Friday, June 21, 2019

Makaroni Bakar

Hari ni ada jamuan raya kat SKJ4. Aku try masak Makaroni Bakar. Actually dah try dah last week untuk jamuan raya KAFA tapi last week tak cukup bahan. Aku masak je ikut apa yang ada. Aku guna canned tuna sebab kat rumah takda stock mince meat.

Ni yang buat last week. Letak tuna

Kali ni pun aku guna daging burger Ramly (guna apa yang ada) ganti mince beef. Nanti aku tulis resepi kat bawah as reference nanti kalo aku tak ingat camna nak buat.

Cuma aku gagal buat makaroni tu melekat. Dah letak telur 4 biji dah, tak jadi jugak. Kena check resepi kat blog orang.

MAKARONI BAKAR (for big group)

1 packet macaroni_rebus
3 keping daging burger
1 bungkus frozen mixed veggies
2 bungkus kecil rempah kari daging
1-2 biji bawang besar
250g shredded cheese. Actually kena tambah lagi kalo nak cheesy

Bahan lebih lain yang aku guna: Sour cream, daun sup

Aku bakar 175celcius selama 20-25 min. Bila kuarkan dari oven, aku decorate ngan letak mayonis, chilli flakes dan dried parsley.

Alhamdulillah, dapat memasak untuk anak-anak....

Nampak kan plastic cheese tu. Kalau nak puas, kena tambah lagi cheese

2 untuk sekolah, 1 untuk rumah, pinggan untuk MLong


Tuesday, June 11, 2019

Al kisah kucing di rumah aku

Aku suka tengok kucing... Aku suka belai kucing. Tapi bila kucing start kencing berak merata, aku mula naik angin! Sebelum ni ada je kucing menumpang cari makan kat rumah aku. Tapi semua berak kat porch aku. Bila aku naik angin, aku akan pindahkan dioghang bawak naik kete letak kat tempat lain. Ada yang sampai aku letak kat kedai atas kat Seksyen 4, deret Laundry Bar and Mat Kimbong. Bila dah letak, 2-3 hari lepas tu cari balik (of course la tak jumpa!)....Aku kesian!!! Tapi x nak layan berak/ kencing dia...boley tak!?

Dari mana datangnya?
However, ntah kenapa yang ni...aku boleh layan. Asalnya dia macam anak dara, kecik kurus. Aku tak tahu dia datang dari mana. Aku kesian. Pastu bila mengiau, suara dia cam tak kuar. Sama ada dia memang ada masalah peti suara atau suara dia camtu. 

Bila dia mintak makan tu memang aku kesian. Mula-mula aku main campak kat belakang dapur, ikan lebih yg kitoghang makan. Tapi kesian pulak, kucing ni kena berebut ngan kucing-kucing lain. Masa tu aku bagi makan jek, tak nak offer lebih. Aku tak nak pegang, aku marah dia kalo buat hal. After a while, aku perasan kucing yang ni tak buat hal. Tak berak/kencing kat porch aku. OK, looks like you know how to behave. Ntah kenapa aku boleh pegi Mr DIY beli mangkuk tempat kucing makan tu. Cari yang murah jek. Rasa macam nak properly feed the cat.

Kucing ni pun bukan yang jenis manja. Kalo kita nak pegang, dia cam tak suka and try to escape herself. OK, bagus jugak. Maknanya dia takdalah melekat kat rumah aku kan but she stays until today. Until dia dah ada anak satu!

Kucing betina rupanya!
Aku tak perasan kucing ni jantan ke betina tapi satu hari hubby ada buat remarks "nanti kalo dia dah beranak nanti, camna la agaknya!" Owh! Betina rupanya. Hubby aku pun macam aku jugak, bukan nak layan sangat kucing after bad experiences with cats. Even mak aku pun anti betul ngan kucing, jadi aku terbawak-bawak jugak la....

