Friday, January 6, 2023

Idea menu untuk sihat 2023

Husband, Kakak nak start diet. Kiranya 1 family la nak diet. Aku terpikir-pikir nak masak apa menu diet ni yang semua orang boleh terima. Tiba-tiba dapat idea nak buat style bibimbap untuk menu sihat. Sebab apa bibimbap? Sebab aku tengok bibimbap tu banyak sayur. Dia ada nasi and atas tu letak telur mata. So aku dapat idea nak present macam ni tapi pelbagaikan protein. Boleh letak ayam, daging, ikan....

Picture from Google


Ni yang aku dah buat aritu. Sebab 1st time buat, aku buat ikan bilis goreng jugak supaya family aku nak try. Aku ganti 50% beras perang 50% beras putih instead of 100% beras putih.

Tak nampak nasi sbb bawah telur mata

Yang penting yg nak letak keliling nasi tu minimum 5 items termasuk protein. Sayur ada kaler-kaler kalau nak cantik. Sayur ada yang rebus atau goreng atau raw (salad). Basically cara hidang je mcm bibimbap tapi boleh guna masakan yang kita selalu buat, cuma yang berkuah-kuah tu payah la sikit. Kalau hidang mcm bibimbap, walaupun portion dah kurang tapi kita masih rasa macam makan full meal. So hopefully mentally rasa kenyang dah cukup.

Some ideas:

  • Ikan/Ayam Bakar, Salmon, mince beef/chicken masak Pakapau, Ikan Bilis Bawang
  • Sayur: taugeh, kobis goreng, pak choy rebus+oyster sauce, carrot, timun, capsicum, cendawan
  • Jeruk : acar timun, carrot

Tuesday, January 3, 2023

Welcome 2023

 Alhamdulillah, macam bersemangat pulak aku masuk Y2023 ni....harini dah masuk kerja.

1. Weight Management

Tahun ni aku nak tumpukan kepada kesihatan so kena jaga makan, banyakkan pergerakan. Pagi tadi dah start buat yoga. Aku selalu follow Yoga With Adrienne (30 days yoga series). Tajuk kali ni ialah "CENTER". Azam aku nak abiskan 30 hari tu and rekod kan.

Aku pikir balik apsal aku dah lama tak buat yoga. Last year mmg kelam kabut sikit...transition antara MCO dan bukan MCO. Pastu boss baru masuk pulak, yang kita tak tahu caner resam dia. Bila ingat-ingat, mmg aku tak aktif sejak terjangkit Covid 19 (Feb) tahun lepas....pastu routine dah berubah bila dah kena masuk opis (June).

So tahun ni akau nak start balik buat yoga pagi-pagi. Mengaji tu plannya kat opis. Harap terlaksana.

Jadi everyday buat yoga. Karbo aku cuba nak kurangkan. Bawak bekal tiap-tiap hari. Masak makanan sihat untuk dioghang e.g macam bibimbap (banyak sayur). Husband aku pun dah nak start jaga badan so harap dia boleh terima la...

For food, nak track calories and amik gambo makan apa everyday.

Haritu ada came across kat IG, dia kata camni....instead of saying 'I will lose 15kg', say 'I will weigh 65kg by Dec'...sebab dia kata the brain tak recognize pun berapa weight yg kita nak turun...

2. Self development

Nak cuba side hustle guna IG

3. Haji

Kena start baca pasal ibadah haji. Nak put in surat rayuan.

4. Home improvement

Project porch tak terlaksana tahun lepas. Carry forward tahun ni termasuk living room dan stor bawah tangga



Thursday, December 29, 2022

Don't lose your focus. Rise and stride!

2 weeks ago aku memang lemau. Malas nak buat apa-apa. Masak tidak, buat kerja tidak, kemas rumah tidak, jaga makan tidak, kumpul steps pun tidak. Buang masa sahaja. Sebab nak year end agaknya so holiday mood sentiasa. But at the same time dok bising pasal berat badan dah naik, rumah tak ok, kerja ntah apa-apa...

Semalam aku amik cuti so pagi aku pegi jalan-jalan kat IKEA and petang pegi massage kat CurioSpa Bangi. Pagi tu boss ada wassap pasal kerja. Aku nego untuk antar proposal in Feb (sebab aku tengah nak abiskan tulis case study) tapi jawapan dia tu tak support langsung, membebel. Menyampah!

