years bilik tu berpenghuni...lama tu.... sampai anak-anak aku dah besar. Menitis airmata aku lagi.

Semoga bibik bahagia, dimurahkan rezeki dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT. Jasanya aku tak terbalas. Aku harap dia hanya kenang yang baik-baik sahaja tentang kami sekeluarga. Kerana itu yang akan aku kenang mengenai dia...


No comments:

Post a Comment