Alhamdulillah, hari ni hari Khamis, 3 Syawal, Tahun ni aku beraya di Jelempok. Terima kasih Allah kerana memberi aku kekuatan untuk berbuat kebajikan untuk Ramadan/Syawal kali ni. Aku sudah mula baca Al Quran walaupun tak banyak muka surat yang aku baca. Dalam 2-6 muka surat sehari. Tang sedekah masih kurang, kena perbanyakkan...
Start cuti from 1hb Jun sampai 10hb. Syok betul boleh cuti panjang. Kerja pun before cuti banyak yang dah settle, so mmg tak pikir apa dah...pikir pasal raya ja! Raya kali ni jatuh hari Rabu 5hb so dapat berpuasa di kampung selama 3 hari.
Ahad 27 Ramadhan
Aktiviti kami hari Ahad pegi naik ETS ke Alor Setar..sajaaa. Petang tu dalam kul 5 kami pegi bazaar Ramadan kat Kodiang beli ayam bakar. Selain dari ayam bakar, adik ipar yang baru sampai dari Putrajaya petang tu bakar ikan jenahak dan siakap.
Isnin 28 Ramadhan
Hari Isnin, aku ikut mak mentua pergi market kat Kodiang beli ikan, sayur, barang basah sikit untuk berbuka. Pastu petang, ikut adik ipar pegi CMart Arau, beli tudung dan kasut raya Lutfi. Tahun ni niat nak tolong mak mentua aku prepare dishes for raya and buat laksa Johor raya kedua. Aku kena prepare mentally nak masak ni sebab aku kena be prepared to be in the kitchen for a long time from pagi sampai malam! And be prepared to cook for a party of 30! Aku dah siap-siap bawak resepi Laksa Johor dari rumah...Hari ni aku teringin buat popia untuk berbuka and I did. Alhamdulillah...
Selasa 29 Ramadhan
Hari Selasa, hari terakhir berpuasa. Pagi-pagi aku gosok baju raya sebab tak nak kalut nanti. Pastu aku dah start duduk kat dapur dalam pukul 10.00 pagi. Tolong basuh pinggan mangkuk, kopek bawang, potong daging. Adik ipar dan wife dia akan masak rendang masak hitam ngan ayam rendang. Dalam kul 2.00 gitu husband aku ajak ikut dia pi kedai beli ikan (nak bakar lagi) dan ayam pencen untuk rendang. Kami dapat beli ikan kat pasar Kemboja kat Kuala Perlis. ayam pencen tak dapat sebab dah last minute kannnn....
Dalam pukul 9.30 malam lepas berbuka, aku ke dapur lagi untuk masak kuah kacang dan sambal udang. Pastu teringat pulak nak kena prepare ingredients for Masak Lodeh. Nak kena potong sayur, kupas bawang. Rasa cam nak menangis sebab memang duduk kat dapur dari pagi sampai 11.30 malam. Mula la aku rasa cam menyesal nak masak-masak ni...nape la aku menyusahkan diri. Aku pujuk hati sebab niat asal memang nak masak. Apa salahnya berkorban masa sikit...time ni saja, special untuk Hari Raya....
Rabu 1 Syawal
Hari Rabu ialah 1 Syawal. Aku dah bangun kul 4.30 pagi nak masak Kuah Lodeh sebab aku tak nak kalut pagi-pagi nanti. Nak hidang raya dishes lagi, bersiap ke masjid solat sunat hari raya, nak bersiap pakai baju/tudung raya lagi.. All need to be done by 8.00 am so I only had 3.5 hour for all that. Sib baik sayur dah siap-siap potong semalam, adik ipar dah tolong kupas bawang. So Masak Lodeh siap dalam pukul 6.30 pagi, jadik 2 jam sebab dok pikir camne nak buat, masak lodeh tu kurang santan. Rupanya mak mentua aku ada spare santan dalam freezer, aku tak tahu. Alhamdulillah, Masak Lodeh menjadi... Pastu aku mandi, rilek-rilek jap and bersiap untuk ke masjid. Hari tu memang beraya sampai ke petang, pukul 6.30 petang baru dapat duduk rumah. Baru aku teringat, esok nak hidang Laksa Johor, ikan belum kuar dari freezer lagi. Rasa menyesal lagi, agaknya sebab penat beraya. Tapi aku gigihkan juga sebab asal-asalkan memang aku teringin nak masak. Aku pujuk hati sebab aku nak dapat redha dan pahala Allah daripada apa yang aku buat ni... Allah SWT dah sebut akan dapat balasan daripada kebaikan yang kita buat. Kira memasak ni aku akan membantu mak mentua aku, semoga Allah SWT akan memandang kebaikan ini. Aku nak masak bukan sebab nak orang puji aku...semoga Allah SWT jauhi aku daripada sifat megah diri dan sombong.