Alhamdulillah, aku mohon kat Allah supaya bagi aku semangat untuk jadi efficient balik. Hari ni rasa refreshed, tak sure sebab dah dapat urut badan atau  dah deeply thought about how to respond to unimportant things such as unfavourable remarks from the boss.

I kept reminding myself, takkan sebab 1 orang yang tak penting dalam hidup aku menyebabkan aku lose everything. Biar dia dengan dunia dia, yang penting aku keep progressing and developing my strengths. Don't let unfortunate events causing you to lose focus of what's important in your life.

So dengan semangat baru, hari ni aku nak settle apa-apa yang penting and start planning for 2023.

Satu yang tak achieve tahun ni. Sedih sebab macam tak dapat nak khatam sekali lagi in Dec seperti yang aku target. Sebab last week dah period and pastu tak plan apa-apa camna nak cover. Ada lagi dalam 100 lebih pages....

Monday, December 12, 2022

Updates for Nov-Dec

Lama dah tak update blog ni since awal Nov aritu. Hari ni dah 12 Dec. Lemau jek arini, cuaca mendung dari pagi. Aku tak buat apa-apa pun arini selain daripada amik my eldest kat Shah Alam pagi tadi.

So ni aku update from awal Nov until today ya...

Work
On my work, busy attend meeting and engagements. I was supposed to start writing my teaching case tapi ada macam-macam la yang berlaku....audit SIRIM la, training, pre-internal audit...plus macam-macam my new boss mintak. 

Start draft teaching case untuk Advance Certificate
Aku start menulis 23 Nov lepas balik daripada cuti mengundi. Tahun ni gomen bagi cuti hari Jumaat 18hb and tarikh mengundi ialah 19 Nov 2022. Aku extend cuti Isnin-selasa juga so lepas tu baru aku focus nak menulis teaching case tu...

Virtual Fun Run 1-30 Nov
Aku join Virtual Fun Run and dah tamat 30hb Nov aritu. Alhamdulillah, minimum kena complete 10km and aku buat dalam 40km. Aku jalan je kat Denai Sungai Langa tu pergi -balik. Dalam 2km one way so roughly aku jalan untuk 8 hari. Hope aku akan continue istiqamah berjalan kat denai tu...



JJCM Ipoh 2-3 Dec
Aku ada juga berjalan ke Ipoh dengan officemates. 9 orang semuanya...Alhamdulillah, semua berjalan lancar and better than expected.We really had fun riding on the ETS, rented 2 cars to go around Ipoh and the homestay we stayed was neat and pretty. To me the highlight was we got to contact an ex-officemate who transferred to Ipoh and now she owns a river chalet business. She invited us to have lunch at her river chalet and it was AWESOME! This was totally not in the plan and yet it was the most memorable. Pictures were great and we had fun learning to pose from one another.

Check gigi kat HUKM 9hb Dec
In October kot aku rasa sakit berdenyut-denyut gigi bawah sebelah kiri mulut aku. Aku pegi la check kat Alan Adlan. Bila dentist check, dia tengok gigi aku elok je. Pastu dia buat x-ray sikit. Dia nampak ada geraham bongsu dekat ngan saraf. Dia suspek itu punca and refer aku kepada pakar maxillofacial kat HUKM. Asalnya appointment 18hb tapi sebab gomen umum public holiday untuk mengundi, terpaksa postpone ke 9 Dec.
Alhamdulillah, bukan geraham bongsu puncanya jadi tak payah la buat surgery. Kalau tak kena buang geraham bongsu tu, kena minor surgery...seram siut bila aku google how the surgery is done and the risks. 
Sakit tu sebab gigi yang affected retak sebenarnya....oooo, gigi retak ke....Doktor tanya aku suka makan menda-menda keras ke..takda la suka tapi aku cuba recall bila last aku makan ketam...haha.
So doktor buat surat reply GL tu and suh bagi pada Alan Adlan balik. Buat crowning and rawatan akar dia suggest. Thank you Allah...Alhamdulillah,

Weekend in Melaka 9-11 Dec
Cuti aku banyak lagi tapi tak sempat la nak pikir nak amik waktu mana. Since husband bagitau dia ada meeting kat Melaka, aku pun amik cuti 9hb. Kebetulan aku memang ada appointment dengan pakar kat HUKM tu, so sama-sama cuti. And 9hb ialah last day budak-budak ni sekolah. Kasyif tak sekolah sebab tak sihat so dapatla kami bertolak ke Melaka dalm pukul 4.00 petang. Kitoghang booking 1 bilik sebab 1 bilik lagi husband aku dapat complementay meeting dia. Hari Sabtu after check out, pegi umah adik aku kat Jasin. Best jugak outing ni...