Sekali tu tak lama lepas remarks husband, dia betul-betul dah lahirkan anak and dia sembunyikan dalam STUVA bench yang aku simpan beg-beg sekolah dioghang! Sib baikla dia bukan beranak dalam tu, dia cuma alih je anak dia ke situ... Aku kesian lagi...takkan nak suh dia kuar rumah, mana dia nak letak anak dia? Dah la baru lahir pulak tu. So aku cari kotak, kain baju lama, cushion lama buatkan tempat untuk letak anak dia. Aku biarkan je dalam rumah sebab aku tahu mesti dia takut kucing lain kacau anak dia.... Aku tahu hubby tak berapa setuju tapi dia biarkan saja. Dah beberapa kali hubby letak kotak kat luar rumah, tapi dia tetap cuba bawak masuk anak dia. Aku kata sebab dia takut kucing lain ganggu ke, makan ke anak dia. Irony nya anak dia seekor saja, bukan 4-5 ekor. Kalo tak, memang rasa jodoh kami tak lama!
Baby Lolli, belum bukak mata lagi

Lolli menguap. Yang ni dah pandai makan...

Comel kan. Ibu & anak!

Siapa sangka?
Aku sendiri tak sangka kucing tu masih bertahan di rumah aku. Aku pun tak sangka I can put up with the cat until now. Aku belikan feeding bowl, buat tempat untuk anak dia, belikan mainan, beli ikan and rebuskan untuk dia. Paling latest beli pasir kucing ok! Sebelum ni jangan harap la! Anak dia pun dari tutup mata, minum susu saja sampai sekarang dah pandai main and makan ikan. Aku siap tengok Youtube nak paham perangai kucing and nak paham camna nak jaga anak kucing... nothing to lose right. At least ada belajar sedikit ilmu tentang kucing.

Aku tertanya-tanya jugak, kenapa kali ni aku boleh tahan ngan kucing ni sedangkan abis kerusi dining aku dia buat scratching post. Pastu berani dia naik on kitchen top kat dapur masa kita tengah masak. Aku selalu tolak jek dia ke bawah. Gerammm..

Maybe main reason is dia tak berak/kencing kat rumah aku. Dia tahu bawak diri. Aku perasan dia pun pandai jaga anak. Asalnya aku tak tahu pun anak dia berak kat mana bila anak dia dah start makan ikan. So far takda bau berak kat porch aku. Tapi to be on the safe side and kitoghang nak balik kampung seminggu, hubby belikan cat litter taku anak kucing to berak merata. Alhamdulillah, pandai dah dia berak kat pasir tu...

Anak-anak aku suka main dengan dioghang (tapi x nak jaga makan/berak/kencing dia....huhu) Aku suka tengok telatah dia dengan anak dia. She's very protective and sayangkan anak dia.

Anakk-anak aku pun dah bagi nama kat dia: Dafi (aku ingatkan Garfield) and Lutfi bagi nama anak dia Lolli.

Niat aku nak ikut sunnah Rasulullah. Berbuat baik kepada sesiapa termasuk binatang. Katanya, bila kucing datang kat kita, ada sebahagian dari rezeki kita tu hak dia. Supaya Allah murahkan rezeki dan Dafi/Lolli doakan untuk kami....

Dulu Dafi tak nak duduk ngan kitoghang.
Sekarang kita boleh nampak dia dah selesa dengan kita

Update 31.102019: Lolli dah mati kena langgar kereta depan rumah aku bulan July aritu. Sedeyy


Happy News

A friend of mine informed me a piece of exciting good news! Ya Allah rasa nak nangis, terasa Allah SWT telah makbulkan doa aku! This is still preliminary but I pray to Allah SWT to ease the way. I'm happy for her because I do pray for her. She is such a nice person and she deserves to be happy. It's not that she's not happy all this while but I think she deserves meaningful happiness. As fitrah, everyone does have a feeling to have someone they could love and be loved by... that's what I think....

Image result for malay wedding

It is as if her wishes come true, she will quit her job and start her new life, back in her hometown. I will miss her dearly but I wish everything nice for her!

Of all the sad news I've had starting early of this year, this really has lightened and cheered me up!

Then, it hits me...What about me? Where will I be next? Will I still be here? I wish I don't!...

Friday, June 7, 2019

Raya break activities

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir Batin!

Alhamdulillah, hari ni hari Khamis, 3 Syawal, Tahun ni aku beraya di Jelempok. Terima kasih Allah kerana memberi aku kekuatan untuk berbuat kebajikan untuk Ramadan/Syawal kali ni. Aku sudah mula baca Al Quran walaupun tak banyak muka surat yang aku baca. Dalam 2-6 muka surat sehari. Tang sedekah masih kurang, kena perbanyakkan...

