Saturday, August 20, 2022

Dah beli tilam baru...Alhamdulillah!

Masa beli aritu, memang nak update kat blog tapi sebab kekangan kerja, baru harini dapat menulis.

Kejadian berlaku sama tarikh dengan Jasmin register masuk MFI which was 1st Aug 2022...actually aku tak tahu lah nak panggil MFI ke UNIKL...I should write a separate post on this...

So back to the story of beli tilam, last survey masa bulan pose here. Masa tu tak beli lagi sebab pikir mana nak cekau duit. I aimed for Dunlopillo, katanya berkualiti dan tahan lama tapi harga mak aii... Tapi kali ini aku lebih bersedia tapi aku terpaksa pegi sorang-sorang sebab husband ada kerja. Mula-mula macam terasa jugak tapi lepas tu aku pikir lagi senang kot buat decision...beli jek! Hahah!

Midah Electrical

So aku pegi balik ke Kedai Midah, dekat-dekat dengan MRT Kajang. Pernah pegi kedai ni masa bulan pose aritu. Bahagian depan jual barang-barang elektrik rumah. Bahagian tilam nun jauh kat belakang. Bukan proper showroom pun, rasa macam store pun ada tapi selection dia banyak and tilam yang berjenama mahal. Kalau nak tengok Dunlopillo, kena naik tingkat atas pulak. Tapi memang dia ada banyak choice of Dunlopillo unlike kedai yang kitoghang pegi dekat Seksyen 5. Kedai tu adalah within price range kitoghang tapi tinggi tilam only 10"...tu yang buat kitoghang tak beli. Kat Kedai Midah ni (nama saja Midah ya tapi owned by Chinese) ada height yang aku nak (13") cuma sanggup tak sanggup je nak bayar harga dia...

Deciding whether to buy

Tilam-tilam kat situ harga yang di tulis dalam RM5,000 ke atas (dalam hati betul ke aku nak beli ni)...Yang 13" ada a few, yang aku kenan RM7,000 lebih. Adehhh...mahai. Beli emas lagi berbaloi. Tapi masalahnya aku mmg dah tak selesa tido kat tilam lama. Selalu tido hampir-hampir kat tepi katil sebab bahagian tu je tak lendut lagi. Aku pun dah tak rasa fresh bila bangun...

Sekali tu uncle kata ada diskaun. Aku tanya jadi berapa....dia kata RM5,800. Kitoghang budget dalam RM5,000. Hmmm...aku teringat style husband aku kalo beza setakat RM100-RM200, kira boleh la tu. Yang ni beza RM800...yang membuatkan aku boleh ON jugak sebab dah lama sangat surveynya, dari tahun 2019 kot...Malas dah nak cari. Kali ni dah jumpa tilam as per my criteria apsal tak nak beli pulak kan...that RM800 would end my misery! Aku cuba mintak RM5,600 dia tak bagi...Mmmm dah la, ON je la.

Pastu aku tanya uncle kena letak plywood ke kat katil, uncle kata YA kalau nak tahan lama. Alhamdulillah uncle ajar and suggest kat mana nak beli plywood and dia boleh pick up kan sekali....Alhamdulillah! Rasa berbaloi pulak that additional RM800..haha! 

All in all, the total costs is actually around RM6,000 sbb beli plywood 12mm is RM140. Takpa la, sekali sekala. Untuk kesihatan dan kualiti. By right tilam ni kena tahan 15-20 tahun la...

Alhamdulillah, kurang dah rasa sakit-sakit badan. Best rasa tido atas tilam baru. And rasa tinggi lagi daripada tilam lama. Sebab tilam lama dah sagging la kot.

Thank you Allah atas rezeki ini..I shall berbuat baik to others to express my gratitude for the rezeki that Allah SWT has given me....



No comments:

Post a Comment