What's to come are balik kampung Perlis 19hb, Jasmin's appointment braces hari Rabu 5.30 ptg, cuti Christmas... 



Wednesday, November 2, 2022

Semangat baru

 Hari ni terjaga pukul 4.00 pagi. Aku belum boleh solat so kalau aku bangun, apa yang aku patut buat? Aku baru teringat yang aku sepatutnya exercise....dah lama tinggal yoga, badan ni dah keras ke apa...

Mula-mula tu standard la...malasnya tapi kita kena lawan! Aku terus bangun and buat yoga (beginner) for 20 mins. Alhamdulillah! Sebelum ni selalu tak berjaya....

Brisk Walk @ Denai for Virtual Run

Pastu aku ada masuk challenge Virtual Run starts 1 Nov. Sebenarnya pagi tu dah hujan so macam tak jadi nak brisk walk. Tapi bila kul 7.00 dah rintik-rintik saja. Kalau tengah malas, kalau rintik pun tak nak jalan kan. Tapi aku tekad nak jalan...pakai baju kelawar je, tak salin baju pun! Haha! Alhamdulillah, dapat pun 5km tapi yang virtual run aku dapat record dalam 2km saja sebab lambat troubleshoot. Esok kena pegi opis pulak, kalau tak boleh sambung. Berkobar betul!

5.43km. Tahniah!


Demi kesihatan lutut, kena turunkan berat badan

While brisk walk tadi, aku dok pikir camna la nak start jaga makan. Nak dapat balik at least 65kg. Bila pikir berat jadi 77kg ni, nanti sakit kaki and sakit lutut bila dah tua nanti. Isk...tak nak la kan. Pikir punya pikir, aku ingat start dengan tak nak makan nasi for 3 days untuk kick start keto (low carbo, high fat). Then after 3 days, sambung lagi tak yah makan nasi...so on and so forth. At least tak makan nasi 2 minggu. 

Aku kena ada realistic timeline. Don't expect by Dec 2022 ni boleh turun banyak. Aku kena consistent for at least 6 bulan.

Hopefully bila kerja dah settle ni, dapat la aku fokus untuk exercise...yoga and jalan

Hanya order salad

Pastu hari ni keluar lunch pegi Secret Recipe and I only ordered Ceasar Salad with Crispy Beef! I am amazed with myself. Tapi sebelum makan salad dah makan Carrot Cake dulu....haha!

Kenyang jugak makan ni...

Bismillah!

Personal 3 year target

 When I say 3 years, when does it start? Is it 2021-2023 or 2022-2024?

Target nak tender resignation is Dec 2024 (tapi aritu cam tak tahan, nak tender Dec 2023 pulak). Which means the target is 2022-2024

What I have read on:

  1. trading
  2. freelancing either typing or things to do with accounting
  3. belajar jadi admin for training company
  4. affiliate marketing

of which none I have started doing....

girl, you gotta change. Start making actions!


Affiliate marketing and SEO

 Last week tertarik dengan affiliate marketing pulak. And baru tahu pasal Search Engine Optimization (SEO) tu apa. Masa scroll IG, terpandang la minah US ni buat side hustle from affiliate marketing. Banyak dia dapat and dia pun dah quit her job to do it full time. Dia memang la promote suh buat affiliate marketing tapi kita memang kena buat research dulu la whether sesuai ke tidak.

Dah nama marketing, so kena menjual la. Tapi ni style millenium (online), tak perlu hard sell, tak perlu jumpa orang. Sounds interesting kan. Tapi aku ni kan tak active any socmed, payah la. But somehow, rasa macam I need to learn how they do it. Rasa macam nak cuba...

Check out this website

p/s: serious desperate nak cari side hustle.....