Start cuti from 1hb Jun sampai 10hb. Syok betul boleh cuti panjang. Kerja pun before cuti banyak yang dah settle, so mmg tak pikir apa dah...pikir pasal raya ja! Raya kali ni jatuh hari Rabu 5hb so dapat berpuasa di kampung selama 3 hari.

Ahad 27 Ramadhan
Aktiviti kami hari Ahad pegi naik ETS ke Alor Setar..sajaaa. Petang tu dalam kul 5 kami pegi bazaar Ramadan kat Kodiang beli ayam bakar. Selain dari ayam bakar, adik ipar yang baru sampai dari Putrajaya petang tu bakar ikan jenahak dan siakap.

Isnin 28 Ramadhan
Hari Isnin, aku ikut mak mentua pergi market kat Kodiang beli ikan, sayur, barang basah sikit untuk berbuka. Pastu petang, ikut adik ipar pegi CMart Arau, beli tudung dan kasut raya Lutfi. Tahun ni niat nak tolong mak mentua aku prepare dishes for raya and buat laksa Johor raya kedua. Aku kena prepare mentally nak masak ni sebab aku kena be prepared to be in the kitchen for a long time from pagi sampai malam! And be prepared to cook for a party of 30! Aku dah siap-siap bawak resepi Laksa Johor dari rumah...Hari ni aku teringin buat popia untuk berbuka and I did. Alhamdulillah...

Selasa 29 Ramadhan
Hari Selasa, hari terakhir berpuasa. Pagi-pagi aku gosok baju raya sebab tak nak kalut nanti. Pastu aku dah start duduk kat dapur dalam pukul 10.00 pagi. Tolong basuh pinggan mangkuk, kopek bawang, potong daging. Adik ipar dan wife dia akan masak rendang masak hitam ngan ayam rendang. Dalam kul 2.00 gitu husband aku ajak ikut dia pi kedai beli ikan (nak bakar lagi) dan ayam pencen untuk rendang. Kami dapat beli ikan kat pasar Kemboja kat Kuala Perlis. ayam pencen tak dapat sebab dah last minute kannnn....
Dalam pukul 9.30 malam lepas berbuka, aku ke dapur lagi untuk masak kuah kacang dan sambal udang. Pastu teringat pulak nak kena prepare ingredients for Masak Lodeh. Nak kena potong sayur, kupas bawang. Rasa cam nak menangis sebab memang duduk kat dapur dari pagi sampai 11.30 malam. Mula la aku rasa cam menyesal nak masak-masak ni...nape la aku menyusahkan diri. Aku pujuk hati sebab niat asal memang nak masak. Apa salahnya berkorban masa sikit...time ni saja, special untuk Hari Raya....

Rabu 1 Syawal
Hari Rabu ialah 1 Syawal. Aku dah bangun kul 4.30 pagi nak masak Kuah Lodeh sebab aku tak nak kalut pagi-pagi nanti. Nak hidang raya dishes lagi, bersiap ke masjid solat sunat hari raya, nak bersiap pakai baju/tudung raya lagi.. All need to be done by 8.00 am so I only had 3.5 hour for all that. Sib baik sayur dah siap-siap potong semalam, adik ipar dah tolong kupas bawang. So Masak Lodeh siap dalam pukul 6.30 pagi, jadik 2 jam sebab dok pikir camne nak buat, masak lodeh tu kurang santan. Rupanya mak mentua aku ada spare santan dalam freezer, aku tak tahu. Alhamdulillah, Masak Lodeh menjadi... Pastu aku mandi, rilek-rilek jap and bersiap untuk ke masjid. Hari tu memang beraya sampai ke petang, pukul 6.30 petang baru dapat duduk rumah. Baru aku teringat, esok nak hidang Laksa Johor, ikan belum kuar dari freezer lagi. Rasa menyesal lagi, agaknya sebab penat beraya. Tapi aku gigihkan juga sebab asal-asalkan memang aku teringin nak masak. Aku pujuk hati sebab aku nak dapat redha dan pahala Allah daripada apa yang aku buat ni... Allah SWT dah sebut akan dapat balasan daripada kebaikan yang kita buat. Kira memasak ni aku akan membantu mak mentua aku, semoga Allah SWT akan memandang kebaikan ini. Aku nak masak bukan sebab nak orang puji aku...semoga Allah SWT jauhi aku daripada sifat megah diri dan sombong.