Lepas bermonolog tu (kuang3x), aku ke dapur dalam kul 9.00 malam. Sebelum ni, assumption aku buat laksa ni leceh. Ye la, nak prep ikan tu asingkan isi dari tulang, jenuh kot.... Dengan ikan baru nak rebus, jawabnya tido lewat lagi la malam ni! Tapi aku remind diri yang aku pernah masak last year untuk jamuan office suami aku, all by myself. Yang ni adik ipar dan mak mentua dah tolong prep bawang, santan, kerisik segala....takkan nak complaint! Aku mulakan dengan Bismillah, doa kat Allah SWT semoga diberi kekuatan untuk memasak dan laksa aku menjadi. Sib baik la beli ikan sardin besar ngan ikan tenggiri, senang sikit nak asingkan tulang. Kalau ikan parang, mau menangis kalau baru nak asingkan tulang! Kalo tahun lepas, aku prep 5 hari buat sikit-sikit (sebab aku keje kan), kali ni aku menyambil. Lepas rebus ikan, tak tunggu sejuk aku dah separatekan tulang. Pastu aku terus menumis dan masukkan air rebusan ikan tadi. Sementara tunggu kuah menggelegak, aku blend ikan and terus curah dalam kuah. Then tunggu perasakan masam, masin... bila kuah siap, aku rasa lega sangat. Mission accomplished! Bila ingat-ingat balik, I have a few things to learn here....
- I always have second thoughts which do not benefit me. It will only make me worry more
- Mulakan dengan niat yang baik, follow through and doalah kepada Allah SWT supaya dipermudahkan
- Yes, you need to do some sacrifices in order to gain more. In this case, I was sacrificing my 'lepak' time. In return, I felt satisfied to be able to help my mother in law in the kitchen and see the result of my labour. Rupanya ada a few family members tak pernah makan Laksa Johor and kebetulan ada sorang orang Johor dikalangan couple cousin hubby, adalah jugak orang appreciate!
Khamis 2 Syawal
Pagi-pagi aku reheat food semalam, rebus spaghetti, buat sambal belacan dan prep ulam untuk laksa cam kacang panjang, timun, taugeh, bunga kantan dan daun kesum. Aku buat rilek-rilek saja sebab takda pressure nak kena siap awal. Laksa Johor sedia untuk dihidang... By 12.00 noon nak pegi beraya kat Kangar, pegi rumah yang masuk iklan raya TNB 2019. Sebenarnya salah satu rumah tu ialah rumah mak mentua kepada kawan suami. Bawak anak-anak buah sekali...kecoh! dalam pukul 2.30 pergi beraya rumah Nurun pulak kat Kayang. Hujan selebat-lebatnya...Alhamdulillah, sejuk sikit sebab kalo tengahari memang panas kat Perlis kali ni.
Jumaat 3 Syawal
Hari ni nak buat surprise untuk 2 orang anak buah yang sambut birthday bulan Jun. Hafiy Iman 7 Jun, Harraz 10 Jun, aku 11 Jun! Aku sponsor cake pastu menyibuk nak tolong beli pizza.... Tolong survey online deals yang OK. Last-last, beli Dominos Party Set 2 (5 regular pizza, 5 sides, Mixed Box total RM149) + Pizza Hut (2 large pizza RM15 each + 1 regular pizza RM10). Ni sume mak dioghang bayar, aku bayar untuk cake red velvet 0.5kg saja (RM73) beli kat Fairy Cake House. Aku memang nak gantung apron dah tapi terjebak jugak masak nasi goreng pagi tadi. Sebab sayangkan tengok ada nasi putih semalam dan lauk tenggiri kicap yang tak laku aritu.
Alhamdulillah, tiada ucapan lain selain daripada memuji kau Ya Allah! Maha Pencipta! Maha Mendengar! Ampunkan dosa-dosa aku Ya Allah! Semoga aku terus istiqamah dalam berbuat kebajikan!

No comments:
Post a Comment