Alhamdulillah, rasa productive and efficient sangat last weekend. Husband takda balik Arau sekejap hari Sabtu naik flight. Pukul 5.00 pagi dah keluar. Hari Ahad dia balik by 12.30 petang.
So apa aku buat for the weekend without my hubby?
SATURDAY
Pagi Sabtu dah antar Jasmin pergi sekolah untuk event merentas desa. Nanti dia balik pukul 12.00. Lepas antar Jasmin kat sekolah, aku pegi beli ikan/ ayam kat kedai dalam pukul 7.30 pagi. Veggies dah beli Khamis malam aritu, ikut hubby pegi Jaya Grocer Bangi Gateway. So by 8.30 am aku dah ada kat rumah so bermulalah operasi cuci ikan/ayam dah marinate mana yang perlu. Jenuh buat sampai pukul 11.30, kemas-kemas pastu amik Jasmin pukul 12.00. Dah amik Jasmin, terus beli lunch kat Mat Kimbong. Kali ni aku bawak Tupperware sendiri sebab dah selalu sangat tapau kat Mat Kimbong, aku rasa aku telah menyumbang kepada pencemaran alam sekitar! Balik rumah tu baru aku nak mandi dekat-dekat nak Zohor dah....
Pastu, pi antar Jasmin and Kasyif pegi kelas Kiddo Science pulak start pukul 2.00. Sempatla tanya Puan Marini pasal bila Jasmin/Kasyif akan complete cycle dia sebab nanti Jasmin dah nak PT3. Plan aku sama ada aku sambungkan Lutfi masuk Kiddo Science atau enroll dia for classes yang SKJ 4 buat. Tanya Lutfi dia kata dia nak. Aku kata OK and class starts March.
Dah antar dioghang, aku pegi Gulatis pulak beli kain untuk buat baju melayu untuk raya nanti. Kenapa aku tak pegi Jakel sebab aku rasa harga lebih kurang jek. Kat Gulatis aku amik kain RM25 semeter, harga asal RM48 (ye la tu!)... So total spent RM250 sebab dia suh amik 6 mtr untuk boys and 5 mtr untuk hubby. Since budak-budak tak abis kelas Kiddo lagi, aku balik rumah lepas tu.
By 4.00 memang rasa penat dah, rasa nak baring...kuang kuang....tapi kena amik Jasmin/Kasyif dulu. Pastu pikir nanti dinner nak makan sebab mmg aku tak masak kalo weekend (sbb dah penat masak weekdays kan...keh keh). Tak nak order Hot Station, dah boring. Tak nak fast food sbb dah dapat dah last week. So aku decide lepas amik dioghang, lepak sat kat EVO so boleh dinner area-area situ seblum balik rumah.
Bila sampai Evo tu memang aku tuju katil terus. Tapi sempat jugak cuci corridor and perasan ada leaking kat utility area. Budak-budak ikut suka la dioghang nak buat apa. Discuss-discuss, ajak dioghang exercise Evo esok tapi kena keluar pagi-pagi. Dioghang OK je... Tak sangka dioghang nak!
So the end the day, we had dinner at Gurume. Masing-masing order Western. Aku order mushroom soup je sbb dah makan nasi pukukl 4.00 tadi. Lepas dinner balik rumah, aku pun landing depan TV. Sekali tengok ada cerita 'Shape of Water' yang memang aku aim nak tengok. Cerita abis dalam kul 12.00 midnight... So that was Saturday.
SUNDAY
Aku bangun dalam pukul 5.30 pagi. Badan macam tak fully recover dari penat. Tapi aku memang nak exercise pagi ni so aku kuatkan semangat. Prep air, snacks. Kasyif/Jasmin pun bangun awal, dioghang pun siap-siap. Plan aku, pegi gym and kids pegi swimming. Around 8-9 naik, breakfast and balik sebab hubby sampai je rumah, terus shoot ke Seremban tolong kakak settle laundry dia.
Gym aku buat elliptical cycle. Baru dapat idea buat count TABATA so aku buat 4 min je. Then sambung weights for arms 4 min. Sit ups/ plank for tummy 4 mins. Guna bouncing ball for legs 4 min. Total exercise 16 min. Hopefully adalah countinous 24 hour calorie burning kat situ.
By 10.00 am, pegi breakfast kat MokSu Nab. Aku suggest the kids makan roti. Nanti bungkus nasi Kak Wok, makan lunch kat rumah. Balik rumah, dioghang sume terbongkang. Keletihan + kekenyangan agaknya. Aku mandi pastu lipat baju. by 1.15 husband dah sampai from airport. The kids have had a good rest, aku pun dapat solat Zohor pastu pegi Seremban....
Gitu la ceritanya. Alhamdulillah Allah bagi rasa accomplishment. Aku rasa puas sebab dapat spend masa dengan anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah kot apart from dapat buat apa yang aku dah plan. Kain baju melayu dah settle, nak tempah pulak lepas ni.....
No comments:
Post a Comment