Lepas bermonolog tu (kuang3x), aku ke dapur dalam kul 9.00 malam. Sebelum ni, assumption aku buat laksa ni leceh. Ye la, nak prep ikan tu asingkan isi dari tulang, jenuh kot.... Dengan ikan baru nak rebus, jawabnya tido lewat lagi la malam ni! Tapi aku remind diri yang aku pernah masak last year untuk jamuan office suami aku, all by myself. Yang ni adik ipar dan mak mentua dah tolong prep bawang, santan, kerisik segala....takkan nak complaint! Aku mulakan dengan Bismillah, doa kat Allah SWT semoga  diberi kekuatan untuk memasak dan laksa aku menjadi. Sib baik la beli ikan sardin besar ngan ikan tenggiri, senang sikit nak asingkan tulang. Kalau ikan parang, mau menangis kalau baru nak asingkan tulang! Kalo tahun lepas, aku prep 5 hari buat sikit-sikit (sebab aku keje kan), kali ni aku menyambil. Lepas rebus ikan, tak tunggu sejuk aku dah separatekan tulang. Pastu aku terus menumis dan masukkan air rebusan ikan tadi. Sementara tunggu kuah menggelegak, aku blend ikan and terus curah dalam kuah. Then tunggu perasakan masam, masin... bila kuah siap, aku rasa lega sangat. Mission accomplished! Bila ingat-ingat balik, I have a few things to learn here....

  • I always have second thoughts which do not benefit me. It will only make me worry more
  • Mulakan dengan niat yang baik, follow through and doalah kepada Allah SWT supaya dipermudahkan
  • Yes, you need to do some sacrifices in order to gain more. In this case, I was sacrificing my 'lepak' time. In return, I felt satisfied to be able to help my mother in law in the kitchen and see the result of my labour. Rupanya ada a few family members tak pernah makan Laksa Johor and kebetulan ada sorang orang Johor dikalangan couple cousin hubby, adalah jugak orang appreciate!
Khamis 2 Syawal
Pagi-pagi aku reheat food semalam, rebus spaghetti, buat sambal belacan dan prep ulam untuk laksa cam kacang panjang, timun, taugeh, bunga kantan dan daun kesum. Aku buat rilek-rilek saja sebab takda pressure nak kena siap awal. Laksa Johor sedia untuk dihidang... By 12.00 noon nak pegi beraya kat Kangar, pegi rumah yang masuk iklan raya TNB 2019. Sebenarnya salah satu rumah tu ialah rumah mak mentua kepada kawan suami. Bawak anak-anak buah sekali...kecoh! dalam pukul 2.30 pergi beraya rumah Nurun pulak kat Kayang. Hujan selebat-lebatnya...Alhamdulillah, sejuk sikit sebab kalo tengahari memang panas kat Perlis kali ni.

Jumaat 3 Syawal
Hari ni nak buat surprise untuk 2 orang anak buah yang sambut birthday bulan Jun. Hafiy Iman 7 Jun, Harraz 10 Jun, aku 11 Jun! Aku sponsor cake pastu menyibuk nak tolong beli pizza.... Tolong survey online deals yang OK.  Last-last, beli Dominos Party Set 2 (5 regular pizza, 5 sides, Mixed Box total RM149) + Pizza Hut (2 large pizza RM15 each + 1 regular pizza RM10). Ni sume mak dioghang bayar, aku bayar untuk cake red velvet 0.5kg saja (RM73) beli kat Fairy Cake House. Aku memang nak gantung apron dah tapi terjebak jugak masak nasi goreng pagi tadi. Sebab sayangkan tengok ada nasi putih semalam dan lauk tenggiri kicap yang tak laku aritu.

Alhamdulillah, tiada ucapan lain selain daripada memuji kau Ya Allah! Maha Pencipta! Maha Mendengar! Ampunkan dosa-dosa aku Ya Allah! Semoga aku terus istiqamah dalam berbuat kebajikan!